stem sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Nov 2024 04:37:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png stem sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Peratus pelajar Sabah minat STEM mencapai 51.05 peratus https://sabahmedia.com/2024/11/18/dun-sabah-peratus-pelajar-sabah-minat-stem-mencapai-51-05-peratus/ https://sabahmedia.com/2024/11/18/dun-sabah-peratus-pelajar-sabah-minat-stem-mencapai-51-05-peratus/#respond Mon, 18 Nov 2024 04:37:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63948
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Peratus kecenderungan pelajar Sabah dalam subjek Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun ini telah mencapai sebanyak 51.05 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi memastikan peratusan itu terus meningkat, kementeriannya telah melaksanakan pelbagai program untuk menarik minat pelajar terhadap bidang STEM.

Katanya, ia termasuklah melalui pendidikan tidak formal iaitu program-program pembudayaan STEM yang tidak terikat kepada kurikulum rasmi sekolah.

“Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah program Festival STEM yang bertujuan meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap STEM melalui aktiviti pembelajaran interaktif.

“Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama dengan 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan setiap PPD diperuntukkan dana sebanyak RM15,000 untuk melaksanakan program tersebut. Sasaran utama Program Festival STEM adalah pelajar dan guru sekolah.

“Selain itu, turut dilaksanakan program mini teater STEM yang merupakan inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk menggalakan minat dan kemahiran STEM di kalangan pelajar.  Program ini menggunakan teater sebagai alat untuk mengajar konsep-konsep STEM dengan kaedah yang menyeronokkan dan interaktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Arifin berkata, penubuhan Pusat Sains Keningau merupakan usaha Kerajaan untuk memberi peluang sama rata kepada pelajar di kawasan luar bandar dalam memberi pendidikan sains berkonsepkan ‘hands-on’, ‘minds-on’ dan ‘hearts-on’.

Katanya, usaha itu adalah bagi mencetuskan minat pelajar dalam aliran STEM.

“Program Kembara Pameran Sains Interaktif atau Mobile Exhibition ‘Experiencing Science: Enlightening Innovation’ merupakan program kerjasama China Science Technology Museum dan Guangxi Science Technology Museum bertujuan untuk menjadikan pembelajaran dalam bidang sains menarik, mudah dan menyeronokkan.

“Bagi meningkatkan minat dan pencapaian pelajar sekolah luar bandar dalam mata pelajaran matematik, KSTI telah menganjur Kem Matematik Perdana 2024 dengan kerjasama UMS.

“Kementerian juga telah menganjurkan Kolokium Pendidikan STEM 2024 yang merupakan platform bagi warga pendidik STEM untuk bertukar pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menangani isu-isu pengajaran dan pembelajaran.

“Ini juga merupakan ruang kepada komuniti guru STEM bekerjasama lebih rapat dan meningkatkan produktiviti mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, Kementeriannya  juga sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik daripada Negeri dan Persekutuan serta agensi swasta dan sebanyak 10 program telah dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik KSTI untuk memupuk pelajar meminati subjek STEM dan seterusnya cenderung untuk memilih laluan kerjaya dalam bidang tersebut.

Katanya, pada ketika ini, Kementerian sedang dalam fasa mengenal pasti dan menilai program-program baharu pembudayaan STEM yang relevan dengan kehendak semasa untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Kementerian juga akan terus melaksanakan program- program seperti STEM Fiesta, Program Outreach STEM, Program Kem Matematik dan Program Kembara Pameran Sains.

“Semua ini merupakan usaha Kerajaan Negeri meningkatkan kadar kecenderungan pelajar dalam subjek STEM dan mengubah persepsi pelajar bahawa sains adalah sukar,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/18/dun-sabah-peratus-pelajar-sabah-minat-stem-mencapai-51-05-peratus/feed/ 0 63948
Sabah komited majukan bidang STEM, bantu majukan ekonomi negeri https://sabahmedia.com/2024/07/18/sabah-komited-majukan-bidang-stem-bantu-majukan-ekonomi-negeri/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/sabah-komited-majukan-bidang-stem-bantu-majukan-ekonomi-negeri/#respond Thu, 18 Jul 2024 06:00:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57698
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu: Sabah komited untuk terus memajukan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini dengan meningkatkan bilangan pelajar di peringkat sekolah, universiti dan karier.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Sabah juga memerlukan ramai pakar-pakar STEM pada masa akan datang bagi memajukan ekonomi negeri.

“Harapan kerajaan Sabah adalah agar pelajar-pelajar yang terhasil dari program ini dapat memanfaatkan ilmu STEM dan kemahiran-kemahiran seperti inovasi, pemikiran kreatif, dan pengkomersilan untuk memajukan diri, keluarga, dan masyarakat.

