star – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Aug 2026 08:29:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png star – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warisan belum muktamad kerjasama dengan STAR, KDM – Shafie https://sabahmedia.com/2026/08/09/warisan-belum-muktamad-kerjasama-dengan-star-kdm-shafie/ https://sabahmedia.com/2026/08/09/warisan-belum-muktamad-kerjasama-dengan-star-kdm-shafie/#respond Sun, 09 Aug 2026 08:27:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101304
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan belum memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, perbincangan dengan kedua-dua parti tempatan itu masih di peringkat awal dan sedang diteliti secara terperinci.

“Kita sedang meneliti. Belum ada perkara yang dimuktamadkan mengenai apa yang perlu kita lakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Shafie berkata, terdapat persamaan pandangan antara parti berkenaan, khususnya berkaitan keperluan memastikan suara dan kepentingan Sabah terus diberi perhatian.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan, kerusi Parlimen di Sabah perlu diberi keutamaan kepada parti dan calon tempatan bagi memastikan suara rakyat negeri ini lebih kukuh di peringkat Persekutuan.

Katanya, jumlah 25 kerusi Parlimen yang dimiliki Sabah tidak seharusnya dilihat semata-mata dari sudut angka, sebaliknya perlu mengambil kira kepentingan dan kedudukan strategik Sabah dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.

“25 kerusi ini, yang pentingnya kita fikirkan, bagilah kepada anak Sabah. Jangan kira jumlah kerusi di Semenanjung lebih 160, sedangkan kita hanya 25.

“Kita tidak mahu corak suara Sabah tenggelam kerana kerjasama dengan parti yang ada di sini,” tegasnya.

Shafie berkata, sebarang kerjasama yang bakal dibentuk perlu mempunyai pendirian yang jelas, termasuk berkaitan hak Sabah dan kepentingan rakyat negeri ini.

Beliau berkata, Warisan turut menerima isyarat daripada beberapa parti lain yang berminat untuk bekerjasama, namun setiap tawaran akan dinilai berdasarkan keperluan rakyat Sabah.

“Biasalah dalam politik, ada yang mencari rakan dan ada yang mencari lawan. Tetapi keutamaan kita ialah keperluan rakyat Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/09/warisan-belum-muktamad-kerjasama-dengan-star-kdm-shafie/feed/ 0 101304
Keputusan Ketua Bahagian STAR Bandau cerminkan suara akar umbi https://sabahmedia.com/2025/10/16/keputusan-ketua-bahagian-star-bandau-cerminkan-suara-akar-umbi/ https://sabahmedia.com/2025/10/16/keputusan-ketua-bahagian-star-bandau-cerminkan-suara-akar-umbi/#respond Thu, 16 Oct 2025 04:58:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83405
Read Time:2 Minute, 19 Second

BANDAU:  Pendirian Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bandau, Ardino Diris, untuk terus menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bukan keputusan peribadi, sebaliknya hasil muafakat akar umbi parti di kawasan itu.

Ketua Penerangan STAR Bahagian Bandau, Felix Kain, berkata keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan menyeluruh bersama pemimpin di semua peringkat melibatkan 10 Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta lebih 50 Jawatankuasa Pemimpin Komuniti (JPK) di kawasan itu.

“Ketua Bahagian tidak bertindak sendirian. Beliau mendengar dan menghormati suara ramai kerana kepimpinan yang baik berpaksikan pandangan akar umbi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengulas dakwaan Timbalan Ketua Bahagian mengenai jumlah PDM dan keahlian aktif, Felix berkata semangat dan usaha yang ditunjukkan dalam menggerakkan parti amat dihargai, namun setiap aktiviti dan laporan rasmi perlu disalurkan melalui Pejabat Bahagian.

Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan Setiausaha Bahagian, wujud gerakan tertentu yang tidak dimaklumkan secara rasmi sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah terdapat dua kumpulan kepimpinan dalam Bahagian Bandau.

