STB – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 22 Mar 2025 03:14:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png STB – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 STB, AirAsia & MAH Sabah/Labuan perkukuh kerjasama pacu pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2025/03/22/stb-airasia-mah-sabah-labuan-perkukuh-kerjasama-pacu-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/stb-airasia-mah-sabah-labuan-perkukuh-kerjasama-pacu-pelancongan-sabah/#respond Sat, 22 Mar 2025 03:14:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70916
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengadakan pertemuan bersama AirAsia dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sabah/Labuan bagi meneroka kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem pelancongan Sabah.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai, bertujuan mempererat kerjasama rentas industri antara sektor penerbangan dan perhotelan bagi menyokong sasaran pelancongan Sabah tahun ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah bagaimana sektor perhotelan boleh memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong usaha mempertingkatkan sambungan penerbangan melalui inisiatif bersama yang dapat menarik lebih ramai pelancong.

“Adalah penting bagi semua pihak berkepentingan, termasuk sektor perhotelan, untuk bekerjasama dalam mewujudkan persekitaran yang mesra pelancong.

“Kerjasama yang efektif akan memastikan pelancong terus memilih Sabah sebagai destinasi pilihan mereka,” kata Joniston.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil daripada Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah, Persatuan Pelancongan Cina Malaysia, dan Persatuan Pelancong Sabah.

Joniston berkata bahawa STB akan mengadakan sesi dialog yang lebih menyeluruh melibatkan pengusaha hotel, penyedia pengangkutan, dan agensi kerajaan berkaitan.

“Mengumpulkan semua pihak membolehkan perbincangan yang lebih inklusif dan kerjasama bagi mencari penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada semua,” katanya sambil menambah bahawa STB akan memudahkan perbincangan ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffery Jimit, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Operasi Penerbangan) Kapten Datuk Chester Voo, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Kapten Datuk Fareh Mazputra, dan Pengerusi MAH Sabah/Labuan Hafizan Wong.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/stb-airasia-mah-sabah-labuan-perkukuh-kerjasama-pacu-pelancongan-sabah/feed/ 0 70916
STB siasat aduan pelancong, tindakan tegas menanti jika terbukti benar https://sabahmedia.com/2025/02/03/stb-siasat-aduan-pelancong-tindakan-tegas-menanti-jika-terbukti-benar/ https://sabahmedia.com/2025/02/03/stb-siasat-aduan-pelancong-tindakan-tegas-menanti-jika-terbukti-benar/#respond Mon, 03 Feb 2025 03:19:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67919
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang menyiasat aduan oleh pelancong berhubung ‘travel guides’ di platform Xiaohongshu.

Menterinya, Datuk Seri Christina Liew, berkata aduan tersebut turut melibatkan dakwaan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang tidak memuaskan di sebuah resort di pulau.

Beliau menegaskan tindakan sewajarnya, seperti mengenakan penalti, akan diambil sekiranya aduan tersebut dibuktikan benar.

“Kami mengambil semua maklum balas dengan serius dan telah bertindak segera untuk menangani perkara ini. Saya telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB untuk menyiasat dakwaan ini secara terperinci bagi memastikan kebenarannya dan menyelesaikan isu ini dengan segera. Jika terbukti benar, tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan penalti akan dilakukan.

“Kita tidak boleh membiarkan pengalaman buruk yang dialami oleh pelancong mencemarkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan ideal. Kami komited untuk menjaga reputasi Sabah dan memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi setiap pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut Christina, STB telah bertindak pantas dengan menghubungi resort berkenaan sebaik sahaja menerima aduan tersebut.

Katanya beliau telah dimaklumkan oleh CEO STB, Julinus Jeffery Jimit, bahawa resort yang terlibat mengesahkan ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh pelancong yang terjejas.

Christina turut difahamkan pihak resort juga sedang berusaha menghubungi tetamu berkenaan untuk memahami kejadian tersebut dengan lebih baik sekali gus menanganinya.

“Pihak pengurusan resort itu telah memberi jaminan kepada kementerian saya bahawa mereka sedang menangani aduan tetamu dengan serius dan telah memulakan semakan dalaman terhadap piawaian perkhidmatan mereka,” katanya.

