sprm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 May 2026 08:31:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sprm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM tahan tiga pembantu penguat kuasa disyaki terima rasuah https://sabahmedia.com/2026/05/13/sprm-tahan-tiga-pembantu-penguat-kuasa-disyaki-terima-rasuah/ https://sabahmedia.com/2026/05/13/sprm-tahan-tiga-pembantu-penguat-kuasa-disyaki-terima-rasuah/#respond Wed, 13 May 2026 08:29:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96603
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Tiga pembantu penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam kegiatan meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap lori sebuah syarikat perkakasan dan pengangkutan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan antara jam 4 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara Januari 2023 hingga Oktober 2024.

“Mereka disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap lori milik sebuah syarikat perkakasan dan pengangkutan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Kesemua suspek juga dipercayai menerima wang rasuah secara tunai selain bayaran bulanan sebanyak RM500 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi pihak ketiga,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/13/sprm-tahan-tiga-pembantu-penguat-kuasa-disyaki-terima-rasuah/feed/ 0 96603
Pengerusi SPANCO didakwa tipu kontrak kerajaan RM3.9 bilion https://sabahmedia.com/2024/04/03/pengerusi-spanco-didakwa-tipu-kontrak-kerajaan-rm3-9-bilion/ https://sabahmedia.com/2024/04/03/pengerusi-spanco-didakwa-tipu-kontrak-kerajaan-rm3-9-bilion/#respond Wed, 03 Apr 2024 04:38:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52101
Read Time:2 Minute, 59 Second

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh korporat pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menipu hingga mendorong Kementerian Kewangan (MOF) menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion, lima tahun lalu.

Bagaimanapun Pengerusi Spanco Sdn Bhd (SPANCO), Tan Sri Robert Tan Hua Choon yang juga pengerusi syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan berusia 83 tahun itu mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di depan Hakim, Suzana Hussin.

“Faham (pertuduhan), saya tidak bersalah. Saya sudah tolong negara banyak lama,” katanya. 

Mengikut pertuduhan, Hua Choon didakwa menipu MOF dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender bagi tender bertajuk ‘Request for Proposal for Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet’ Unit Kerjasama Awam Swasta MOF bahawa terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh Bumiputera di syarikat SPANCO.

Ia melalui dokumen bertajuk ‘Appendix IV (Annex i) Bidder’s Profile’ dan dengan itu tertuduh secara tidak jujur mendorong MOF untuk menganugerahkan kontrak ‘Supply, Repair, Maintenance and Management of Govemment of Malaysia Vehicle Fleet’ bernilai RM3,966,386,628 kepada syarikat SPANCO yang mana MOF tidak akan berbuat begitu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Tender Unit Kerjasama Awam Swasta, MOF, Aras 10, Blok Menara, Menara Usahawan, Presint 2, Persiaran Perdana, Putrajaya, pada 27 serta 28 Februari 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan. 

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, mencadangkan jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang sudah dipersetujui pembelaan tokoh korporat berkenaan.

“Syarat jaminan lain dikehendaki serahkan pasport hingga kes selesai dibicarakan dan memohon tertuduh melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.

“Ketiga, tertuduh tidak dibenarkan mengacau ganggu atau berhubung saksi pendakwaan secara terus atau menerusi pihak ketiga hingga kes selesai,” katanya. 

Bagaimanapun, peguam bela Hua Choon, Datuk Wan Azmir Wan Majid, mengesahkan tidak membantah cadangan jaminan RM2 juta walaupun ia dilihat sebagai jumlah yang tinggi. 

“Anak guam ada ‘hypertension’ (darah tinggi), sakit lutut dan belakang, selain sentiasa memerlukan bantuan perubatan. Pergerakan anak guam bergantung kepada tongkat dan sentiasa dibantu individu lain untuk urusan harian. 

“Dalam kes ini, penjamin adalah anak tertuduh. Seterusnya, permintaan untuk menyerahkan pasport menyekat perjalanan dan pergerakan anak guam. 

“Dengan demikian, syarat melapor setiap bulan adalah tidak perlu memandangkan ada syarat sedemikian. Secara alternatif, saya memohon untuk mempermudahkan anak guam untuk melapor diri setiap tiga bulan kerana tiada risiko melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, peguam pemerhati mewakili SPANCO, Razlan Hadri, khuatir tertuduh sebagai pengarah eksekutif syarikat yang masih aktif dalam perniagaan tidak sengaja berhubung dengan saksi pendakwaan.

