stabil – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Oct 2025 10:09:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png stabil – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Air stabil 2028, Empangan Cinta Mata Tawau siap 64 peratus https://sabahmedia.com/2025/10/04/air-stabil-2028-empangan-cinta-mata-tawau-siap-64-peratus/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/air-stabil-2028-empangan-cinta-mata-tawau-siap-64-peratus/#respond Sat, 04 Oct 2025 09:25:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82521
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Masalah air yang menghimpit penduduk Tawau dijangka selesai sepenuhnya pada 2028 apabila projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III di Empangan Cinta Mata siap dibina.

Setakat ini, projek berkenaan sudah mencapai kemajuan 64 peratus dan terus berjalan selepas beberapa kali tertangguh sejak dimulakan pada 2016.

Datuk Lo Su Fui ketika memberikan ucapan dalam sesi libat urus tersebut

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, berkata projek itu antara usaha jangka panjang kerajaan bagi memastikan rakyat Tawau tidak lagi berdepan catuan air berlarutan.

“Kali ini bukan sekadar slogan, projek benar-benar berjalan. Dengan taklimat dan lawatan ini rakyat boleh tahu situasi sebenar. Kita harap jadual siap 2028 tidak terganggu lagi.

“Sementara itu, langkah jangka pendek sudah diambil termasuk tambah lori penghantar air serta kerjasama dengan konsesi pembekal,” katanya ketika ditemui selepas sesi libat urus bersama Jabatan Air di sini, hari ini.

Menurut Lo, kelewatan sebelum ini berpunca daripada pertukaran kerajaan serta sekatan ketika COVID-19 yang menjejaskan permit pekerja asing.

“Projek hanya disambung semula pada 2023 dan harap kali ini berjalan ikut jadual,” katanya.

Beliau turut menegaskan usaha kerajaan negeri untuk mengatasi kadar kehilangan air tanpa hasil (non-revenue water) yang kini mencecah 55 peratus di Tawau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Hamild Awang, berkata pembinaan Loji Rawatan Air Balung II bakal dimulakan pada 2026 dan siap 2029 bagi menampung keperluan air di DUN Balung dan Apas.

“Loji sedia ada hanya mampu bekalkan 22 juta liter sehari, sedangkan keperluan dua kawasan ini cecah 30 juta liter. Apabila Loji Balung II siap, masalah boleh selesai sepenuhnya,” katanya.

Hamild berkata, sementara menunggu projek itu siap, pelbagai inisiatif dilaksana termasuk hantar bekalan air menggunakan lori Jabatan Air, lori swasta sewaan dan penyediaan tangki statik di kampung terjejas seperti Kampung Serudung, Blok 31 dan Kongsi 10.

Beliau turut berterima kasih kepada Lo kerana membantu menyediakan telaga tiup di Kampung Kongsi 10 sebagai alternatif sementara bagi penduduk setempat.


]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/air-stabil-2028-empangan-cinta-mata-tawau-siap-64-peratus/feed/ 0 82521
Kepimpinan Hajiji bawa kejayaan, Sabah perlu kesinambungan & kestabilan politik untuk terus maju – Nizam https://sabahmedia.com/2025/02/24/kepimpinan-hajiji-bawa-kejayaan-sabah-perlu-kesinambungan-politik-stabil-untuk-terus-maju-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/kepimpinan-hajiji-bawa-kejayaan-sabah-perlu-kesinambungan-politik-stabil-untuk-terus-maju-nizam/#respond Mon, 24 Feb 2025 02:37:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69266
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kenyataan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mempertikaikan seruan Datuk Seri Hajiji Noor agar rakyat memberi peluang terus kepada kerajaan negeri bukan sahaja tidak berasas, tetapi jelas bertujuan mengelirukan rakyat.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, kenyataan itu hanya bertentangan dengan fakta yang jelas menunjukkan Sabah semakin maju di bawah kepimpinan Hajiji Noor dan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Nizam mengulas berikutan kenyataan Ketua Umno Sabah itu baru-baru ini menyatakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tidak perlu rayu dan tagih simpati memohon peluang kedua kepada rakyat untuk melaksanakan program pembangunan jika inisiatif pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berjaya.

Justeru, Nizam menjelaskan, pada tahun lalu Sabah mencatatkan pencapaian membanggakan dengan menerima pelaburan bernilai RM11.34 bilion, termasuk beberapa projek besar yang dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

“Hasil negeri juga mengalami peningkatan signifikan, mencapai RM6.9 bilion pada tahun 2023, sekali gus membuktikan keupayaan kerajaan negeri dalam menguruskan ekonomi dengan cemerlang.

“Lebih membanggakan, sektor tenaga dan infrastruktur turut mendapat perhatian utama. Projek solar hibrid berkapasiti 199MW, stesen janakuasa hidroelektrik di Ulu Padas, dan projek BESS (Battery Energy Storage System) berkapasiti 100MW di Lahad Datu telah dilancarkan, bertujuan memastikan seluruh Sabah menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil.

“Langkah-langkah ini tidak hanya membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menunaikan janji, tetapi juga menandakan perubahan nyata dalam pembangunan negeri,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N68 Apas itu menegaskan sikap telus dan realistik Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, jelas berbeza daripada dakwaan “merayu simpati”. Sebaliknya, beliau menekankan bahawa pembangunan dan kemajuan negeri memerlukan kesinambungan dan kestabilan politik untuk mencapai kejayaan lebih besar.

“Mandat rakyat adalah kunci untuk memastikan perancangan yang telah dimulakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sabah memerlukan kestabilan untuk mencapai potensi penuh, bukan polemik yang tidak berasas,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/kepimpinan-hajiji-bawa-kejayaan-sabah-perlu-kesinambungan-politik-stabil-untuk-terus-maju-nizam/feed/ 0 69266