spm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 03 May 2026 23:57:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png spm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 108 pelajar cemerlang SPM 2025 Matunggong terima insentif https://sabahmedia.com/2026/05/04/108-pelajar-cemerlang-spm-2025-matunggong-terima-insentif/ https://sabahmedia.com/2026/05/04/108-pelajar-cemerlang-spm-2025-matunggong-terima-insentif/#respond Sun, 03 May 2026 23:57:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96069
Read Time:2 Minute, 7 Second

MATUNGGONG: Seramai 108 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari kawasan Matunggong menerima insentif sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik mereka dalam satu majlis di Dewan Mini Urusetia Daerah Kecil Matunggong, di sini.

Penerima terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinawantai Kudat, SMK Sikuati dan SMK Sikuati II, selain lapan pelajar asal Matunggong yang kini menuntut di luar daerah.

Insentif yang disalurkan adalah antara RM500 bagi pencapaian 5A hingga RM1,000 kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 10A.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, program yang diperkenalkan sejak 2019 itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong kecemerlangan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau turut memuji pencapaian pelajar terbaik termasuk mereka yang belajar di luar daerah, yang berjaya memperoleh sehingga 10A.

“Sepanjang tujuh tahun pelaksanaan program ini, jumlah pelajar cemerlang di Matunggong menunjukkan peningkatan konsisten dan tidak pernah menurun.

“Hari ini, kita melihat semakin ramai pelajar mencapai keputusan cemerlang termasuk 7A, 8A malah sehingga 10A, yang jelas membuktikan sokongan berterusan mampu menghasilkan kemajuan sebenar,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Julita yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong mengingatkan pelajar bahawa kejayaan selepas alam persekolahan bergantung kepada pilihan yang dibuat.

“Masa depan ditentukan oleh pilihan harian. Pilih hidup dengan tujuan, utamakan disiplin berbanding motivasi, dan bina sahsiah berbanding mengambil jalan mudah,” katanya.

Berdasarkan pencapaian sekolah, SMK Pinawantai merekodkan 11 pelajar memperoleh 5A, tujuh (6A), lima (7A), dua (8A) dan empat (9A).

SMK Sikuati pula mencatatkan 18 pelajar memperoleh 5A, 12 (6A) dan tiga (7A), manakala SMK Sikuati II merekodkan 16 pelajar (5A), lima (6A), lima (7A), seorang (8A) dan empat (9A).

Antara pencapaian membanggakan ialah dua pelajar dari luar daerah yang memperoleh 10A, sekali gus mencerminkan peningkatan prestasi akademik pelajar Matunggong.

Sementara itu, Clariryan Fadrer Janius dari SMK Pinawantai yang memperoleh 9A berkata disiplin dan konsistensi menjadi kunci kejayaannya.

“Saya berasa sangat gembira dan bangga atas usaha keras ini. Disiplin, konsistensi serta fokus adalah kunci untuk mencapai keputusan yang baik,” katanya.

Charlotte Ivenne Lomius dari SMK Sikuati II yang memperoleh 8A pula berkata beliau kekal fokus walaupun berdepan cabaran sebagai pelajar asrama.

“Saya memastikan sentiasa fokus semasa pembelajaran dan memahami sepenuhnya apa yang diajar walaupun berdepan kekangan,” katanya.

Ruth Nathalie Juining dari SMK Sikuati yang memperoleh 7A berkata ibu bapanya yang juga guru menjadi sumber inspirasi utama.

“Ibu bapa memberi dorongan untuk berjaya, dan saya berharap dapat menjadi seorang guru seperti mereka serta mengajar subjek yang diminati,” katanya.

Program insentif berkenaan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pencapaian pelajar serta menggalakkan mereka melanjutkan pelajaran dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/04/108-pelajar-cemerlang-spm-2025-matunggong-terima-insentif/feed/ 0 96069
Tingkatkan iltizam, fokus bidang boleh pasaran di masa hadapan https://sabahmedia.com/2025/11/08/tingkatkan-iltizam-fokus-bidang-boleh-pasaran-di-masa-hadapan/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/tingkatkan-iltizam-fokus-bidang-boleh-pasaran-di-masa-hadapan/#respond Sat, 08 Nov 2025 01:35:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85236
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di daerah Putatan diminta meningkatkan iltizam serta keyakinan diri sebelum beranjak ke menara gading dan meneroka bidang boleh pasaran di masa hadapan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, disiplin merancang selain fokus kepada lulus peperiksaan yang dihadapi adalah elemen penting sebelum merealisasikan impian masing-masing.

