Suami Isteri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Apr 2024 05:34:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Suami Isteri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suami isteri penjual burger ditangkap dera dua budak lelaki https://sabahmedia.com/2024/04/05/suami-isteri-penjual-burger-ditangkap-dera-dua-budak-lelaki/ https://sabahmedia.com/2024/04/05/suami-isteri-penjual-burger-ditangkap-dera-dua-budak-lelaki/#respond Thu, 04 Apr 2024 22:58:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52190
Read Time:1 Minute, 31 Second

KENINGAU: Sepasang suami isteri penjual burger ditangkap dipercayai terlibat kes penderaan dua budak lelaki dalam kejadian di sebuah bilik sewa di pekan Keningau baru-baru ini.

Dua mangsa tersebut termasuk seorang remaja berumur 13 tahun dan kanak-kanak berumur lima tahun itu dipercayai telah didera oleh kedua-dua suspek pasangan suami isteri masing-masing berusia 27 dan 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai mengesahkan kejadian menerusi kenyataannya semalam berkata, berikutan dengan kejadian itu, seorang pengadu lelaki telah tampil membuat laporan tersebut di Balai Polis Keningau pada Khamis (4 April) jam 9.32 pagi.

Katanya, pengadu telah menerima gambar kesan luka seperti kesan terkena seterika pada badan mangsa daripada seorang rakannya. Pengadu mengesyaki mangsa telah didera oleh seseorang dan seterusnya tampil membuat laporan polis untuk makluman dan tindakan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa tersebut dipercayai telah didera oleh kedua-dua suspek antara 24 Mac hingga 30 Mac 2024 di sebuah bilik sewa suspek di Keningau.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan, belakang, kedua belah kaki dan lengan akibat di tekap seterika panas, disimbah air panas dan dipukul dengan batang besi dan kayu,”

“Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek juga dipercayai merupakan ibu dan bapa tiri mangsa remaja 13 tahun manakala mangsa berusia lima tahun itu adalah anak angkat mereka,” katanya.

Susulan dengan kejadian itu, Yampil berkata, kedua-dua suspek yang juga peniaga burger di pekan Keningau, pihak polis telah berjaya menangkap pasangan itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-dua suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya.

Yampil turut memaklumkan, tahanan reman dikenakan pasangan suami isteri berkenaan bermula hari ini sehingga 9 April 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/05/suami-isteri-penjual-burger-ditangkap-dera-dua-budak-lelaki/feed/ 0 52190
Pasangan suami isteri warga emas di serang gajah, suami maut https://sabahmedia.com/2023/12/26/pasangan-suami-isteri-warga-emas-di-serang-gajah-suami-maut/ https://sabahmedia.com/2023/12/26/pasangan-suami-isteri-warga-emas-di-serang-gajah-suami-maut/#respond Tue, 26 Dec 2023 07:45:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47141
Read Time:1 Minute, 36 Second

LAHAD DATU: Sepasang suami isteri warga emas diserang sekumpulan gajah yang memasuki kebun ubi mereka dalam kejadian di Kampung Perpaduan, Skim Begahak, dekat sini pada Sabtu lalu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, hasil daripada siasatan, mangsa Lopis Jubin berumur 90 tahun bersama isterinya Dalama Hamid, 61, telah diserang oleh sekumpulan gajah sebanyak 12 ekor telah memasuki kebun ubi mangsa dalam kejadian kira-kira jam 10.00 malam pada Sabtu lalu (23 Dis).

Silvester berkata, menurut cucu mangsa, Fazrina, ketika kejadian, kedua-dua mangsa berada di pondok untuk menjaga kebun ubi mereka.

“Ketika sedang berehat, mangsa Dalama menyedari pondok mereka telah digeser oleh gajah dan kemudian beliau sempat keluar bersama suami daripada pondok berkenaan dan melarikan diri. Namun begitu, seekor gajah telah mengejar kedua-dua mangsa lalu menendang dan memijak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Silvester, pada masa ini, mangsa Dalama sedang dirawat di Hospital Lahad Datu manakala suaminya Lopis telah disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik.

“Namun begitu, tidak ada aduan dibuat ke balai polis oleh pihak keluarga mangsa menurut pihak hospital. Dengan itu, tidak ada bedah siasat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, tahap kecederaan Dalama iaitu patah di bahagian pinggang, paha kiri dan kedua-dua tangan lebam. Manakala arwah suaminya cedera bahagian dada patah dan terdapat kesan lebam pada bahagian mata kanan, kesan lebam dan luka pada bahagian tangan sebelah kiri.

Katanya, kakitangan JHL yang bertugas juga telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil daripada pemeriksaan, terdapat kesan-kesan kehadiran gajah di kawasan kebun ubi mangsa seperti bekas tapak kaki gajah, pokok-pokok ubi yang patah serta bekas geseran pada pondok yang didiami mangsa.

“Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil yang mana tempat kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak.

“Sepanjang pemeriksaan dijalankan, tidak ada kelibat gajah dilihat dan tidak ada berlaku provokasi diantara mangsa dan gajah,” jelas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/26/pasangan-suami-isteri-warga-emas-di-serang-gajah-suami-maut/feed/ 0 47141