“Boleh kami dapatkan senarai saksi? Apakah maksud kacau ganggu? Saya tahu tak boleh kacau ganggu dalam kes ini tetapi sekiranya tertuduh tak berhubung langsung dengan mana-mana pegawai SPANCO mungkin agak sukar.

“Boleh dapatkan penjelasan daripada pendakwaan,” katanya. 

Mahadi kemudian berkata, pertembungan antara saksi yang masih bekerja di syarikat itu dan tertuduh tidak dapat dielakkan. 

“Bagaimanapun, bila kita katakan berkenaan dengan kacau ganggu saksi apabila mendapat laporan ada cubaan berbincang dengan saksi berkenaan dengan perkara di mahkamah atau sebarang usaha mempengaruhi saksi untuk memberi keterangan.

“Itu maksud kami. Bukan maksud tidak boleh bertembung langsung atau saksi perlu meletak jawatan di syarikat itu,” katanya. 

Hakim membenarkan jumlah jaminan dengan seorang penjamin seperti dipersetujui pendakwaan dan pembelaan dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, tertuduh tidak boleh mengganggu saksi secara terus atau melalui pihak ketiga serta melaporkan diri di pejabat SPRM setiap dua bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/03/pengerusi-spanco-didakwa-tipu-kontrak-kerajaan-rm3-9-bilion/feed/ 0 52101
Tun Daim didakwa gagal isytihar 70 aset harta kepada SPRM https://sabahmedia.com/2024/01/29/tun-daim-didakwa-gagal-isytihar-70-aset-harta-kepada-sprm/ https://sabahmedia.com/2024/01/29/tun-daim-didakwa-gagal-isytihar-70-aset-harta-kepada-sprm/#respond Mon, 29 Jan 2024 04:27:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48654
Read Time:5 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta seperti yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hujung tahun lalu.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut kertas pertuduhan, Daim yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda didakwa didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 8 November 2023.

Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Antara harta yang terlibat termasuk aset akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang selain satu Kedah.

Berikut adalah senarai penuh harta dan aset yang didakwa tidak diisytiharkan oleh Daim kepada SPRM, mengikut kertas pertuduhan:-

AKAUN BANK

  1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)

KENDERAAN

  1. Mercedes Benz 600 SEL
  2. Jaguar XJS HE
  3. Mercedes Benz 450SEL
  4. Mercedes Benz 450 SLC
  5. Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body
  6. Austin Morris Austin
  7. Austin Morris Austin
  8. Ford Prefect

SYARIKAT

  1. Ibu Kota Developments Sdn Bhd (No. Syarikat: 6054-A)
  2. Maya Seni Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat: 165408-K)
  3. Menara Ampang Sdn Bhd (No. Syarikat: 99711-P)
  4. Dream Cruiser Sdn Bhd (No. Syarikat: 604345-X)
  5. Landbelt Corporation Sdn Bhd (No. Syarikat: 392821-H)
  6. Kenari Teliti Sdn Bhd (No. Syarikat: 506999-U)
  7. Fnq Advanced Materials Sdn Bhd (No. Syarikat: 925087-T)
  8. Kota Tandop Development Sendirian Berhad (No. Syarikat: 975462-U)
  9. Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 220337-T)
  10. Dasar Seroja Sdn Bhd (No. Syarikat: 539533-K)
  11. Gigantic Promotions Sdn Bhd (No. Syarikat: 687985-X)
  12. Jupiter Alliance Sdn Bhd (No. Syarikat: 403150-D)
  13. Inayat Realty Sdn Bhd (No. Syarikat: 165082-X)
  14. Suasa Urus Sdn Bhd (No. Syarikat: 208069-M)
  15. Avillion Berhad (No. Syarikat: 244521-A)
  16. Meridian Haven Sdn Bhd (No. Syarikat: 910242-V)
  17. Avillion Vista Hotel Sdn Bhd (No. Syarikat: 671941-D)
  18. Vast Access Sdn Bhd (No. Syarikat: 713641-A)
  19. Fortune Valley Sdn Bhd (No. Syarikat: 225318-V)
  20. Reliance E-Com Sdn Bhd (No. Syarikat: 506259-D)
  21. Admiral Marina Berhad (No. Syarikat: 117203-D)
  22. Golden Envoy (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 311284-T)
  23. Mela Lifestyle Sdn Bhd (No. Syarikat: 671940-V)
  24. AVI SPA Sdn Bhd (No. Syarikat: 638454-D)
  25. Avillion Hotel Group Sdn Bhd (No. Syarikat: 302950-V)
  26. RPB Capital Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat: 430774-H)
  27. Genius Field Sdn Bhd (No. Syarikat: 641309-M)
  28. Festive Place Sdn Bhd (No. Syarikat: 675416-X)
  29. Avillion Suite Hotel (PD) Sdn Bhd (No. Syarikat: 624724-T)
  30. Taman Unik Sdn Bhd (No. Syarikat: 818314-H)
  31. Admiral Cove Development Sdn Bhd (No. Syarikat: 265421-P)
  32. Nesline Sdn Bhd (No. Syarikat: 572449-K)
  33. RPB Development Sdn Bhd (No. Syarikat: 192993-X)
  34. OS Resources Sdn Bhd (No. Syarikat: 480977-H)
  35. Avillion Hotel (Kl) Sdn Bhd (No. Syarikat: 638456-P)
  36. Avillion Hotels International Sdn Bhd (No. Syarikat: 302949-A)
  37. Admiral Hill Hotel Sdn Bhd (No. Syarikat: 287200-T)
  38. Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Berhad (No. Syarikat: 74671-W)

