Suhaimi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Mar 2024 13:30:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Suhaimi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Suhaimi kurang bijak terjemah isu babitkan pentadbiran negeri Sabah – Zulkarnain https://sabahmedia.com/2024/03/21/suhaimi-kurang-bijak-terjemah-isu-babitkan-pentadbiran-negeri-sabah-zulkarnain/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/suhaimi-kurang-bijak-terjemah-isu-babitkan-pentadbiran-negeri-sabah-zulkarnain/#respond Thu, 21 Mar 2024 13:29:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51401
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) amat kecewa dengan kenyataan Datuk Suhaimi Nasir yang mempersoalkan kejayaan program Hala Tuju Sabah Maju Jaya di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar dalam kenyataan media hari ini berkata, Suhaimi kelihatan semakin kurang bijak dalam menterjemah isu membabitkan pentadbiran negeri Sabah.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Suhaimi yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah dalam satu kenyataan media semalam, meminta Kerajaan Sabah menjelaskan kepada rakyat berhubung Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya yang dilancarkan pada 2021, yang disifatkan sebagai gagal berikutan isu kemudahan asas dan kemiskinan masih berlarutan.

Zulkarnain berkata, salah satu pengisian program Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sebenarnya telah berjaya menunjukkan hasil yang cukup positif apabila Kerajaan Negeri Sabah telah berjaya menarik begitu banyak pelabur luar datang melabur ke Sabah.

“Sebagai contoh apabila Kerajaan Negeri Sabah berjaya membawa masuk Syarikat SK Nexilis Co Ltd (SK Nexilis), salah satu pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia yang telah membina kilang operasi pengeluaran kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Sabah bernilai RM2.3 billion.

“Kilang yang telah memulakan operasinya sebenarnya telah membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak Sabah.

“Selain itu kilang pembuatan kaca fotovolta suria (PV) yang dikendalikan oleh SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd bernlai RM3 billion yang sedang dibina di KKIP juga bakal mewujudkan 1,400 pekerjaan baharu, dengan komitmen sekurang-kurangnya 90 peratus jawatan untuk diisi oleh rakyat Sabah,” jelasnya.

Zulkarnain menyifatkan Suhaimi seumpama meludah ke langit terkena muka sendiri apabila mempersoalkan keadaan jalan di Sabah termasuk elektrik dan air dalam masa yang sama Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sebelum ini dipegang oleh Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Harus diingat individu yang diberikan tanggungjawab oleh Hajiji untuk menyelesaikan masalah jalan, air dan elektrik di Sabah adalah Bung sebelum dilucutkan jawatan menteri pada bulan Jan 2023.

“Bung sepatutnya tidak berdiam diri membabitkan isu ini kerana punca kegagalan masalah jalan, air dan elektrik ada mengena dengan kementerian yang diterajui oleh Bung selama hampir dua tahun,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, Suhaimi juga sepatutnya bersikap adil dan turut bertanya kepada Shafie Apdal sepanjang mentadbir Sabah selama 26 bulan kenapa kadar Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Negeri Sabah jatuh menjunam kepada 0.5 peratus.

“Antaranya kadar pengangguran meningkat, rizab kewangan negeri berkurangan, kegagalan membawa masuk pelabur luar ke Sabah dan pelabur luar gagal membeli kilang Sabah Forest Industries (SFI) sehingga menyebabkan ratusan pekerja telah hilang pekerjaan,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/suhaimi-kurang-bijak-terjemah-isu-babitkan-pentadbiran-negeri-sabah-zulkarnain/feed/ 0 51401
Dakwaan Suhaimi terhadap Hajiji adalah rekaan semata-mata untuk tutup kelemahan kudeta yang gagal – Nizam https://sabahmedia.com/2023/11/15/dakwaan-suhaimi-terhadap-hajiji-adalah-rekaan-semata-mata-untuk-tutup-kelemahan-kudeta-yang-gagal-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/11/15/dakwaan-suhaimi-terhadap-hajiji-adalah-rekaan-semata-mata-untuk-tutup-kelemahan-kudeta-yang-gagal-nizam/#respond Wed, 15 Nov 2023 10:59:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45245
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir bahawa punca UMNO Sabah marah kerana Ketua Menteri Datu Seri Hajiji Noor tidak menunaikan janji dan menipu adalah tohmahan yang dibuat-buat untuk menutup kelemahan dan kegagalan kudeta yang digerakkan, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Nizam menjelaskan bahawa semasa membentangkan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan ahli parti untuk bekerja bersungguh-sungguh, memantapkan jentera parti, menyantuni rakyat, berkhidmat dengan penuh iltizam agar parti mendapat mandat dengan kuasa yang cukup besar pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) akan datang.

“Selain itu, dalam persidangan itu Hajiji turut berkata sokongan besar daripada rakyat cukup penting agar titik hitam politik Sabah menerusi tindakan cuba merampas kuasa daripada rakan-rakan parti awal tahun ini yang menyebabkan kerajaan hampir-hampir kehilangan kelayakan tidak akan berulang.

“Gerakan “Kudeta” yang gagal itu memberi pengajaran erti sebenar mana kawan dan mana pengkhianat,” kata Nizam dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kerajaan menghargai kematangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan aspirasi dan mandat rakyat di PRN16 dengan menyokong mengekalkan kerajaan pimpinan Hajiji untuk membolehkan kerajaan meneruskan pembelaan kepada rakyat melalui halatuju Sabah Maju Jaya.

“Dakwaan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir yang mengaitkan seperti membuka pekung di dada kepada Ketua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor, pada hakikatnya bagaikan menepuk air dalam dulang terpercik di muka mereka sendiri kerana kenyataan Suhaimi ini telah dengan sendirinya mendedahkan pengkhianatan mereka kepada mandat dan aspirasi rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Nizam berkata Hajiji adalah seorang pemimpin yang boleh dibawa berbincang.

“Hajiji adalah seorang pemimpin dan Ketua Menteri yang terbuka dan mudah dibawa berbincang, sepatutnya Pengerusi UMNO Sabah yang juga berjawatan Timbalan Ketua Menteri ketika itu mempunyai akses yang cukup luas untuk berbincang termasuklah dalam Mesyuarat Kabinet Negeri.

“Suhaimi seharusnya sedar bahawa Hajiji selaku Ketua Menteri membuat keputusan dengan mengambil kira semua pandangan rakan parti dalam komponen Kerajaan Sabah dan bukan hanya untuk UMNO Sabah sahaja.

“Jika benarlah Hajiji seperti yang ditohmah oleh Suhaimi, tidak mungkin ramai pemimpin berdiri di belakang beliau, memberi sokongan moral sepertimana kehadiran pelbagai pemimpin termasuklah mantan pemimpin Sabah yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri turut hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat baru-baru ini.

“Sedarkah Suhaimi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik oleh Hajiji, jika Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri tidak setiakawan mengapa 5 ADUN UMNO Sabah kekal menyokong Ketua Menteri Datuk Hajiji dan tidak bersetuju dengan tindakan kudeta langkah Kinabalu yang gagal itu? ,” tegas Nizam lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/15/dakwaan-suhaimi-terhadap-hajiji-adalah-rekaan-semata-mata-untuk-tutup-kelemahan-kudeta-yang-gagal-nizam/feed/ 0 45245