spr – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 12 Jan 2026 10:21:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png spr – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPR keluarkan 446 kertas undi pos untuk PRK Kinabatangan, DUN Lamag https://sabahmedia.com/2026/01/12/spr-keluarkan-446-kertas-undi-pos-untuk-prk-kinabatangan-dun-lamag/ https://sabahmedia.com/2026/01/12/spr-keluarkan-446-kertas-undi-pos-untuk-prk-kinabatangan-dun-lamag/#respond Mon, 12 Jan 2026 10:07:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89592
Read Time:1 Minute, 6 Second

KINABATANGAN : Sebanyak 446 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada individu yang layak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Isnin.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengeluaran kertas undi pos itu telah dilakukan oleh Petugas Pilihan Raya (PPR) yang dilantik oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PPPR) dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon yang bertanding.

Katanya, kertas undi pos bagi PRK Parlimen Kinabatangan yang telah dikeluarkan adalah terdiri daripada 203 undi pos Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Anggota Polis dan Petugas Media) dan 48 undi pos bagi Kategori 1C (Agensi dan Organisasi).

“Manakala kertas undi pos bagi PRK DUN Lamag yang telah dikeluarkan adalah terdiri daripada 155 undi pos Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Anggota Polis dan Petugas Media), dan 40 undi pos bagi Kategori 1C (Agensi dan Organisasi),” katanya dalam kenyataan di sini.

Khairul berkata, SPR turut mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2), serta segera mengembalikannya kepada PPPR berkenaan sebelum Jam 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 24 Januari 2026.

Katanya, pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/12/spr-keluarkan-446-kertas-undi-pos-untuk-prk-kinabatangan-dun-lamag/feed/ 0 89592
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal https://sabahmedia.com/2026/01/08/prk-kinabatangan-lamag-spr-saran-bakal-calon-buat-semakan-awal/ https://sabahmedia.com/2026/01/08/prk-kinabatangan-lamag-spr-saran-bakal-calon-buat-semakan-awal/#respond Thu, 08 Jan 2026 09:35:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89404
Read Time:1 Minute, 31 Second

BERNAMA

KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyarankan bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag agar membuat semakan awal borang pencalonan.

Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata semakan itu boleh dibuat di Pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum hari penamaan calon Sabtu ini serta membuat pembayaran deposit lebih awal.

“Resit hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti pembayaran,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas penamaan calon hendaklah diserah dari 9 hingga 10 pagi oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.

Khairul Shahril juga berkata bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik dikehendaki mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila menyerahkan kertas penamaan calon.

“Calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan adalah tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PBT dan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, 66, pada 5 Dis lepas.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK pada 24 Jan manakala pengundian awal pada 20 Jan ini.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag mempunyai 48,722 pemilih berdaftar merangkumi 48,526 pengundi biasa dan 196 polis serta pasangan sebagai pengundi awal.

Sebanyak 36 pusat mengundi biasa dengan 117 saluran dan satu pusat mengundi awal dengan satu saluran akan digunakan. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/08/prk-kinabatangan-lamag-spr-saran-bakal-calon-buat-semakan-awal/feed/ 0 89404
Mesyuarat Khas PRK Kinabatangan dan DUN Lamag 16 Disember https://sabahmedia.com/2025/12/13/mesyuarat-khas-prk-kinabatangan-dan-dun-lamag-16-disember/ https://sabahmedia.com/2025/12/13/mesyuarat-khas-prk-kinabatangan-dan-dun-lamag-16-disember/#respond Sat, 13 Dec 2025 09:36:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88217
Read Time:33 Second

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi Urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah pada 16 Disember ini.

Mesyuarat khas itu adalah susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

SPR dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat khas itu dijadual berlangsung bermula jam 10 pagi yang bertujuan membincangkan urusan berkaitan pelaksanaan PRK bagi kedua-dua kawasan terbabit.

