SPRM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Dec 2025 01:43:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SPRM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPRM Sabah cadang larang penukaran hak milik Rumah Mesra SMJ https://sabahmedia.com/2025/12/24/sprm-sabah-cadang-larang-penukaran-hak-milik-rumah-mesra-smj/ https://sabahmedia.com/2025/12/24/sprm-sabah-cadang-larang-penukaran-hak-milik-rumah-mesra-smj/#respond Wed, 24 Dec 2025 01:43:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88779
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mencadangkan agar penukaran hak milik Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dihadkan bagi mengelakkan penyalahgunaan bantuan perumahan kerajaan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, hak milik rumah Rumah Mesra SMJ tidak dibenarkan dipindahkan kepada pihak lain kecuali sekiranya Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia dan pemilikan diserahkan kepada pewaris yang sah.

Katanya, cadangan itu dikemukakan susulan siasatan awal SPRM Sabah yang mendapati terdapat penerima bantuan rumah berkenaan tidak mendiami rumah yang dibina, sebaliknya menyewakan rumah berkenaan kepada individu lain.

Selain itu, pihaknya turut mengesyorkan agar hanya KIR layak memohon bantuan berkenaan serta permohonan tidak akan diluluskan sekiranya pemohon mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.

Semua cadangan penambahbaikan tatakelola itu telah dibentangkan SPRM Sabah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dan menerima maklum balas positif daripada Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Datuk Myrna Jimenez.

Myrna berkata, pihak kementerian akan meneliti dan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan pelaksanaan program RMSMJ lebih berintegriti dan mencapai objektif membantu golongan benar-benar memerlukan.

Sementara itu, Fuad berkata, pihaknya turut mencadangkan agar satu mekanisme pemantauan diwujudkan sebelum, semasa dan selepas pembinaan Rumah Mesra SMJ bagi memastikan pelaksanaan program perumahan itu lebih berkesan dan berintegriti.

Katanya, mekanisme pemantauan itu penting bagi memastikan pemilihan penerima, proses pembinaan serta penggunaan rumah selepas siap dibina menepati objektif asal program yang bertujuan membantu golongan benar-benar memerlukan.

“Selain itu, SPRM Sabah turut mencadangkan supaya satu borang permohonan khusus Rumah Mesra SMJ diwujudkan serta memasukkan klausa peringatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 bagi meningkatkan kesedaran pemohon terhadap tanggungjawab dan implikasi undang-undang sekiranya memberikan maklumat palsu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/24/sprm-sabah-cadang-larang-penukaran-hak-milik-rumah-mesra-smj/feed/ 0 88779
SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah https://sabahmedia.com/2024/06/22/sprm-alu-alukan-kerjasama-laksanakan-program-pendidikan-antirasuah/ https://sabahmedia.com/2024/06/22/sprm-alu-alukan-kerjasama-laksanakan-program-pendidikan-antirasuah/#respond Fri, 21 Jun 2024 16:03:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56348
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengalu-alukan kerjasama dalam melaksanakan program pendidikan antirasuah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah berkata,  pihaknya turut  komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan  pelbagai pihak dalam melaksanakan program pendidikan antirasuah kepada khususnya kepada warga kerja Hospital Pakar KPJ di semua peringkat.

“Kejayaan program pembudayaan integriti dalam sesebuah organisasi bergantung pada dua faktor utama iaitu program yang konsisten dan menyeluruh,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Pengukuhan Integriti, di sini.

Karunanithy  berkata, IBR merupakan penzahiran komitmen kepimpinan sesebuah organisasi dan amat penting dalam menunjukkan pendirian pengurusan tertinggi organisasi berkaitan integriti, tadbir urus baik dan pencegahan rasuah.

“Kepimpinan organisasi bukan hanya menetapkan tona dan iklim organisasi, tetapi komited melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memastikan pembudayaan integriti dan tadbir urus baik dalam organisasi.

“Saya percaya, program IBR pada hari ini bukan bersifat one-off tetapi disusuli dan diperkasakan dengan pelbagai tindakan oleh pengurusan tertinggi KPJ Sabah serta seluruh warga kerja,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, kira-kira 100 kakitangan Hospital Pakar KPJ Sabah melafazkan IBR diketuai oleh Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed.

Turut hadir, Ketua Unit Integriti KPJ Healthcare Berhad, Sofvera Nofi Mohd Shafriyar, wakil doktor-doktor Hospital Pakar KPJ Sabah, Prof. Datuk Dr. Ajaz Ahmad Nabijan dan Pengurus Operasi Hospital Pakar KPJ Sabah, Alice Rina Kandadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/22/sprm-alu-alukan-kerjasama-laksanakan-program-pendidikan-antirasuah/feed/ 0 56348
SPRM laksana program pendidikan setiap bulan https://sabahmedia.com/2024/06/14/sprm-laksana-program-pendidikan-setiap-bulan/ https://sabahmedia.com/2024/06/14/sprm-laksana-program-pendidikan-setiap-bulan/#respond Fri, 14 Jun 2024 02:14:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55965
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus giat melaksanakan usaha bagi meningkatkan integriti termasuk melaksanakan program pendidikan sekurang-kurangnya sehari dalam sebulan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menganjurkan program pencegahan rasuah pada minggu pertama setiap bulan.