Xiaohongshu, yang juga dikenali sebagai Little Red Book, adalah platform sosial dan e-dagang dari China. Ia telah berkembang menjadi platform gaya hidup dan pelancongan yang komprehensif.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/03/stb-siasat-aduan-pelancong-tindakan-tegas-menanti-jika-terbukti-benar/feed/ 0 67919
STB alu-alukan BOHEX promosi Sabah sebagai destinasi mesra Muslim & MICE https://sabahmedia.com/2025/01/10/stb-alu-alukan-bohex-promosi-sabah-sebagai-destinasi-mesra-muslim-mice/ https://sabahmedia.com/2025/01/10/stb-alu-alukan-bohex-promosi-sabah-sebagai-destinasi-mesra-muslim-mice/#respond Fri, 10 Jan 2025 05:51:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66733
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyambut baik Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BOHEX) sebagai langkah penting untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) serta lokasi mesra Muslim.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, acara seperti ini membantu meningkatkan imej Sabah di peringkat antarabangsa, terutama bagi menarik peserta dan pelancong asing.

“Acara antarabangsa seperti BOHEX sangat bermakna kerana ia bukan sahaja memperkenalkan produk halal tetapi juga keindahan destinasi Sabah kepada pengunjung luar.

“Ia juga selari dengan usaha kerajaan Malaysia menerusi kempen Visit Malaysia 2026,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada penganjur BOHEX pada Khamis.

Pameran itu akan diadakan pada 5 hingga 9 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dengan tema “Embracing Halal World”.

BOHEX dianjurkan oleh Eminent Source Sdn Bhd, dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Joniston, pihak penganjur disarankan untuk bekerjasama dengan Biro Konvensyen Sabah bagi memastikan impak yang lebih besar terhadap acara itu.

Pameran selama lima hari itu mensasarkan 10,000 pengunjung dan melibatkan penyertaan pameran dari Brunei, Korea Selatan, Indonesia, Pakistan dan India.

Selain makanan, BOHEX turut memfokuskan produk halal lain seperti fesyen, perubatan, dan pelancongan.

Pasukan penganjur BOHEX yang hadir dalam sesi pertemuan tersebut terdiri daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Kerajaan, Maiyizat-ul-Najwa Ab. Mutalib; Pengarah Komunikasi Korporat, Nurul Hidayah Umol; dan Pengurus Projek, Safia Amira Mohd Jamil.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/10/stb-alu-alukan-bohex-promosi-sabah-sebagai-destinasi-mesra-muslim-mice/feed/ 0 66733
AirAsia, STB meterai MoU jalin kerjasama strategik tingkatkan sektor pelancongan https://sabahmedia.com/2024/07/05/airasia-stb-meterai-mou-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-sektor-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2024/07/05/airasia-stb-meterai-mou-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-sektor-pelancongan/#respond Fri, 05 Jul 2024 00:55:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57078
Read Time:3 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: AirAsia dan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengumumkan kerjasama strategik dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Kerjasama ini dijangka akan memperkukuh status Negeri di Bawah Bayu sebagai destinasi pelancongan utama dengan meningkatkan sambungan udara antara Sabah dan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA), serta rantau Asean yang lebih besar, Asia Utara dan Oceania bagi tempoh 2024-2028.

Kumpulan AirAsia berhasrat untuk meningkatkan rangkaian secara keseluruhan di Sabah dan berhasrat untuk melancarkan 14 laluan domestik dan antarabangsa yang menarik termasuk Kota Kinabalu-Bandar Seri Begawan, Kota Kinabalu-Perth, Tawau-Guangzhou, Sandakan-Hong Kong, dan lain-lain.

Pelancaran ini tertakluk kepada permintaan dua hala bagi setiap laluan, kelulusan pengawal selia dan permintaan pasaran.

Kerjasama ini juga merangkumi kolaborasi yang lebih luas antara syarikat penerbangan dan badan pelancongan untuk membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab penerbangan serantau pada masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama secara strategik dengan AirAsia selama lima tahun di mana kementerian akan menyokong perbincangan antara syarikat penerbangan dan pihak berkepentingan berkaitan untuk memacu sektor pelancongan.

