Sukan borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Mar 2026 15:27:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukan borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan Borneo : Aishah dinobat Ratu Pecut, buktikan kehebatan raih emas berganda https://sabahmedia.com/2025/09/25/sukan-borneo-aishah-dinobat-ratu-pecut-buktikan-kehebatan-raih-emas-berganda/ https://sabahmedia.com/2025/09/25/sukan-borneo-aishah-dinobat-ratu-pecut-buktikan-kehebatan-raih-emas-berganda/#respond Thu, 25 Sep 2025 13:13:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81998
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KUCHING : Pelari pecut wanita Sabah, Nur Aishah Rofina Aling dinobatkan sebagai Ratu Pecut Sukan Borneo selepas mempamerkan larian bertenaga untuk menjuarai acara 100 meter wanita yang berlangsung di sini pada Khamis.

Beliau yang turut dikenali sebagai ‘Gadis Turbo’ turut menambah koleksi emas apabila menerajui kuartet negeri Sabah untuk memenangi acara 4×100 meter wanita bersama tiga lagi rakan sepasukan Hizillawanty Jamain; Siti Norjahera Beliamor dan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas.

Aishah (kiri) bersama rakan sepasukan selepas memenangi emas acara 4 x 100 meter

Kontinjen turut meraih pingat emas menerusi acara lompat tinggi lelaki yang dimenangi Farrell Glen seterusnya menewaskan rakan sepasukan dari Sabah Mohamad Eizlan Dahalan dan Reynolds Jc Majin.

Selain itu, renang menyumbang tiga emas lagi menerusi Lee Xue Wen (100 meter kuak dada wanita) serta dua daripada Chu Xin Ying (200 meter gaya bebas dan meter kuak kupu-kupu wanita).

Bagi pingat Perak, Sabah berjaya meraih tujuh pingat menerusi acara lompat tinggi lelaki yang dimenangi Mohamad Eizlan Dahalan; Earl Isaac Mitzler Fredolin (lontar peluru lelaki); Hizillawanty Jamain (1,500 meter wanita) dan Samantha Mae Godfrey Binting (lompat bergalah wanita).

Manakala bagi acara renang, satu pingat perak diraih menerusi acara 4×100 rampaian campuran yang diwakili Laura Yen Nie Lee; Emmanuel Yung Ming Loh; Xin Ying Chu dan Samuel Ching Cheng Ng.

Pingat perak Sabah turut disumbang menerusi acara memanah yang dimenangi Anuar Muhamad menerusi acara individu lelaki barebow 50 meter dan Carolyn Hui Yin Chye (individu wanita recurve 70 meter).

Sementara itu bagi pingat gangsa, Sabah turut berjaya meraih 13 pingat menerusi acara 100 meter lelaki; 4 x 100 meter lelaki dan lompat tinggi lelaki.

Manakala lima lagi pingat gangsa disumbang menerusi acara renang; satu memanah dan empat lagi menerusi acara Lawn Bowls. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/25/sukan-borneo-aishah-dinobat-ratu-pecut-buktikan-kehebatan-raih-emas-berganda/feed/ 0 81998
Sukan Borneo 2025 platform perpaduan – Abdul Karim https://sabahmedia.com/2025/09/24/sukan-borneo-2025-platform-perpaduan-abdul-karim/ https://sabahmedia.com/2025/09/24/sukan-borneo-2025-platform-perpaduan-abdul-karim/#respond Wed, 24 Sep 2025 12:58:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81934
Read Time:1 Minute, 13 Second

BERNAMA

KUCHING : Sukan Borneo 2025 merupakan platform penting untuk menyatukan rakyat serta memupuk perpaduan antara wilayah, negara serta provinsi yang berada di pulau Borneo.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata setelah 12 tahun tidak dianjurkan, keutamaan kali ini adalah menghidupkan kembali keceriaan dan kegembiraan penganjuran temasya tersebut.

