Subsidi diesel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 18 Jul 2026 08:03:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Subsidi diesel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan terbuka tambah baik penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2026/07/18/kerajaan-persekutuan-terbuka-tambah-baik-penyasaran-subsidi-diesel-di-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/07/18/kerajaan-persekutuan-terbuka-tambah-baik-penyasaran-subsidi-diesel-di-sabah-sarawak/#respond Sat, 18 Jul 2026 07:57:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100086
Read Time:2 Minute, 37 Second

Oleh Normimie Diun

KUALA PENYU: Kerajaan Persekutuan bersedia menambah baik pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan mengambil kira realiti di peringkat akar umbi menerusi kerjasama erat bersama kerajaan negeri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 1 Julai lalu dibuat selepas sistem sama dilaksanakan terlebih dahulu di Semenanjung Malaysia sejak tahun lalu bagi memastikan mekanisme pelaksanaannya berjalan lancar.

Katanya, kerajaan sedar pelaksanaan di Sabah, Sarawak dan Labuan menimbulkan beberapa isu yang memerlukan penambahbaikan memandangkan penggunaan diesel di kedua-dua negeri itu jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan ll sebelum ini telah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan terbuka kepada penambahbaikan dengan kerjasama kerajaan negeri kerana kerajaan negeri lebih memahami realiti di peringkat akar umbi.

“Kementerian Kewangan (MOF) juga telah memulakan libat urus dengan agensi kerajaan di Sabah dan Sarawak bagi mengenal pasti isu pelaksanaan serta mencari penyelesaian terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI KPDN di Kampung Sekalong, Menumbok di sini, hari ini.

Armizan berkata, Ketua Setiausaha Perbendaharaan turut dijadual mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat bagi mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai isu khusus yang dihadapi di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, kerjasama kerajaan negeri amat penting kerana terdapat kumpulan sasar yang lebih mudah dikenal pasti melalui agensi di peringkat negeri.

“Ada kes tertentu yang agensi Persekutuan tidak ada di peringkat akar umbi, jadi agensi negeri boleh membantu dari segi pendaftaran dan pengesahan kumpulan sasar. Saya yakin Kerajaan Persekutuan bersedia membuat penambahbaikan sekiranya data dan mekanisme pengesahan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, sebarang penambahbaikan akan berpandukan tiga prinsip utama iaitu mengambil kira kos sara hidup rakyat, mengurangkan risiko ketirisan subsidi dan memastikan kedudukan fiskal kerajaan kekal mampan.

Beliau berkata, subsidi tidak lagi boleh diberikan secara menyeluruh, sebaliknya perlu disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Mengulas kekeliruan mengenai peranan KPDN dan MOF dalam pelaksanaan subsidi diesel, Armizan menjelaskan dasar penyasaran subsidi dirangka oleh MOF, manakala KPDN bertanggungjawab terhadap kawal selia pelaksanaannya di stesen minyak.

“Polisi penyasaran subsidi diesel adalah di bawah MOF. KPDN hanya melaksanakan kawal selia di stesen minyak kerana pelaksanaannya berlaku di situ. Sebab itu segala rundingan dan libat urus berkaitan penambahbaikan dasar diketuai oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Armizan berkata kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan segera terhadap Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dengan memperluaskan kemudahan fleet card kepada syarikat dan perusahaan kecil yang sebelum ini tidak layak.

Katanya, sebelum ini skim berkenaan hanya melibatkan sektor pengangkutan awam dan pengangkutan barangan keperluan pengguna, menyebabkan ramai kontraktor serta peniaga kecil yang menggunakan kenderaan diesel bagi tujuan perniagaan tidak layak menerima subsidi kerana kenderaan didaftarkan atas nama syarikat.

“Perkara ini kita bawa ke Kabinet dan dipersetujui supaya syarikat kecil termasuk perusahaan milikan tunggal dan perkongsian turut layak menerima fleet card.

“Mereka kini layak menerima kuota sebanyak 300 liter diesel bersubsidi sebulan walaupun kenderaan didaftarkan atas nama syarikat, bukan individu,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia menambah baik dasar sedia ada selagi mekanisme pengesahan kumpulan sasar dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/18/kerajaan-persekutuan-terbuka-tambah-baik-penyasaran-subsidi-diesel-di-sabah-sarawak/feed/ 0 100086
Kerajaan negeri usaha tambah baik pelaksanaan subsidi diesel di Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/15/kerajaan-negeri-usaha-tambah-baik-pelaksanaan-subsidi-diesel-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/15/kerajaan-negeri-usaha-tambah-baik-pelaksanaan-subsidi-diesel-di-sabah/#respond Wed, 15 Jul 2026 05:49:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99901
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sedang mengadakan libat urus dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan agensi Persekutuan yang berkaitan bagi mempertimbangkan mekanisme penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar di Sabah yang mula berkuat kuasa bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat susulan antara agensi-agensi kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan agensi Persekutuan berkaitan berhubung perkara itu akan diadakan pada 17 Julai ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

