sukan sabah saga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Feb 2025 11:55:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukan sabah saga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kontinjen bertanding diingatkan lebih waspada pilih penginapan pada SAGA 2025 https://sabahmedia.com/2025/02/14/kontinjen-bertanding-diingatkan-lebih-waspada-pilih-penginapan-pada-saga-2025/ https://sabahmedia.com/2025/02/14/kontinjen-bertanding-diingatkan-lebih-waspada-pilih-penginapan-pada-saga-2025/#respond Fri, 14 Feb 2025 11:50:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68692
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Semua kontinjen yang akan bertanding pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-11 pada Oktober depan diingatkan untuk lebih berwaspada dalam memilih penginapan atlet.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia adalah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku termasuk berlaku penipuan atau ‘scammer’.

“Ini adalah antara perkara yang telah dibincangkan dalam ‘post mortem’ kita termasuk pengginapan para atlet, dimana sebelum ini kita punya atlet pernah kena tipu. Jadi kita harap ia tidak akan berlaku lagi.

“Kita berharap agar pegawai-pegawai kita yang mengiring atlet kita itu nanti akan lebih berwaspada pada masa yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk SAGA ke-11 Tawau 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Ellron berkata, bagi mengelak perkara sama berlaku, pihaknya telah meminta pengelola SAGA tahun ini untuk menyenaraikan penginapan yang selamat untuk digunakan.

“Kita telah bincang secara terperinci, kita minta pengelola SAGA tahun ini iaitu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) supaya menyenaraikan tempat-tempat penginapan yang selamat digunakan termasuk ‘homestay’.

“Kalau ada penambahan atau tidak cukup, para pegawai kontinjen boleh berhubung balik dengan MPT. Supaya kemungkinan homestay-homestay yang layak itu dapat kita perkenalkan. Kita juga bersama-sama membantu mereka supaya tidak jatuh di tangan ‘scammer’ lagi,” katanya.

Terdahulu, daerah Tawau akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran SAGA bagi edisi ke-11 pada tahun ini.

Katanya, Tawau akan menjadi hos penganjur untuk kali yang ketiga selepas kali terakhir menjadi hos iaitu SAGA ketujuh pada 2015 dan SAGA ketiga pada 2007. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/14/kontinjen-bertanding-diingatkan-lebih-waspada-pilih-penginapan-pada-saga-2025/feed/ 0 68692
SAGA X : Ratu Pecut milik Theresia, buktikan Tambunan ‘lubuk’ pelari pecut https://sabahmedia.com/2023/12/19/saga-x-ratu-pecut-milik-theresia-buktikan-tambunan-lubuk-pelari-pecut/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/saga-x-ratu-pecut-milik-theresia-buktikan-tambunan-lubuk-pelari-pecut/#respond Tue, 19 Dec 2023 07:56:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46783
Read Time:1 Minute, 23 Second

Tuaran : Atlet Tambunan, Theresia Anastasius berjaya dinobatkan sebagai Ratu Pecut Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran, di sini pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Theresia meraih pingat emas sekaligus membuktikan Tambunan merupakan ‘lubuk’ kepada pelari pecut ketika ini.

Theresia mencatat masa 13.16s mengatasi Esther Joanne Ailos (Tuaran) di tempat kedua yang mencatat masa 13.46 dan Dayangku Nursyafinaz Syazirah (Penampang) dengan catatan masa 13.50s.

Terdahulu, dua pelari Tambunan iaitu Hanssen Yap Soon Fu dan Dexter Bedie masing-masing memenangi emas dan perak dalam acara sama bagi kategori lelaki.

Theresia (kiri) dan Hanssen buktikan Tambunan ‘lubuk’ pelari pecut

Malah, Hanssen turut mencatat rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 10.46s, mengatasi rekod lama yang dipegang Mohammad Nor Musyaraf Mohd Sari yang mencatat masa 10.76s di Sandakan pada 2019.

Dalam pada itu, bagi acara lompat jauh kategori wanita, jaguh Keningau, Samantha Collete Valentine muncul sebagai pemenang pingat emas dengan lompatan sejauh 5.28m.

Pingat perak dan gangsa bagi acara itu pula masing-masing dimenangi peserta Maselemya Bious (Tenom) dengan lompatan sejauh 5.27m dan Carefina Dian Eldy (Kudat) dengan lompatan sejauh 5.24m.

