Ssmj – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Oct 2025 09:42:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ssmj – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SSMJ ingatkan orang ramai waspada penipuan guna nama sekretariat https://sabahmedia.com/2025/10/24/ssmj-ingatkan-orang-ramai-waspada-penipuan-guna-nama-sekretariat/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/ssmj-ingatkan-orang-ramai-waspada-penipuan-guna-nama-sekretariat/#respond Fri, 24 Oct 2025 09:42:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84053
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU :  Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan cubaan penipuan yang semakin berleluasa menggunakan nama agensi itu bagi menawarkan bantuan kewangan dan geran palsu.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai wakil SSMJ dan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp, mesej peribadi serta saluran tidak rasmi lain bagi memperdaya orang ramai.

Katanya, pihaknya tidak pernah menyalurkan sebarang bentuk bantuan kewangan, geran mahupun skim khas secara individu, dan semua maklumat rasmi hanya dikeluarkan melalui saluran rasmi Kerajaan Negeri Sabah atau portal rasmi SSMJ.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan mesej yang mencurigakan dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau membuat transaksi kepada pihak yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya turut menggesa mereka yang menerima mesej sedemikian agar segera membuat laporan kepada pihak polis, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, pihaknya turut menasihati masyarakat untuk sentiasa merujuk laman web rasmi atau platform media sosial SSMJ bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

“Kami berharap orang ramai lebih berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang cuba mencemarkan nama baik inisiatif pembangunan negeri di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/ssmj-ingatkan-orang-ramai-waspada-penipuan-guna-nama-sekretariat/feed/ 0 84053
SSMJ nafi keluarkan tawaran geran, bantuan melalui WhatsApp https://sabahmedia.com/2025/09/23/ssmj-nafi-keluarkan-tawaran-geran-bantuan-melalui-whatsapp/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/ssmj-nafi-keluarkan-tawaran-geran-bantuan-melalui-whatsapp/#respond Mon, 22 Sep 2025 23:48:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81824
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menafikan dakwaan kononnya ada mengeluarkan tawaran geran, skim khas atau bantuan kewangan kepada orang awam melalui aplikasi WhatsApp, mesej peribadi, atau mana-mana saluran tidak rasmi.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, sebarang mesej, iklan atau tawaran yang menggunakan nama pegawai ataupun nama sekretariat berkenaan adalah palsu dan tidak sahih.

“Orang awam diingatkan supaya tidak memberikan maklumat peribadi, tidak membuat sebarang pembayaran, serta tidak memberi maklum balas terhadap mesej atau iklan yang mendakwa kononnya daripada pihak SSMJ,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, SSMJ komited memastikan segala maklumat rasmi hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi yang sahih dan diiktiraf.

SSMJ turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang menggunakan nama agensi kerajaan untuk mengelirukan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/ssmj-nafi-keluarkan-tawaran-geran-bantuan-melalui-whatsapp/feed/ 0 81824
SSMJ nafi tawar geran dan bantuan kewangan melalui WhatsApp https://sabahmedia.com/2025/09/07/ssmj-nafi-tawar-geran-dan-bantuan-kewangan-melalui-whatsapp/ https://sabahmedia.com/2025/09/07/ssmj-nafi-tawar-geran-dan-bantuan-kewangan-melalui-whatsapp/#respond Sun, 07 Sep 2025 07:52:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80770
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan konon pihaknya menawarkan geran, bantuan kewangan atau skim khas kepada orang awam melalui aplikasi WhatsApp dan saluran tidak rasmi lain.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, mesej dan iklan yang menggunakan nama pegawai atau nama SSMJ untuk tujuan tersebut adalah palsu dan tidak sahih.

“Tiada sebarang tawaran geran, bantuan kewangan atau skim khas dikeluarkan oleh pihak Sekretariat melalui WhatsApp, mesej peribadi atau saluran tidak rasmi.

“Orang awam diingatkan agar tidak memberikan maklumat peribadi, membuat pembayaran atau memberi maklum balas terhadap mesej berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menekankan bahawa semua maklumat rasmi berkaitan SSMJ hanya disalurkan melalui saluran komunikasi sahih dan diiktiraf.

“Orang awam disaran untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan,” katanya.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/07/ssmj-nafi-tawar-geran-dan-bantuan-kewangan-melalui-whatsapp/feed/ 0 80770
Sesi libat urus pemurnian data miskin tegar negeri Sabah bersama ADUN bukan Kerajaan https://sabahmedia.com/2024/11/28/sesi-libat-urus-pemurnian-data-miskin-tegar-negeri-sabah-bersama-adun-bukan-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/11/28/sesi-libat-urus-pemurnian-data-miskin-tegar-negeri-sabah-bersama-adun-bukan-kerajaan/#respond Thu, 28 Nov 2024 12:33:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64565
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) Jabatan Ketua Menteri, hari ini mengadakan Sesi Libat Urus Pemurnian Data Miskin Tegar Negeri Sabah Fasa 2.0 siri 1 Bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti bukan Kerajaan.

Seramai dua orang ADUN daripada parti bukan Kerajaan dan tiga lagi wakil ADUN lain menyertai sesi libat urus itu. 

Mereka yang hadir ialah ADUN Tungku, Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian dan ADUN Bongawan, Dr.Daud Yusof serta wakil ADUN daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila, Sukau dan Darau.

Sesi libat urus itu diadakan susulan arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada persidangan DUN Sabah baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penyelaras SSMJ Datuk Rosmadi Sulai telah menyampaikan perutusan dan pembentangan pengenalan Program Menoktahkan Miskin Tegar Negeri Sabah.

Rosmadi berkata, kerajaan negeri komited merealisasikan agenda untuk menoktahkan kemiskinan di Sabah. 

Beliau memohon bantuan dan kerjasama daripada ADUN-ADUN untuk mengenalpasti senarai rakyat termiskin dan miskin tegar di kawasan masing-masing.

Katanya, sesi libat urus itu penting bagi mendapatkan input dan cadangan daripada semua, terutama sekali ADUN bukan parti kerajaan dari segi menambah senarai nama

Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tercicir dari Sistem e-Kasih di kawasan DUN masing-masing ke dalam Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Sabah (PADANS)

Rosmadi berkata, sesi libat urus ini mencerminkan keterbukaan dan komitmen pimpinan kerajaan pada waktu ini untuk membasmi kemiskinan tegar di Sabah. 

“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menegaskan bahawa usaha-usaha dalam menoktahkan kemiskinan tegar tidak seharusnya dibatasi oleh agama, bangsa atau fahaman politik,” katanya.

Sempena Sesi Libat Urus Pemurnian Data Miskin Tegar Negeri Sabah itu, ADUN-ADUN dan wakil mereka turut didedahkan dengan Sistem PADANS dan tatacara permohonan pendaftaran sistem itu bagi tujuan intervensi bantuan kelak.

Turut hadir pada sesi libat urus itu ialah Pengarah Sekretariat SMJ,  Rosnih Othman dan pegawai-pegawai lain. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/28/sesi-libat-urus-pemurnian-data-miskin-tegar-negeri-sabah-bersama-adun-bukan-kerajaan/feed/ 0 64565