“Saya pernah mengingatkan rakan-rakan AJK, janganlah kita undi Ketua Bahagian kemudian meninggalkan beliau. Ibarat menanam benih tetapi tidak menyiramnya. Malangnya, apa yang dirisaukan dahulu kini benar-benar berlaku,” ujarnya.

Felix berkata, keputusan Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, tetap dihormati dan diterima sebagai arahan parti, namun beliau yakin Presiden memahami tindakan Ketua Bahagian yang berpaksikan suara majoriti akar umbi.

“Presiden kita seorang pemimpin yang rasional dan sentiasa mendengar pandangan di bawah. Ketua Bahagian tidak melawan, sebaliknya menyuarakan kehendak ramai yang mahu terus bersama GRS,” katanya.

Beliau menolak dakwaan bahawa tindakan Ketua Bahagian itu bertujuan memecahbelahkan parti, sebaliknya menegaskan perbezaan pendapat adalah lumrah dalam perjuangan politik.

“Pandangan bahawa mereka yang tidak sehaluan wajar berundur boleh diterima, namun menyerahkan jawatan adalah hak individu dan tertakluk kepada keputusan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Felix turut menjelaskan bahawa ketidakhadiran Ketua Bahagian dalam program bersama Presiden pada 19 September lalu berpunca daripada kekeliruan jadual.

Katanya, Mesyuarat Bahagian pada 17 Ogos 2025 telah memutuskan agar program bersama Presiden diadakan sekitar awal Oktober, namun tarikh sebenar belum dimuktamadkan ketika itu.

“Program 19 September itu diatur tanpa pengetahuan rasmi Bahagian. SUB Bahagian hanya menerima makluman sehari sebelum program berlangsung, sedangkan Ketua Bahagian telah dijadualkan menghadiri program di PDM Panaitan. Ini bukan disengajakan, hanya kekeliruan penyelarasan,” jelasnya.

Felix turut mendedahkan terdapat aktiviti parti yang dijalankan tanpa pengetahuan Bahagian, termasuk penghantaran borang keahlian atas nama individu yang telah meninggal dunia serta pelantikan Ketua PDM dan JPK tanpa pengesahan Ketua Bahagian.

“Tindakan membelakangkan kepimpinan Bahagian menjejaskan kredibiliti dan rekod rasmi organisasi. Semua urusan perlu berpaksikan disiplin dan saluran yang sah,” tegasnya.

Menurutnya, 12 daripada 22 ahli jawatankuasa Bahagian Bandau, termasuk enam AJK dipilih dan enam lantikan, kekal menyokong kepimpinan Ketua Bahagian untuk terus bersama dalam GRS.

“Peristiwa ini harus menjadi pengajaran kepada semua Bahagian STAR agar tidak membiarkan perbezaan pandangan memecahkan keutuhan parti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/16/keputusan-ketua-bahagian-star-bandau-cerminkan-suara-akar-umbi/feed/ 0 83405
Lima bekas ADUN STAR ada dua pilihan dalam GRS https://sabahmedia.com/2025/10/13/lima-bekas-adun-star-ada-dua-pilihan-dalam-grs/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/lima-bekas-adun-star-ada-dua-pilihan-dalam-grs/#respond Mon, 13 Oct 2025 11:15:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83202
Read Time:55 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Lima bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang meninggalkan parti mempunyai dua pilihan, kata Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali.

“Mereka ada dua pilihan, jika mereka ingin bertanding dan dipilih sebagai calon. Pertama, mereka menganggotai mana-mana parti dalam GRS. Kedua, jika tidak menganggotai parti komponen, mereka boleh mandaftar ahli GRS macam saya dan boleh bertanding,” tegasnya.

Armizan menjelaskan, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadikan isu lompat parti tidak lagi berbangkit kerana mandat telah dikembalikan kepada rakyat.

