Sudah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Apr 2024 09:27:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sudah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warisan sudah diberi peluang memerintah namun gagal majukan Sabah – Anna Bell https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/#respond Thu, 18 Apr 2024 09:27:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52724
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Parti Warisan telah diberi peluang memerintah dan majukan negeri Sabah pada tahun 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Senator Anna Bell Perian.

Katanya, banyak projek-projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan semasa pentadbiran mereka.

Anna Bell berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan ini.

“Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana sudah tentu Warisan mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pilihanraya yang semakin dekat ini memberikan mereka (Warisan) tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain.

“Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

“Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan negeri Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah,” tegasnya.

Sebaliknya, Anna Bell berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

“Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana para pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/feed/ 0 52724
Laporan bedah siasat bangkai orang utan sudah diterima – Christina https://sabahmedia.com/2024/02/13/laporan-bedah-siasat-bangkai-orang-utan-sudah-diterima-christina/ https://sabahmedia.com/2024/02/13/laporan-bedah-siasat-bangkai-orang-utan-sudah-diterima-christina/#respond Tue, 13 Feb 2024 12:28:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49444
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Bedah siasat ke atas seekor orang utan jantan dewasa spesies Pongo pygmaeus yang ditemui mati di Sungai Kinabatangan pada Isnin telah dijalankan namun tidak dapat memastikan punca sebenar kematian haiwan itu, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Christina memaklumkan perkara itu setelah menerima laporan bedah siasat daripada Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) Augustine Tuuga.

“Saya berasa sangat sedih dengan kematian orang utan yang dipercayai berusia 10 tahun itu. Saya telah mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk mempergiatkan usaha melindungi khazanah hidupan liar negeri. Orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

“Berdasarkan bedah siasat, ia bukan ditembak kerana tiada kecederaan luaran diperhatikan, dan tiada sebarang tanda patah tulang serta tiada kesan tembakan.

“Orang utan itu mungkin terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas kerana tidak boleh berenang. Lebam di bahagian leher mungkin berpunca daripada trauma jatuh,” kata Christina dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata sampel organ yang dikumpul daripada haiwan itu, termasuk jantung, paru-paru, buah pinggang, hempedu dan hati, akan dihantar untuk kajian makmal.

Terdahulu, sejurus bangkai orang utan bawa ke darat, bedah siasat telah dijalankan oleh doktor haiwan di Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) kerana lokasi pusat itu terletak paling hampir dengan tempat bangkai ditemui terapung di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

Christina memuji DGFC atas tindakan pantasnya dalam menjalankan bedah siasat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/13/laporan-bedah-siasat-bangkai-orang-utan-sudah-diterima-christina/feed/ 0 49444