HARTANAH / TANAH DI BAWAH SYARIKAT

  1. No. Hak Milik 79053, Lot 265, Seksyen 89, No. 325 Ritchie Condo, 55000 Kuala Lumpur
  2. No. Hak Milik 27692, Lot 12, Seksyen 89, No. 327 Persiaran Ritchie, 55000 Kuala Lumpur
  3. Unit 1D, NO 16, Jalan Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
  4. No. Hak Milik 102428 PT 2533 Mukim Ampang beralamat di No. 10 Jalan Wirawati, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
  5. No. Hak Milik 3754 Lot 2490 Mukim Teras,Raub beralamat di Rompin House, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
  6. No. Hak Milik 10627 Lot 157, No. Hak Milik 10628 Lot 158, No. Hak Milik 10629 Lot 159 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di Lot 63-67 (1-3) Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
  7. No. Hak Milik 1317, PT4061, No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
  8. No. Hak Milik Geran 42420, 316 Seksyen 63, Mukim Kuala Lumpur beralamat di No.204 Desa Kuda Lari, TK 1-A150 3, 50450 Kuala Lumpur
  9. No Hak Milik CT 9452, Lot 13, No. 333, Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur
  10. No Hak Milik 79488 Lot 20001 dan No Hak Milik 119785 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di No. 333 (Socfin House-White Palace Kuala Lumpur)
  11. No. Hak Milik 37663 PT 377, No Hak Milik 37665 PT 379, No. Hak Milik 37666 PT 380, No. Hak Milik 37670 PT 384, No. Hak Milik 15540 PT 1095, No. Hak Milik 15541 PT 1096 di Mukim Ampang beralamat di No.57 & 59, Taman Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur
  12. No. Hak Milik 34959 Lot 215 Seksyen 89, No. Hak Milik 34960 Lot 216 Seksyen 89 dan No. Hak Milik 36150 Lot 84 Seksyen 89 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di Cinta Condominium, Jalan Madge Off Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
  13. No. Hak Milik HS(D) 5782 Lot 14001, No. Hak Milik HS(D) 5783 Lot 14002, No. Hak Milik HS(D) 5784 Lot 14003 di Mukim Bentong beralamat di Lot 12 & 13 Puncak Dani & Dani Lodge Gohtong Jaya Genting Highlands, 69000, Pahang
  14. No. Hak Milik 33753 Lot 3989, No. Hak Milik 33739 Lot 3975 Di Mukim Ulu Kelang beralamat di Unit No. W4DC-075 & 061, Phase 4D, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
  15. No. Hak Milik 16013 PT 371, No. Hak Milik 16014 PT 372 dan No. Hak Milik 16015 PT 373 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di Wisma Dani, 1, Jalan Jejaka 4, Maluri, 55100 Kuala Lumpur
  16. No. Hak Milik 11199, PT 15752, Mukim Ampang beralamat, beralamat di AG-01, A1-01, A-2-01, A2-01, A3-01, A3-02, A4-01, A4-02 Taman Dagang Ampang, 68000 Ampang, Selangor
  17. No. Hak Milik 33555, Lot 129 Seksyen 58, Menara Ampang, No. 149, Jalan Ampang, Selangor
  18. No. Hak Milik 129258 dan 36280, Lot No 1680 dan 1681, Mukim Bujang Daerah Kuala Muda, Negeri Kedah
  19. No. Hak Milik 287336, PT 35082, Double Storey Semi D, Phase 5B, Bukit Saujana, Ijok, Selangor
  20. Suite # 8-13-6, Menara Mutiara Bangsar 8, Jalan Liku Off Jalan Bangsar, 59100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  21. Avillion Port Dickson, 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
  22. Avillion Admiral Cove, 51⁄2 Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050 Negeri Sembilan
  23. Avillion Cameron Highlands, C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
  24. Admiral Marina & Leisure Club, 5 1/2 Miles Jalan Pantai, 71050, Si Rusa, 71050 Negeri Sembilan
  25. AVI Pangkor Beach Resort, PT1130, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Perak