“Fokus kita bukanlah semata-mata kepada persaingan sengit atau siapa yang muncul juara, tetapi kepada kejayaan penganjuran temasya ini tanpa masalah, di samping mengeratkan silaturahim antara wilayah yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sukan Borneo Kuching 2025 di Stadium Perpaduan di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata Sukan Borneo akan diadakan setiap dua tahun dan lokasi penganjuran berikutnya akan ditentukan oleh ketua-ketua kontinjen terlibat. 

“Keputusan bergantung kepada wilayah, negara atau provinsi yang bersedia menjadi tuan rumah, termasuk siapa yang mereka ingin jemput dalam kalangan kepulauan Borneo,” katanya.

Ketika berucap pada majlis itu, Abdul Karim mengimbas sejarah temasya itu yang pertama kali dianjurkan pada 1954 di Brunei Darussalam sebagai pentas menyatukan atlet daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.

“Namun, selepas edisi ke-16 pada 1970, temasya ini terhenti akibat pelbagai kekangan. Ia kemudian dihidupkan semula pada 2005 sehingga 2013, dengan penganjuran terakhir di Labuan. Hari ini, selepas 12 tahun menyepi, kita menghidupkan semula legasi ini di Kuching,” katanya.

Sukan Borneo Kuching 2025 yang bermula hari ini hingga Ahad menampilkan lima acara sukan teras  iaitu olahraga, akuatik renang, badminton, boling padang dan memanah.- BERNAMA / FOTO BORNEO GAMES 2024

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/24/sukan-borneo-2025-platform-perpaduan-abdul-karim/feed/ 0 81934
Sabah bersetuju anjur semula Sukan Borneo https://sabahmedia.com/2024/12/10/sabah-bersetuju-anjur-semula-sukan-borneo/ https://sabahmedia.com/2024/12/10/sabah-bersetuju-anjur-semula-sukan-borneo/#respond Tue, 10 Dec 2024 08:50:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65162
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah bersetuju Sukan Borneo dianjurkan semula selepas temasya sukan itu diadakan pada 2013 di Wilayah Persekutuan Labuan. 

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin selepas menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED). 

Terdahulu MYSED yang diketuai Timbalan Menterinya Dato Gerald Rentap Jabu mencadangkan agar acara Sukan Borneo dihidupkan semula setelah 11 tahun tidak dianjurkan. 

Temasya Sukan itu dijangka akan dianjurkan pada tahun depan dimana Sarawak akan menjadi tuan rumah sebagaimana yang diumumkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg pada Ogos lalu. 

Johari berkata demikian ketika membuat pengumuman semasa Majlis Makan Malam SUKMA XXI Sarawak 2024 di Borneo Convention Centre, Kuching pada Ogos tahun ini.  

Dalam ucapannya,  Johari memaklumkan Sarawak akan menjadi penaja utama bagi kejohanan berprestij itu.

Dalam pada itu, Ellron berkata penganjuran Sukan Borneo itu adalah selari dengan aspirasi semangat Borneo untuk mengukuhkan hubungan lebih erat antara wilayah-wilayah di Borneo iaitu Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kalimantan Indonesia.   

Selain itu katanya, acara sukan itu juga penting  sebagai satu kesinambungan dan pendedahan kepada atlet-atlet untuk beraksi lebih cemerlang di kejohanan-kejohanan yang besar lagi. 

Sukan Borneo merupakan acara sukan tahunan yang melibatkan peserta  dari wilayah dan negara di Kepulauan Borneo. Acara sukan ini bermula pada tahun 1954 di Seria Recreation Club (SRC), Brunei Darussalam.  

Kejohanan ini telah diberikan nafas baru pada tahun 2005 sehingga tahun 2013  dan  diadakan secara dwitahunan yang seterusnya penganjuran terhenti sehingga sekarang. 

Hadir sama dalam kunjungan itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap KBSS Datuk Mansur Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Morshidi Frederick. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/10/sabah-bersetuju-anjur-semula-sukan-borneo/feed/ 0 65162