Sudah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Aug 2021 14:16:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sudah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Kes-Kes Sporadik Sudah Berada Dalam Komuniti https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-kes-kes-sporadik-sudah-berada-dalam-komuniti/ https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-kes-kes-sporadik-sudah-berada-dalam-komuniti/#respond Tue, 31 Aug 2021 14:14:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5619
Read Time:1 Minute, 32 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Hari ini ialah Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut dan diraikan setiap tahun. Tetapi dalam peperangan melawan pandemik COVID-19, belum ada yang boleh diraikan hari ini kerana peningkatan kes di Sabah yang dikaitkan dalam kes-kes sporadik iaitu pembawa/punca virus yang sukar dikenalpasti sudah berada dalam komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, selepas kes harian turun dua hari berturut-turut, ia naik semula hari ini sebanyak 284 kes, menjadikan jumlah baharu keseluruhan adalah 2,594 kes berbanding 2,310 kes yang dicatatkan semalam (30 Ogos 2021) selain 15 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Penampang manakala Lahad Datu, Tawau, Beaufort, Beluran, Tenom dan Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, jumlah kes di daerah Papar naik mendadak kepada 264 kes daripada 49 kes sahaja semalam manakala Sandakan menambah 68 kes, Putatan naik 37 kes, Penampang dan Kota Kinabalu masing-masing menambah 31 kes.

“Walaupun Saringan Kontak Rapat masih penyumbang utama kepada kes-kes baharu iaitu 1,573 kes atau 60.6%, tetapi jumlah yang diperolehi daripada Saringan Bergejala meningkat kepada 787 kes atau 30.3% berbanding 680 kes atau 29.4% semalam.

“Justeru itu kes dalam kategori ini adalah dianggap kes-kes sporadik, yakni pembawa/punca virus sukar dikenalpasti mahu pun dari tempat mana asalnya dijangkiti dan ini menandakan bahawa virus sudah pun berada dalam komuniti.

“Kes-kes sporadik ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kecuaian mematuhi SOP serta amalan penjagaan kesihatan diri yang tidak sempurna,”jelas Masidi.

“Berikutan dengan peratusan kes daripada kategori ini, ia adalah agak tinggi di beberapa daerah kalau kita ambil statistik hari ini sebagai petunjuk; Tawau 44.6%, Penampang 41.4%, Putatan 38.5% dan Kota Kinabalu 31.9%,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/31/covid-19-kes-kes-sporadik-sudah-berada-dalam-komuniti/feed/ 0 5619
Varian Delta Boleh Tumbuh Dalam Hidung Individu Sudah Divaksin https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/#respond Sat, 21 Aug 2021 10:29:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5034
Read Time:1 Minute, 2 Second

PUTRAJAYA: Kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh tumbuh dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian Delta boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.

Tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif COVID-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang daripada 15 minit dengan jarak satu meter.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2, kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/feed/ 0 5034