Strategik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Feb 2025 11:03:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Strategik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah rangka Hala Tuju Strategik Pembangunan Negeri RMKe-13 https://sabahmedia.com/2025/02/20/sabah-rangka-hala-tuju-strategik-pembangunan-negeri-rmke-13/ https://sabahmedia.com/2025/02/20/sabah-rangka-hala-tuju-strategik-pembangunan-negeri-rmke-13/#respond Thu, 20 Feb 2025 11:02:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69085
Read Time:2 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah merangka Hala Tuju Strategik Pembangunan Negeri di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) sebagai langkah proaktif untuk memacu ekonomi dan pembangunan negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, RMKe-13 yang akan bermula dari tahun 2026 hingga 2030, dirangka mengambil kira dasar, pelan pembangunan dan Blueprint semasa, serta inisiatif-inisiatif utama yang sedang diterokai, termasuk inisiatif Ekonomi Biru.

Beliau berkata, agenda pembangunan negeri di bawah RMKe-13 juga turut diselaraskan dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals (SDG)) bagi memastikan pembangunan negeri yang inklusif dan lestari seiring dengan komitmen di peringkat nasional dan global.

Menurutnya, bagi memperkukuhkan inisiatif Ekonomi Biru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lalu, telah meluluskan penubuhan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (Blue Economy Industrial Park (BEIP)) di Kudat.

“Ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat serius dalam membangunkan sektor Ekonomi Biru sebagai sumber baharu ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat, khususnya dalam mencipta peluang-peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.

“BEIP ini dijangka berupaya mentransformasi bahagian utara Sabah, khususnya pekan Kudat, menjadi “the new industrial township” yang berupaya menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara, menerokai segala potensi yang berkaitan dengan Ekonomi Biru seperti perikanan, pelancongan marin, farmaseutikal, marikultur dan tenaga boleh diperbaharui”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Khamis.

Hajiji berkata, pembangunan negeri akan dilaksanakan secara holistik, meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar dibawah RMKe-13.

Katanya, fokus utama akan diberikan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi melalui tiga sektor ekonomi utama iaitu perindustrian, pertanian dan pelancongan; selaras Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), di samping memperkukuh infrastruktur dan utiliti bagi menyokong sektor-sektor ekonomi ini.

Menurutnya, pembangunan inklusif merangkumi pembangunan wilayah dan sosioekonomi yang seimbang akan dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan yang menyeluruh dan adil untuk setiap lapisan masyarakat.

Selain itu, katanya usaha untuk meningkatkan kemampanan sumber asli dan pemeliharaan alam sekitar juga ditekankan bagi menyokong pembangunan yang seimbang dan lestari.

Beliau berkata, dengan hala tuju pembangunan strategik serta pelaksanaan program pembangunan yang berkesan dan teratur, pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dijangka akan berkembang pada kadar pertumbuhan purata antara 3.0 hingga 4.5 peratus dalam tempoh pelaksanaan RMKe-13.

“Strategi dan pelan pembangunan ini pasti dapat dicapai jika kita bekerja bersungguh sungguh dalam satu pasukan, disokong dengan suasana politik yang stabil dengan semangat perpaduan dan keharmonian kaum, insyaAllah kita berupaya mencapainya”, tegas beliau.

Hajiji berkata, secara keseluruhan, prestasi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, adalah memuaskan. Namun, masih banyak ruang untuk menambahbaik prestasi masing-masing.

Malah beliau percaya, jika penjawat awam meletakkan sepenuh perhatian dan memberikan yang terbaik kepada organisasi, daripada pucuk pimpinan kepada yang serendah-rendah jawatan, maka organisasi akan bertambah maju dan cemerlang.

“Mulakanlah sikap yang positif ini sempena tahun baharu ini, demi memberikan yang terbaik untuk organisasi dan Kerajaan”, katanya.

Menyentuh langkah-langkah pemerkasaan Perkhidmatan Awam di Sabah, Hajiji berkata lebih 4,000 orang penjawat awam telah mengikuti latihan di dalam dan luar negara, bertujuan meningkatkan kompetensi, kreativiti, dan daya saing dalam menghadapi tuntutan kerja yang semakin kompleks dan dinamik pada masa kini.

Katanya, dengan menggabungkan latihan bersifat tempatan dan global, komposisi kualiti penjawat awam akan menjadi lebih dinamik, adaptif, dan berwawasan luas dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, pada tahun 2024, seramai 1,960 orang penjawat awam, daripada pelbagai skim perkhidmatan, telah menikmati kenaikan pangkat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/20/sabah-rangka-hala-tuju-strategik-pembangunan-negeri-rmke-13/feed/ 0 69085
KBSS Sedia Menjadi Rakan Strategik KWSP https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/#respond Thu, 07 Apr 2022 07:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14023
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan Sabah sedia menjadi Rakan Strategik kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Sabah dalam program I – Saraan ataupun lebih dikenali sebagai caruman sukarela.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan yang diusulkan oleh KWSP Sabah untuk menjadi salah satu rakan strategik.

