SUHAKAM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Sep 2025 05:47:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SUHAKAM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUHAKAM dibenar jadi peguam pemerhati dalam kes lima remaja mencela Zara https://sabahmedia.com/2025/09/25/suhakam-dibenar-jadi-peguam-pemerhati-dalam-kes-lima-remaja-mencela-zara/ https://sabahmedia.com/2025/09/25/suhakam-dibenar-jadi-peguam-pemerhati-dalam-kes-lima-remaja-mencela-zara/#respond Thu, 25 Sep 2025 05:47:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81968
Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Kanak-Kanak membenarkan permohonan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai pemerhati dalam kes melibatkan lima remaja yang didakwa mencela Zara Qairina Mahathir.

Hakim Elsie Primus membenarkan permohonan itu mengikut Seksyen 12(3)(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Negeri Sabah, Cindy Mc Juce Balitus, pihak pendakwaan telah menyerahkan 15 dokumen kepada tertuduh kanak-kanak pertama, dan 18 dokumen masing-masing kepada tertuduh kanak-kanak kedua, ketiga, keempat dan kelima, selaras dengan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

“Sebanyak lima dokumen tambahan akan diserahkan kepada semua tertutup Kanak-Kanak pada pengurusan kes pra-bicara (PTCM) seterusnya pada 16 Okt.

“Perbicaraan yang ditetapkan pada 9 hingga 20 Dis 2025 akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas selepas prosiding PTCM Mahkamah Kanak-Kanak selesai pagi tadi.

Terdahulu, prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak dijalankan secara tertutup dengan hanya pihak-pihak berkaitan sahaja dibenarkan hadir.

Memandangkan terdapat perintah larangan penyiaran (gag order) bagi kes ini, media hanya akan menerima perkembangan prosiding daripada pegawai mahkamah.

Pada 20 Ogos, kesemua lima tertuduh, yang identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencela Zara.

Kelima-lima tertuduh didakwa mencapai niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap Zara yang mana perkataan tersebut didengari yang mungkin menyebabkan Zara berasa terganggu dengan perkataan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Julai lalu di antara jam lebih kurang 10 malam sehingga 11 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Setiap tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan RM1,000 perlu didepositkan bersama seorang penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nor Azizah Mohamad, Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.

Empat daripada tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, ⁠Fareez Salleh, dan ⁠Sylyester Kuan.

Seorang lagi tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh, dan Prem Elmer Ganasan.

Zara ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah pada 16 Julai di Papar, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada keesokan harinya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/25/suhakam-dibenar-jadi-peguam-pemerhati-dalam-kes-lima-remaja-mencela-zara/feed/ 0 81968
Kerjasama SUHAKAM & Kerajaan Tangani Isu Hak Asasi Manusia Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/29/kerjasama-suhakam-kerajaan-tangani-isu-hak-asasi-manusia-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/29/kerjasama-suhakam-kerajaan-tangani-isu-hak-asasi-manusia-di-sabah/#respond Fri, 29 Oct 2021 07:05:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8029
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Othman Hashim di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji telah diberi taklimat oleh Othman dan rombongan mengenai aktiviti dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh SUHAKAM di Sabah.

Antara isu-isu lain yang telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak melibatkan aduan- aduan yang telah diterima oleh pihak SUHAKAM mengenai hak asasi manusia, isu tanah, isu rakyat tanpa dokumen, isu tenaga kerja di ladang, pembangunan yang seimbang dan lain-lain.

Menurut Othman, Hajiji mengambil maklum isu-isu tersebut dan menerangkan usaha-usaha positif yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan.

“Kita berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dengan pihak Kerajaan untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik menangani isu-isu berkenaan”, katanya.

Rombongan Othman disertai oleh Pesuruhjaya SUHAKAM Sabah, Datuk Godfrey Gregory Joitol, Pesuruhjaya SUHAKAM, Jerald Joseph, Ketua Pejabat SUHAKAM Negeri Sabah, Jasmih Slamat dan pegawai SUHAKAM, Heflin Dino.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/29/kerjasama-suhakam-kerajaan-tangani-isu-hak-asasi-manusia-di-sabah/feed/ 0 8029