Menurut beliau, dari pihaknya, penyediaan infrastruktur secara kondusif melibatkan sekolah-sekolah di peringkat Parlimen Putatan yang mana ia menjadi pendekatan holistik ini mampu mewujudkan persekitaran selesa serta meningkatkan motivasi di kalangan pendidik dan pelajar.

“Bagi pihak kita, penyediaan dan bantuan kepada mana-mana sekolah sentiasa diutamakan kerana kami percaya agenda pendidikan menjadi teras utama kepada rakyat di Putatan untuk berjaya menembusi ke peringkat luar.

“Sehubungan itu, buat para pelajar yang akan menamatkan bangku sekolah, kita berpesan supaya fokus untuk lulus dan kemudiannya merancang mana-mana bidang diminati, boleh pasaran dan kemudiannya kembali menyumbang kepada komuniti di Putatan dengan profesion masing-masing, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya bersempena perasmian Progran Motivasi dan Kerjaya bersama Belia Parlimen P173 Putatan, di Hotel Pan Borneo, Putatan, di sini pada Jumaat.

Kira-kira 300 para belia yang terdiri daripada pelajar STPM di sekitar Putatan menghadiri program tersebut.

Shahelmey pada masa sama turut menyeru kepada golongan belia di Putatan supaya meneroka arus teknologi seperti penggunaan kecergasan buatan (A.I) seiring dengan kemodenan teknologi terkini.

“Zaman semakin canggih, dengan adanya industri A.I dan lain-lain, tuntutan kerjaya di masa hadapan juga berdepan dengan kebolehan kita menguasai industri-industri teknologi seperti ini.

“Mengambil contoh A.I dan ChatGPT misalnya, kebanyakkan ia diguna pakai dalam banyak industri…jadi saya berharap anak-anak muda kita di Putatan juga tidak ketinggalan dalam menguasainya kerana ia semakin berkembang dari semasa ke semasa,”katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/tingkatkan-iltizam-fokus-bidang-boleh-pasaran-di-masa-hadapan/feed/ 0 85236
Calon SPM perlu kekal tenang, yakin dan sihat – PIBKS https://sabahmedia.com/2025/11/03/calon-spm-perlu-kekal-tenang-yakin-dan-sihat-pibks/ https://sabahmedia.com/2025/11/03/calon-spm-perlu-kekal-tenang-yakin-dan-sihat-pibks/#respond Sun, 02 Nov 2025 22:44:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84798
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di Sabah diingatkan untuk memberi tumpuan bukan sahaja kepada persediaan akademik, tetapi juga kepada kesihatan fizikal dan mental.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, ia bagi memastikan para calon dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan berkeyakinan.

Beliau turut menasihati agar calon SPM dapat mengekalkan keseimbangan antara belajar dan rehat dalam tempoh akhir persediaan bagi menduduki peperiksaan.

“Tidur yang cukup dan pemakanan seimbang amat penting untuk memastikan otak berfungsi dengan baik pada hari peperiksaan.

“Tubuh yang sihat membantu minda kekal fokus dan mampu mengekalkan daya ingatan yang kuat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selain itu, beliau turut meminta calon agar tidak memaksa diri belajar secara berlebihan pada saat akhir.

Katanya, ulang kaji perlu dilakukan secara teratur, dengan mengambil masa rehat apabila perlu.

“Jadual belajar yang tersusun dan terancang bukan sahaja mengelakkan tekanan, malah membantu pelajar mengulangi topik penting secara lebih berkesan.

“Jangan terlalu tertekan dengan tekanan rakan sebaya atau rasa takut gagal.Kawal emosi, berfikiran positif, dan yakin dengan kemampuan diri. Ingat, anda telah berusaha selama dua tahun — kini masa untuk menunjukkan hasilnya dengan tenang dan yakin,” katanya.

Dalam pada itu, Arif berkata, doa dan restu ibu bapa serta guru menjadi pendorong utama yang memberi kekuatan luar biasa kepada pelajar menghadapi cabaran besar seperti peperiksaan SPM.

