sugandoi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 May 2026 06:53:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sugandoi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan peringkat negeri Sabah 2026 Sabtu depan https://sabahmedia.com/2026/05/16/pertandingan-akhir-sugandoi-kaamatan-peringkat-negeri-sabah-2026-sabtu-depan/ https://sabahmedia.com/2026/05/16/pertandingan-akhir-sugandoi-kaamatan-peringkat-negeri-sabah-2026-sabtu-depan/#respond Sat, 16 May 2026 06:53:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96782
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 akan berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA pada 23 Mei ini dengan pembaharuan utama apabila acara kemuncak itu diadakan pada sebelah petang bermula jam 2 petang.

Pengerusi Pelaksana Sugandoi Peringkat Negeri Sabah 2026, Datuk Evaristus Gungkit berkata, perubahan waktu itu dibuat bagi memastikan pertandingan dapat berlangsung dalam suasana lebih selesa untuk peserta, juri dan penonton.

“Jika pertandingan bermula pada jam 7 malam, kadangkala ia berakhir sehingga lewat tengah malam. Peserta dan penonton akan keletihan.

“Tahun ini kita cuba mulakan lebih awal supaya pertandingan dapat diselesaikan sekitar jam 6 atau 7 petang,” katanya selepas sesi temu bual di konti Sabah FM di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi, di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau, pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 akan bermula pada 16 Mei dengan sesi pendaftaran dari jam 8 pagi hingga 5 petang sebelum diteruskan dengan pusingan saringan dan separuh akhir.

Setakat ini, seramai 52 peserta telah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan berprestij yang menjadi antara acara utama sambutan Pesta Kaamatan negeri.

Evaristus berkata, satu lagi pembaharuan yang diperkenalkan tahun ini ialah perluasan had umur peserta bagi kategori terbuka.

Katanya, langkah itu bertujuan memberi peluang lebih inklusif kepada bakat muda seawal usia 13 tahun untuk bertanding di peringkat negeri, di samping mengekalkan penyertaan peserta dewasa yang berpengalaman dalam bidang nyanyian.

“Pendekatan ini akan mewujudkan persaingan sihat antara generasi muda dan peserta berpengalaman, sekali gus meningkatkan standard pertandingan.

“Kita mahu Sugandoi terus relevan dengan perubahan zaman tanpa mengorbankan nilai budaya asal,” katanya.

Beliau berharap edisi tahun ini akan menampilkan persembahan berkualiti tinggi dan menjadi platform untuk mengetengahkan bakat seni baharu yang berpotensi mengharumkan nama Sabah pada masa hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/16/pertandingan-akhir-sugandoi-kaamatan-peringkat-negeri-sabah-2026-sabtu-depan/feed/ 0 96782
Sugandoi tarik minat generasi muda https://sabahmedia.com/2026/05/02/sugandoi-tarik-minat-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2026/05/02/sugandoi-tarik-minat-generasi-muda/#respond Sat, 02 May 2026 11:56:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95979
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Erdie Ab Wahid
Foto Alexter Rosalia

KOTA KINABALU : Penganjuran Pertandingan Sugandoi terus mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan pelbagai peringkat umur yang membuktikan lagu tradisi terus subur dalam kalangan generasi muda.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah mengakui kagum dengan kualiti persembahan para peserta yang disifatkan sangat baik, khususnya dalam kategori dazanak dan terbuka.

Sabin Samitah

“Saya dapati persembahan daripada para peserta sangat baik dan ini menunjukkan minat, terutama sekali golongan muda terhadap lagu-lagu tradisi ini masih segar dan kuat.

“Persembahan dazanak dan terbuka amat mengagumkan serta memperlihatkan potensi besar dalam memartabatkan seni budaya tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.

Sabin berkata, pertandingan Sugandoi bukan sahaja mampu menarik minat masyarakat tempatan, malah berpotensi menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Program seperti ini boleh dianggap sebagai ‘jiwa’ kepada pengalaman Pesta Kaamatan, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mendalami budaya tempatan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan bandar raya demi keselesaan penduduk dan pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Sabin menasihatkan para peserta yang tidak berjaya agar tidak berputus asa, sebaliknya terus berusaha meningkatkan bakat masing-masing.

