Star sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Dec 2024 14:49:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Star sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 STAR Sabah Sokong Hajiji, UMNO Jangan Campur Tangan – Ardino https://sabahmedia.com/2024/12/06/star-sabah-sokong-hajiji-umno-jangan-campur-tangan/ https://sabahmedia.com/2024/12/06/star-sabah-sokong-hajiji-umno-jangan-campur-tangan/#respond Fri, 06 Dec 2024 14:48:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64995
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABÀLU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah menegaskan sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Timbalan Ketua Penerangan Parti STAR Sabah, Ardino Diris berkata, pada saat Sabah memerlukan kestabilan dan perpaduan, sebarang usaha untuk menggugat keutuhan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah tidak bertanggungjawab dan hanya merugikan rakyat.

“Hajiji digesa untuk meletakkan jawatan adalah bermotif politik dan mengalihkan fokus kerajaan daripada membawa kemajuan serta menjaga hak Sabah, termasuk isu penting seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami menggesa UMNO agar tidak menjadi “tangan ghaib” yang mencampuri hal ehwal politik Sabah. Sabah adalah negeri yang berdaulat dengan hak untuk menentukan hala tujunya sendiri.

“Sebarang campur tangan hanya akan mencetuskan ketidakstabilan politik dan merosakkan kemajuan yang telah kita capai bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ardino berkata, Ketua Menteri telah membuktikan kepimpinan yang teguh dan inklusif, serta membawa kestabilan yang amat diperlukan kepada Sabah.

“Cubaan untuk menimbulkan perpecahan dalam GRS hanya akan melemahkan usaha memajukan negeri ini.

“Justeru, STAR Sabah mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang cuba menggugat perpaduan dan kestabilan kerajaan,” tegasnya.

STAR Sabah menyeru semua pihak dalam GRS untuk terus bersatu dan fokus pada tanggungjawab terhadap rakyat Sabah.

“STAR Sabah akan terus berdiri teguh bersama Datuk Seri Hajiji Noor demi kestabilan, kemajuan, dan masa depan Sabah yang lebih baik,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/06/star-sabah-sokong-hajiji-umno-jangan-campur-tangan/feed/ 0 64995
STAR Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Politik https://sabahmedia.com/2021/09/24/star-sedia-bekerjasama-dengan-mana-mana-parti-politik/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/star-sedia-bekerjasama-dengan-mana-mana-parti-politik/#respond Fri, 24 Sep 2021 11:17:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6812
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik demi kestabilan politik dan usaha mencapai kata sepakat menuntut hak Sabah.

Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka terhadap mana-mana parti khususnya parti tempatan bagi memastikan usaha itu berjaya.

“Kami terbuka kepada apa sahaja cadangan dan kami dapat bekerjasama dengan mana-mana parti politik seperti apa yang telah kami lakukan selama ini.

“Saya berharap semua parti politik khususnya parti politik tempatan dapat mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama sebagai satu entity seperti di negeri di Sarawak.

“Ini supaya kita menjadi lebih kuat. Saya rasa itu ideal dan suatu hari, mungkin ini akan berlaku. Marilah kita berusaha ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran usaha sama di antara KOPSTAR Holdings Sdn Bhd dan Trucknet Machinery Sdn Bhd disini hari ini.

Dr Jeffrey juga berkata bahawa pada masa ini, terdapat perpaduan antara kerajaan dan pembangkang berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu pengembalian hak-hak Sabah.

Sebagai contoh, katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, semua ahli-ahli DUN sebulat suara menolak Akta Laut Wilayah 2012, yang mengurangkan wilayah laut Sabah dan Sarawak dari 12 batu nautika menjadi tiga batu nautika (pengurangan sembilan batu nautika, atau 16.5 km).

Pada bulan April tahun ini, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan menentang Akta tersebut, yang beliau anggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan, dan menuntut agar undang-undang tersebut hanya terbatas di semenanjung sahaja, kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah menyetujui Akta tersebut.

Sementara itu, mengenai acara hari ini, Dr Jeffrey berkata, usaha sama itu diharap dapat membantu anggota koperasi khsusunya petani dalam mengangkut dan memasarkan hasil tani mereka.

“Melalui perjanjian ini, anggota koperasi dapat memiliki mesin ringan ini melalui pembiayaan pembelian mudah yang dirancang oleh KOPSTAR,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOPSTAR Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik berkata, koperasi berharap dapat mengedarkan 2,000 trak ringan kepada anggota dan pembeli lain yang berminat.

