Sukan muhibah jkm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Oct 2023 07:21:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukan muhibah jkm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK juara Pesta Sukan Muhibah JKM https://sabahmedia.com/2023/10/28/dbkk-juara-pesta-sukan-muhibah-jkm/ https://sabahmedia.com/2023/10/28/dbkk-juara-pesta-sukan-muhibah-jkm/#respond Sat, 28 Oct 2023 07:21:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44316
Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri (JKM) kali ke-13 yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan selama seminggu itu dirasmikan penutupannya oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Sebanyak 10 jenis sukan dipertandingkan dalam kejohanan sukan dwi-tahunan itu, yang disertai oleh enam pasukan iaitu JKM (Perdana), DBKK, Jabatan Tanah dan Ukur, Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu.

Menerusi kejohanan itu, DBKK berjaya meraih sembilan pingat emas dan satu pingat perak menjayakan agensi dibawah JKM itu membawa pulang hadiah piala pusingan.

Naib Johan kejohanan berjaya dimenangi Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) dengan satu pingat emas; tiga perak dan dua gangsa.

Ia diikuti Jabatan Tanah dan Ukur yang meraih satu pingat emasdan empat pingat gangsa; keempat dimenangi Jabatan Perhutanan dengan empat perak dan empat gangsa.

Manakala tempat kelima dimenangi JKM Perdana dengan meraish tiga perak dan satu gangsa dan keenam dimenangi Kumpulan Sawit Kinabalu.

Antara acara yang dipertandingkan pada Pesta Sukan itu ialah futsal, bola tampar, badminton, dart, bola sepak, ping pong, sepak takraw, golf, bola jaring, dan tenpin boling. – SABAH MEDIA/ FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/28/dbkk-juara-pesta-sukan-muhibah-jkm/feed/ 0 44316
Kerajaan galak kakitangan awam bersukan untuk kesihatan fizikal,mental https://sabahmedia.com/2023/10/27/kerajaan-galak-kakitangan-awam-bersukan-untuk-kesihatan-fizikal-mental/ https://sabahmedia.com/2023/10/27/kerajaan-galak-kakitangan-awam-bersukan-untuk-kesihatan-fizikal-mental/#respond Fri, 27 Oct 2023 14:56:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44264
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada perkhidmatan awam negeri ini terlibat dalam aktiviti sukan bagi memastikan kualiti kesihatan fizikal dan mental berada di tahap yang baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Jabatan Ketua Menteri (JKM) sebagai organisasi utama yang menerajui pentadbiran kerajaan Sabah memerlukan tenaga kerja yang berkualiti di semua peringkat, agar mampu memberi perkhidmatan yang cepat, tepat dan berkesan kepada rakyat.

“Dalam usaha menjayakan agenda Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), kita amat memerlukan penjawat awam yang sihat, cerdas, cekap dan mampu berdaya saing.

“Justeru, saya menggalakkan penjawat awam khususnya warga kerja JKM supaya meluangkan sedikit masa dalam jadual harian untuk bersenam. Bukan sahaja untuk cergas malah menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Pesta Sukan Muhibah JKM Ke-13 Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.

Sebanyak 10 jenis sukan dipertandingkan dalam kejohanan sukan dwi-tahunan itu, yang disertai oleh enam pasukan iaitu JKM (Perdana), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Tanah dan Ukur, Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Sawit Kinabalu.

Hajiji berkata, Pesta Sukan Muhibah JKM merupakan medan terbaik rekreasi serta menjadi tempat sesi perkongsian idea dan pendapat dikalangan kakitangan awam bagi memantapkan lagi organisasi masing-masing.

Malah katanya, aktiviti sukan juga boleh dijadikan satu elemen penting dalam kehidupan bagi membina peribadi mulia dan membentuk masyarakat yang sihat, disamping mencungkil bakat-bakat dalam kalangan penjawat awam yang boleh dimanfaatkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, Pesta Sukan Muhibah JKM yang dimulakan pada tahun 1999 dapat mengeratkan lagi kerjasama, meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kesukanan dalam warga kerja JKM, sekali gus menggalakkan dan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

Hajiji juga berharap pesta sukan itu dapat mendorong anggota perkhidmatan awam negeri ini memelihara kesihatan fizikal, mental, sosial dan rohani dengan baik, agar dapat memberi khidmat bakti yang lebih cekap dan produktif.

“Secara peribadi saya berpendapat pesta sukan ini merupakan manifestasi permuafakatan yang harmoni antara kakitangan perkhidmatan awam dibawah JKM yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam merealisasikan kehendak dan gagasan Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/27/kerajaan-galak-kakitangan-awam-bersukan-untuk-kesihatan-fizikal-mental/feed/ 0 44264