“Baru-baru ini, Sabah telah dinobatkan sebagai salah satu destinasi mampu milik dan AirAsia telah memainkan peranan penting dalam pencapaian ini.

“Pada separuh tahun ini, kami telah berjaya menyambut 1.24 juta pelancong ke Sabah dan dengan rangkaian luas AirAsia, kami yakin untuk menarik lebih ramai pelancong dan menawarkan pengalaman unik di Sabah kepada pengembara di luar rantau ini.

“Kemajuan pelancongan juga akan memberi faedah kepada ekonomi tempatan dalam pelbagai industri dan mencipta peluang pekerjaan secara langsung dalam pelbagai sektor seperti hospitaliti, pengangkutan, dan peruncitan.

“Sehingga tahun 2022, sektor pelancongan telah menyumbang kepada 22.8 peratus pekerjaan di negeri ini, termasuk jawatan di hotel, restoran, agensi pelancongan, dan pusat pelancongan tempatan.

“Kemasukan pelancong menghasilkan pendapatan tambahan bagi perniagaan tempatan serta menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan tersebut.

“Selain itu, pertumbuhan dalam sektor pelancongan mendorong pembangunan infrastruktur yang lebih baik, termasuk jalan raya, lapangan terbang, dan kemudahan awam, seterusnya memberi faedah kepada pelancong dan penduduk setempat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyaksikan majlis MoU berkenaan di sini pada Khamis (4 Jul).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffery Jimit berkata bahawa 90 peratus kedatangan pelancong adalah kemasukan dari udara, justeru kerjasama strategik ini akan terus memacu peluang pelancongan di negeri ini. Beliau berterima kasih kepada AirAsia untuk sokongan yang berterusan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Operasi Penerbangan) AirAsia Aviation Group Datuk Kapten Chester Voo berkata kerjasama ini menandakan langkah penting bagi kami untuk memperluas rangkaian dari hab kedua terbesar di Malaysia.

“Ia juga menawarkan lebih banyak peluang perjalanan kepada para tetamu di negeri ini untuk meneroka dunia dan bagi dunia untuk mengenali dan menerokai Sabah.

“Sejak tahun 2002, kami telah menerbangkan hampir 80 juta tetamu ke dan dari Sabah melalui laluan domestik dan antarabangsa. Kami berharap untuk melihat jumlah ini berkembang dengan pesat dalam tempoh lima tahun akan datang melalui kerjasama ini.

“Pada tahun 2023, AirAsia telah menyumbang kepada 60 peratus bahagian pasaran pelancongan di Sabah, menunjukkan potensi besar negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama.

“Peningkatan rangkaian membawa lebih ramai pelancong antarabangsa ke Sabah, menggalakkan pertukaran budaya dan membuka peluang baharu dalam pelbagai sektor.

“Dengan sokongan berterusan para tetamu dan rakan kongsi kami, AirAsia akan memainkan peranan penting dalam menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan pesat, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat setempat,” tambah Chester.

Kumpulan AirAsia kini terbang ke 23 destinasi dari dan ke Sabah dengan sejumlah 294 penerbangan mingguan.

Destinasi ini termasuk dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu ke Hong Kong, Kota Kinabalu ke Seoul; dari Tawau ke Kuala Lumpur dan Tawau ke Johor Bahru; dari Sandakan ke Kuala Lumpur; dan tidak termasuk destinasi antara negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/05/airasia-stb-meterai-mou-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-sektor-pelancongan/feed/ 0 57078
STB perhebat kerjasama dengan Singapore Airlines, tarik lebih ramai pelancong Australia ke Sabah – Christina https://sabahmedia.com/2023/08/27/stb-perhebat-kerjasama-dengan-singapore-airlines-tarik-lebih-ramai-pelancong-australia-ke-sabah-christina/ https://sabahmedia.com/2023/08/27/stb-perhebat-kerjasama-dengan-singapore-airlines-tarik-lebih-ramai-pelancong-australia-ke-sabah-christina/#respond Sun, 27 Aug 2023 13:48:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40850
Read Time:1 Minute, 38 Second

SYDNEY: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew mahu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memperhebatkan kerjasama dengan Singapore Airlines untuk membawa masuk lebih ramai pelancong Australia ke Sabah.