“Trak ini 20% lebih murah berbanding dengan kenderaan sepertinya. Ahli-ahli koperasi yang berminat boleh menghubungi kami, dan kami akan membantu dengan memberikan bantuan kewangan secara kredit mikro dan jumlah minimum ialah RM2,000 setiap peserta, ”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/star-sedia-bekerjasama-dengan-mana-mana-parti-politik/feed/ 0 6812
Ketibaan Vaksin Cansino Ke Sabah Dialu-Alukan – Annuar Ayub https://sabahmedia.com/2021/08/10/ketibaan-vaksin-cansino-ke-sabah-dialu-alukan-annuar-ayub/ https://sabahmedia.com/2021/08/10/ketibaan-vaksin-cansino-ke-sabah-dialu-alukan-annuar-ayub/#respond Tue, 10 Aug 2021 02:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4386
Read Time:1 Minute, 24 Second

Liawan –Pengumuman Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bahawa Sabah akan mendapat vaksin jenis Cansino disambut baik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub.

Menurutnya pengumuman oleh Menteri Penyelaras PICK, YB  Khairy Jamaluddin bahawa Sabah akan menerima 1.8 juta dos vaksin pada pertengahan bulan Ogos ini diharapkan  tidak akan berkurang seperti yang telah dijanjikan untuk memenuhi keperluan penduduk kawasan Pedalaman.

Katanya, keinginan dan sikap rakyat pedalaman semakin meningkat untuk mendapatkan vaksin.

“ Oleh itu, adalah amat penting pemberian jumlah vaksin yang mencukupi oleh Kerajaan Persekutuan, adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan vaksinasi rakyat di Sabah khasnya di kawasan pedalaman” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Menurut Annuar yang juga Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku StarSabah lagi,  program-program outreach yang dilaksanakan di kawasan pedalaman kini , telah membantu meningkatkan kesedaran rakyat untuk divaksin.

” Adalah diharapkan keinginan rakyat untuk menerima perlindungan diri melalui vaksinasi ini mestilah dipenuhi dengan cara penghantaran dan pembekalan vaksin yang mencukupi,khasnya bagi kawasan pedalaman”, kata Datuk Annuar.

Disamping itu beliau turut turut merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan beliau kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi di PPV dan juga program mobile outreach di seluruh Sabah.

Pada Julai lalu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy di dalam satu pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Sabah antara negeri terawal yang akan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan vaksin berkenaan pada bulan depan.

Beliau memberi jaminan berkenaan sebagai maklum balas kepada permintaan Hajiji agar lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah bagi mencapai sasaran 60 peratus vaksinasi di negeri itu menjelang Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/10/ketibaan-vaksin-cansino-ke-sabah-dialu-alukan-annuar-ayub/feed/ 0 4386
STAR Hanya Lantik Peguam Sekiranya Ada Keperluan https://sabahmedia.com/2021/06/13/star-hanya-lantik-peguam-sekiranya-ada-keperluan/ https://sabahmedia.com/2021/06/13/star-hanya-lantik-peguam-sekiranya-ada-keperluan/#respond Sun, 13 Jun 2021 06:33:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1133
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tidak pernah melantik mana-mana peguam bagi mewakili parti itu mengendalikan kes undang-undang.

Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, pihaknya hanya akan melantik peguam pada masa akan datang sekiranya ada keperluan.

“Buat masa ini belum ada sebarang keperluan bagi melantik peguam untuk mengendalikan sebarang kes undang-undang.

“Sekiranya ada keperluan pada masa akan datang, barulah kami akan melantik peguam bagi tujuan itu,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Guandee berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya peguam yang mewakili bekas pemimpin STAR, Philip Among sebagai peguam yang dilantik parti itu.

Katanya, peguam yang mewakili Philip iaitu Marcell Jude hanyalah ahli STAR yang menyertai parti pada 26 Mei 2017 namun tidak pernah bergiat aktif dalam parti.

“Marcell ialah peguam yang dilantik oleh Philip bagi mengendalikan kes yang dikenakan kepada beliau dan tidak ada kena-mengena dengan parti.

“Kami meminta agar pihak tidak bertanggungjawab menghentikan sebaran palsu ini dan beliau (Marcell) bukan peguam yang dilantik STAR,”katanya.

Dalam pada itu, Guandee berkata, pihaknya juga turut meminta agar peguam berkenaan dapat memberi penjelasan bahawa kenyataan dan hujah pembelaan beliau adalah berlandasakan sebagai peguam yang dilantik Philip Among dan tidak kena mengena sebagai ahli parti.

“Parti melalui Lembaga Disiplin juga sedang mempertimbangkan untuk melucutkan keahlian beliau berdasarkan perlembagaan parti. 

“Ini kerana parti telah menerima pelbagai aduan serta saranan serta cadangan bagi membuang ahli parti yang mencemarkan nama baik parti,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/13/star-hanya-lantik-peguam-sekiranya-ada-keperluan/feed/ 0 1133