Sejurus tamat mesyuarat khas itu, satu sidang media akan diadakan pada jam 11.30 pagi di Bilik Taklimat, Menara SPR, Putrajaya bagi memaklumkan keputusan serta ketetapan rasmi berkaitan PRK itu kepada orang ramai dan pihak media.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/13/mesyuarat-khas-prk-kinabatangan-dan-dun-lamag-16-disember/feed/ 0 88217
PRU Sabah : 603 Kes kesalahan pilihan raya direkodkan https://sabahmedia.com/2025/11/29/pru-sabah-603-kes-kesalahan-pilihan-raya-direkodkan/ https://sabahmedia.com/2025/11/29/pru-sabah-603-kes-kesalahan-pilihan-raya-direkodkan/#respond Sat, 29 Nov 2025 06:35:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87401
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 603 kes kesalahan pilihan raya telah direkodkan setakat malam tadi sepanjang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah tersebut, 81 kes melibatkan laporan polis, manakala lima lagi kes dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

“Kesemua kes yang dilaporkan itu kini berada di bawah tindakan serta siasatan agensi-agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang di sini pada Sabtu.

Ramlan berkata, sebahagian besar kesalahan yang berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan kesalahan kecil, terutamanya melibatkan bahan kempen yang melanggar peraturan.

“Antara kesalahan yang diambil tindakan oleh SPR adalah seperti penurunan poster dan bahan kempen yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kesalahan tersebut berlaku di seluruh negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/29/pru-sabah-603-kes-kesalahan-pilihan-raya-direkodkan/feed/ 0 87401
Pengundi diingatkan patuh etika pemakaian, hati-hati cuaca tidak menentu https://sabahmedia.com/2025/11/28/pengundi-diingatkan-patuh-etika-pemakaian-hati-hati-cuaca-tidak-menentu/ https://sabahmedia.com/2025/11/28/pengundi-diingatkan-patuh-etika-pemakaian-hati-hati-cuaca-tidak-menentu/#respond Fri, 28 Nov 2025 04:04:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87257
Read Time:54 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Pengundi diingatkan agar tidak memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti ketika hadir untuk mengundi di pusat pengundian masing-masing pada esok, 29 November.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, berkata sekiranya dikesan ada pengundi yang berpakaian demikian, individu terbabit tidak dibenarkan memasuki ke pusat mengundi oleh petugas SPR.

“Pengundi akan dikehendaki untuk menukar pakaian sebelum dibenarkan mengundi di pusat mengundi masing-masing,

“Apa yang perlu dibawa oleh setiap pengundi, hanya kad pengenalan masing-masing selain terlebih dahulu mendapatkan maklumat nombor saluran mengundi,” katanya ditemui.

Ramlan berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan bagi Semakan Isi Peti Undi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Menurutnya, pengundi juga digalakkan turun lebih awal dan merancang perjalanan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Mengikut ramalan kaji cuaca, kemungkinan hujan akan berlaku pada sebelah petang.

“Oleh demikian, pengundi digalakkan turun awal dan membawa baju hujan,” ujarnya.

Tambahnya, SPR mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menghadapi sebarang insiden bencana dan akan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima oleh jawatankuasa peringkat daerah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/28/pengundi-diingatkan-patuh-etika-pemakaian-hati-hati-cuaca-tidak-menentu/feed/ 0 87257
SOP khas SPR hadapi banjir menjelang hari pengundian https://sabahmedia.com/2025/11/25/sop-khas-spr-hadapi-banjir-menjelang-hari-pengundian/ https://sabahmedia.com/2025/11/25/sop-khas-spr-hadapi-banjir-menjelang-hari-pengundian/#respond Tue, 25 Nov 2025 06:17:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86980
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai prosedur operasi khas (SOP) untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir atau bencana lain pada hari pengundian Sabtu ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia berdepan apa juga kemungkinan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Kita akan merujuk kepada jawatankuasa bencana peringkat daerah dan negeri bagi sebarang panduan. Insya-Allah, kita bersedia memastikan proses pengundian berjalan lancar dalam apa jua keadaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melakukan lawatan ke pusat pengundian awal P190 Tawau di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, hari ini.