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/29/tun-daim-didakwa-gagal-isytihar-70-aset-harta-kepada-sprm/feed/ 0 48654
Naratif Kaya Kerana Rasuah Sengaja Dimainkan, Dakwa Isteri Daim https://sabahmedia.com/2024/01/10/naratif-kaya-kerana-rasuah-sengaja-dimainkan-dakwa-isteri-daim/ https://sabahmedia.com/2024/01/10/naratif-kaya-kerana-rasuah-sengaja-dimainkan-dakwa-isteri-daim/#respond Wed, 10 Jan 2024 03:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47762
Read Time:1 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR: Seseorang tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dibuktikan oleh mahkamah, demikian menurut Toh Puan Naimah Khalid, iaitu isteri kepada Tun Daim Zainudin.

Naimah juga mendakwa pada ketika ini kempen memutar belit maklumat dan persepsi sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak, demi memberi gambaran bahawa Daim adalah seorang yang korup hanya kerana bekas Menteri Kewangan itu kaya-raya.

Beliau juga mendakwa Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kabinet pada tahun 1984.

Apatah lagi media selama ini juga merujuk Daim sebagai seorang tokoh korporat dan hartawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu, kata Naimah.

“ Kini, ia sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan telepas daripada tuduhan sedemikian. 

“Di lapangan awam, dakwaan seperti ini tidak mudah hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui wartawan di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Terdahulu Naimah yang ditemani kedua anaknya dan peguam hadir sekitar jam 10.15 minit pagi bagi dirakam kenyataan susulan siasatan SPRM berhubung pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berkenaan transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Bercakap kepada pemberita lagi, Naimah mendakwa Daim kini menjadi mangsa penganiayaan kerajaan hari ini, dengan menggambarkan kemewahan dan kejayaan beliau kerana terlibat dengan amalan rasuah.

”Jawatan Perdana Menteri tidak seharusnya digunakan untuk mencemar nama baik individu melalui sindiran dan tuduhan kononnya mengenai salah laku, ataupun digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan politik lampau.

“Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram, tanpa memberikan sedikit pun bukti,” atanya. 

Terdahulu SPRM bertindak membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Pada bulan Disember lepas, SPRM menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, yang dikatakan milik keluarga Daim.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/10/naratif-kaya-kerana-rasuah-sengaja-dimainkan-dakwa-isteri-daim/feed/ 0 47762
PPNS buat laporan SPRM, pegawai NAFAS gagal lunas hutang lebih RM2 juta https://sabahmedia.com/2024/01/05/ppns-buat-laporan-sprm-pegawai-nafas-gagal-lunas-hutang-lebih-rm2-juta/ https://sabahmedia.com/2024/01/05/ppns-buat-laporan-sprm-pegawai-nafas-gagal-lunas-hutang-lebih-rm2-juta/#respond Fri, 05 Jan 2024 06:52:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47512
Read Time:2 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melunaskan hutang yang mencecah lebih RM2 juta.

Ahli Jemaah Pengarah PPNS, Datuk Ng Loi Tect berkata, jumlah itu termasuk sewa gudang baja dan semua pembayaran yang dituntut PPNS berkaitan kerja pembekalan serta penghantaran baja kepada ahli pertubuhan itu di seluruh negeri.

Katanya, laporan yang dibuat PPNS itu bagi meminta SPRM menyiasat beberapa pegawai NAFAS yang disyaki ada kepentingan lain sehingga sengaja melengahkan proses pembayaran kepada PPNS yang menyebabkan tunggakan bayaran selama dua tahun.

Beliau berkata, laporan polis juga telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam soal pengurusan kontrak dan pembayaran hutang kepada PPNS.

“Kita membuat ketetapan untuk melaporkan kes ini kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan beberapa pegawai NAFAS yang kita tahu sengaja melengahkan proses pembayaran (hutang) kepada PPNS.

“Saya ingin tegaskan bahawa keperluan untuk NAFAS membayar sewa gudang dan hutang yang begitu lama tertunggak adalah sangat penting kerana ini untuk keperluan ahli PPN di Sabah yang merangkumi 26 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang bergantung kepada kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Pengarah PPNS, di sini, semalam.