“Saya berharap mereka terus berlatih dan mendapatkan bimbingan daripada ahli profesional supaya dapat mempersembahkan kualiti yang lebih baik pada peringkat negeri nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/02/sugandoi-tarik-minat-generasi-muda/feed/ 0 95979
Empat peserta dinobatkan juara Sugandoi Kaamatan Bandaraya KK https://sabahmedia.com/2025/05/03/empat-peserta-dinobatkan-juara-sugandoi-kaamatan-bandaraya-kk/ https://sabahmedia.com/2025/05/03/empat-peserta-dinobatkan-juara-sugandoi-kaamatan-bandaraya-kk/#respond Sat, 03 May 2025 10:59:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73118
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Empat peserta Sugandoi berjaya dinobatkan sebagai juara pertandingan Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu yang berlangsung di Lintasan Deasoka di sini pada Jumaat.

Mereka adalah Khoo Wai Wah @ Charlie yang akan mewakili KDCA Bandaraya; Theodora Boniface (Likas); Nathan Xavier Sikuat (KDCA Tanjung Aru) dan Petrova Catherina Justin (Bandaraya Kota Kinabalu).

Kesemua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000; Piala; Sijil dan Tshirt.

Penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Faradillah Abdul Rani.

Sementara itu pemenang naib johan Sugandoi yang mewakili KDCA Bandaraya dimenangi Julian Noel J Missi dan ketiga dimenangi Elvin Mimming.

Pemenang naib johan yang mewakili Likas dimenangi Jayvianne Joisin dan ketiga Denno Roy Jamil

Bagi pemenang naib johan KDCA Tanjung Aru dimenangi Ordella May Dennis dan ketiga dimenangi Rick Wen Majanggong.

Pemenang naib johan yang mewakili Bandaraya Kota Kinabalu dimenangi Amberly Maidon dan ketiga Ivamichaela Ivo.

Kesemua pemenang naib johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala dan sijil.  Manakala tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

Sementara itu, beberapa anugerah khas Sugandoi turut diberikan kepada pemenang, antaranya Unduk Sugandoi yang dimenangi Ordella May Dennis ; Julian Noel J Missi (Buvazoi Sugandoi); Nathan Xavier Sikuat (Anugerah Susunan Muzik Baharu); Theodora Boniface (Anugerah Persembahan Terbaik); Petrova Catherina Justin (Anugerah Vokal Terbaik) dan Rick Wen Majanggong & Jayvianne Joisin (Juara Battle Sugandoi). – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/03/empat-peserta-dinobatkan-juara-sugandoi-kaamatan-bandaraya-kk/feed/ 0 73118
Lebih 30 peserta sertai Sugandoi Kaamatan Tuaran https://sabahmedia.com/2022/04/13/lebih-30-peserta-sertai-sugandoi-kaamatan-tuaran/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/lebih-30-peserta-sertai-sugandoi-kaamatan-tuaran/#respond Wed, 13 Apr 2022 10:08:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14205
Read Time:49 Second

TAMPARULI: Lebih 30 peserta sekitar daerah Tuaran telah mendaftar bagi menyertai sesi saringan Sugandoi Kaamatan Peringkat daerah Tuaran 2022 pada 24 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022 Herman Tunggiging berkata, saringan berkenaan akan diadakan di Dewan Datuk Patrick Jilan Kampung Selupoh Tuaran bermula jam 10 pagi.

“Kita jangkakan jumlah ini akan meningkat terutamanya kategori Sugandoi Terbuka, yang kebiasaanya ramai peserta.

“Pada tahun ini sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Dazanak, Songkotoun dan kategori Terbuka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Herman yang juga Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli berkata, tiga juri profesional terdiri dalam kalangan artis dan pemuzik tempatan akan memilih finalis seramai lapan orang bagi setiap kategori.

“Manakala pada final nanti, masyarakat berpeluang menyaksikan persembahan komposer dan penyanyi tersohor, Benn Simon Bukag,” katanya.

Justeru, beliau menjemput orang ramai, terutamanya peminat seni hiburan tempatan, untuk memeriahkan kedua-dua acara tersebut, sambil menyokong bakat-bakat seni tempatan yang bakal mewakili daerah Tuaran.

Pautan Borang Pendaftaran: https://forms.gle/XPdjCBNCUi8aVne76

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/lebih-30-peserta-sertai-sugandoi-kaamatan-tuaran/feed/ 0 14205