Christina berkata demikian kerana Australia dihubungkan dengan baik oleh Singapore Airlines dan Scoot (syarikat penerbangan tambang murah Singapura) ke Kota Kinabalu dari tujuh bandar raya Australia, iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide, Perth, Darwin dan Cains.

Scoot menyambung semula perkhidmatan penerbangannya dari Singapura ke Sabah pada April tahun lalu, menjadikannya syarikat penerbangan antarabangsa pertama yang berbuat demikian.

“Kami perlu ada konsistensi dan kekerapan dalam usaha mempromosi untuk mendapatkan hasil yang berkesan, memandangkan tarikan utama Sabah seperti pulau-pulau, percutian pantai di pusat-pusat peranginan, hidupan liar, komuniti tempatan dan budaya uniknya menarik perhatian warga Australia,” kata Christina selepas mesyuarat perniagaan dengan Naib Presiden Singapore Airlines Wilayah Australia (Southwest Pacific), Louis Leonard Arul, di sini, pada Khamis .

Menurutnya, kedua-dua Singapore Airlines dan STB akan mengatur kempen bersama untuk meneroka sepenuhnya perjalanan keluar Australia, terutamanya mereka yang mencari pengalaman perjalanan yang lebih kepada bandar dan percutian pantai.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew (tiga kanan), Pembantu Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai (tiga kiri), Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah (lima kiri), Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman (dua kanan) di Memorial Sandakan yang terletak di Burwood Park, Sydney pada Sabtu.Foto ihsan KePKAS

Christina bersama rombongan sempat mengadakan lawatan ke Memorial Sandakan yang terletak di Burwood Park, Sydney pada Sabtu.

Tugu peringatan itu ditubuhkan bagi mengenang mereka yang terkorban sebagai Tawanan Perang (POW) semasa Sandakan-Ranau Death March atau dikenali sebagai ‘Kawad Maut’ dalam Perang Dunia Kedua. Ia didedikasikan pada 1 Ogos 1993.

“Tujuan kami melawat tapak tugu peringatan itu adalah untuk memberi penghormatan kepada tentera yang terkorban semasa Sandakan Death March dalam Perang Dunia II. Pada masa yang sama, kami ingin meningkatkan promosi kami Sabah sebagai destinasi percutian pilihan oleh keturunan daripada tentera perang yang terkorban,” kata Christina.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/27/stb-perhebat-kerjasama-dengan-singapore-airlines-tarik-lebih-ramai-pelancong-australia-ke-sabah-christina/feed/ 0 40850
Kerjasama rapat STB dengan institusi akademik bantu pelancongan luar bandar berkembang https://sabahmedia.com/2022/12/02/kerjasama-rapat-stb-dengan-institusi-akademik-bantu-pelancongan-luar-bandar-berkembang/ https://sabahmedia.com/2022/12/02/kerjasama-rapat-stb-dengan-institusi-akademik-bantu-pelancongan-luar-bandar-berkembang/#respond Fri, 02 Dec 2022 10:19:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=25730
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) komited untuk bekerjasama rapat dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan institusi pengajian tinggi lain bagi menyokong pertumbuhan berterusan industri pelancongan luar bandar negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, STB dan pemain pelancongan boleh mendapat manfaat yang besar daripada pengajian universiti berkenaan pelancongan luar bandar.

Katanya, STB boleh menjadi bantuan penting kepada ahli akademik dalam pengajian mereka untuk lebih memahami topik yang dibincangkan dan mengenal pasti penyelesaian kolaboratif kepada masalah industri.

Joniston, yang juga pengerusi STB, berucap pada Simposium Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBTS) 2022, bertemakan ‘Kemakmuran Pelancongan Luar Bandar: Mentransformasi Kesejahteraan Masyarakat Setempat’ di Galeri Azman Hashim UMS di sini, pada Jumaat.