“Berdoalah dan mohon restu daripada ibu bapa serta guru. Restu mereka adalah sumber kekuatan yang sukar diganti.

“Ia menenangkan hati dan memberi keyakinan untuk menjawab dengan tenang,” katanya.-

TARIKH PEPERIKSAAN SPM

📌 3-6 November 2025: Ujian Bertutur Bahasa Melayu

📌 10-13 November 2025: Ujian Bertutur Bahasa Inggeris

📌 17-19 November 2025: Ujian Amali Sains

📌 20 November 2025: Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris

📌 25 November hingga 23 Disember 2025: Peperiksaan Bertulis

SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/03/calon-spm-perlu-kekal-tenang-yakin-dan-sihat-pibks/feed/ 0 84798
Dapatkan nasihat guru, pilih laluan pengajian sesuai pasaran kerja https://sabahmedia.com/2025/04/29/dapatkan-nasihat-guru-pilih-laluan-pengajian-sesuai-pasaran-kerja/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/dapatkan-nasihat-guru-pilih-laluan-pengajian-sesuai-pasaran-kerja/#respond Tue, 29 Apr 2025 01:34:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72863
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran untuk mendapatkan nasihat atau bimbingan daripada guru-guru sebelum membuat permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pandangan guru penting bagi memastikan pelajar memilih laluan pengajian yang selari dengan keperluan pasaran kerja, termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya berharap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA/S dapat merujuk kepada guru masing-masing untuk mendapatkan nasihat.

“Guru-guru ini akan membantu mencadangkan pilihan terbaik yang sesuai dengan kehendak negeri ataupun negara serta pasaran kerja, termasuk bidang TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Ramah Mesra Rumah Terbuka Bersama Menteri KSTI, di sini pada Isnin.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, pelajar yang mendapat tempat di IPTA/S digesa untuk memohon bantuan kewangan melalui pelbagai skim yang disediakan kerajaan negeri.

“Saya menyeru mereka untuk memohon Bantuan BUDI bagi golongan B40, iaitu sebanyak RM1,500 bagi peringkat diploma dan RM2,000 bagi peringkat ijazah.

“Selain itu, pelajar juga boleh memohon dermasiswa Yayasan Sabah, biasiswa Kerajaan Negeri serta tabung pendidikan lain yang disediakan di negeri ini,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan negeri komited menyediakan lebih banyak peruntukan untuk menaja anak-anak Sabah menerusi pelbagai inisiatif dermasiswa, biasiswa dan bantuan pendidikan lain.

“Dengan adanya pelbagai bantuan ini, tiada alasan bagi anak-anak golongan B40 dan E-Kasih untuk tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin berkata, terdapat portal yang diwujudkan bersama Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, Tabung Pendidikan Negeri, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan tugas-tugas Khas KSTI bagi menyelaras pemberian bantuan pendidikan kepada anak-anak Sabah.

Turut hadir, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Harun Durabi serta Setiausaha Tetap KSTI Sabah, Datuk Md. Hanafiah Md. Kassim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/dapatkan-nasihat-guru-pilih-laluan-pengajian-sesuai-pasaran-kerja/feed/ 0 72863
Pastikan calon SPM, STPM duduki peperiksaan dengan selamat https://sabahmedia.com/2024/12/30/pastikan-calon-spm-stpm-duduki-peperiksaan-dengan-selamat/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/pastikan-calon-spm-stpm-duduki-peperiksaan-dengan-selamat/#respond Mon, 30 Dec 2024 09:21:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66177
Read Time:1 Minute, 8 Second

Beaufort : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan bagi memastikan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dapat menduduki peperiksaan dengan selamat terutama pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan agar persediaan awal dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko.

“Seperti yang kita sedia maklum, kawasan khususnya sekitar Gadong ini adalah kawasan perkampungan yang mempunyai penempatan di jajaran Sungai Padas dan inilah kawasan yang mudah mendapat limpahan air banjir.

“Justeru, PIBG perlu memainkan peranan termasuk bekerjasama dengan pihak berkaitan agar calon peperiksaan SPM dan STPM dapat menduduki peperiksaan tanpa halangan daripada bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Restu Ilmu dan Sentuhan Nurani Calon SPM dan  STPM 2024 dan 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut menyarankan agar calon terlibat ditempatkan diasrama atau di lokasi yang selamat bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan dengan lebih mudah.

