sukan jahid bola sepak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 17 Dec 2023 23:59:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukan jahid bola sepak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan platform terbaik lahirkan warga cergas fizikal mental – Jahid https://sabahmedia.com/2023/12/18/sukan-platform-terbaik-lahirkan-warga-cergas-fizikal-mental-jahid/ https://sabahmedia.com/2023/12/18/sukan-platform-terbaik-lahirkan-warga-cergas-fizikal-mental-jahid/#respond Sun, 17 Dec 2023 16:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46706
Read Time:1 Minute, 1 Second

Tamparuli : Aktiviti sukan merupakan platform terbaik bagi melahirkan warga yang sihat dari segi fizikal dan mental.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, menerusi latihan konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek merangkumi minda, fizikal, otot dan emosi, sukan juga mampu membentuk keperibadian seseorang.

“Dengan bersukan, seseorang juga kekal cergas, berdisiplin, patuh kepada peraturan, dan secara tidak langsung mampu membentuk seseorang agar lebih berhemah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Kelab Tamparuli Sabah (KTS).

Turut hadir Presiden KTS, Datuk Francis Soon dan Timbalan Presiden KTS, Ronnie Soon,

Jahid berkata, program seumpama ini turut membentuk seseorang menjadi lebih bertanggungjawab, berdisiplin, semangat kental dan mempunyai daya kepimpinan tinggi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli turut menghargai usaha murni KTS dan menyifatkan penganjuran tersebut sebagai satu langkah tepat untuk mencapai matlamat ke arah masyarakat sihat dan cergas.

Selain itu katanya, kejohanan sukan seumpama itu juga dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa.

“Apa pun, karnival ini bukan semata-mata untuk mencari kejuaraan, tetapi turut mengajak masyarakat untuk hidup saling hormat-menghormati, selain bagi memberi pengalaman berguna kepada semua pemain,” katanya.

Sebanyak 30 pasukan dari pelbagai daerah menyertai kejohanan yang julung kalinya dianjurkan persatuan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/18/sukan-platform-terbaik-lahirkan-warga-cergas-fizikal-mental-jahid/feed/ 0 46706