SPR PRN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Oct 2025 12:58:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SPR PRN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Permohonan pemerhati pilihan raya Sabah dibuka mulai hari ini – SPR https://sabahmedia.com/2025/10/09/permohonan-pemerhati-pilihan-raya-sabah-dibuka-mulai-hari-ini-spr/ https://sabahmedia.com/2025/10/09/permohonan-pemerhati-pilihan-raya-sabah-dibuka-mulai-hari-ini-spr/#respond Thu, 09 Oct 2025 12:58:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82868
Read Time:49 Second

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempelawa mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan berkepentingan lain yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, dalam satu kenyataan hari ini berkata, program pemerhati pilihan raya memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk menilai perjalanan proses pilihan raya secara telus dan bebas, bermula daripada penamaan calon sehingga keputusan rasmi diumumkan.

“SPR menawarkan peluang kepada mana-mana agensi kerajaan, NGO atau badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya bagi PRU DUN Sabah Ke-17. 

“Pemerhati berpeluang melihat keseluruhan proses pilihan raya dijalankan,” katanya.

Menurut beliau, permohonan menjadi pemerhati dibuka mulai hari ini (9 Oktober 2025), manakala tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Khas SPR bagi PRU DUN Sabah Ke-17 diadakan.

Orang ramai serta pihak berkepentingan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/09/permohonan-pemerhati-pilihan-raya-sabah-dibuka-mulai-hari-ini-spr/feed/ 0 82868
SPR siap sedia hadapi PRN Sabah Ke-17 https://sabahmedia.com/2025/02/20/spr-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/02/20/spr-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-ke-17/#respond Thu, 20 Feb 2025 01:03:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69045
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Pengerusi SPR Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun berkata segala persiapan sudah dilakukan sebaiknya untuk memastikan kelancaran proses pilihan raya itu kelak.

“Persiapan SPR ke arah pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan tamat tempohnya pada November ini, SPR pada dasarnya telahpun bersiap siaga. Malah, semua jentera di peringkat akar umbi telahpun bersedia untuk melaksanakan pilihan raya pada bila-bila masa.

Pengerusi SPR Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun

“Tun Musa turut menasihati agar SPR dapat memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan keamanan dan kestabilan politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Dalam kunjungan tersebut Ramlan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Musa atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Antara yang hadir dalam kunjungan tersebut ialah Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Sabah Rohiman Rahia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/20/spr-siap-sedia-hadapi-prn-sabah-ke-17/feed/ 0 69045