Simposium ini dianjurkan bersama oleh Pusat Penyelidikan Pelancongan Borneo (BTRC) universiti; Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan; dan Lembaga Pelancongan Sabah.

Ia disokong oleh Persekutuan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah dan Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pelancongan dan Riadah (ATLAS Asia).

Dalam ucapannya, Joniston turut berkongsi tentang usaha perintis STB dalam pelancongan berasaskan komuniti melalui bahagian projeknya dan kejayaan seterusnya inisiatif ini sejak penubuhannya pada 2014.

Beliau juga menyeru pihak berkepentingan untuk terus memainkan peranan mereka untuk membantu meletakkan Sabah sebagai destinasi pelancongan luar bandar yang mampan dan inovatif.

“Pelancong hari ini lebih mementingkan alam sekitar dan mencari pilihan perjalanan yang mampan. Mereka ingin menjadi sebahagian daripada kelestarian tapak pelancongan.

“Ekosistem awam dan swasta yang bertenaga yang memudahkan perkongsian dengan pihak berkepentingan untuk mengembangkan keupayaan mereka harus disediakan.

“Kami mahu Sabah menjadi tempat terbaik untuk menguji tempat untuk penyelesaian mampan, produk dan pengalaman pelancongan baharu, membolehkan perniagaan dalam pelancongan luar bandar memperoleh kelebihan daya saing penggerak pertama,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Md. Mansor gembira dengan kerjasama UMS-STB untuk menganjurkan acara CBTS sambil menyifatkan ia sebagai contoh baik perkongsian Universiti-Industri yang akan dibangunkan lagi.

Beliau juga berterima kasih kepada ATLAS Asia atas sokongannya untuk memastikan pengetahuan tentang keunikan pelancongan luar bandar Sabah sampai kepada khalayak antarabangsa.

CBTS 2022 menarik 288 peserta dan dijalankan melalui mod hibrid dengan peserta di tapak dan dalam talian.

Hadirin di tapak terdiri daripada wakil sektor pelancongan, agensi kerajaan, pelajar dan kakitangan, manakala delegasi antarabangsa berdaftar dari Indonesia, China, Ireland, Portugal, Singapura, Filipina dan Sepanyol.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/02/kerjasama-rapat-stb-dengan-institusi-akademik-bantu-pelancongan-luar-bandar-berkembang/feed/ 0 25730
STB Bantu Bangunkan Pelancongan Pedalaman Sabah https://sabahmedia.com/2022/04/02/stb-bantu-bangunkan-pelancongan-pedalaman-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/04/02/stb-bantu-bangunkan-pelancongan-pedalaman-sabah/#respond Sat, 02 Apr 2022 03:40:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13790
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berusaha keras untuk membantu membangunkan kawasan pedalaman Sabah menjadi destinasi pelancongan luar bandar yang mampan.

Baru-baru ini, unit produk pihak lembaga telah mengadakan sesi libat urus bersama 47 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Mukim Bingkor untuk menerokai potensi pelancongan di kawasan masing-masing.

Program anjuran bersama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik.

Ketua Pegawai Kewangan Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffrey Jimit berkata, kawasan luar bandar seperti Bingkor mempunyai potensi besar untuk menarik orang luar mengunjungi destinasi pedalaman.

“Walaupun kita menggalakkan pelancong melawat Sabah untuk menikmati tarikan utama di negeri ini, kita juga mahu mereka menerokai kawasan luar bandar dan berinteraksi dengan komuniti setempat untuk memanfaatkan percutian mereka sepenuhnya.

“Di pihak lembaga, unit produk menyokong komuniti luar bandar dalam membuka potensi mereka secara konsisten dan mewujudkan peluang untuk mereka berkembang maju melalui pelancongan,” jelasnya.

Dalam sesi libat urus itu, Julinus memberikan taklimat mengenai industri pelancongan dan bagaimana masyarakat luar bandar boleh mendapat manfaat daripadanya, lebih-lebih lagi setelah sempadan antarabangsa negara telah dibuka semula untuk aktiviti pelancongan.

