subsidi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Sep 2025 09:29:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png subsidi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 154 syarikat dengan 335 kenderaan daftar SKPS https://sabahmedia.com/2025/09/16/154-syarikat-dengan-335-kenderaan-daftar-skim-petrol-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2025/09/16/154-syarikat-dengan-335-kenderaan-daftar-skim-petrol-bersubsidi/#respond Tue, 16 Sep 2025 09:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81407
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sejumlah 154 syarikat yang mengendalikan 335 kenderaan telah mendaftar di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) sejak pendaftaran dibuka pada Isnin (15 Sept).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, skim berkenaan bertujuan memastikan pemberian subsidi bahan api lebih bersasar dan telus.

Katanya, proses pendaftaran yang bermula Isnin (15 Sept) masih mencatat jumlah penyertaan rendah berbanding jangkaan.

“Sejak pendaftaran bermula, sebanyak 154 syarikat telah berdaftar di bawah SKPS, melibatkan 335 kenderaan iaitu 70 syarikat pengangkutan darat awam dengan 240 kenderaan serta 84 syarikat pengangkutan barangan dengan 95 kenderaan.

“Jumlah ini agak rendah berbanding anggaran kita iaitu sekitar 100,000 kenderaan di seluruh negara berdasarkan data sistem yang diintegrasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Armizan berkata, sistem subsidi itu direka bagi memastikan bantuan petrol sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan, membantu syarikat mengurangkan kos operasi serta mengekalkan kadar tambang berpatutan untuk orang ramai.

“Bagi syarikat pengangkutan awam dan barangan, harga bersubsidi masih jauh lebih rendah daripada kadar pasaran. Mereka wajar memanfaatkan sepenuhnya komitmen kerajaan ini,” katanya ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Lok Kawi Heights, Kinarut pada Selasa (16 Sept).

Beliau menjelaskan, syarikat perlu memohon kepada syarikat minyak pilihan masing-masing untuk mendapatkan “fleet card” SKPS yang membolehkan mereka mengakses petrol bersubsidi.

“Mereka yang mendaftar sekarang boleh menggunakan kad flick bermula hari pertama sistem subsidi ini dilaksanakan. Syarikat yang lewat mendaftar mungkin perlu membeli petrol pada harga pasaran, sekali gus merugikan mereka,” tambahnya.

Ahli Parlimen Papar itu turut menegaskan bahawa walaupun angka pendaftaran masih sederhana, kerajaan berharap semua syarikat pengangkutan yang layak akan mengambil peluang daripada subsidi ini.

“Langkah ini akhirnya mengurangkan impak kos kepada pengguna dan masyarakat secara keseluruhan. Kita menyeru syarikat untuk segera mendaftar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/16/154-syarikat-dengan-335-kenderaan-daftar-skim-petrol-bersubsidi/feed/ 0 81407
Penyasaran subsidi petrol tidak beri kesan kepada 85 peratus rakyat https://sabahmedia.com/2024/10/19/penyasaran-subsidi-petrol-tidak-beri-kesan-kepada-85-peratus-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/10/19/penyasaran-subsidi-petrol-tidak-beri-kesan-kepada-85-peratus-rakyat/#respond Sat, 19 Oct 2024 09:34:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62448
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh ERDIE AB WAHID / NORMIMIE DIUN

Kota Kinabalu : Cadangan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan mulai pertengahan tahun depan tidak akan memberi kesan kepada 85 peratus rakyat di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran itu lebih tertumpu kepada usaha untuk menghentikan 40 peratus bahan api bersubsidi yang dinikmati golongan T15 dan warga asing.

Berikutan itu katanya, rakyat biasa di negara ini tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan cadangan itu kerana mereka kekal menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM2.05 seliter.

“Petrol di Malaysia paling murah, bukan sahaja banding dengan Singapura, Thailand. Indonesia dan Filipina, malah Arab Saudi. Di Arab Saudi harga seliter di sana ialah RM2.65, berbanding Malaysia RM2.05.

