struktur tidak kukuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Jun 2023 00:52:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png struktur tidak kukuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rumah roboh, struktur tidak kukuh https://sabahmedia.com/2023/06/28/rumah-roboh-struktur-tidak-kukuh/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/rumah-roboh-struktur-tidak-kukuh/#respond Wed, 28 Jun 2023 00:48:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37280
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa terselamat apabila rumah yang mereka diami roboh dan hampir tenggelam dipercayai akibat struktur rumah tidak kukuh dalam satu kejadian yang berlaku di perkampungan atas air Kampung Gentisan, Sepanggar di sini awal pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada Isnin (26 Jun) jam 2.51 pagi mengenai kejadian itu.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah rumah berkeluasan 20×30 kaki telah roboh akibat struktur rumah yang tidak kukuh.

“Terdapat dua orang mangsa sekeluarga berada di dalam rumah berjaya keluar dengan sendirinya dan dilaporkan mereka dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.03 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/rumah-roboh-struktur-tidak-kukuh/feed/ 0 37280