Program penglibatan komuniti itu, antara lain, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan wakil JPKK tentang produk pelancongan yang boleh dibangunkan, khususnya pelancongan berasaskan komuniti di Bingkor.

Selain itu, mereka juga diberi taklimat mengenai kepentingan melengkapkan diri dengan kemahiran pemasaran digital untuk memasarkan produk pelancongan mereka secara efektif.

Tambah Julinus, program penglibatan seumpana ini akan diperluaskan ke Keningau dan daerah lain dalam masa terdekat untuk terus memperkasa dan mendekati seberapa banyak komuniti luar bandar yang mungkin.

Bingkor terletak kira-kira 10 kilometer dari Keningau dan majoriti penduduknya adalah dari suku kaum Dusun. Kawasan ini kaya dengan alam semula jadi, budaya, dan kraftangan yang masih belum dibangunkan.

Pada masa ini, Bingkor tidak mempunyai produk pelancongan berasaskan komuniti, tetapi pembangunan Taman Eko Bandukan sedang diusahakan dan akan diuruskan oleh komuniti setempat.

Dalam pada itu, Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau akan bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sabah untuk menggunakan kod QR bagi tujuan menarik dan merekod kedatangan pengunjung ke Bingkor.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/02/stb-bantu-bangunkan-pelancongan-pedalaman-sabah/feed/ 0 13790
Komuniti Kiulu wujudkan produk rekreasi, pengembaraan baharu https://sabahmedia.com/2022/03/29/komuniti-kiulu-wujudkan-produk-rekreasipengembaraan-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/03/29/komuniti-kiulu-wujudkan-produk-rekreasipengembaraan-baharu/#respond Tue, 29 Mar 2022 05:09:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13613
Read Time:2 Minute, 5 Second

TUARAN: Produk rekreasi dan pengembaraan baharu berjaya diwujudkan di Kiulu yang melibatkan tiga buah kampung bagi tujuan menjana pendapatan dan menarik lebih ramai pengunjung.

Produk aktiviti eko-pelancongan baharu ini dibuka hasil daripada projek  Community Adoption Programme Sabah yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Yayasan RYTHM dan Good Shepherd Services, dengan penglibatan komuniti setempat.

Tiga produk itu adalah Camp Ratau Site di Kampung Ratau, laluan mendaki Sangod-Hill di Kampung Lokub, dan laluan mendaki Watu Kokoluton di Kampung Talantang.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Saba, Datuk Joniston Bangkuai berkata, produk eko-pelancongan baharu yang diusahakan oleh komuniti belia berpotensi menarik lebih ramai pengunjung dan peminat pengembaraan untuk meneroka Kiulu.

“Ini sekaligus menguatkan lagi kedudukan Kiulu sebagai hab aktiviti eko-pelancongan berasaskan komuniti di negeri ini.

“Di pihak Kementerian saya dan juga Lembaga Pelancongan Sabah, kita sentiasa menyokong pembangunan pelancongan desa berasaskan komuniti, dan sentiasa mencari produk destinasi luar bandar baharu yang boleh diperkenalkan kepada pelancong, terutama apabila sempadan negara kita dibuka semula pada April 1,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian projek Community Adoption Programme Sabah dan pembukaan tiga eko-pelancongan baharu di Kampung Lokub disini, semalam.

Hadir sama, Ketua Yayasan RYTHM, Santhi Periasamy; Ahli Lembaga Pengarah Good Shepherd Services, Petrus Gimbad; Ketua Pegawai Kewangan Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffery Jimit; presiden Federation of Rural Tourism Association Sabah, Walter Kandayon; dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Kiulu, Mejin Moginggow.

Projek komuniti tersebut bertujuan untuk memberi sokongan akademik dan memperkasa kemahiran belia di bidang pelancongan bagi  mengurangkan kemiskinan di kalangan komuniti luar bandar.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah berkata program pembangunan belia sebegini sangat diperlukan untuk membuka mata golongan muda untuk berani mengambil peluang dan bekerjasama mengusahakan sesuatu di kampung mereka.

