SUKAN ASIA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Oct 2026 08:52:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SUKAN ASIA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah mahu lahir lebih ramai atlet bertaraf dunia – Nizam https://sabahmedia.com/2026/10/05/sabah-mahu-lahir-lebih-ramai-atlet-bertaraf-dunia-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/10/05/sabah-mahu-lahir-lebih-ramai-atlet-bertaraf-dunia-nizam/#respond Mon, 05 Oct 2026 08:51:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104780
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan terus menyediakan ruang dan peluang kepada bakat sukan di negeri ini untuk terus berkembang sehingga mampu muncul sebagai atlet bertaraf dunia.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, potensi besar yang dimiliki anak-anak Sabah dalam pelbagai cabang sukan perlu terus diberi perhatian dan sokongan sewajarnya.

Katanya, pencapaian 23 atlet Sabah yang terpilih mewakili kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia membuktikan negeri ini mempunyai ramai atlet berbakat serta mempunyai kesungguhan dan komitmen tinggi untuk mencapai kejayaan.

Beliau berkata, atlet-atlet berkenaan turut menyumbang kepada kejayaan kontinjen negara menerusi beberapa cabang sukan, termasuk karate, hoki, padel, sepak takraw dan pelayaran.

“Ini merupakan salah satu petanda bahawa sebenarnya anak-anak Sabah ini memang berbakat, memang mempunyai kesungguhan dan komitmen untuk berjaya.

“Kita di Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif akan terus berusaha untuk memberi mereka ruang dan peluang bagi mempertingkatkan lagi atlet atau bakat sukan di Sabah supaya mereka boleh menjadi juara dunia pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan ‘Kita Bah Ini’ di sini pada Isnin.

Menurut Nizam, kejayaan atlet Sabah di pentas antarabangsa bukan sahaja membanggakan negeri, malah menunjukkan bahawa bakat sukan tempatan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan sokongan dan ruang pembangunan yang bersesuaian.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas pencapaian melebihi sasaran apabila berjaya meraih sembilan pingat emas berbanding sasaran enam emas.

Katanya, kejayaan itu turut disumbangkan oleh atlet dari Sabah, termasuk Adeola Fay Robert dari Tambunan yang menyumbangkan pingat emas menerusi acara karate.

Selain itu, tiga atlet Sabah yang beraksi dalam perlawanan akhir hoki turut membantu Malaysia meraih pingat perak, manakala Christopher Chin menyumbangkan pingat perak menerusi acara padel.

Nizam berkata, pencapaian berkenaan menjadi bukti bahawa pembangunan bakat sukan di Sabah perlu diteruskan secara berterusan bagi memastikan lebih ramai atlet tempatan mampu menyerlah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kerajaan negeri akan terus memberi ruang dan peluang kepada anak-anak Sabah yang mempunyai bakat dalam bidang sukan supaya mereka dapat berkembang dan mencapai tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperkukuh pembangunan atlet juga perlu disokong dengan penyediaan kemudahan, latihan dan peluang pertandingan yang mencukupi agar bakat muda dapat dibentuk secara lebih sistematik.

Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan atlet Sabah bukan sekadar mampu mewakili negara, tetapi turut berpotensi mencipta kejayaan lebih besar di pentas dunia pada masa akan datang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/05/sabah-mahu-lahir-lebih-ramai-atlet-bertaraf-dunia-nizam/feed/ 0 104780
Aichi- Nagoya2026: Adeola hadiah emas pertama Malaysia https://sabahmedia.com/2026/09/22/aichi-nagoya2026-adeola-hadiah-emas-pertama-malaysia/ https://sabahmedia.com/2026/09/22/aichi-nagoya2026-adeola-hadiah-emas-pertama-malaysia/#respond Tue, 22 Sep 2026 13:52:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103935
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERNAMA

NAGOYA :  Penampilan sulung atlet karate wanita negara Adeola Fay Robert di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 ternyata membuahkan hasil apabila menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya itu di Gimnasium Toyohashi, hari ini.

Atlet berusia 20 tahun dari Sabah itu menampilkan aksi tenang dan bertenaga untuk menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi 6-4 pada final acara kumite bawah 55 kilogram (kg), sekali gus melakar kejayaan bermakna dalam penampilan sulungnya di pentas Sukan Asia.

Adeola terlebih dahulu menempah tiket ke final selepas menewaskan Bella Samasheva dari Kazakhstan 5-4 pada aksi separuh akhir.

Sebelum itu, beliau mencatat kemenangan 9-1 ke atas Asrar Jasem dari Kuwait dan 8-7 terhadap Sevinch Rakhimova dari Uzbekistan pada pusingan terdahulu.

Kejayaan itu meneruskan momentum positif atlet berkenaan selepas meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Thailand 2025.

Pingat emas berkenaan turut menamatkan penantian karate wanita Malaysia untuk meraih emas Sukan Asia sejak Syakilla Salni melakukannya pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Adeola mengakui tidak menyangka mampu melangkah sejauh itu pada penampilan sulungnya di pentas Sukan Asia, namun tetap bertekad memberikan aksi terbaik tanpa terlalu memikirkan keputusan.

“Sejujurnya saya tidak sangka dapat masuk final. Saya hanya mahu buat yang terbaik dan lihat apa keputusannya,” katanya.

Beliau berkata perjalanan untuk mewakili negara bermula pada 2024 selepas jurulatihnya R. Sharmendran melihat potensi yang dimilikinya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Saya tidak sangka 2024 menjadi salah satu langkah untuk saya menyertai skuad kebangsaan. Coach Sharmendran nampak saya ada bakat dan ciri-ciri untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

“Beliau membawa saya menjalani latihan terlebih dahulu sebelum melalui proses pemilihan dan daripada pemilihan itu, saya berjaya menyertai skuad kebangsaan pada Disember 2024,” katanya.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/22/aichi-nagoya2026-adeola-hadiah-emas-pertama-malaysia/feed/ 0 103935