Acara lompat tinggi lelaki pula menyaksikan peserta dari Nabawan, Reynolds JC Majin memenangi emas dengan lompatan 1.95m manakala Adder Pansie Efandi (Kota Belud) yang mencatat lompatan 1.85m dan Nelzirco Perimus (Keningau) yang mencatat lompatan 1.80m masing-masing memenangi perak dan gangsa.

Dalam perkembangan lain, peserta Ranau, Norhafikah memenangi emas bagi acara lempar cakera dengan lemparan sejauh 34.91m manakala Sherra Annabelle Jonias (Kudat) yang mencatat lemparan 34.60m dan Sungraecina Harry (Nabawan) yang mencatat lemparan 33.19m masing-masing memenangi perak dan gangsa. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/saga-x-ratu-pecut-milik-theresia-buktikan-tambunan-lubuk-pelari-pecut/feed/ 0 46783
Sukan Sabah : Kota Kinabalu mahu mengekalkan kejuaraan https://sabahmedia.com/2023/12/10/sukan-sabah-kota-kinabalu-mahu-mengekalkan-kejuaraan/ https://sabahmedia.com/2023/12/10/sukan-sabah-kota-kinabalu-mahu-mengekalkan-kejuaraan/#respond Sun, 10 Dec 2023 01:49:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46332
Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen Kota Kinabalu mahu mengekalkan kejuaraan pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan berlangsung bermula 16 Disember ini.

Temasya sukan yang akan berlangsung selama seminggu itu akan diadakan di empat buah daerah iaitu Kota Kinabalu sebagai tuan rumah; Ranau; Tuaran dan Keningau.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merangkap Chef De Mission Kontinjen SAGA Kota Kinabalu Robert Lipon berkata, pihaknya yakin semua pasukan terlibat telah bersedia sepenuhnya.

“SAGA secara rasmi akan bermula pada minggu depan dan Datuk Mayor mahu kita mengekalkan kejuaraan yang selama ini Kota Kinabalu juara dan biarlah dia juara berterusan.

“Saya lihat semua pasukan telah pun bersedia, pengurus pasukan telah berusaha selama ini saya saya ucapkan terima kasih atas bantuan semua pihak dalam pasukan mewakili Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan bersama Chef De Mission dengan pengurus pasukan dan penyerahan bendera sempena SAGA X Kota Kinabalu 2023 di sini semalam.

Pada SAGA edisi kesembilan 2019 di Keningau, kontinjen Kota Kinabalu berjaya merangkul kejuaraan dengan pungutan pingat sebanyak 30 pingat emas; 26 perak dan 23 gangsa seterusnya menghalang Keningau mempertahankan kejuaraan pada edisi tersebut.

Kota Kinabalu dijangka akan meneruskan penguasaan dalam beberapa sukan yang dipertandingkan antaranya Badminton; Olahraga; Memanah dan Karate.

Pada edisi kesembilan, Kota Kinabalu berjaya merai empat pingat emas dalam acara Badminton; Olahraga sebanyak lima emas; memanah (tiga emas) dan Karate (enam emas).

Sebanyak 22 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya SAGA edisi ke-10 kali ini melibatkan seramai 3,110 orang atlet dan pegawai di daerah Kota Kinabalu, 1,298 orang di daerah Tuaran dan 794 orang di daerah Penampang.

Selain itu seramai 988 orang akan terlibat di daerah Putatan, 235 orang di daerah Ranau, 140 orang di daerah Keningau dan selebihnya 394 orang merupakan pegawai urus setia.

Dalam pada sebanyak 182 pingat Emas, 182 pingat Perak dan 262 pingat Gangsa akan menjadi rebutan, di mana 103 acara ditawarkan dalam kategori Lelaki, 75 acara untuk kategori Wanita dan empat acara untuk kategori Campuran.

SAGA merupakan platform kepada ahli-ahli sukan atau atlet daripada 28 daerah di seluruh negeri Sabah, bertanding sebelum dikenalpasti dan dipilih mewakili negeri ini untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak yang akan berlangsung Ogos tahun depan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/10/sukan-sabah-kota-kinabalu-mahu-mengekalkan-kejuaraan/feed/ 0 46332