“Saya percaya, melalui program seperti ini, kita dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi dan mampu menghadapi cabaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah Program Mini Teater STEM Sabah di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan berkata, program seumpama itu harus dirancakkan lagi agar objektif kerajaan negeri dapat tercapai.

“Kita mahukan bukan sahaja pelajar yang mempunyai pengetahuan saintifik, tetapi juga yang dapat mengaplikasikan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah di dunia sebenar.,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat dan pembangunan ekonomi digital yang menyeluruh merupakan cabaran utama oleh kerajaan negeri.

“Diharapkan dengan program ini lebih ramai pelajar yang komited untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan STEM, menceburi kerjaya bidang STEM, dan juga menginspirasikan pelajar-pelajar lain untuk turut sama meminati STEM.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan kejayaan ini dapat diteruskan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/sabah-komited-majukan-bidang-stem-bantu-majukan-ekonomi-negeri/feed/ 0 57698
DUN Sabah : KSTI terus laksana pelbagai program perkasa budaya STEM di Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/09/dun-sabah-ksti-terus-laksana-pelbagai-program-perkasa-budaya-stem-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/09/dun-sabah-ksti-terus-laksana-pelbagai-program-perkasa-budaya-stem-di-sabah/#respond Wed, 09 Aug 2023 11:03:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39769
Read Time:2 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dengan kerjasama pelbagai agensi negeri dan persekutuan telah melaksanakan pelbagai program dalam pemerkasaan dan pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia adalah bertujuan bagi menarik minat pelajar dan seterusnya menepis persepsi bahawa sains itu adalah mata pelajaran yang susah.

Katanya, program ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kesedaran semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru-guru dan komuniti mengenai kepentingan pendidikan STEM dan kerjaya STEM.

“Kementerian telah memberikan peruntukan berjumlah RM250,000 bagi menjayakan Program STEM Fiesta di kesemua 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). STEM FIESTA telah dilancarkan pada 16 Mei lalu di Beaufort dan akan ditutup pada 7 September 2023 di Ranau.

“Didapati penglibatan pelajar dan guru amatlah mengalakkan dan setiap daerah merekodkan penglibatan seramai 600 hingga 1000 orang.

“Kementerian juga turut memperkasakan peranan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dengan mewujudkan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau dengan kos keseluruhan RM3 juta dan dijangka akan beroperasi penghujung tahun 2023.

“Kementerian juga telah berjaya mendapatkan persetujuan pembinaan Pusat STI Tawau dan Pusat STI Sandakan yang bernilai lebih daripada RM10.2 juta daripada PETRONAS. Selain itu, kementerian turut merancang melaksanakan satu projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, Pusat Sains ini akan merangkumi elemen pembelajaran secara interaktif mengenai Sains, Planetarium, Pusat Penyelidikan Saintifik, Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), Robotik dan Ketamaduan Sains Islam.

Sementara itu, Arifin berkata, kementerian juga telah menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Guangzi Science and Technology Museum dan melalui kerjasama ini, Kerajaan Republik China bersetuju untuk menempatkan lebih kurang 60 buah bahan pameran sains bergerak untuk ditempatkan di PNS seluruh Sabah selama tiga tahun.

Katanya, pameran ini dijangka tiba dan ditempatkan di PNS Tanjung Aru pada bulan September ini.

Dalam pada itu, Arifin berkata, di antara program pemerkasaan STEM yang telah dilaksana dan dalam perancangan Kementerian bersama rakan-rakan strategik adalah seperti Majlis Anugerah Sains Sabah 2023; Karnival Sains Sabah 2023; STEM Fiesta  dan Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sabah.

“Selain itu, turut diadakan Kembara Sains Borneo; PLUS- STEM (Program Lonjakan STEM); Mini Theater STEM; STEM Speaker Series; Sabah National Science Challenge; Malaysia Techlympics Zon Sabah,” katanya.

Arifin berkata, kementerian turut mengambil langkah proaktif sebagai usaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran sains yang kondusif dengan memberi peruntukan sebanyak RM600,000 pada tahun ini bagi menaiktaraf 14 buah makmal sains sekolah menengah dan mewujudkan 16 buah sudut sains sekolah rendah.

Katanya, kementerian juga akan mengenalpasti beberapa syarikat untuk membantu membina sudut-sudut sains dan makers space di sekolah -sekolah.

“Melalui pelbagai inisiatif Kementerian dan sokongan daripada pelbagai pihak, Kementerian yakin kadar penglibatan pelajar STEM akan mencapai 30 peratus pada penghujung tahun ini dan melepasi 40 peratus pada tahun 2025,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/09/dun-sabah-ksti-terus-laksana-pelbagai-program-perkasa-budaya-stem-di-sabah/feed/ 0 39769