sukan chess ums – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Nov 2023 00:44:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukan chess ums – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek Surabaya 2024 bakal dilancarkan, persiapan hadapi Sukan Universiti ASEAN https://sabahmedia.com/2023/11/12/projek-surabaya-2024-bakal-dilancarkan-persiapan-hadapi-sukan-universiti-asean/ https://sabahmedia.com/2023/11/12/projek-surabaya-2024-bakal-dilancarkan-persiapan-hadapi-sukan-universiti-asean/#respond Sun, 12 Nov 2023 00:33:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45084
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Projek Surabaya 2024 bakal di lancarkan sebagai satu persiapan bagi menghadapi Sukan Universiti ASEAN yang akan berlangsung Jun tahun depan.

Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Dato’ Pekan Ramli berkata, kejohanan itu merupakan satu permulaan yang baik dalam memperkasakan sukan catur.

“Kejohanan yang diadakan pada hari ini merupakan satu permulaan yang sangat baik untuk kita memperkasakan lagi sukan catur.  Kita juga kini dalam proses untuk mempersiapkan atlet catur bagi menghadapi Sukan Universiti ASEAN yang akan berlangsung di Surabaya Jun  tahun depan.

“Selain itu kita juga akan melancarkan Projek Surabaya 2024 yang merupakan satu persiapan kita dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya besar di Universiti ASEAN Jun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kejohanan Varsity Chess 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Pusat Sukan UMS Ahmadi Nurdin.

Pekan berkata, pihaknya mengakui berdepan tugas berat apabila perlu bersedia lebih awal dalam penyediaan atlet di peringkat universiti.

“Kita sebenarnya tiada lagi grand master di peringkat universiti dan di negara kita.  Jadi itu sebabnya kita mengharapkan daripada kejohanan-kejohanan yang kita adakan ini satu hari nanti Insyaallah mungkin kita akan dapat lahirkan pemain-pemain catur yang berstatus Grand Master,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 31 pasukan melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah akan menyertai kejohanan sehari itu melibatkan 12 IPT dan 19 sekolah menengah seluruh Sabah.

Pemenang keseluruhan kategori IPT dimenangi Multimedia Universiti (MMU); Universiti Malaysia Sabah (kedua) dan Cyberjaya Universiti (ketiga).

Bagi kategori sekolah menengah berjaya dimenangi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM); Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Agama Kota Kinabalu (kedua) dan SMK Bundu Tuhan (ketiga). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/12/projek-surabaya-2024-bakal-dilancarkan-persiapan-hadapi-sukan-universiti-asean/feed/ 0 45084
31 pasukan IPT, sekolah menengah sertai ‘Varsity Chess Championship’ esok https://sabahmedia.com/2023/11/10/31-pasukan-ipt-sekolah-menengah-sertai-varsity-chess-championship-esok/ https://sabahmedia.com/2023/11/10/31-pasukan-ipt-sekolah-menengah-sertai-varsity-chess-championship-esok/#respond Fri, 10 Nov 2023 04:28:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45003
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 31 pasukan melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah akan menyertai kejohanan Varsity Chess 2023.

Kejohanan yang melibatkan 12 IPT dan 19 sekolah menengah itu akan berlangsung esok di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan terbahagi kepada tiga kategori iaitu lelaki IPT; wanita IPT dan sekolah menengah bawah 17 tahun.

Pengarah Pusat Sukan UMS Ahmadi Nurdin berkata, program itu adalah selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Sukan IPT yang mahu menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada kecemerkangan sukan negara.

Katanya, program itu juga mampu mewujudkan budaya bersukan di IPT kea rah memperkasakan modal insan yang seimbang dan berkualiti dari segi akademik dan sukan.

“Kita menjangkakan seramai 141 atlet dan pegawai akan hadir pada kejohnan ini yang akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu lelaki dan wanita IPT dan kategori sekolah menengah bawah umur 17 tahun yang akan menggunakan sistem permainan ‘swiss tujuh pusingan’.

“Kejohanan ini juga diharap mampu mencungkil bakat-bakat baharu dari IPT seluruh Malaysia dan bakat pelapis dari Sabah disamping melahirkan pemain catur masa hadapan yang bertaraf dunia yang layak bersaing di peringkat ‘Grand Master’,” katanya.

Kejohanan sehari itu dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dibawah Seksyen Sukan.

Kejohanan itu juga turut menawarkan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM3,000 dan medal.

Majlis perasmian kejohanan akan disempurnakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT  Malaysia Dato’ Dr. Pekan Ramli. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/10/31-pasukan-ipt-sekolah-menengah-sertai-varsity-chess-championship-esok/feed/ 0 45003