Subsidi diesel bersasar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Jul 2026 11:08:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Subsidi diesel bersasar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelaksanaan subsidi diesel bersasar bermula hari ini berjalan lancar https://sabahmedia.com/2026/07/01/pelaksanaan-subsidi-diesel-bersasar-bermula-hari-ini-lancar/ https://sabahmedia.com/2026/07/01/pelaksanaan-subsidi-diesel-bersasar-bermula-hari-ini-lancar/#respond Wed, 01 Jul 2026 06:33:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99181
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Hari pertama pelaksanaan subsidi diesel bersasar pada kadar RM2.10 seliter yang bermula hari ini menerima maklum balas positif daripada pengguna apabila proses pengesahan dan pengisian bahan api berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

Program subsidi diesel yang dikenali sebagai BUDI Diesel menetapkan harga diesel bersubsidi pada RM2.10 seliter berbanding harga pasaran RM3.97 seliter bagi rakyat Malaysia yang layak. Pembelian dilakukan dengan mudah di stesen minyak seluruh negara menggunakan pengesahan MyKad.

Pelaksanaan inisiatif itu membolehkan pengguna yang layak menikmati diesel pada harga bersubsidi selepas membuat pengesahan terlebih dahulu menerusi aplikasi atau sistem yang ditetapkan sebelum pengisian dilakukan di stesen minyak.

Seorang pengguna, Miera Ezzati Achmad Fauzee, 33, berkata beliau tidak berdepan sebarang masalah ketika menggunakan sistem berkenaan pada hari pertama pelaksanaan subsidi diesel.

Menurutnya, proses pengesahan hanya mengambil masa kira-kira satu hingga dua minit sebelum pam diesel diaktifkan untuk pengisian.

“Prosesnya berjalan lancar dan tidak mengambil masa yang lama. Selepas membuat pengesahan menggunakan aplikasi, saya terus boleh mengisi diesel seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Miera berkata, kuota subsidi sebanyak 200 liter yang diperuntukkan ketika ini masih mencukupi untuk memenuhi keperluan penggunaan hariannya.

Beliau turut memaklumkan setiap langkah pengesahan dan pengisian adalah mudah difahami, selain tidak menimbulkan sebarang kekeliruan sepanjang proses berkenaan.

“Semua berjalan dengan teratur. Saya berharap pelaksanaan subsidi diesel ini dapat diteruskan dengan lancar supaya pengguna yang layak terus menikmati proses pengisian yang cepat, mudah dan sistematik,” katanya.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa hampir 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter di bawah program BUDI Diesel.

Pemilik pikap dan jip diesel yang memenuhi syarat turut boleh memohon tambahan kelayakan sebanyak 100 liter menjadikan jumlah keseluruhan sehingga 300 liter sebulan.

Selain itu, kira-kira 70,000 kenderaan komersial dan pengangkutan barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan turut layak mendapatkan diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/01/pelaksanaan-subsidi-diesel-bersasar-bermula-hari-ini-lancar/feed/ 0 99181