Mengulas isu segelintir pengundi sebelum ini yang mengambil gambar kertas undi untuk tujuan tertentu, beliau menjelaskan bahawa SPR telah menetapkan kaedah khas.

“Pegawai di setiap saluran akan meminta pengundi meletakkan telefon di tempat disediakan sebelum masuk memangkah. Ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan seperti gambar kertas undi disebarkan kepada pihak tertentu,” tegasnya.

Setakat semalam, katanya, SPR menerima 472 aduan berkaitan kesalahan kecil sepanjang tempoh berkempen.

“Antaranya melibatkan bahan kempen, ceramah tanpa permit dan lain-lain kesalahan ringan. Tiada kesalahan besar setakat ini,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa tiada pecahan daerah bagi jumlah aduan tersebut buat masa ini.

Tambah beliau lagi, sebanyak 86 pasukan penguatkuasa SPR telah ditubuhkan di seluruh Sabah dan tindakan sewajarnya akan diambil mengikut prosedur ditetapkan.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/25/sop-khas-spr-hadapi-banjir-menjelang-hari-pengundian/feed/ 0 86980
SPR nafikan dakwaan pengawasan terpilih sepanjang kempen PRU Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/23/spr-nafikan-dakwaan-pengawasan-terpilih-sepanjang-kempen-pru-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/spr-nafikan-dakwaan-pengawasan-terpilih-sepanjang-kempen-pru-sabah/#respond Sun, 23 Nov 2025 12:20:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86822
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang ditubuhkan sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17  tidak menyasarkan mana-mana parti atau calon tertentu dalam proses pemantauan kempen.

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, menjelaskan bahawa PPKPR dibentuk selaras dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bagi memastikan semua calon mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

“Pasukan penguat kuasa ini menjalankan pemantauan ke atas semua aktiviti kempen tanpa memberi tumpuan khusus kepada mana-mana parti.

“Tuduhan bahawa SPR menyasarkan pihak tertentu adalah tidak benar,” tegasnya.

Menurut beliau, pasukan tersebut turut bertanggungjawab menasihatkan semua calon dan penyokong agar mematuhi peraturan bagi menjaga integriti proses pilihan raya.

SPR turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai aduan atau keraguan berhubung salah laku ketika kempen supaya membuat laporan secara rasmi kepada SPR atau pihak berkuasa berkaitan.

“SPR sentiasa mengingatkan semua pihak untuk mematuhi undang-undang bagi memastikan keamanan dan integriti pilihan raya terpelihara,” tambahnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/spr-nafikan-dakwaan-pengawasan-terpilih-sepanjang-kempen-pru-sabah/feed/ 0 86822
PRU Sabah : Nama Abd Halim kekal dalam kertas undi – SPR https://sabahmedia.com/2025/11/18/pru-sabah-nama-abd-halim-kekal-dalam-kertas-undi-spr/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/pru-sabah-nama-abd-halim-kekal-dalam-kertas-undi-spr/#respond Tue, 18 Nov 2025 07:43:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86273
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abd Halim Sidek Gulam Hassan, kekal dalam kertas undi meskipun beliau menyatakan hasrat untuk menarik diri.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, penarikan diri calon selepas pukul 10 pagi pada hari penamaan calon tidak dibenarkan mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“SPR mengambil maklum tentang penarikan diri calon PH, namun menurut peraturan, beliau tetap kekal sebagai calon dalam pilihan raya bahagian N.62 Silam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Khairul berkata, langkah itu bermakna pengundi di kawasan berkenaan akan tetap menemui nama Abd Halim Sidek dalam kertas undi pada hari pengundian nanti.

SPR menegaskan semua pihak perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan adil. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/pru-sabah-nama-abd-halim-kekal-dalam-kertas-undi-spr/feed/ 0 86273
Lebih 3,400 set borang penamaan dijual, SPR pastikan semua PPC berjalan lancar https://sabahmedia.com/2025/11/14/lebih-3400-set-borang-penamaan-dijual-spr-pastikan-semua-ppc-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2025/11/14/lebih-3400-set-borang-penamaan-dijual-spr-pastikan-semua-ppc-berjalan-lancar/#respond Fri, 14 Nov 2025 03:33:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85732
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

PUTATAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjual lebih 3,000 set borang penamaan calon di seluruh Sabah sehingga hari ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, borang yang dijual adalah melalui Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Sabah dan Pegawai Pengurus (RO) di kawasan masing-masing.

