spm 2023 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 May 2024 10:44:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png spm 2023 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPM 2023 : Sudah kahwin antara faktor calon tidak hadir peperiksaan https://sabahmedia.com/2024/05/27/spm-2023-sudah-kahwin-antara-faktor-calon-tidak-hadir-peperiksaan/ https://sabahmedia.com/2024/05/27/spm-2023-sudah-kahwin-antara-faktor-calon-tidak-hadir-peperiksaan/#respond Mon, 27 May 2024 10:44:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55110
Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Jumlah ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tinggi di negeri ini pada tahun lalu dikenal pasti berpunca apabila pelajar itu sudah berkahwin.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Nurani Fauziah Derin berkata, seramai 984 calon SPM dari negeri ini pada tahun lalu tidak hadir menduduki peperiksaan berkenaan.

Selain itu, faktor pelajar itu sudah bekerja selain ada yang sudah meninggal dunia turut dikenal pasti sebagai punca ketidakhadiran pelajar untuk menduduki SPM 2023.

“Kita menyedari perkara itu sejak hari pertama SPM 2023 dan memberi perhatian apabila ramai calon didapati tidak hadir menduduki kertas peperiksaan.

“Selain itu, kita dapati ramai yang tidak hadir tapi punca ketidakhadiran itu ada pelbagai faktor, ada yang sudah bekerja, berkahwin dan kembali kepadaNya (meninggal dunia). Itu antara faktor yang kita lihat tapi ada juga yang memang mungkin kurang berminat (menduduki SPM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media keputusan SPM 2023 bagi negeri Sabah, di Wisma Pendidikan di sini hari ini.

Nurani berkata demikian ketika diminta mengulas punca 984 calon SPM 2023 di Sabah tidak menghadiri peperiksaan itu.

Katanya, jumlah itu menurun berbanding seramai 1,564 calon SPM 2022 dari Sabah yang didapati tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

“InsyaAllah, kita akan lihat bagaimana kita boleh membantu anak-anak kita ini. Ada yang memang mungkin kurang minat ke sekolah, tapi insyaAllah kita akan lihat apa yang boleh dibantu,” katanya.

Beliau turut mengakui jumlah keciciran menduduki SPM yang besar itu agak membimbangkan kerana kesannya bakal dihadapi pelajar terbabit pada kemudian hari.

“Jumlah itu agak membimbangkan kerana impak mereka ini akan kita lihat kemudian di luar sana nanti di bidang pekerjaan dan juga dalam kehidupan secara menyeluruh.

“Ini kerana SPM ini membuka ruang kepada banyak peluang di luar sana, dengan ada SPM mereka boleh melakukan pelbagai benda untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, sekiranya anak-anak kita ini tiada SPM, ia akan menjejaskan sedikit kelangsungan hidup mereka kemudian nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/27/spm-2023-sudah-kahwin-antara-faktor-calon-tidak-hadir-peperiksaan/feed/ 0 55110
SPM 2023 : 484 calon di Sabah peroleh keputusan cemerlang https://sabahmedia.com/2024/05/27/spm-2023-484-calon-di-sabah-peroleh-keputusan-cemerlang/ https://sabahmedia.com/2024/05/27/spm-2023-484-calon-di-sabah-peroleh-keputusan-cemerlang/#respond Mon, 27 May 2024 05:03:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55102
Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Seramai 484 atau 1.38 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di negeri ini memperoleh keputusan cemerlang bagi gred A+,A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah itu meningkat seramai 140 calon berbanding 344 calon atau 0.95 peratus pada tahun 2022.

Katanya, bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 5,046 calon atau 14.37 peratus pada tahun ini berbanding 4,583 calon atau 12.73 peratus tahun 2022.

“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 463 calon atau 1.64 peratus.  Manakala seramai 12,710 calon atau 36.18 peratus telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun ini berbanding 12,026 calon pada tahun 2022.

“Angka itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 684 calon atau 2.20 peratus berbanding tahun 2022,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah JPNS Nurani Fauziah Derin.

Dalam pada itu, Raisin berkata, pencapaian secara keseluruhan calon SPM tahun ini di Sabah adalah lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, nilai GPN 5.09 mata pada tahun lalu berbanding 5.22 mata pada tahun 2022 iaitu perbezaan sebanyak 0.13 mata.

“Berdasarkan GPN, pencapaian calon bandar menurun sebanyak 0.10 mata iaitu 5.28 mata pada tahun lalu berbanding 5.38 mata pada tahun 2022.

“Angka yang semakin mengecil menunjukkan keputusan calon bandar semakin baik.  Pencapaian calon luar bandar juga menurun sebanyak 0.20 mata iaitu 4.75 mata pada tahun lalu berbanding 4.95 mata pada tahun 2022.

