subsidi tiket – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Mar 2025 13:11:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png subsidi tiket – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Subsidi tiket penerbangan ‘Graduan Rindu Sabah’ dibayar sebelum Aidilfitri https://sabahmedia.com/2025/03/20/subsidi-tiket-penerbangan-graduan-rindu-sabah-dibayar-sebelum-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/subsidi-tiket-penerbangan-graduan-rindu-sabah-dibayar-sebelum-aidilfitri/#respond Thu, 20 Mar 2025 13:11:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70834
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kuala Lumpur : Bantuan subsidi subsidi tiket penerbangan dalam inisiatif Graduan Rindu Sabah (GRS) sebanyak RM600 kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta diluar Sabah akan dibayar ke akaun pelajar sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Peruntukan itu khusus kepada pelajar anak negeri Sabah yang berada diluar Sabah iaitu di Labuan, Sarawak dan Semenanjung yang akan pulang ke kampung halaman pada musim perayaan ini.

Ketua Pegawai, Setiausaha Kanan Tugas Tugas Khas (Pendidikan) Awang Kuraimi, mengumumkan perkara itu ketika menjawab soalan mahasiswa Universiti Islam Antarbangsa (UIA), Mohd Haziq Haikal.

Beliau berkata, demikian pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi Sabah di Semenanjung Malaysia di KLCC Convention Centre Kuala Lumpur.

Mohd Haziq sebelum itu menyampaikan hasrat para mahasiswa dan mahasiswi Sabah diluar negeri itu yang tertanya tanya mengenai bila pembayaran subsidi akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Awang berkata, keputusan untuk membayar subsidi itu sudah dimuktamadkan oleh kerajaan negeri dan kini hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

“Pembayaran akan dibuat sebelum hari raya, anak-anak jangan bimbang, nanti sebelum kita nampak anak bulan pelajar sudah nampak bantuan itu masuk,”katanya.

Hadir sama mewakili, Ketua Menteri Sabah ialah, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Majlis turut dihadiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, Mohd Haziq turut bertanya mengenai kesukaran pelajar anak Sabah yang berada diluar negeri itu untuk mendapatkan tempat bagi menjalani latihan amali di Sabah.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, yang menjawab soalan itu memberitahu bahawa pihaknya menerima permohonan yang terlalu tinggi dari pelajar Sabah yang berada diluar setiap tahun.

Justeru katanya, berlaku keterbatasan dari segi tempat berikutan pihaknya terpaksa menetapkan kuota tertentu bagi memenuhi permintaan pelajar.

“Bukan tidak ada tapi tempatnya terhad kerana permintaannya terlalu tinggi,”katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/subsidi-tiket-penerbangan-graduan-rindu-sabah-dibayar-sebelum-aidilfitri/feed/ 0 70834
Permohonan subsidi tiket penerbangan untuk mahasiswa Sabah akan dibuka Disember 2024 – Arifin https://sabahmedia.com/2024/10/12/permohonan-subsidi-tiket-penerbangan-untuk-mahasiswa-sabah-akan-dibuka-disember-2024-arifin/ https://sabahmedia.com/2024/10/12/permohonan-subsidi-tiket-penerbangan-untuk-mahasiswa-sabah-akan-dibuka-disember-2024-arifin/#respond Sat, 12 Oct 2024 04:17:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62052
Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri akan meneruskan subsidi tiket penerbangan dalam inisiatif Graduan Rindu Sabah (GRS) sebanyak RM600 kepada setiap mahasiswa Sabah yang menuntut di semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, permohonan subsidi itu akan dibuka pada Disember 2024 dan akan diproses serta disalur kepada pelajar pada Februari 2025.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Penuntut Sabah dari 12 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Zon Selatan di Semenanjung Malaysia pada Sabtu.

Selain itu memberikan maklumat terkini insiatif pendidikan oleh kerajaan negeri Sabah kepada pelajar-pelajar IPTA itu, Arifin turut mendengar masalah pelajar dan mencari jalan membantu menyelesaikannya.

Dalam pada itu, beliau juga bertemu dengan pimpinan Persatuan Anak Sabah dari pelbagai universiti.