“Berkaitan kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam, saya melihat salah satu kesalahan yang berlaku adalah berkaitan tuntutan palsu.

“Suatu ketika dahulu, ada yang membeli resit-resit hotel, tapi sekarang dengan teknologi baharu, mereka mengubah resit dalam format portable document format (pdf) tersebut dan kemukakan tuntutan palsu.

“Bagi tahun 2024, setakat ini SPRM telah membuka beberapa kertas siasatan di Sabah dan kini berada di fasa akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Bual Bicara Kluster Tatakelola dan Antirasuah: “‘Sinergi Dalam Membendung Ketirisan Hasil Untuk Pembangunan Negara’,  di sini semalam.

Selain itu, bagi mengatasi ketirisan, beliau juga menyarankan ketua-ketua jabatan agar turut memberi perhatian kepada kepada aktiviti setiap pegawai bawahan, bukan setakat melibatkan macro policy. 

“Ketirisan harus dilihat dari dua sudut, dan salah satu adalah isu besar melibatkan seperti subsidi kerajaan atau melakukan kerja-kerja tidak mengikut spesifikasi.

“Tetapi ada satu lagi ketirisan bentuk kecil yang sentiasa berlaku di dalam jabatan, contohnya pembelian barang dengan harga yang mahal.

“Walaupun kecil, tapi kalau kita longgokan dalam semua agensi akan menjadi besar, contoh satu agensi berlaku ketirisan sebanyak RM1,000 dan kalau 200 jabatan akan berjumlah RM200,000.

“Peranan mengatasi ketirisan adalah tanggungjawab semua pihak, kadang-kadang bila kita bagitahu ketirisan, mereka melihat pihak penguasa, ketua jabatan dan sebagainya, tetapi kalau kerani perolehan pun tidak melakukan sesuatu dengan betul, berlakulah ketirisan,” katanya.

Seramai 250 orang penjawat awam persekutuan dan negeri menyertai program anjuran SPRM Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah tersebut dengan sesi perkongsian maklumat oleh Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah, KPKPj Syamsul Osman, dan Pengarah Operasi Negeri Seksyen Siasatan Sabah, Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah, Mohd Fahmi Saad.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/14/sprm-laksana-program-pendidikan-setiap-bulan/feed/ 0 55965
SPRM Sabah tahan lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud https://sabahmedia.com/2024/02/26/sprm-sabah-tahan-lelaki-terima-rasuah-rm150000-bantu-dapatkan-projek-tidak-wujud/ https://sabahmedia.com/2024/02/26/sprm-sabah-tahan-lelaki-terima-rasuah-rm150000-bantu-dapatkan-projek-tidak-wujud/#respond Mon, 26 Feb 2024 10:13:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50148
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita hari ini mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurutnya, suspek yang berusia sekitar 60-an dan bekerja sendiri telah meminta dan menerima wang rasuah berkenaan kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek yang bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan projek tersebut tidak wujud.

“Kejadian berkenaan dilakukan suspek sekitar tahun 2019 di mana supek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek terbabit.

“Suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/26/sprm-sabah-tahan-lelaki-terima-rasuah-rm150000-bantu-dapatkan-projek-tidak-wujud/feed/ 0 50148
SPRM Sabah tahan penjawat awam kemuka tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/19/sprm-sabah-tahan-penjawat-awam-kemuka-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/19/sprm-sabah-tahan-penjawat-awam-kemuka-tuntutan-palsu/#respond Tue, 19 Sep 2023 10:11:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42105
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi pembekalan peralatan pertukangan bernilai kira-kira RM17,200 sedangkan pembekalan tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 10.40 pagi tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai membuat tuntutan palsu untuk membekalkan peralatan pertukangan kepada pelajar sebuah pusat latihan di Sabah pada tahun 2017,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek telah dilepaskan dengan jaminan seorang penjamin sebanyak RM5,000 tanpa deposit dan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah esok pagi.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar tidak membuat tuntutan palsu kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh dituduh di mahkamah jika mempunyai bukti yang kukuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/19/sprm-sabah-tahan-penjawat-awam-kemuka-tuntutan-palsu/feed/ 0 42105
SPRM Sabah tahan bekas pengurus kanan GLC kemuka tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/12/sprm-sabah-tahan-bekas-pengurus-kanan-glc-kemuka-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/12/sprm-sabah-tahan-bekas-pengurus-kanan-glc-kemuka-tuntutan-palsu/#respond Tue, 12 Sep 2023 06:02:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41701
Read Time:39 Second

TAWAU: Seorang bekas Pengurus Kanan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM26,000 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Menurut sumber, dalam tuntutan itu, suspek yang berusia 40-an itu dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

“Suspek dipercayai telah ditahan di pejabat SPRM Cawangan Tawau kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, suspek akan dituduh esok (13 September 2023) di Mahkamah Khas Rasuah Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/12/sprm-sabah-tahan-bekas-pengurus-kanan-glc-kemuka-tuntutan-palsu/feed/ 0 41701