“Mungkin juga kita mempunyai kekangan di asrama seperti tidak ada pembekal makanan dan sebagainya sebab masa cuti dan ini juga perlu dipikirkan oleh PIBG.

“Saya ingat tidak begitu ramai juga dan saya yakin ianya dapat dilakukan secara bijaksana dan kerjasama daripada PIBG itu sendiri dan ibu bapa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/pastikan-calon-spm-stpm-duduki-peperiksaan-dengan-selamat/feed/ 0 66177
400 pelajar sertai Program Smart Jawab SPM 2024 https://sabahmedia.com/2024/11/23/400-pelajar-sertai-program-smart-jawab-spm-2024/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/400-pelajar-sertai-program-smart-jawab-spm-2024/#respond Sat, 23 Nov 2024 12:13:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64276
Read Time:58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Seramai 400 pelajar dari lapan buah sekolah menengah yang berada dalam Parlimen Putatan menyertai Program Smart Jawab SPM 2024 di Sekolah Menengah Maktab Sabah di sini, hari ini.

Program anjuran Pejabat Parlimen Putatan itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Ir Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri lll berkata program tersebut merupakan bantuan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar di kawasan Parlimen itu yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Program Smart Jawab SPM ini telah lama kita laksanakan secara tahunan, ia merupakan satu bantuan kepada para pelajar yang akan menduduki SPM bagi mereka mengoptimalkan markah dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti.

“Jadi kita berharap dengan adanya guru-guru penceramah yang merupakan juga guru-guru kertas peperiksaan yang memberi ceramah tentang teknik-teknik menjawab maka pelajar akan mendapat ilmu yang bermanfaat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program itu.

Beliau berkata, semenjak program ini dilaksanakan keputusan SPM secara keseluruhannya adalah positif.

“Ramai pelajar-pelajar yang telah mengikuti Program Smart Jawab SPM ini memberi maklum balas kepada kami bahawa ia amat membantu. Jadi bila ada teknik menjawab ini, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat markah maksimum,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/400-pelajar-sertai-program-smart-jawab-spm-2024/feed/ 0 64276
Pandangan – Hentikan Pengambilan Pelajar MRSM Untuk Komuniti Khas, Biar Mereka Bersaing Secara Adil https://sabahmedia.com/2024/09/24/pandangan-hentikan-pengambilan-pelajar-mrsm-untuk-komuniti-khas-biar-mereka-bersaing-secara-adil/ https://sabahmedia.com/2024/09/24/pandangan-hentikan-pengambilan-pelajar-mrsm-untuk-komuniti-khas-biar-mereka-bersaing-secara-adil/#respond Tue, 24 Sep 2024 10:29:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61193
Read Time:5 Minute, 17 Second

1.        Pada awal September 2024, MRSM Taiping menjadi tumpuan rakyat Malaysia di seluruh negara. Ini berpunca dari video perbualan hangat di antara Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan seseorang yang di percayai pemilik syarikat makanan yang menguruskan Dewan Makan MRSM Taiping.

2.        Pengerusi MARA telah mengadakan lawatan ke MRSM Taiping susulan laporan insiden keracunan makanan, di mana ramai pelajar telah mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, pening, loya, demam serta muntah.

Insiden ini telah di nilai sebagai serius sehinggakan Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Selama telah mengarahkan Dewan Makan MRSM Taiping di tutup beberapa hari untuk aktiviti penambah-baikan.

3.        Video perbualan berkenaan menjadi viral di media sosial berikutan pemilik syarikat makanan tersebut yang berbincang dengan Pengerusi MARA kedengaran dengan nada serta bahasa yang angkuh dan tidak bertanggungjawab.

Seterusnya, isu ini menjadi bertambah viral setelah ‘siasatan’ netizen media sosial mendakwa pemilik syarikat makanan itu merupakan dari kalangan kayangan/ VIP.

4.        Tidak lama selepas itu, Pengerusi MARA telah memaklumkan bahawa kontrak syarikat makanan tersebut telah di tamatkan selepas gagal menjawab notis remedi yang di keluarkan oleh MARA. Tambahan lagi, MARA akan menyaman dan menuntut ganti rugi daripada syarikat makanan itu kerana melanggar kontrak penyediaan makanan.