Katanya, mengusahakan aktiviti eko-pelancongan berasaskan komuniti boleh menjana pendapatan lumayan dan ia memerlukan penglibatan semua penduduk kampung untuk menjadikan tempat pelancongan mereka menarik, terbaik dan terkenal.

“Selain itu, pertanian juga merupakan satu potensi produk pelancongan yang boleh diketengahkan. Dengan kemahiran sedia ada, komuniti boleh merancakkan lagi ekonomi dengan mewujudkan aktiviti pelancongan eko-dan-agro.

“Oleh demikian, saya menyeru semua komuniti untuk memanfaatkan sebaik mungkin peluang latihan-latihan yang disediakan untuk memajukan diri dan sekaligus menaiktarafkan hidup seluruh penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, projek komuniti itu juga telah memanfaatkan 48 pelajar SK Lokub melalui sokongan akademik yang dijalankan oleh belia dari Kampung Ratau, Kampung Lokub, dan Kampung Talantang.

Dalam inisiatif tersebut, belia telah menjadi guru tuisyen bagi membimbing pelajar sekolah secara bersemuka, memandangkan pembelajaran di sekolah bertukar sepenuhnya kepada atas talian.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/29/komuniti-kiulu-wujudkan-produk-rekreasipengembaraan-baharu/feed/ 0 13613
Keunikan Komuniti, Alam Semula Jadi Kekuatan Sabah Tarik Pengunjung https://sabahmedia.com/2022/03/12/keunikan-komuniti-alam-semula-jadi-kekuatan-sabah-tarik-pengunjung/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/keunikan-komuniti-alam-semula-jadi-kekuatan-sabah-tarik-pengunjung/#respond Sat, 12 Mar 2022 11:40:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12938
Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Keunikan komuniti dan keindahan alam semula jadi merupakan motivasi utama kepada pengunjung untuk datang ke negeri Sabah.

Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) Paul Paw berkata, pelancongan tanah tinggi dan luar bandar adalah titik jualan bagi negeri itu, terutama aktiviti berasaskan komuniti yang semakin popular.

“Kami telah dibawa melihat banyak pemandangan baharu, dan objektif kali ini adalah untuk melihat pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) bagi mengetahui apa yang dapat ditawarkan oleh komuniti luar bandar sebelum mempromosikannya kepada pelanggan.

“Untuk memahami Sabah dengan baik, kami meluangkan masa bersama orang kampung. Mereka sangat sopan dan mesra. Budaya masyarakat seperti ini harus dipromosikan, dan saya pasti pengunjung ingin merasai pengalaman ini,” katanya.

Paul menyamakan CoBT di Sabah seperti Taiwan, di mana komuniti luar bandar negara itu sangat mesra dan sentiasa sedia untuk membawa pengunjung di sekitar kampung mereka.

Rombongan MCTA yang diketuai Paul melawat Sabah untuk program B2B dan lawatan suai kenal yang bermula pada 6 Mac.

Peserta-peserta yang terlibat mewakili MCTA dari bahagian Kuala Lumpur, Labuan, Johor, Selangor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.

Rombongan itu berpeluang melawat Kundasang, Kadamaian, dan Kiulu sebagai sebahagian aktiviti lawatan lima hari yang disediakan oleh MCTA Sabah.

Pengerusi MCTA Sabah, Vincent Sia berkata, kebanyakan ahli persatuan berminat dengan pakej pelancongan luar bandar.

“Ada yang belum pernah ke sini atau hanya melakukan lawatan biasa ke pulau dan sekitar bandar. Destinasi pelancongan berasaskan komuniti luar bandar adalah sesuatu yang baharu bagi mereka.

“Apabila melawat Polumpung Melangkap Campsite di Kadamaian, mereka terharu apabila mengetahui bagaimana gempa bumi 2015 mengubah landskap dan menjadikan kampung itu tarikan baharu di tepi sungai.

“Selain itu, lawatan ke Kiulu turut memberi kenangan indah kepada ahli yang berpeluang melakukan aktiviti ‘water rafting’. Saya pasti semua ahli MCTA pasti akan mempromosikan segmen CoBT ini,” katanya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai turut menggalakkan pengendali pelancongan untuk terus mempromosikan CoBT kepada pelancong domestik ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.