Arifin dalam ucapannya juga menekankan supaya para pelajar berusaha memberikan sepenuh tumpuan dalam pelajaran untuk mencapai cita-cita.

Selain itu, beliau menyeru agar para pelajar membina hubungan dan kerjasama yang baik antara anak Sabah meskipun berlainan universiti.

Mengenai insiatif yang dinyatakan, Arifin berkata bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor juga akan memaklumkan dalam masa terdekat insiatif untuk penuntut Sabah yang sedang belajar di pelbagai IPT di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/12/permohonan-subsidi-tiket-penerbangan-untuk-mahasiswa-sabah-akan-dibuka-disember-2024-arifin/feed/ 0 62052
Bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar IPTA / Swasta bukti keprihatinan kerajaan – Fairuz https://sabahmedia.com/2024/03/26/bantuan-subsidi-tiket-penerbangan-pelajar-ipta-bukti-keprihatinan-kerajaan-fairuz/ https://sabahmedia.com/2024/03/26/bantuan-subsidi-tiket-penerbangan-pelajar-ipta-bukti-keprihatinan-kerajaan-fairuz/#respond Tue, 26 Mar 2024 09:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51660
Read Time:2 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar dari Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Swasta di seluruh negara adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Peruntukan sebanyak RM10 juta yang diumumkan oleh Ketua Menteri kita bagi tujuan bantuan subsidi tiket penerbangan untuk anak Sabah yang menuntut di IPTA seluruh negara, ini bukti dan kasih sayang Ketua Menteri dan pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk anak-anak pelajar kita.

“Saya yakin, bantuan ‘one off’ yang diberikan secara terus kepada pelajar itu, pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak Sabah kita yang menuntut di IPTA seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurut Fairuz lagi, bantuan seumpama itu sememangnya memberi makna besar kepada anak-anak Sabah yang merantau mencari ilmu, jauh dari keluarga.

“Dengan nilai RM600 untuk seorang pelajar anak Sabah, pasti ini sesuatu yang amat menggembirakan, dan insyaAllah dapat membantu meringankan beban anak-anak pelajar kita untuk pulang ke Sabah.

“Dana ini merupakan dana peruntukan khas Ketua Menteri dan saya sendiri secara peribadi amat bersyukur kerana usaha ini adalah usaha yang amat baik, dan mudah-mudahan akan terus dipanjangkan lagi pada masa akan datang, demi anak-anak Sabah yang merantau mencari ilmu.

“Di Kementerian Belia dan Sukan Negeri, saya bersama yang lain juga amat menyokong segala usaha positif untuk membantu golongan belia dan anak-anak muda, tanpa memandang perbezaan bangsa atau agama.

“Asalkan anak kita anak Sabah, kita mahu berusaha sebaiknya membantu sebolehnya dari segala aspek yang boleh kita bantu,” katanya lagi.

Pengumuman bantuan ‘one off’ itu dibuat oleh Hajiji semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung pada Isnin.

Dalam pada itu, Fairuz turut menyeru semua syarikat penerbangan untuk bertimbang rasa dan tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan dan keadaan semasa khasnya berkenaan kos dan harga tiket penerbangan untuk anak-anak perantau Sabah pulang berhari raya.

“Kepada syarikat penerbangan yang beroperasi, saya harap dan saya minta, janganlah terlampau mahal dan harga tiket penerbangan yang dicas itu tidak lah sampai buat menitis air mata anak-anak kita di perantauan, kerana terlalu mahal hingga tidak dapat dibeli dan akhirnya tidak dapat pulang beraya.

“Wajar untuk syarikat penerbangan mempunyai sedikit nilai ihsan dan empati kepada keadaan semasa, walaupun berbisnes, berurus niaga dan mencari pendapatan, namun, dalam sesetengah keadaan, perlu juga ada pertimbangan logik moral.

“Semoga menjelang hari raya nanti, tidak ada kejadian anak-anak perantau kita yang tertinggal kapal terbang kerana jadual penerbangan diubah tanpa notifikasi awal, harga tiket dicas terlalu ekstrem dan lain-lain masalah lagi, insyaAllah,” ujar Fairuz lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/26/bantuan-subsidi-tiket-penerbangan-pelajar-ipta-bukti-keprihatinan-kerajaan-fairuz/feed/ 0 51660