Suami Isteri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Jan 2026 13:57:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Suami Isteri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suami isteri maut dalam nahas jalan raya di Jalan Tamparuli–Ranau https://sabahmedia.com/2026/01/09/suami-isteri-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-jalan-tamparuli-ranau/ https://sabahmedia.com/2026/01/09/suami-isteri-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-jalan-tamparuli-ranau/#respond Fri, 09 Jan 2026 13:57:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89462
Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh Normimie Diun

TAMPARULI: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Minangkob, Jalan Tamparuli–Ranau, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum jentera dari BBP Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 25 kilometer.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5.02 petang dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Ranau menuju ke Tamparuli lalu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu melibatkan empat orang mangsa, dua mangsa lelaki yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Namun beliau berkata, penunggang dan pembonceng motosikal iaitu pasangan suami isteri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang selepas pihak bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/09/suami-isteri-maut-dalam-nahas-jalan-raya-di-jalan-tamparuli-ranau/feed/ 0 89462
Suami isteri rentung dalam kebakaran rumah di Kota Belud https://sabahmedia.com/2025/07/24/suami-isteri-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/suami-isteri-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-kota-belud/#respond Thu, 24 Jul 2025 00:04:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77815
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA BELUD: Sepasang suami isteri ditemukan rentung selepas rumah mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Sangkir awal pagi Khamis (24 Julai).

Dalam kejadian kira-kira jam 2.52 pagi itu, rumah jenis kekal satu tingkat terbakar 100 peratus, manakala sebuah kereta jenis Proton Saga yang diletakkan berhampiran turut musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Elge Bakuk berkata, dua mangsa, masing-masing lelaki dan wanita berusia 47 tahun merupakan pasangan suami isteri itu ditemukan rentung di bilik mandi rumah tersebut.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi dan jentera bomba dari BBP Kota Belud bersama 12 anggota digerakkan ke lokasi sejauh 12.2 kilometer.

“Pasukan tiba pada jam 3.04 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan yang telah terbakar sepenuhnya. Operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.22 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.55 pagi selepas memastikan tiada lagi risiko bahaya di lokasi.

Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan punca kebakaran sedang dijalankan.

Turut membantu dalam operasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity yang hadir ke lokasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/suami-isteri-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-kota-belud/feed/ 0 77815
Suami isteri ditangkap miliki syabu seberat 466.07g https://sabahmedia.com/2024/05/14/suami-isteri-ditangkap-miliki-syabu-seberat-466-07g/ https://sabahmedia.com/2024/05/14/suami-isteri-ditangkap-miliki-syabu-seberat-466-07g/#respond Tue, 14 May 2024 06:28:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54401
Read Time:55 Second

PENAMPANG: Sepasang suami isteri ditangkap bersama dadah jenis syabu seberat 466.07 gram (g) dianggarkan bernilai RM16,000.00 dalam dua operasi berbeza di Putatan baru-baru ini.

Operasi tersebut dikendalikan oleh Pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Penampang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, hasil daripada tangkapan pertama seorang lelaki, 41 tahun telah berjaya membawa kepada tangkapan kedua iaitu seorang wanita, 34 tahun dan menjumpai satu peket plastik lutsinar yang telah disembunyikan berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 466.07 gram.

“Manakala hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua- dua suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Erwansyah, kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali dan kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis menyarankan masyarakat supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/14/suami-isteri-ditangkap-miliki-syabu-seberat-466-07g/feed/ 0 54401
Warga emas suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya https://sabahmedia.com/2024/05/05/warga-emas-suami-isteri-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/ https://sabahmedia.com/2024/05/05/warga-emas-suami-isteri-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/#respond Sun, 05 May 2024 13:48:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53988
Read Time:59 Second

BEAUFORT: Sepasang warga emas suami isteri maut terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Beaufort – Sipitang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, kes kemalangan maut itu melibatkan pertembungan antara dua buah kenderaan jenis Toyota Unser dan Perodua Myvi yang berlaku di Kilometer 25, Jalan Beaufort- Sipitang sekitar jam 2 petang tadi (5 Mei).

“Pemandu Perodua Myvi seorang lelaki berumur 69 tahun dan isterinya berumur 64 tahun dari Kg Lingkungan, telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 2.50 petang oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Beaufort,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa Perodua Myvi dari Sipitang menuju ke Beaufort dan tiba di lokasi kejadian kenderaan telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser.

“Pemandu Toyota Unser seorang lelaki berumur 69 dan isterinya 65 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Beaufort menggunakan Ambulan.

“Manakala pemandu Perodua Myvi dan isterinya mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Beaufort dengan menggunakan kenderaan PDRM.

“Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/05/warga-emas-suami-isteri-maut-dalam-kemalangan-jalan-raya/feed/ 0 53988
Disyaki tumbuk isteri, pelakon ditahan polis https://sabahmedia.com/2023/03/05/disyaki-tumbuk-isteri-pelakon-ditahan-polis/ https://sabahmedia.com/2023/03/05/disyaki-tumbuk-isteri-pelakon-ditahan-polis/#respond Sun, 05 Mar 2023 10:12:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30335
Read Time:1 Minute, 0 Second

CYBERJAYA Polis mengesahkan pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Menurutnya, pelakon itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama, lapor Utusan Malaysia.
“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa (isteri pelakon itu), dua saksi dan suspek.

“Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini,” katanya.

Hussein berkata, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.

“Kita akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan isteri kepada pelakon itu membuat laporan polis kelmarin, mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata dalam kejadian Khamis lalu.

Mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur pada 6.30 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/05/disyaki-tumbuk-isteri-pelakon-ditahan-polis/feed/ 0 30335
Pasangan Suami Isteri Dituduh Di Mahkamah Hari Ini, Dera Pembantu Rumah https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/#respond Wed, 29 Dec 2021 05:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10430
Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Pasangan suami isteri yang ditahan, dituduh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini dipercayai mendera pembantu rumah mereka sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kertas siasatan selesai sepenuhnya hasil daripada tahanan reman yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek seterusnya dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya sebelum diarahkan pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan berusia 40 dan 33 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian seorang pembantu rumah berusia 28 tahun di rumah mereka di sebuah kondominium di Jalan Lintas Lido, dekat sini.

“Kejadian dilaporkan pada 13 Disember lalu apabila pasangan terbabit mendakwa menemui pembantu rumah mereka meninggal dunia selepas pulang dari bercuti di Kundasang.

“Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk melecur di sebahagian badan,” katanya.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

“Manakala kedua-dua suspek terus ditahan bagi membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan dijalankan hari ini,” jelasnya.

Sebelum ini satu portal tempatan melaporkan pasangan suami isteri keluarga VVIP sabah, dera pembantu rumah sehingga mati dibebaskan reman.

Menurut laporan itu, pembantu rumah berusia 28 tahun yang berketurunan bugis mati selepas didera teruk oleh pasangan suami isteri ” keluarga VVIP Sabah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/feed/ 0 10430