5.        Tindakan tegas dan pantas oleh MARA menyelesaikan isu berkenaan seharusnya di puji dan di sokong sepenuhnya. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelajar semestinya menjadi keutamaan tanpa sebarang kompromi.

6.        Pada masa yang sama, MARA mesti menambah-baik proses pelantikan serta sistem pengawasan pengendali Dewan Makan MRSM agar isu sebegini tidak lagi berlaku. Sesungguhnya, isu sebegini mencemar reputasi MRSM sebagai institusi pengajian yang ulung di Malaysia.

7.        Selain MRSM di kenali sebagai institusi pengajian dengan kecemerlangan pelajar, MRSM juga mesti di kenali dengan kecemerlangan pengurusan, perguruan dan prasarana.

8.        Fakta menarik: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah institusi pendidikan peringkat menengah di bawah pengurusan Majlis Amanah MARA (MARA). Misi utama MRSM ialah untuk melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

9.        MRSM Seremban merupakan MRSM pertama di tubuhkan pada tahun 1972. Selepas lebih 50 tahun, kini terdapat 57 buah MRSM di seluruh negara, yang terbahagi kepada 5 program sistem pendidikan dengan fokus tersendiri.

10.      Dalam tempoh lebih 50 tahun, MRSM telah melahirkan puluhan ribu graduan, di mana ramai yang telah berjaya di dalam pelbagai bidang sebagai profesional, cendikiawan, usahawan, ketenteraan & kepolisan, pemimpin politik serta Captain of Industry.

11.      Hasil usaha gigih semua pihak, terutamanya guru-guru, MRSM telah membina reputasi sebagai satu institusi pengajian terkemuka, yang merekodkan prestasi cemerlang secara konsisten tahun demi tahun.

Sebagai contoh. Untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023:

  • daripada jumlah 7,981 calon SPM, seramai 1,100 calon (13.8%) telah memperolehi keputusan semua gred A (iaitu A+, A, A-). Ini merangkumi hampir 10% daripada jumlah calon SPM yang mencapai semua gred A di seluruh negara
  • tiga buah MRSM (Kepala Batas, Gemencheh dan Pasir Salak) telah mencatatkan pancapaian 100% calon mendapat gred A (iaitu A+, A, A-) untuk mata pelajaran Matematik

12.      Bersandarkan reputasi berkenaan, setiap tahun ramai pelajar berminat dan bersaing untuk menyertai MRSM. Menurut Pengerusi MARA, untuk kemasukan tahun 2024, lebih 100,000 pelajar telah memohon untuk menyertai MRSM, di mana terdapat sebanyak 8,679 tempat sahaja di MRSM seluruh negara.

Ini bermakna kadar kejayaan/ success rate untuk kemasukan ke MRSM adalah sekitar 8%, iaitu 8 dalam 100 akan berjaya.

Persaingan yang sangat sengit!

13.      Beberapa hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di lapor telah mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi MRSM (MRSM ATM) dalam masa terdekat, khusus untuk anak-anak komuniti Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada anak-anak komuniti ATM untuk mendapat pendidikan di MRSM.

14.      Menurut beliau, perbincangan sedang di jalankan untuk menentukan samada MRSM ATM berkenaan melibatkan pembinaan yang baru ataupun di tubuhkan daripada 4 buah MRSM yang sudah di bina tetapi belum beroperasi.

15.      Berdasarkan maklumat sediada, ketika ini sudah terdapat 2 MRSM yang melibatkan ATM:

MRSMTahun Penubuhan
MRSM Terendak, Melaka1983
MRSM ATM Bera, Pahang2021

16.      Selain itu, MARA juga telah menubuhkan beberapa MRSM khusus untuk anak-anak komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan FELDA:

MRSMTahun Penubuhan
MRSM PDRM Kulim, Kedah1991
MRSM FELDA Trolak, Perak2008

17.      Penubuhan MRSM sebegini untuk komuniti tertentu akan menyaksikan peratusan tinggi pelajar dari komuniti itu di MRSM berkenaan.