“Peluasan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ke Sabah yang bermula pada 1 Julai lalu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan telah diarahkan supaya memperincikan isu-isu berkenaan serta meneliti cadangan yang bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan yang terkesan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/15/kerajaan-negeri-usaha-tambah-baik-pelaksanaan-subsidi-diesel-di-sabah/feed/ 0 99901
Subsidi diesel bantu rakyat Sabah – Jamawi https://sabahmedia.com/2026/04/05/subsidi-diesel-bantu-rakyat-sabah-jamawi/ https://sabahmedia.com/2026/04/05/subsidi-diesel-bantu-rakyat-sabah-jamawi/#respond Sun, 05 Apr 2026 03:34:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94278
Read Time:1 Minute, 15 Second

TENOM: Keputusan Kerajaan Persekutuan mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai langkah tepat yang memberi kelegaan kepada rakyat negeri ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, berkata keputusan itu amat signifikan memandangkan keperluan penggunaan kenderaan diesel yang tinggi, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kita mengucapkan terima kasih atas kebijaksanaan Perdana Menteri mengekalkan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

“Kita memahami kebanyakan rakyat Sabah menggunakan kenderaan diesel, khususnya kenderaan pacuan empat roda, disebabkan faktor geografi, jarak antara pekan yang jauh serta keadaan jalan raya yang belum setara dengan di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskannya di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Jamawi berharap masyarakat di Semenanjung dapat memahami keperluan berbeza di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya memanfaatkan subsidi bahan api secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.

“Kita gunakan kemudahan ini sebaiknya. Jika ada lebihan, berjimatlah kerana ia penting untuk masa depan. Jangan membazir,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengusaha sektor pertanian dan perikanan agar lebih berwaspada sepanjang musim panas, khususnya dengan mengelakkan pembakaran terbuka.

“Kita nasihatkan supaya elakkan pembakaran terbuka kerana ia boleh mengundang risiko kebakaran serta menjejaskan alam sekitar,” katanya.

Menurutnya, kementerian juga sedang berusaha membantu petani kecil yang belum menerima subsidi bahan api.

“Kita telah berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup supaya mereka ini dapat didaftarkan dan turut menikmati subsidi bahan api bagi kegunaan sektor pertanian, perikanan dan penternakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/05/subsidi-diesel-bantu-rakyat-sabah-jamawi/feed/ 0 94278
Syor guna ‘fleet card’ Sabah dan Sarawak untuk subsidi diesel – Armizan https://sabahmedia.com/2024/06/29/syor-guna-fleet-card-sabah-dan-sarawak-untuk-subsidi-diesel-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/syor-guna-fleet-card-sabah-dan-sarawak-untuk-subsidi-diesel-armizan/#respond Sat, 29 Jun 2024 06:19:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56698
Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengesyorkan kemungkinan penggunaan fleet card (Diesel Bersubsidi) disyaratkan walaupun belum ada penyasaran subsidi diesel dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

“Saya ingin jelaskan apa rasional Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak melaksanakan penyasaran diesel di Sabah dan Sarawak itu sekarang kerana kita tidak mahu tergesa-gesa, penyasaran semula diesel ini adalah satu perubahan cukup besar.

“Itu sebabnya kita buat secara berperingkat kita lihat di Semenanjung Malaysia pelaksanaannya dan kita tambah baik mana-mana perkara yang perlu diperbaiki jadi walaupun pengumuman ini dalam pembentangan Belanjawan 2024 tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umumkan namun Jun baru kita laksanakan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Penyerahan Lori dan Bas daripada Sinyi Group di sini, hari ini.

Menurut Armizan, Perdana Menteri (PM) juga telah menegaskan supaya pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk memastikan isu ketirisan penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak serta Labuan sebelum penyasaran dilaksanakan.

‘PM telah menegaskan supaya kita ambil pendekatan untuk memastikan kita dapat menanggani isu ktirisan penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak dan juga Labuan sebelum penyasaran dilaksanakan.

“Justeru, kita telah mengadakan bengkel yang melibatkan semua agensi di Sabah dan selepas ini dalam bulan depan saya akan turun ke Sarawak untuk bengkel yang sama di peringkat awal ini. Kita melihat bagaimana kita menambah baik prosedur operasi standard (SOP) peraturan untuk memastikan kita dapat menyelesaikan isu ini.

“Antara syornya tapi kita belum putuskan walaupun tiada penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak ada juga yang berpendapat sub sektor tertentu mungkin kita syaratkan penggunaan fleet card juga.

“Kita sedang pertimbang, perhalusi apa juga pendekatan supaya kita dapat tangani isu ketirisan dan penyelewengan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak, namun saya ingin jelaskan teras kepada keputusan itu bukanlah pertimbangan politik sempit tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mempolitikkan keputusan yang telah dibuat kerajaan mengenai Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

“Antara faktor keadaan geografi dan infra jalanraya Sabah dan Sarawak penggunaan diesel sangat tinggi, di Sabah sebahagian besar ramai yang menggunakan diesel bukan sebab kehendak mereka tetapi keperluan,” katanya.

Armizan turut memaklumkan subsidi diesel sebelum ini pada tahun 2023 kerajaan membelanjakan RM14 bilion subsidi diesel untuk seluruh negara.

“Manakala di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas dan kita sasarkan bajet yang sama pada tahun ini bajetnya adalah RM3.6 bilion untuk penyasaran diesel Sabah dan Sarawak, jadi bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tinggi,” jelas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/syor-guna-fleet-card-sabah-dan-sarawak-untuk-subsidi-diesel-armizan/feed/ 0 56698