“Sekarang kita bantu dengan subsidi, berapa subsidi? Satu tahun kalau kita tak tukar RM20 bilion subsidi ini maknanya apa? Kerajaan bantu supaya harga tidak naik.  Sepatutnya kepada siapa? Kepada rakyat susah.

“Tapi sekarang ini subsidi petrol ini termasuk kepada warga asing, yang tiada kad pengenalan pun kita bantu (subsidi), orang kaya rumah banglo lima buah, untung RM10 juta tapi subsidi petrol kita bagi.

“Jadi, golongan T15 yang paling kaya, campur dengan orang asing, mereka ini menggunakan 40 peratus petrol bersubsidi bernilai RM8 bilion setahun,” katanya ketika merasmikan Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah, di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Anwar berkata, 40 peratus RON95 digunakan golongan kaya dan warga asing menunjukkan kerajaan bermurah hati dengan luar biasa.

“Istilah lainnya ialah kerajaan kurang cerdik. Sebab itu kita kena fikir bagaimana untuk ubah, ubah kepada siapa? Tidak kepada rakyat biasa, jadi jangan bimbang 85 peratus rakyat kekal, maknanya sebahagian besar rakyat masih menikmati harga RM2.05 seliter,” katanya.

Program bermula semalam hingga esok itu dianjurkan menerusi kolaborasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KPMKR) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri

Sabah adalah lokasi terakhir penganjuran Program Madani Rakyat 2024 selepas Zon Tengah di Selangor, Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Timur di Pahang, Zon Selatan di Johor dan Zon Sarawak baru-baru ini. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/19/penyasaran-subsidi-petrol-tidak-beri-kesan-kepada-85-peratus-rakyat/feed/ 0 62448
Cubaan seludup 4,080 kg minyak masak bersubsidi dipatahkan https://sabahmedia.com/2022/04/07/cubaan-seludup-4080-kg-minyak-masak-bersubsidi-dipatahkan/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/cubaan-seludup-4080-kg-minyak-masak-bersubsidi-dipatahkan/#respond Thu, 07 Apr 2022 00:33:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14003
Read Time:1 Minute, 34 Second

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 4,080 kilogram minyak masak bersubsidi selepas menahan sebuah bot kargo di jeti Pangkalan Nelayan Silam Kem pada jam 10.15 malam kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, penahanan dibuat berikutan maklumat awam berkaitan aktiviti mencurigakan di jeti Pangkalan Nelayan Silam Kem.

“Berikutan itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi bersama pasukan darat bagi pemeriksaan dan serbuan.

“Hasil serbuan melalui laut dan darat telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan bersama empat warga asing berusia diantara 20 ke 50 tahun,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Nik Mohd Rizam berkata, ketika serbuan, kesemua suspek didapati sedang memunggah kotak berisi minyak masak dari lori ke bot dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Selain itu katanya, sebuah bot kargo, dua buah lori berisi 240 kotak minyak masak dianggarkan berjumlah 4080 kilogram dan dua buah motosikal yang digunakan di dalam kegiatan ini turut dirampas.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah berjumlah RM 234,096,” katanya.

Katanya, berdasarkan kuota pembelian minyak masak bersubsidi yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi setiap isi rumah adalah sebanyak dua kilogram sahaja di dalam satu masa.

“Kegiatan haram ini telah memberi kesan kepada 2,040 buah keluarga di Sabah dan daerah Lahad Datu khususnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohd Rizam berkata, semua suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

“Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

“Orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu di talian 089-885727 atau MERS 999,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/cubaan-seludup-4080-kg-minyak-masak-bersubsidi-dipatahkan/feed/ 0 14003
Permohonan subsidi untuk penternak ayam dibuka hari ini  https://sabahmedia.com/2022/02/28/permohonan-subsidi-untuk-penternak-ayam-dibuka-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/permohonan-subsidi-untuk-penternak-ayam-dibuka-hari-ini/#respond Mon, 28 Feb 2022 12:21:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12614
Read Time:1 Minute, 13 Second

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan membuka permohonan subsidi untuk penternak ayam pedaging dan ayam penelur, bermula hari ini hingga 6 Jun, bagi pengeluaran ayam daging serta telur dari 5 Februari hingga 5 Jun depan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan kadar pemberian subsidi itu ialah RM0.60/kilogram (kg) untuk ayam pedaging serta RM0.05/biji bagi telur gred A, B dan C, membabitkan penternak persendirian, penternak integrator atau semi-integrator serta penternak kontrak.