Sebagai contoh. Untuk MRSM ATM Bera, kuota sebanyak 30% di khususkan untuk anak-anak anggota serta veteran ATM. Manakala kuota 40% pula di khususkan untuk anak-anak kelahiran Pahang. Selebihnya (30%) terbuka kepada para pelajar dari seluruh negara.

18.      Secara prinsip asas, penubuhan MRSM sebegini wajar di hentikan. Ianya boleh menimbulkan pertikaian oleh sesetengah pihak, di mana Kerajaan Malaysia di lihat seolah-olah menghargai komuniti tertentu sahaja dan mengetepikan kebajikan komuniti lain.

Sebagai contoh. Antara pertikaian yang boleh timbul:

  • kenapa tiada MRSM untuk komuniti FELCRA?
  • kenapa tiada MRSM untuk komuniti bomba?

19.      Justeru itu, tiada justifikasi yang mendesak penubuhan MRSM khusus untuk komuniti tertentu. Kerajaan Malaysia boleh membantu semua komuniti terbabit dengan menempatkan para pelajar di serata MRSM seluruh negara.

20.      Seterusnya, MRSM khusus yang sediada pula wajar di jenamakan semula dan kuota untuk komuniti khusus seperti ATM, PDRM dan FELDA di MRSM terbabit di batalkan. Pelajar-pelajar dari komuniti ATM, PDRM dan FELDA boleh di tempatkan di serata MRSM, tanpa tertumpu di MRSM berkenaan.

21.      Sebaliknya, setiap MRSM sewajarnya menjadi ‘melting pot’ dengan pecahan pelajar yang lebih sekata, di mana tiada mana-mana komuniti memiliki peratusan pelajar yang tinggi dan dominan. Ini akan dapat menyemarakkan agenda asimilasi dan integrasi pelajar dari pelbagai latar belakang dan tempat.

Dengan itu, para pelajar boleh membina jalinan persahabatan dan ‘networking’ yang lebih meluas, merentasi komuniti sendiri.

22.      MRSM: Berdisiplin Berilmu Beramal.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/24/pandangan-hentikan-pengambilan-pelajar-mrsm-untuk-komuniti-khas-biar-mereka-bersaing-secara-adil/feed/ 0 61193
11 klien AADK dari PUSPEN Papar lulus SPM https://sabahmedia.com/2024/05/27/11-klien-aadk-dari-puspen-papar-lulus-spm/ https://sabahmedia.com/2024/05/27/11-klien-aadk-dari-puspen-papar-lulus-spm/#respond Mon, 27 May 2024 13:42:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55130
Read Time:1 Minute, 33 Second

KAJANG: Seramai 12 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daripada 14 klien yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya lulus dalam mata pelajaran yang diambil bagi tahun 2023.

Daripada jumlah itu, seramai 11 orang adalah klien dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Papar, Sabah manakala seorang calon lagi adalah dari PUSPEN Seri Iskandar, Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Shobah Jamil, semua klien ini sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) di kedua-dua PUSPEN berkenaan yang menawarkan modul khas iaitu Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) khususnya kepada klien di bawah umur 18 tahun sebagai peluang kebajikan pendidikan.

“Menerusi program PAPK ini, semua klien yang layak akan mengikuti jadual kelas yang sistematik dan diajar oleh guru yang dilantik menerusi Skim Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan serta bantuan tenaga pengajar daripada Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Shobah yang kini memangku jawatan Ketua Pengarah AADK berkata, program PAPK mula diperkenalkan AADK pada tahun 2015 bagi membantu klien yang berdepan dengan keciciran pelajaran ketika menjalani program RPDI di PUSPEN.

Katanya, usaha ini adalah untuk memberi peluang kepada klien bagi memajukan diri dalam aspek akademik dan sijil yang diperoleh ini juga boleh digunakan mereka untuk meneruskan kehidupan sekali gus dapat mengekalkan kepulihan sepanjang hayat.

“Berdasarkan pengalaman kami, ada diantara mereka yang berdepan masalah seperti tidak pandai membaca, mengira, menulis pada awal kemasukan ke PUSPEN, namun selepas mengikuti program PAPK di PUSPEN, mereka beroleh kemahiran tersebut sehingga berjaya lulus dalam SPM.

“Sebanyak enam mata pelajaran diambil klien AADK iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Sains; Matematik; Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.