“Isu ADUN itu saya rasa sudah tidak berbangkit sebab DUN sudah dibubar. Jadi, tidak timbul soal lompat-lompat kerana mereka akan kembali kepada rakyat. Apa yang saya maklum, mereka akan bersama dengan GRS,” katanya.

Sebelum ini, Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan lima ADUN parti itu.

Mereka ialah Datuk Ellron Angin (Sook), Datuk Annuar Ayub Aman (Liawan), Datuk Robert Tawik (Bingkor), Datuk Flovia Ng (Tulid) dan Datuk Abidin Madingkir (Paginatan).

Jeffrey berkata, penerimaan surat itu menyebabkan keahlian mereka gugur secara automatik, termasuk jawatan dalam parti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/lima-bekas-adun-star-ada-dua-pilihan-dalam-grs/feed/ 0 83202
Lima ADUN STAR kekal sokong GRS: Jeffrey beri masa ubah keputusan https://sabahmedia.com/2025/10/07/lima-adun-star-kekal-sokong-grs-jeffrey-beri-masa-ubah-keputusan/ https://sabahmedia.com/2025/10/07/lima-adun-star-kekal-sokong-grs-jeffrey-beri-masa-ubah-keputusan/#respond Tue, 07 Oct 2025 13:12:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82735
Read Time:1 Minute, 46 Second

Oleh Rhea Dharmin

KOTA KINABALU: Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan memberi tempoh masa sehingga esok kepada kepada lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kekal dengan pendirian untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mengubah keputusan mereka.

Katanya, walaupun beliau menghormati keputusan lima ADUN terbabit namun pada masa sama turut mengingatkan kepada mereka untuk menghormati keluhan dan sentimen rakyat.

“Tindakan lima ADUN itu mereka punya pilihan. Saya tidak melarang sebab mereka pun sebenarnya faham apa pendirian yang patut. Kalau mereka tidak mendengar keluhan rakyat, tidak menghormati sentimen rakyat, biarlah rakyat yang menentukan.

“Kita akan (mengadakan) mesyuarat dan buat keputusan. Ramai orang yang bersedia untuk mengganti mereka. Saya telah memberikan mereka (tempoh) satu minggu dan separuh daripada masa itu telah berlaku.

“Kalau mereka selepas ini masih tidak mengambil kesempatan untuk buat pendirian seperti mana yang sepatutnya .. sebab itu kursi (DUN) yang kita hadiahkan kepada mereka jadi sudah tentu kerusi itu akan kita bagi kepada calon-calon baru .. pejuang-pejuang yang setia dan pembaharuan di dalam.

“Ini mungkin peluang kita untuk memberi ruang kepada orang muda. (Beri masa kepada lima ADUN) sampai esok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Sementara itu, lima ADUN STAR terbabit dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini menegaskan akan kekal dengan pendirian untuk terus bersama GRS dan menyokong penuh kepimpinan pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pada pandangan kami, kestabilan politik negeri dan kesinambungan pembangunan adalah keutamaan di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang ada sekarang. Dengan demikian, kami berpegang kepada mandat serta kepercayaan yang diberikan rakyat kepada kami.

“Kami percaya bahawa sebarang keputusan berkaitan dengan hala tuju parti wajar dibincangkan dengan teliti demi kepentingan rakyat dan negeri.

“Justeru, kami berdiri teguh untuk kekal bersama GRS dan mempertahankan kerusi kami atas lambang GRS sebagai tanda setia kepada mandat rakyat dan demi kestabilan Sabah,” jelas dalam kenyataan itu.

