Sukan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Jan 2026 07:24:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kita akan perbaiki kelemahan yang ada – Nizam https://sabahmedia.com/2026/01/09/kita-akan-perbaiki-kelemahan-yang-ada-nizam/ https://sabahmedia.com/2026/01/09/kita-akan-perbaiki-kelemahan-yang-ada-nizam/#respond Fri, 09 Jan 2026 03:28:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89421
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan komitmennya untuk memperbaiki sebarang kelemahan berkaitan fasiliti sukan di negeri ini.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kemudahan sukan yang ada berada pada  tahap selamat, selesa dan berfungsi dengan baik untuk atlet serta golongan belia

“Saya merupakan menteri yang baharu dilantik dan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu, saya telah menyatakan komitmen untuk memperbaiki apa sahaja kelemahan yang mungkin berlaku pada masa lalu.

“Mana yang baik akan kita teruskan dan mana yang perlu diperbaiki, kita akan perbetulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani kerjasama penganjuran Borneo International Marathon 2026 Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Nizam berkata demikian bagi mengulas keadaan Dewan Gimnastik yang didakwa uzur dan tular di media sosial sejak semalam.

Berikutan itu katanya, pihaknya telah mengarahkan pengurusan Lembaga Sukan Negeri yang bertanggungjawab ke atas fasiliti sukan di Sabah supaya menjalankan pemeriksaan dan mengemukakan laporan segera.

Menurut beliau, kementerian memerlukan sedikit masa bagi menilai keseluruhan keadaan fasiliti sukan yang ada.

“Saya merancang untuk mengadakan lawatan ke seluruh Sabah bagi melihat sendiri keadaan kemudahan yang tersedia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai peranan orang awam yang tampil menyuarakan aduan serta maklum balas, sambil menyifatkan masyarakat sebagai mata dan telinga kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan penyediaan fasiliti.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa peka dan membantu kerajaan menjadi lebih baik dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa kementerian bersama Lembaga Sukan Negeri sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dengan fokus utama kepada pembangunan belia, pemajuan sukan serta pengukuhan ekonomi kreatif di Sabah.

Tambahnya, usaha berterusan itu selari dengan hasrat untuk melahirkan golongan belia yang lebih berdikari serta mampu menyumbang kepada aspirasi menjadikan Sabah sebagai negeri sukan, di samping meningkatkan kemahiran kreatif rakyat bagi menjana pendapatan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/09/kita-akan-perbaiki-kelemahan-yang-ada-nizam/feed/ 0 89421
SAGA XI : Akmal Thaqif dan Siti Norjahera dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati https://sabahmedia.com/2025/10/18/saga-xi-akmal-thaqif-dan-siti-norjahera-dinobatkan-olahragawan-dan-olahragawati/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/saga-xi-akmal-thaqif-dan-siti-norjahera-dinobatkan-olahragawan-dan-olahragawati/#respond Sat, 18 Oct 2025 02:17:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83569
Read Time:2 Minute, 43 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kehebatan atlet muda terus menyerlah dalam temasya Sukan Sabah (SAGA) XI apabila Akmal Thaqif Begurdy dari kontinjen Tawau dan Siti Norjahera Beliamor dari kontinjen Sandakan masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SAGA XI Tawau 2025.

Akmal Thaqif, 18, membuktikan keunggulannya dalam sukan berbasikal dengan memenangi lima pingat emas, termasuk empat emas individu dalam acara Ujian Masa Perseorangan, Cross Country Eliminator (XCE), Cross Country Olympic (XCO), 1000 meter dan 200 meter Sprint, serta satu emas dalam acara Ujian Masa Berpasukan.

Siti (kiri) dan Akmal (kanan) bersama piala kemenangan . -Foto/Sitti Nor Azizah Talata

Kecemerlangan beliau turut diiktiraf dengan penganugerahan khas “Most Valuable Male Athlete” bagi sukan berbasikal.

Ketika ditemui, anak jati Tawau itu mengakui gembira atas penganugerahan buat kali kedua berturut-turut.

“Terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa menyokong dari awal hingga sekarang, juga kepada jurulatih saya, Coach JR dan pasukan latihan di Tawau yang banyak membantu sejak saya mula berbasikal,” katanya.

Akmal ketika ditemui media – Foto Japen Sabah

Majlis penutupan temasya Sukan Sabah (SAGA) disempurnakan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun.

Akmal berkata, beliau turut berkongsi hasrat untuk meneruskan momentum kejayaannya ke peringkat lebih tinggi dengan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan, dalam acara Mountain Bike Cross Country (MTB XCO).