“Kesemua klien yang lulus SPM 2023 berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara Malaysia dan politeknik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/27/11-klien-aadk-dari-puspen-papar-lulus-spm/feed/ 0 55130
JPNS Ambil Langkah Proaktif Hadapi Kemungkinan Bencana https://sabahmedia.com/2022/03/02/jpns-ambil-langkah-proaktif-hadapi-kemungkinan-bencana/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/jpns-ambil-langkah-proaktif-hadapi-kemungkinan-bencana/#respond Wed, 02 Mar 2022 02:50:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12638
Read Time:1 Minute, 8 Second

TUARAN : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah mengambil langkah-langkah proaktif di semua peringkat khususnya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran cuaca yang tidak menentu sepanjang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah

Pengarah JPNS Datuk Dr Mistirine Radin berkata, semua Pegawai Pendidikan Daerah telah diarah untuk mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Daerah masing-masing.

Katanya, bilik gerakan SPM JPNS turut dibuka di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Tingkat 7 Rumah Persekutuan Kota Kinabalu.

“Semua Pegawai Pendidikan Daerah telah mewujudkan Bilik Gerakan Peperiksaan masing-masing iaitu di antara lainnya bertujuan menyediakan laporan harian peperiksaan khususnya melapor kehadiran calon pada setiap sesi peperiksaan.

“Ini termasuk jika ada Calon Hospital, Calon Tahanan dan sebagainya. Bilik Gerakan Negeri juga akan menghantar laporan kehadiran calon ke Bilik Gerakan Lembaga Peperiksaan KPM selewat-lewatnya jam 4 petang setiap hari peperiksaan menggunakan e-Kehadiran.

“Saya berdoa agar Peperiksaan SPM dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini, hari ini.

Dr Mistirine berkata, ibu bapa atau penjaga kepada calon SPM yang terlibat dinasihatkan agar dapat memastikan calon dapat hadir awal ke pusat-pusat peperiksaan.

“Sentiasalah menyemak Jadual Waktu Peperiksaan SPM serta membawa kelengkapan peperiksaan yang secukupnya serta elakkan melakukan salah laku peperiksaan dalam bentuk apa sekalipun,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/jpns-ambil-langkah-proaktif-hadapi-kemungkinan-bencana/feed/ 0 12638
39,250 Calon Duduki Ujian Bertulis SPM Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/02/39250-calon-duduki-ujian-bertulis-spm-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/39250-calon-duduki-ujian-bertulis-spm-di-sabah/#respond Wed, 02 Mar 2022 02:21:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12633
Read Time:1 Minute, 21 Second

TUARAN : Seramai 39,250 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri ini menduduki ujian bertulis di 315 pusat peperiksaan di seluruh Sabah bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata, daripada jumlah itu, seramai 35,266 merupakan calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

“Selain itu, seramai 406 calon adalah dari Sekolah Agensi Kerajaan (MRSM); 227 calon dari sekolah menengah agama negeri; 1,215 calon dari sekolah swasta berdaftar dengan KPM dan seramai 2,136 calon adalah calon persendirian.

“Mulai 2021, peperiksaan SPM terdiri daripada Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Tamparuli Mozidah Hamzah.

Dr Mistirine berkata, ujian bertutur, mendengar dan amali diadakan bermula pada 8 Februari hingga 24 Februari lalu, sebelum disusuli ujian bertulis yang bermula hari ini.

Sementara itu, Dr Mistirine berkata, pematuhan prosedur standard operasi (SOP) akan terus dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua calon dan petugas yang terlibat sepanjang peperiksaan dijalankan bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19 di sekolah.

“Untuk mengelakkan berlaku jangkitan semasa peperiksaan ini, kita akan memastikan pematuhan SOP terus dilaksanakan dan semua pusat peperiksaan juga mempunyai satu bilik khas bagi mengasingkan pelajar yang mempunyai gejala sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

“Bagi calon yang mempunyai gejala atau yang positif COVID-19 dan tidak dapat hadir ke peperiksaan, mereka bileh memohon untuk menghadiri jadual kedua yang dijangka akan dilaksanakan April depan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/39250-calon-duduki-ujian-bertulis-spm-di-sabah/feed/ 0 12633