Antara lima ADUN STAR yang terlibat adalah Timbalan Presiden STAR merangkap ADUN Sook, Datuk Ellron Angin, Datuk Abidin Madingkir (Paginatan); Datuk Robert Tawik (Bingkor); Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan Datuk Flovia Ng (Tulid).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/07/lima-adun-star-kekal-sokong-grs-jeffrey-beri-masa-ubah-keputusan/feed/ 0 82735
Lima ADUN STAR kekal sokong GRS – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/10/06/lima-adun-star-kekal-sokong-grs-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/10/06/lima-adun-star-kekal-sokong-grs-hajiji/#respond Mon, 06 Oct 2025 09:06:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82656
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Rhea Dhamin

KOTA KINABALU: Lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bernaung dibawah Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan kekal menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perkara terbabit disahkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor susulan Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, baru-baru ini dilaporkan telah membuat keputusan untuk keluar daripada gabungan terbabit.

“Mereka (lima ADUN STAR) telah memaklumkan kepada saya mereka menyokong GRS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-16 Sabah bertempat di Dewab Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Antara ADUN STAR yang kekal menyokong GRS adalah Datuk Ellron Angin (Sook); Datuk Abidin Madingkir (Paginatan); Datuk Robert Tawik (Bingkor); Datuk Annuar Ayub (Liawan) dan Datuk Flovia Ng (Tulid).

Dalam pada itu, Hajiji turut mengulang pendiriannya dengan menegaskan bahawa keanggotaan STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam GRS telah terbatal secara automatik susulan dua parti terbabit memutuskan bertanding dengan menggunaka logo parti sendiri.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Presiden GRS telah sebulat suara bahawa semua parti komponen yang bernaung dibawah gabungan itu perlu bertanding atas logo GRS.

“Bagaimanapun ini tidak terguna pakai kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya pemberita sekiranya terdapat kemungkinan GRS khususnya parti komponennya Parti Bersatu Sabah (PBS) bakal berdepan calon daripada STAR dan SAPP.

Menjawab soalan terbabit, Hajiji menyatakan keyakinannya bahawa pihaknya mampu menandingi mereka.

“Kita amat yakin PBS akan bersama-sama dengan kita. Kita yakin pengaruh PBS cukup kuat untuk membantu perjuangan GRS,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/06/lima-adun-star-kekal-sokong-grs-hajiji/feed/ 0 82656
STAR nafi dakwaan rasuah terhadap Jeffrey Kitingan, dakwa fitnah bermotif politik https://sabahmedia.com/2025/06/29/star-nafi-dakwaan-rasuah-terhadap-jeffrey-kitingan-dakwa-fitnah-bermotif-politik/ https://sabahmedia.com/2025/06/29/star-nafi-dakwaan-rasuah-terhadap-jeffrey-kitingan-dakwa-fitnah-bermotif-politik/#respond Sun, 29 Jun 2025 12:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76366
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, menerima RM1.78 juta berkaitan skandal perlombongan seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

Ketua Penerangan STAR, Mohd. Anuar Tan Sri Ghani Gilong berkata, tuduhan tersebut adalah palsu, tidak berasas dan bermotif politik untuk mencemarkan reputasi serta menggugat kestabilan kerajaan Sabah.

“Dakwaan ini merupakan rekaan pihak-pihak tertentu yang terdesak dan berniat jahat. Ia adalah taktik lama yang sering digunakan sejak tahun 1960-an untuk menimbulkan kekeliruan dalam politik Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Jeffrey tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan permohonan perlombongan mahupun terlibat dalam sebarang skandal seperti yang didakwa.

STAR juga menegaskan bahawa parti itu tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti perlombongan atau memohon lesen perlombongan. Malah, sebagai penyokong Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA), STAR komited terhadap prinsip perlindungan alam sekitar dan menolak aktiviti perlombongan.

“Presiden dan ahli-ahli STAR telah memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk memberikan kenyataan terperinci berkaitan siasatan yang dijalankan,” jelasnya.

Tambah Anuar, STAR mengutuk sekeras-kerasnya tindakan media tertentu yang cuba membicarakan isu ini di mahkamah awam, bukan melalui saluran undang-undang yang sah.

Beliau turut memetik kenyataan terdahulu oleh “pemberi maklumat” bahawa STAR dan PBS telah dibersihkan daripada sebarang salah laku atau penerimaan dana rasuah.