Beliau berkata rakyat Malaysia harus mengambil peluang menerokai tarikan luar bandar di negeri ini yang telah mendapat penghargaan antarabangsa dan semakin menarik perhatian pelancong asing.

“Sudah tentu kita tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan kembali pelawat antarabangsa dengan pembukaan sempadan bulan depan.

“Pihak STB telah mempromosikan destinasi luar bandar secara agresif, dan kita menjangkakan pelancong akan melawat kawasan CoBT. Ini akan memulihkan ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya.

Pada Rabu, pihak STB menganjurkan majlis makan malam untuk delegasi MCTA. Hadir ialah ketua pegawai pemasaran  STB, Tay Shu Lan, dan ketua pegawai kewangan, Julinus Jeffrey Jimit.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/keunikan-komuniti-alam-semula-jadi-kekuatan-sabah-tarik-pengunjung/feed/ 0 12938
Sabah, Kedah Jalin Kerjasama Bangunkan Idea Produk Pelancongan Baharu https://sabahmedia.com/2022/03/12/sabah-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan-idea-produk-pelancongan-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/sabah-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan-idea-produk-pelancongan-baharu/#respond Sat, 12 Mar 2022 08:44:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12917
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Sabah akan menjalin kerjasama erat dengan Kedah untuk membangunkan idea produk baharu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua negeri itu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama antara dua pihak perlu bagi memahami tingkah laku dan motivasi perjalanan ke sesebuah negeri.

“Kita mahu menarik seramai mungkin pengunjung domestik ke Sabah, oleh itu kita perlu tahu apa yang menjadi minat orang Kedah supaya kita boleh mewujudkan pakej mengikut keperluan mereka, dan begitu juga sebaliknya.

“Sabah dan Kedah juga sangat popular di kalangan pelancong antarabangsa. Jadi, adalah wajar untuk kita bekerjasama dengan Pelancongan Kedah dan pihak berkaitan untuk mencari jalan menarik lebih ramai pelancong asing terutama dari Langkawi ke Sabah,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata pihak lembaga juga bekerjasama dengan negeri-negeri lain untuk mempromosikan destinasi masing-masing.

Katanya, STB turut terbuka untuk berkongsi kepakaran dan idea untuk menggiatkan semula industri pelancongan.

Pada Jumaat, pihak STB yang diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran Tay Shu Lan telah menganjurkan majlis makan malam untuk delegasi daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah dan Pelancongan Kedah.

Sebelum itu, seramai 15 pegawai dari delegasi tersebut telah bertemu dengan pihak STB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan Julinus Jeffery Jimit untuk perbincangan dan pertukaran idea.

Timbalan Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (Pembangunan Sektoral), Faisal Rizal Mohammad berkata, objektif lawatan mereka adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai pengurusan strategik pihak STB.

“Kita berbincang untuk melakukan sesi libat urus dengan Pelancongan Sabah untuk membangunkan produk baharu bagi kedua-dua negeri dan melakukan promosi silang.

“Sebagai contoh, Kedah terkenal dengan sawah padi, manakala Sabah terkenal dengan laut yang indah. Kita melihat pertukaran produk sebegini penting untuk menarik pelawat dari negeri masing-masing.

“Selain itu, kita juga sedang membangunkan pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di pulau-pulau Kedah iaitu Sonsong, Telur, dan Bidan. Tiga pulau ini mempunyai batu karang yang cantik.

“Oleh itu, kerajaan negeri Kedah mahu membantu komuniti setempat dalam menguruskan pulau-pulau supaya mereka dapat menjana pendapatan mampan melalui konsep CoBT,” katanya.

Tambah beliau, mereka berharap untuk belajar daripada pencapaian pihak STB dalam membangunkan CoBT dan mempromosikan pelancongan di pulau-pulau yang dilindungi di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/sabah-kedah-jalin-kerjasama-bangunkan-idea-produk-pelancongan-baharu/feed/ 0 12917