Katanya, sebanyak RM528.52 juta disediakan bagi tujuan itu, dengan dianggarkan 2,255 penternak bakal menikmati pemberian subsidi berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, pembayaran subsidi akan disalurkan terus ke akaun penternak melalui Agrobank.

“MAFI akan membuat penilaian ke atas pemberian subsidi bagi memastikan proses pembayarannya berjalan lancar dan semua penternak terbabit dapat menggunakan subsidi ini untuk meningkatkan kapasiti operasi ladang serta menjamin bekalan ayam dan telur yang berterusan,” katanya.

Katanya, kerajaan amat berharap pemberian subsidi itu dapat meringankan beban penternak susulan peningkatan kos, terutama kos makanan yang meliputi 70 peratus daripada kos pengeluaran, selain kos logistik, pekerja, utiliti dan ubat-ubatan.

“MAFI percaya langkah intervensi kerajaan melalui pemberian subsidi kepada penternak, akan dapat menstabilkan kembali bekalan, sekali gus memastikan rakyat dapat membeli ayam dan telur pada harga berpatutan,” katanya.

Permohonan subsidi boleh dilakukan di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang terdekat dengan ladang penternak, manakala borang dan garis panduan permohonan boleh didapati melalui portal rasmi JPV (https://www.dvs.gov.my/index.php/announcements/view/105). –

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/permohonan-subsidi-untuk-penternak-ayam-dibuka-hari-ini/feed/ 0 12614
Hanya Dua Paket Dibenarkan Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tiada Syarat Lain https://sabahmedia.com/2022/01/17/hanya-dua-paket-dibenarkan-beli-minyak-masak-bersubsidi-tiada-syarat-lain/ https://sabahmedia.com/2022/01/17/hanya-dua-paket-dibenarkan-beli-minyak-masak-bersubsidi-tiada-syarat-lain/#respond Mon, 17 Jan 2022 09:45:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11193
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU : Tiada sebarang laporan atau aduan yang diterima berkaitan syarat wajib beli barang keperluan lain sebelum membeli minyak masak bersubsidi satu kilogram di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sehingga ini pembelian minyak masak bersubsidi itu hanya dihadkan sebanyak dua paket bagi setiap pembelian.

Katanya, had pembelian dua paket minyak masak bersubsidi itu telah ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) namun tidak melibatkan syarat lain bagi mendapatkan barang bersubsidi itu.

“Setakat ini tiada berlaku di Sabah yang mewajibkan harus membeli barang lain untuk mendapatkan minyak masak.

“Namun untuk had pembelian bagi minyak masak paket memang dihadkan dua paket sahaja untuk setiap pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau Pasar Besar Kota Kinabalu disini hari ini ini.

Shahelmey berkata, memang terdapat berlaku kekurangan bekalan bagi minyak masak bersubsidi tetapi bukan pada tahap membimbangkan.

Katanya, pihaknya menjangkakan bekalan minyak masak bersubsidi hanya habis bagi tempoh masa singkat namun kembali normal seperti biasa.

Dlaam pada itu, Shahelmey berkata, bekalan barangan keperluan termasuk bawang dan minyak masak sentiasa dipantau dari masa ke semasas khususnya apabila menjelang musim perayaan Tahun Bahari Cina Februari depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/17/hanya-dua-paket-dibenarkan-beli-minyak-masak-bersubsidi-tiada-syarat-lain/feed/ 0 11193