“STAR tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan atas laporan tidak bertanggungjawab ini,” tegasnya.

Anuar menjangkakan lebih banyak fitnah dan dakwaan palsu akan timbul menjelang Pilihan Raya Negeri, sambil menyifatkan ia sebagai cubaan terancang untuk mengubah landskap politik Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/29/star-nafi-dakwaan-rasuah-terhadap-jeffrey-kitingan-dakwa-fitnah-bermotif-politik/feed/ 0 76366
PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis https://sabahmedia.com/2024/12/23/pbs-sabah-star-anjur-rumah-terbuka-krismas-25-dis/ https://sabahmedia.com/2024/12/23/pbs-sabah-star-anjur-rumah-terbuka-krismas-25-dis/#respond Mon, 23 Dec 2024 03:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65888
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput menghadiri Rumah Terbuka Krismas bersama, yang dianjurkan bersama oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah STAR), pada Rabu ini (25 Dis).

Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut, yang juga merupakan pengerusi penganjur acara, memaklumkan bahawa sambutan ini akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

“Kami menjangkakan sekitar 6,000 orang akan menghadiri acara ini,” katanya sambil menambah bahawa pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkan suasana.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, juga dijangka turut serta dalam sambutan ini.

Rumah Terbuka Krismas bersama ini, yang dimulakan tahun lalu, melambangkan kerjasama berterusan antara PBS dan Sabah STAR.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/23/pbs-sabah-star-anjur-rumah-terbuka-krismas-25-dis/feed/ 0 65888
Parti STAR yakin 100% guna logo GRS pada PRN17 – Dr Jeffrey https://sabahmedia.com/2024/10/09/parti-star-yakin-100-guna-logo-grs-pada-prn17-dr-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2024/10/09/parti-star-yakin-100-guna-logo-grs-pada-prn17-dr-jeffrey/#respond Wed, 09 Oct 2024 06:05:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61916
Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyatakan keyakinan 100 peratus parti itu akan menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Presidennya yang juga Timbalan Pengerusi GRS, Dr Jeffrey Kitingan berkata, beliau sentiasa yakin kerana dapat mengguna logo tersebut pada PRN17 nanti.

“Bagi saya, memang saya selalu yakin apabila kita guna sesuatu logo, kita mesti yakin kerana kita dapat gunakan logo itu.

“Dan berapa peratus, saya tidak boleh cakap. Saya bilang sekarang ini saya yakin 100 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Baru parti STAR Sabah Bahagian N.26 Moyog di Donggongon, hari ini.

Dalam pada itu, Jeffrey turut menafikan mengenai provokasi STAR, PBS dan Warisan akan bergabung pada PRN17.

“Dalam politik, apa pun boleh berlaku. Dan kita tidak menutup kebarangkalian itu bila-bila masa, saat akhir pun boleh berlaku.

“Tetapi saya harap tidak begitulah, sebab yang berlaku sekarang adalah provokasi, propaganda dan juga satu rancangan untuk melemahkan perpaduan kita di dalam PBS… tidak hairanlah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/09/parti-star-yakin-100-guna-logo-grs-pada-prn17-dr-jeffrey/feed/ 0 61916
Keluar Warisan demi rakyat di Limbahau, bukan cari musuh – Juil Nuatim https://sabahmedia.com/2022/01/18/keluar-warisan-demi-rakyat-di-limbahau-bukan-cari-musuh-juil-nuatim/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/keluar-warisan-demi-rakyat-di-limbahau-bukan-cari-musuh-juil-nuatim/#respond Tue, 18 Jan 2022 08:21:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11243
Read Time:1 Minute, 26 Second

PAPAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Juil Nuatim berkata, tindakannya keluar daripada Warisan bukanlah berniat untuk memusuhi sesiapa tetapi demi rakyat yang diwakilinya.