“Setakat ini kita telah menjual lebih daripada 3,000 borang, bagaimanapun saya tidak dapat jumlah spesifik.

“Saya difahamkan 3,400 lebih borang telah pun dijual di seluruh pejabat-pejabat kita dan juga melalui RO.  Jumlah itu adalah sehingga sekarang (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Sri Putatan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Ramlan berkata semua persiapan untuk proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah telah selesai sepenuhnya.

Katanya, raptai proses penamaan calon berjalan lancar di seluruh negeri, merangkumi 73 DUN dan 25 Parlimen. 

“Beberapa PPC telah saya  tinjau beberapa hari lepas, termasuk di Kudat, Tenom, dan Sipitang, bagi memastikan setiap lokasi bersedia dari segi kemudahan logistik dan akses internet.

“Selain itu, semua RO telah diberikan latihan menyeluruh untuk memastikan proses penamaan calon dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. 

“SPR menekankan bahawa setiap pusat penamaan calon telah dilengkapi kemudahan yang diperlukan untuk menyokong kelancaran proses tersebut,” katanya.

Proses penamaan calon dijadualkan bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi di semua pusat penamaan calon esok. 

SPR menggesa semua pihak untuk memastikan kelancaran proses dan berdoa agar ia berjalan dengan sempurna. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/14/lebih-3400-set-borang-penamaan-dijual-spr-pastikan-semua-ppc-berjalan-lancar/feed/ 0 85732
Kekosongan kerusi Parlimen tertakluk kepada Speaker – SPR https://sabahmedia.com/2025/10/16/kekosongan-kerusi-parlimen-tertakluk-kepada-speaker-spr/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/kekosongan-kerusi-parlimen-tertakluk-kepada-speaker-spr/#respond Thu, 16 Oct 2025 08:27:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83434
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pilihan raya kecil akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya berlaku kekosongan kerusi Parlimen, tertakluk kepada pengesahan rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, penentuan kekosongan kerusi adalah di bawah bidang kuasa Speaker dan SPR hanya akan bertindak selepas menerima notis rasmi.

“Keputusan untuk menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah di bawah Speaker Parlimen. Jadi, kami menunggu keputusan daripada Speaker, dan jika berlaku kekosongan, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh notis diterima,” katanya.

Menjawab pertanyaan media mengenai kerajaan Persekutuan telah mencapai tempoh matang lebih tiga tahun dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil, Ramlan menegaskan perkara itu akan diputuskan oleh SPR.

“Yang itu SPR akan putuskan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian selepas Sidang Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mendesak dua Ahli Parlimen supaya mengosongkan kerusi Parlimen mereka jika bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN ke-17 nanti.

Beliau menegaskan, tindakan Shahelmey Yahya (Ahli Parlimen Putatan) dan Andi Muhammad Suryady Bandi (Ahli Parlimen Kalabakan) itu tertakluk di bawah Akta Anti Lompat Parti sekiranya mereka mahu bersama GRS pada PRN Sabah nanti.

Sementara itu, ketika mengulas cadangan agar pengundi Sabah di Semenanjung dibenarkan mengundi secara pos, Ramlan menjelaskan SPR belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

“Buat masa ini belum ada keputusan. Pengundi Sabah yang berada di luar negeri masih perlu pulang untuk mengundi. Keputusan kekal seperti asal,” katanya.

Beliau menambah, SPR telah mengambil kira kemudahan logistik dan memastikan proses pengundian tidak bertembung dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pengundian akan diadakan pada hari Sabtu. Insya-Allah tidak akan mengganggu peperiksaan itu,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/kekosongan-kerusi-parlimen-tertakluk-kepada-speaker-spr/feed/ 0 83434