sri pahang fc – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 Jul 2021 05:14:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sri pahang fc – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKAN : Pengendali Sabah FC Tidak Berpuas Hati Prestasi Pemain https://sabahmedia.com/2021/07/29/sukan-pengendali-sabah-fc-tidak-berpuas-hati-prestasi-pemain/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/sukan-pengendali-sabah-fc-tidak-berpuas-hati-prestasi-pemain/#respond Thu, 29 Jul 2021 05:14:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3746
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya ketika menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas malam tadi.

Meskipun tidak berpuas hati, Kurniawan tetap menghargai kerja keras pemainnya bagi memastikan Sabah beroleh mata di gelanggang sendiri.

“Pemain telah memberi komitmen yang tinggi dan berjuang hingga minit terakhir dimana kita telah berjaya mengekang Sri Pahang daripada membawa pulang tiga mata selepas mendahului jaringan 2-1 pada minit ke-93.

“Saya hargai kerja keras pemain kerana berjuang hingga minit akhir dan tahniah buat Sri Pahang kerana mendapat satu mata tetapi terus terang kita memang tidak berpuas hati sebab sasaran kita adalah untuk menang,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Pemain Sabah FC, Josip Ivancic muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94, seminit selepas pemain Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol kedua Pahang sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2 – 2. FOTO : MAHA

Kurniawan berkata, perlawanan malam tadi dilihat mampu mencatat kemenangan dan juga kekalahan selepas terdapat banyak peluang tidak dimanfaatkan dengan baik.

“Saya lihat mungkin ada empat hingga lima kali dengan kebarangkalian menghasilkan gol antara 80 peratus hingga 90 peratus.

“Kita juga tidak disiplin dalam menjaga lawan. Bagaimanapun, hal yang positif pemain kita berjuang hingga minit terakhir. Apabila tertinggal, mereka berusaha untuk menyamakan kedudukan dan kita tetap bersyukur  mendapat satu mata,” katanya.

Terdahulu, dalam perlawanan malam tadi, penyerang import Sabah FC, Josip Ivancic muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-94, seminit selepas pemain Sri Pahang, Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol kedua Pahang sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2 – 2.

Kurniawan berkata, situasi itu menggambarkan pentingnya pemain perlu terus fokus kepada permainan hingga saat akhir.

Kecederaan yang dialami salah seorang pemain pertahanannya, Park Taesu yang terpaksa dikeluarkan pada minit awal permainan juga sedikit sebanyak mempengaruhi permainan Sabah FC terutama di bahagian tengah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/sukan-pengendali-sabah-fc-tidak-berpuas-hati-prestasi-pemain/feed/ 0 3746
SUKAN : Rombakan Pemain Mungkin Dilakukan Sabah FC – Kurniawan https://sabahmedia.com/2021/07/27/sukan-rombakan-pemain-mungkin-dilakukan-sabah-fc-kurniawan/ https://sabahmedia.com/2021/07/27/sukan-rombakan-pemain-mungkin-dilakukan-sabah-fc-kurniawan/#respond Tue, 27 Jul 2021 08:22:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3651
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Barisan kesebelasan utama menentang Sri Pahang FC yang akan diturunkan malam esok (Rabu) di Stadium Likas hanya akan diketahui selepas sesi latihan petang ini.

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto tidak menolak beberapa rombakan pemain terpaksa dilakukan memandangkan tonggak pertahanan, Rawilson Batuil juga tidak dapat diturunkan selepas dilayangkan kad kuning semasa perlawanan menentang PJ City FC sabtu lalu di Stadium MBPJ.

Kurniawan juga belum memutuskan status penjaga gol utama yang akan diturunkan memandangkan ayah Rozaimie baru meninggal dunia awal pagi tadi di Kuala Lumpur.

“Kita akan berbincang dengan jurulatih penjaga gol, siapa yang akan diturunkan pada aksi malam esok… Perlawanan menentang Sri Pahang FC sangat penting kerana kita sudah kehilangan tiga mata berharga ketika bertemu PJ City FC minggu lalu.

“Saya berharap semua pemain mampu kembali bangkit serta fokus dengan misi meraih kemenangan penting ketika beraksi di Stadium Likas malam esok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

“Kita akan tengok perkembangan semua pemain dalam latihan akhir petang ini… Mengenai kekosongan posisi Rawilson ini ia boleh diisi oleh beberapa pemain lain yang sudah tentunya memiliki prestasi serta komitmen 100%,” katanya.

Beliau menggesa agar semua pemain fokus serta berusaha untuk mencapai kemenangan penting di gelanggang sendiri sekali gus berusaha untuk memperbaiki kedudukan Sabah FC dalam carta liga.

“Kita pohon agar semua penyokong Sabah FC terus memberikan sokongan meskipun kali ini beraksi tanpa kehadiran mereka di Stadium Likas Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/27/sukan-rombakan-pemain-mungkin-dilakukan-sabah-fc-kurniawan/feed/ 0 3651