Katanya, masih banyak pembangunan yang perlu dilakukan di Limbahau dan usaha ke arahnya menjadi sukar apabila berada di pihak pembangkang.

“Kita keluar bukan mahu bersaing tetapi agenda saya adalah untuk pembangunan di kawasan ini (Limbahau) sebab Limbahau adalah kawasan yang agak mundur dan terpencil sedikit, terutamanya di Mandalipau, Kaiduan, Bolotikon dan Gisuang.

“Saya juga selalu bangkitkan bahawa kawasan Tanaki, Mandalipau langsung tiada akses internet. Saya selalu suarakan di DUN dan kalau di (belah) pembangkang, suara kita tidak didengari.

“Namun, andai kita beri sokongan kepada kerajaan, kita akan dapat manfaat kerana ini adalah keperluan dan kepentingan rakyat,” katanya seperti yang dilaporkan portal FMT hari ini.

Juil berkata, tindakan itu juga bagi memanfaatkan generasi akan datang di kawasannya kerana masa untuk membangunkan Limbahau sudah agak terhad.

“Kalaulah saya sudah tiada, saya sudah sekian lama dalam politik, sudah pasti tiada kenangan saya dalam politik jika gagal membawa pembangunan ke Limbahau.

“Ia merugikan rakyat di kawasan ini juga jika terus menentang kerajaan, jadi saya berharap mereka faham dengan keadaan kami,” katanya.

Terdahulu Juil berkata, seramai kira-kira 300 ahli Warisan di Limbahau, termasuk ketua-ketua cawangan, jawatankuasa bahagian dan sayap belia serta wanita turut meninggalkan parti itu Ahad lepas.

Katanya, mereka meninggalkan Warisan untuk memberi sokongan kepada bekas naib presiden parti itu, Peter Anthony yang menubuhkan parti baharu.

Sebelum ini, Juil bersama Peter mengumumkan keluar Warisan untuk menubuhkan sebuah parti berbilang kaum yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Untuk rekod Juil memenangi kerusi DUN Limbahau dengan 5194 undi menewaskan 7 lagi calon parti lain termasuk calon dari PBS, Johnny Masitun yang hanya mendapat 2671 undi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/keluar-warisan-demi-rakyat-di-limbahau-bukan-cari-musuh-juil-nuatim/feed/ 0 11243
Jeffrey Bertemu Peter, Juil Petang Ini https://sabahmedia.com/2021/12/30/jeffrey-bertemu-peter-juil-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/jeffrey-bertemu-peter-juil-petang-ini/#respond Thu, 30 Dec 2021 09:14:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10480
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony tidak meneruskan hasrat untuk menubuhkan parti baharu.

Jeffrey berkata, ini kerana telah banyak parti politik wujud di negeri ini yang berasaskan KDM dan ia akan menimbulkan masalah jika terlalu banyak parti tempatan.

“Saya berharap ini tidak akan berlaku kerana mereka juga berhasrat untuk mesra kepada kerajaan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) selain mengukuhkan lagi kerajan Sabah.

“Saya mungkin akan berjumpa dengan mereka (Peter dan ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuantin) petang ini selepas dihubungi oleh pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bagi Tahun 2020 dan 2021 disini hari ini.

Jeffrey berkata demikian bagi mengulas jika ada maklum balas berhubung pelawaan beliau semalam yang mahu kedua-dua ADUN berkenaan menyertai STAR.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Jeffrey berkata, pihaknya telah menggerakkan jentera parti bukan sahaja dari STAR malah dari semua parti gabungan dalam GRS.

“Kita tidak tahu bila tetapi anggaplah bila-bila masa boleh berlaku PRU-15.  Sudah pasti kita tidak mahu ada pertembungan.

“Saya harap strategi untuk memastikan kemenangan bersama akan wujud sebab kita mahu kestabilan politik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/jeffrey-bertemu-peter-juil-petang-ini/feed/ 0 10480