suhu panas sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Feb 2024 12:07:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png suhu panas sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beaufort catat suhu panas tahap berjaga-jaga https://sabahmedia.com/2024/02/24/beaufort-catat-suhu-panas-tahap-berjaga-jaga/ https://sabahmedia.com/2024/02/24/beaufort-catat-suhu-panas-tahap-berjaga-jaga/#respond Sat, 24 Feb 2024 12:07:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50047
Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Beaufort menjadi antara daerah di Sabah yang merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga selain 11 lagi kawasan di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan lain ialah sembilan lokasi di Kedah (Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Kulim), Perlis dan Kuala Kangsar, Perak.

Menurut MetMalaysia lagi, jumlah itu ada berdasarkan bacaan suhu maksimum yang dikemaskini pada jam 4.40 petang tadi.

“Amaran berkenaan dikeluarkan susulan suhu maksimum harian dijangka mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut berdasarkan rekod yang dicatatkan setakat jam 4 petang hari ini.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook di sini

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasikan suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/24/beaufort-catat-suhu-panas-tahap-berjaga-jaga/feed/ 0 50047