Spr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Oct 2025 14:50:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Spr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 70 pengamal media hadir taklimat SPR https://sabahmedia.com/2025/10/28/lebih-70-pengamal-media-hadir-taklimat-spr/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/lebih-70-pengamal-media-hadir-taklimat-spr/#respond Tue, 28 Oct 2025 09:51:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84364
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Lebih 70 pengamal media menghadiri taklimat media yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sabah bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU Sabah Ke-17).

Program yang dikendalikan oleh Akademi Pilihan Raya, dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) SPR itu bertujuan memberi pendedahan serta panduan lengkap kepada pihak media mengenai proses pilihan raya, termasuk penggunaan istilah yang tepat dalam pelaporan.

Timbalan Pengarah Akademi Pilihan Raya Datuk Puteh Hidayah Ab Rahman berkata, kehadiran pengamal media khususnya di negeri ini menunjukkan sambutan yang baik.

“Alhamdulillah, program hari ini berjalan lancar. Kita dapat berkongsi maklumat-maklumat penting berkaitan proses pilihan raya supaya pihak media lebih memahami dengan jelas.

“Selain itu, taklimat turut membincangkan panduan ‘do’s and don’ts’, peraturan dan garis panduan pihak media dalam melaporkan pilihan raya, serta memperkukuh hubungan komunikasi antara media dan SPR,” katanya.

Puteh berkata, cadangan serta masalah yang dikemukakan sebelum ini oleh pihak media turut diambil perhatian bagi penambahbaikan pengurusan PRU DUN Sabah akan datang.

Beliau turut berharap taklimat berkenaan dapat memastikan laporan media lebih tepat, sahih, dan mematuhi peraturan pilihan raya, selaras dengan usaha SPR untuk memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan teratur. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/lebih-70-pengamal-media-hadir-taklimat-spr/feed/ 0 84364
Poster tarikh PRN Sabah adalah palsu – SPR https://sabahmedia.com/2025/09/10/poster-tarikh-prn-sabah-adalah-palsu-spr/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/poster-tarikh-prn-sabah-adalah-palsu-spr/#respond Wed, 10 Sep 2025 11:26:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80974
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan poster yang memaparkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang kini tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar sama sekali. 

Setiausaha SPR Malaysia Datuk Khairul Shahril Idris berkata, sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh SPR berkenaan pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh-tarikh penting bagi PRU tersebut. 

Katanya, maklumat mengenai pilihan raya termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR iaitu laman portal rasmi SPR, sidang media dan kenyataan media. 

“Penyebaran maklumat palsu seumpama ini merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.  

“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang didapati menyebar, berkongsi atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Khairul berkata,pihaknya menyeru orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak sahih. 

Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih hanya daripada saluran rasmi SPR. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/poster-tarikh-prn-sabah-adalah-palsu-spr/feed/ 0 80974