“Kementerian saya amat mengalu-alukan usaha ini memandangkan ianya amat bermanfaat khususnya untuk para atlit sukan dan kaum belia,” kata Ellron.

Melihat kepada keperluan serta jasa dan pengorbanan para atlet, usaha ini juga dilihat merupakan satu langkah baik bagi menjamin masa depan golongan atlet sukan terutamanya mereka sudah bersara.

“Saya menyokong penuh usaha ini kerana melihat kolaborasi ini juga merupakan satu peluang untuk kita ketengahkan I- Saraan kepada atlet-atlet sukan, memandangkan ada dalam kalangan yang sudah bersara tidak mempunyai simpanan masa depan yang tetap bagi menjamin hidup mereka” tambah Ellron.

Untuk merealisasikan hasrat itu, Ellron berkata kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa di peringkat kementerian serta akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan sukan di negeri Sabah untuk membincangkan keperluan caruman ini kepada para atlet sukan.

I-Saraan merupakan satu program dibawah KWSP telahpun dilancarkan pada tahun 2018 adalah satu inisiatif bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk menerima khas melalui caruman sukarela bagi tujuan persaraan.

“Melalui I-Saraan, ahli akan mendapat dividen tahunan sehingga 15% setahun atau sehingga jumlah maksimum RM250 setahun. Selain itu mereka turut diberikan insentif khas serta pelepasan cukai dan bantuan kematian” kata Sabarudin @ Sabree Hassan selaku Ketua Cawangan KWSP Sabah.

Beliau turut menambah amaun caruman sukarela sehingga maksimum RM60000 setahun dan para ahli boleh mencarum pada bila-bila masa.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menerima kunjungan hormat daripada pihak KWSP Sabah yang diketuai oleh Ketua Cawangan Sabarudin @Sabree Hassan, Ketua Caruman dan Kewangan, Peter @ Awang Damit Mahmud, Timbalan RAS KWSP Sabah, Mohd Rusdi Md Nasir dan Timbalan Ketua Caruman, Paul Sibining dan Kewangan KWSP di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Wisma MUIS.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/kbss-sedia-menjadi-rakan-strategik-kwsp/feed/ 0 14023
Dewan Bandaraya Bentang Pelan Strategik Bagi Bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2021/12/22/dewan-bandaraya-bentang-pelan-strategik-bagi-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/dewan-bandaraya-bentang-pelan-strategik-bagi-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Wed, 22 Dec 2021 07:20:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10189
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai pelbagai pelan strategiknya untuk bandaraya itu, mulai tahun depan.

Taklimat itu disampaikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip yang mengetuai rombongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di Menara Kinabalu di sini, pada Rabu.

Antara kertas kerja yang dibentangkan kepada Ketua Menteri ialah Pelan Strategik Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu (2022-2026) dan Pelan Strategik DBKK (2022- 2027).

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/dewan-bandaraya-bentang-pelan-strategik-bagi-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 10189
PIPWS Sedia Pelan Strategik Induk Pembangunan Wanita https://sabahmedia.com/2021/12/17/pipws-sedia-pelan-strategik-induk-pembangunan-wanita/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/pipws-sedia-pelan-strategik-induk-pembangunan-wanita/#respond Fri, 17 Dec 2021 11:55:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10020
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Bengkel Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS) menyediakan pelan strategik induk pembangunan wanita untuk 10 tahun bagi tahun 2023 hingga 2032.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, bengkel selama dua hari itu diadakan bagi mengenal pasti kelemahan yang dapat diperbaiki selain program yang boleh dianjurkan bagi wanita-wanita di negeri ini.

“Bengkel pertama diadakan bagi menggubal draf dengan isu-isu dan strategi-strategi yang berkaitan berdasarkan 17 teras yang ada.

“Fokus utama adalah brainstorming bersama peserta bagi mendapatkan info, pandangan serta cadangan dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi terhadap keperluan perubahan pelan terdahulu selepas pandemik melanda.

“Pelan sedia ada hanya untuk lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2022. Berdasarkan input yang diterima, kita menjangka PIPWS akan siap sepenuhnya menjelang Julai 2022,” katanya ketika ditemui media di Ballroom Wisma Wanita, pada Rabu.

Untuk rekod, PIPWS merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan diadakan selama dua hari daripada 14 hingga 15 Disember dengan penyertaan 62 orang peserta.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sosial merangkap Ketua Penyelaras Program, Profesor Madya Dr Muhammad Idris Bullare@Bahari, Timbalan Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Ahli-ahli AJK dan JKK MPWS, Ketua-ketua bahagian JHEWA, Wakil-wakil dari lebih 20 Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Universiti serta persendirian.- PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/pipws-sedia-pelan-strategik-induk-pembangunan-wanita/feed/ 0 10020