srikandi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Jan 2022 06:05:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png srikandi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Srikandi BERSATU Sabah Perlu Kuasai Media Sosial https://sabahmedia.com/2022/01/10/srikandi-bersatu-sabah-perlu-kuasai-media-sosial/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/srikandi-bersatu-sabah-perlu-kuasai-media-sosial/#respond Mon, 10 Jan 2022 06:05:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10955
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Seluruh jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah perlu menguasai kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi media sosial untuk dimanfaatkan bagi mengukuhkan gerak kerja parti.

Ketua Srikandi BERSATU Sabah Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, setiap individu dan organisasi akan ketinggalan dengan perubahan semasa jika tidak mahir menggunakan teknologi digital yang kini menguasai banyak aspek kehidupan.

Katanya, bagi meningkatkan kemahiran tersebut, ketua-ketua penerangan serta biro latihan dan komunikasi Srikandi perlu menyusun program berkaitan supaya setiap ahli mampu menguasai teknologi digital hari ini.

“Untuk mendekati orang ramai pada masa ini bukan sahaja bergantung kepada kaedah bersemuka tetapi perlu diperkukuh dan diperkuatkan melalui sistem maya yang semakin canggih.

“Biro yang berkenaan perlu melaksanakan secara berkala kursus-kursus berkaitan media sosial, aplikasi dan kaedah jaringan Facebook, Page, Instagram, Twitter malah TikTok yang semakin popular hari ini.

“Mereka juga perlu didedahkan dengan pengisian atau content yang menepati cita rasa golongan sasar yang pelbagai hari ini. Untuk mendekati orang ramai apa sahaja kaedah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Khas Awal Tahun Penerangan Srikandi Bersatu Negeri bersama Biro Latihan dan Komunikasi di sini kelmarin.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, media sosial bukan sahaja membolehkan penyebaran maklumat menjadi mudah tetapi juga membolehkan pemimpin mengetahui isu-isu yang berbangkit di peringkat akar umbi.

“Melalui media sosial kita bukan sahaja boleh mengawal maklumat untuk disampaikan tetapi juga menerima maklumat daripada bawah untuk diberi perhatian. Dalam hal ini, kita boleh mengenal pasti isu-isu yang berbangkit di 25 bahagian yang kita ada,” katanya.

Katanya, oleh kerana media sosial mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai dan mampu mempengaruhi corak pemikiran rakyat, seharusnya setiap jentera Srikandi mempunyai keupayaan untuk mengawal sebarang dakyah yang disebarkan.

Malah, katanya, mereka seharusnya mampu mendidik pengguna media sosial supaya menjadikan platform media sosial itu sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi.

“Jika digunakan untuk menyebarkan maklumat yang baik, dijadikan platform untuk perniagaan, saya percaya penggunaan media sosial ini mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi masyarakat.

Oleh itu, kita tidak lagi boleh ketinggalan dan perlu menjadi peneraju kepada komuniti alam maya ini. Kita tidak boleh menjadi sekadar pengikut atau follower. Kita yang menyediakan content atau pengisian yang sesuai, membina fikiran, meningkatkan kefahaman mengenai organisasi dan dasar kerajaan serta pelbagai lagi ilmu pengetahuan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/srikandi-bersatu-sabah-perlu-kuasai-media-sosial/feed/ 0 10955
SPN Bersatu Sabah Bantu Penduduk Terjejas Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/07/spn-bersatu-sabah-bantu-penduduk-terjejas-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/07/spn-bersatu-sabah-bantu-penduduk-terjejas-banjir/#respond Fri, 07 Jan 2022 08:57:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10829
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA MARUDU:  Skuad Prihatin Negara (SPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah menggerakkan anggota ke beberapa buah kampung bagi membantu membersihkan rumah mangsa bencana banjir di daerah ini.

Operasi membersihkan rumah mangsa terjejas banjir itu turut disertai Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu Malaysia Ceasar Mendela Malakun bersama Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda.

Selain menyerahkan bakul makanan dan sumbangan wang tunai kepada mangsa bencana banjir, SPN Bersatu Sabah turut mengagihkan peralatan jet air untuk digunakan bagi membersih kawasan gereja dan kawasan yang teruk dilanda banjir lumpur.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Morion, Kampung Batiton Kota Marudu, Gereja Katalik St Mary di Kampung Morion.

Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Kota Marudu berkata, penubuhan SPN adalah bagi menyokong dan merealisasikan keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu serta permasalahan rakyat.

“Skuad ini melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.

“Menyedari akan keperluan semasa negara yang berdepan dengan bencana banjir yang telah menjejaskan kehidupan seharian sebahagian penduduk di negeri ini, kita mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pascabanjir,” katanya ketika ditemui disini hari ini.

Redonah berkata, usaha itu merupakan gerakan berterusan daripada Srikandi Bersatu Sabah dan ARMADA Sabah untuk terus mendekati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.

“Kita akan sentiasa fokus dalam gerak kerja selaras dengan matlamat perjuangan parti yang ingin menyantuni rakyat di peringkat akar umbi di kala dilanda musibah.