“Ini menunjukkan bahawa keputusan calon luar bandar juga semakin baik,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/27/spm-2023-484-calon-di-sabah-peroleh-keputusan-cemerlang/feed/ 0 55102
SPM 2023 : Calon diminta hubungi sekolah sekiranya terjejas bencana https://sabahmedia.com/2024/01/30/spm-2023-calon-diminta-hubungi-sekolah-sekiranya-terjejas-bencana/ https://sabahmedia.com/2024/01/30/spm-2023-calon-diminta-hubungi-sekolah-sekiranya-terjejas-bencana/#respond Tue, 30 Jan 2024 01:57:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48690
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang terjejas dengan bencana khususnya di negeri Sabah diingatkan untuk segera menghubungi pihak sekolah agar tindakan selanjutnya dapat diberikan.

Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin berkata, jawatankuasa pengurusan bencana telah diaktifkan di seluruh negeri menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah.

“Pada hari ini, semua perjalanan peperiksaan berjalan lancar dan kita harapkan proses peperiksaan ini dapat dijalankan dengan teratur. 

“Diperingkat negeri kita bersama PPD telah mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana khususnya bagi menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu seperti banjir. 

“Namun kita sentiasa berusaha untuk memastikan setiap calon dapat menduduki peperiksaan sehingga 7 Mac nanti,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2023 peringkat negeri Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mendapat kerjasama dari beberapa agensi Kerajaan di seluruh Sabah khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Maritim Malaysia; Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan calon ini dapat hadir walaupun dalam keadaan cuaca banjir dan sebagainya.

Terdahulu, Zaini berkata, seramai 38,778 orang calon berdaftar dalam peperiksaan SPM 2023 melibatkan 315 pusat peperiksaan di seluruh Sabah melibatkan 315 buah pusat peperiksaan.

Katanya, seramai 2,448 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

“JPNS komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM 2023 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.  Bagi pihak JPNS, saya mendoakan agar semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/30/spm-2023-calon-diminta-hubungi-sekolah-sekiranya-terjejas-bencana/feed/ 0 48690
SPM 2023 : 38,778 calon berdaftar di seluruh Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/18/spm-2023-38778-calon-berdaftar-di-seluruh-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/18/spm-2023-38778-calon-berdaftar-di-seluruh-sabah/#respond Thu, 18 Jan 2024 13:03:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48159
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu : Seramai 38,778 calon berdaftar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 melibatkan 315 pusat peperiksaan di seluruh Sabah.

Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin berkata, daripada jumlah itu seramai 35,105 calon adalah terdiri dari calon sekolah.

Katanya, baki calon dari jumlah itu adalah terdiri daripada calon di bawah agensi Kerajaan seperti Majlis Rendah Sains Mara (MRSM); Sekolah Agama Negeri (SAN); Sekolah Swasta dan calon persendirian.

“Semua calon SPM 2023 akan menduduki ujian bertulis bermula pada 30 Januari ini sehingga 7 Mac depan. Sementara bagi ujian amali Sains yang melibatkan mata pelajaran Fizik; Kimia; Biologi dan Sains Tambahan, ianya telah dilaksanakan bermula 5 Disember 2023.

“Bagi ujian bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, ianya telah mula dilaksanakan mulai 8 Januari lalu sehingga 23 Januari ini. Manakala ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan 29 Januari ini,” katanya dalam kenyataan di sini,

Zaini berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan beberapa agensi Kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Maritim Malaysia; Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, ia adalah bagi menghadapi sebarang kemungkinan semasa peperiksaan berlangsung seperti cuaca dan calon dijangkiti COVID-19.

“Jawatankuasa Keselamatan peringkat Negeri Sabah telah dilaksanakan di mana JPNS telah bermesyuarat bersama-sama agensi kerajaan yang terlibat untuk kita bersama-sama membincangkan dan memperhalusi isu-isu yang akan timbul sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Memandangkan cuaca yang tidak menentu terutamanya keadaan hujan yang kadang-kadang lebat dan berterusan dikhuatiri boleh membawa kepada bencana banjir dan tanah runtuh. Justeru itu, langkah-langkah proaktif telah disediakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah yang dikenali sebagai Ops Payung.

“Calon digalakkan menginap di asrama sepanjang tempoh peperiksaan bagi mengelakkan sebarang masalah pergerakkan calon ke pusat peperiksaan. Sekiranya calon ada masalah kehadiran ke pusat peperiksaan kerana halangan banjir, sila hubungi dan maklumkan kepada pihak sekolah agar bantuan dapat diberi,” katanya.

Dalam pada itu, Zaini berkata, bilik gerakan SPM JPNS turut ditempatkan di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan sekiranya berlaku perkara diluar jangka. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/18/spm-2023-38778-calon-berdaftar-di-seluruh-sabah/feed/ 0 48159