Pada masa yang sama Loi Tect turut meminta kerajaan persekutuan, khususnya Perdana Menteri campur tangan supaya pihak NAFAS bertanggungjawab untuk menyelesaikan tuntutan PPNS, selain memastikan sebarang projek berkaitan peladang dan kepentingannya diutamakan dan diberikan kepada PPNS sebagai sebuah Pertubuhan yang menjaga kebajikan ahlinya di negeri ini.

“Kita meminta kepada kerajaan untuk melihat PPNS ini sebagai satu pertubuhan yang menjadi tempat bergantung ahli pertubuhan kita di Sabah, iaitu ada 26 Pertubuhan Peladang Kawasan semuanya. Jadi kita minta PPNS mendapat anugerah projek yang sebelum ini kita dapat tetapi kebelakangan ini tidak diberikan oleh NAFAS dan di permainkan oleh pegawai pegawai kanan NAFAS.

“Apa yang menyebabkan kita terpaksa menyebut perkara ini ialah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) di Semenanjung mendapat anugerah projek, jadi kita minta Sabah sepatutnya diberikan layanan yang sama,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil PPNS dipinggir atau dianaktirikan sedangkan NAFAS yang mahu organisasi PPNS ini menyertai mereka semasa melobi projek ini semasa NAFAS di Pengerusikan Oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Bukhari Mohd Sawi sebagai Pengurus Besar dengan dijanjikan pelbagai manfaat termasuk dilayan sebagai kawan yang sama seperti lain-lain PPN di Semenanjung.

Beliau mendakwa, apa yang berlaku ketika ini ialah PPNS tidak dilayan dengan baik, sedangkan apa yang diminta cuma untuk menerima layanan sama dengan apa diperolehi PPN yang lain.

“Sebab itu kita minta supaya perkara ini dilihat serius oleh kepimpinan kita di NAFAS dan kita juga minta kepada Perdana Menteri melihat kita sebagai rakan NAFAS yang sama dengan PPN di Semenanjung.

“Perhatian perlulah diberi sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sepatutnya kita di Sabah dan Sarawak mendapat layanan yang sama rata dengan rakan-rakan kita di Semenanjung,” katanya.

Pada sidang media itu, Loi Tect turut menyatakan sokongannya terhadap tuntutan PPNS menerusi kenyataan media pertubuhan itu bertarikh 30 Disember lalu berhubung sikap NAFAS yang tidak mengambil peduli masalah PPNS dan hutangnya di negeri ini.

Menerusi kenyataan itu, PPNS memberi amaran akan menjual semua baki simpanan baja milik pertubuhan itu di negeri ini bagi menampung bayaran sewaan gudang yang gagal dilunaskan NAFAS selepas tiada sebarang maklum balas berhubung hutang yang dituntut oleh PPNS.

Hasil jualan baja itu akan digunakan oleh PPNS untuk membayar semua tunggakan hutang kepada pemilik gudang serta bayaran untuk lain-lain kerja yang berkaitan di antara PPNS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/05/ppns-buat-laporan-sprm-pegawai-nafas-gagal-lunas-hutang-lebih-rm2-juta/feed/ 0 47512
3 Pegawai SPRM Terbabit Rompakan Dijangka Dituduh Esok https://sabahmedia.com/2023/12/12/3-pegawai-sprm-terbabit-rompakan-dijangka-dituduh-esok/ https://sabahmedia.com/2023/12/12/3-pegawai-sprm-terbabit-rompakan-dijangka-dituduh-esok/#respond Tue, 12 Dec 2023 14:29:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46430
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai terbabit dalam rompakan berkumpulan ke atas seorang ahli perniagaan dijangka didakwa esok.

Semakan di laman web Jabatan Kehakiman mendapati ketiga-tiga mereka akan dibawa ke beberapa Mahkamah Sesyen di sini pada jam 9 pagi lapor berita harian.

Sebelum itu media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan parlimen kepada soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (PH-Kepong) bulan lalu

Pada 2021, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan laporan polis yang diterima disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

Kontroversi itu membabitkan tangkapan tiga pegawai SPRM  bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu disiasat itu dilepas tanpa bebas oleh mahkamah pada April tahun lalu dan ketika  mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas SPRM, dia terkejut kerana sebahagian daripadanya didapati wang palsu.

Individu yang tidak puas hati dengan wang palsu tersebut didakwa membuat laporan polis menyebabkan  tiga pegawai SPRM direman enam hari pada 14 September lalu

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/12/3-pegawai-sprm-terbabit-rompakan-dijangka-dituduh-esok/feed/ 0 46430