“Kita juga ingin berkongsi dengan apa yang kita mampu bersama mereka khasnya semasa rakyat ditimpa kesusahan akibat musibah seperti banjir yang melanda di negara” katanya.

Hadir sama Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah Anna Bell Perian, Setiausaha Kerja Srikandi Bersatu Sabah Aziah Atoh dan Pengerusi Biro Kebajikan Srikandi Bersatu Sabah Salmi Sarinoh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/07/spn-bersatu-sabah-bantu-penduduk-terjejas-banjir/feed/ 0 10829
Bantuan Untuk Mangsa Terjejas Banjir Perlu Disegerakan https://sabahmedia.com/2022/01/04/bantuan-untuk-mangsa-terjejas-banjir-perlu-disegerakan/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/bantuan-untuk-mangsa-terjejas-banjir-perlu-disegerakan/#respond Tue, 04 Jan 2022 07:49:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10690
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Persekutuan dan Negeri digesa untuk mempercepatkan pemberian bantuan kepada penduduk terjejas banjir  di beberapa buah daerah di Sabah.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, bantuan itu amat diperlukan oleh mangsa terjejas banjir bagi meneruskan kehidupan dan sokongan hidup.

Katanya, bantuan itu juga akan mampu meringankan beban penduduk terjejas khususnya yang kehilangan kediaman, mengalami kerosaan tempat tinggal dan kehilangan harta benda.

 “Kebanyakkan mereka kehilangan tempat tinggal, kenderaan dan peralatan rumah. Manakala golongan seperti petani serta mereka yang bekerja sendiri juga kerugian dan kehilangan pendapatan apabila berlakunya kejadian banjir besar sebegini.

“Wajar untuk kerajaan Pusat dan negeri mempercepat tindakan membantu mereka dari semua sudut, terutamanya memperbaiki dan menggantikan infrastruktur yang rosak seperti jambatan , jalan raya disebabkan bencana.

“Begitu juga agensi berkaitan perlu segera menangani masalah banjir kilat untuk jangka pendek dan jangka panjang disebabkan sungai atau parit yang tidak dikawal selia dengan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik Srikandi Bersatu Sabah di sini hari ini.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufot berkata, kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini dan masih berterusan hingga kini adalah suatu kejadian yang amat memilukan semua pihak dan ia memerlukan usaha dan kesepakatan pelbagai pihak.

“Di saat ini tidak lain tidak bukan, usaha kita semua perlu bersepadu dan sepakat demi untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan moral dan bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

“Dugaan bencana alam ini bukan dugaan kecil, ia sangat berat dan pastinya kesan yang ditinggalkan akan menjadi trauma kepada mangsa-mangsa,” katanya.

Sementara itu, Azizah berkata, Srikandi Bersatu Sabah telah bersedia untuk menggerakkan jentera dan usaha pemerkasaan parti khasnya untuk berdepan situasi genting pada bila-bila masa.

“Kita akan memulakan langkah kita untuk tahun 2022 dengan perancangan jitu dan teliti untuk mengatur strategik survival kita dalam perjuangan parti membela nasib rakyat jika berlaku bencana.

“Kini jentera kita dalam mood bersiap sedia dari semua peringkat meliputi Pusat Daerah Mengundi (PDM), Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Kita juga akan memberi penekanan kepada ahli-ahli Srikandi kita yang terlibat dengan perihal jentera parti bagi memberi mereka lebih pendedahan dan ilmu tambahan tentang pengendalian sistem, sekaligus kita juga akan terus membuat pemantauan kepada kawasan-kawasan tumpuan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/bantuan-untuk-mangsa-terjejas-banjir-perlu-disegerakan/feed/ 0 10690
Program ‘We Care Frontliner’ Hargai Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/06/29/program-we-care-frontliner-hargai-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/program-we-care-frontliner-hargai-petugas-barisan-hadapan/#respond Tue, 29 Jun 2021 04:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2176
Read Time:41 Second

BELURAN : Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beluran mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di daerah ini menerusi program ‘We Care Frontliner’.

Program yang dilaksanakan selama dua hari bermula Ahad lalu merupakan inisiatif Srikandi Muda BERSATU Beluran bagi menghargai pengorbanan petugas dalam menghadapi pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

Pengerusi Biro Srikandi Muda Beluran Suhaina Jamri berkata, sumbangan berupa makanan itu diserahkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Paitan; Telupid dan Pekan Beluran.

“Antara lokasi yang dikunjungi bagi agihan sumbangan ini adalah di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV); 10 Sekatan Jalan Raya (SJR), Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran dan Balai Polis Telupid,”katanya.

Katanya hasil pengorbanan petugas barisan hadapan dengan kerjasama diberikan penduduk setempat di Beluran dan Telupid berjaya memastikan dua daerah ini tidak mencatatkan kes COVID-19 sehingga kelmarin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/program-we-care-frontliner-hargai-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 2176