“Lepas ni saya akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk SUKMA. Dalam sukan berbasikal, sukar mahu pecah rekod sebab bergantung pada prestasi individu, jadi saya akan fokus untuk tingkatkan prestasi diri,” katanya.

Penganugerahan itu membolehkan Akmal mencipta sejarah tersendiri apabila mempertahankan gelaran olahragawan yang dimenanginya dua tahun lalu.

Sementara itu, atlet muda berusia 16 tahun dari Sandakan, Siti Norjahera Beliamor berjaya membawa pulang empat pingat emas, masing-masing dalam acara 100 meter, 200 meter, 4×100 meter dan 4×400 meter.

“Saya sangat gembira sebab ini kali pertama saya dapat anugerah macam ni,” katanya.

Siti ketika ditemui media – Foto Japen Sabah

Ketika ditanya sama ada beliau menjangkakan akan dipilih sebagai olahragawati, Siti mengakui tidak menjangka berikutan saingan yang banyak.

“Tidak jangka pun sebab saingan ramai juga. Jadi, saya memang tidak sangka boleh dapat,” katanya.

Beliau mencatat masa 12.48 saat untuk acara 100 meter, dan 25.96 saat bagi 200 meter, selain membantu pasukannya mencatat masa 49.94 saat (4x100m) dan 4:13.25 minit (4x400m).

Walaupun masih muda, Siti sudah mempunyai perancangan besar untuk masa depannya dalam dunia sukan.

“Sasaran saya lepas ini, saya mahu buat yang terbaik lagi dari sebelum ini. Kalau boleh, saya nak capai ke peringkat Malaysia,” katanya.

Siti juga memaklumkan bahawa dia bakal mewakili negeri ke kejohanan ASEAN School Games (ASG) yang akan berlangsung di Brunei.

“Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya dan juga coach saya,yang sudah latih saya dari kosong sampai saya boleh jadi macam sekarang,” katanya.

Pada Sukan Borneo yang berlangsung di Kuching, Sarawak baru-baru ini, Siti turut berjaya meraih emas menerusi acara 4 x 400 meteri berganti-ganti wanita bersama rakan sepasukan Hizillawanty Jamain; Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dan Nur Aishah Rofina Aling.

Kejayaan kedua-dua atlet muda ini melambangkan semangat dan potensi besar generasi baharu atlet Sabah dalam mengharumkan nama negeri di pentas lebih tinggi pada masa hadapan.

Sukan Sabah XI yang berlangsung di Tawau tahun ini menyaksikan penyertaan atlet dari seluruh daerah dengan semangat kesukanan dan perpaduan yang tinggi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/saga-xi-akmal-thaqif-dan-siti-norjahera-dinobatkan-olahragawan-dan-olahragawati/feed/ 0 83569
EIS 2024 bantu tingkat industri sukan di Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/26/eis-2024-bantu-tingkat-industri-sukan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/26/eis-2024-bantu-tingkat-industri-sukan-di-sabah/#respond Sat, 26 Oct 2024 13:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62827
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menyokong hasrat kerajaan Sabah dan pemain industri khususnya bidang sukan melalui dasar dan peruntukan dana pada masa akan datang. 

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Dr Nagulendran Kangayatkarasu berkata, umum mengetahui Kerajaan Sabah sentiasa komited untuk memperkasa industri sukan di negeri ini. 

Katanya, ini dapat dibuktikan melalui pengumuman RM20 juta untuk pembangunan sukan industri sukan oleh Ketua Menteri Sabah dalam Belanjawan Negeri tahun lalu.

“Saya yakin bahawa dengan penganjuran Ekspo Industri Sukan (EIS) di bumi bertuah ini, kita dapat meningkatkan lagi kegiatan industri sukan dan percambahan inovasi bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat Sabah. 

“Bukan itu sahaja, penganjuran beberapa program ikonik kejohanan ‘E-Sport Borneo’ (MLBB, E-Racing, E-Football & Tekken 8), Mega Aerodance Borneo, Lompat Tali Borneo, Kayuhan Borneo dan Larian Borneo serta Borneo Island International Big Bike Festival bersempena dengan EIS sudah tentu dapat merancakkan ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan EIS 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Nagulendran berkata, penganjuran ekspo itu merupakan satu platform dalam menggalakkan lagi pertumbuhan industri sukan yang merupakan satu industri yang memberi sumbangan signifikan kepada ekonomi negara. 

Katanya, ini dapat dibuktikan melalui hasil dapatan Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa industri sukan menjana RM49.5 bilion kepada ekonomi. 

“Saya difahamkan bahawa EIS 2024 pada hari ini melibatkan 38 pempamer dengan 42 gerai pameran yang melibatkan pelbagai sektor termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan, perubatan, pengurusan acara, dan pendidikan sukan. 

“Saya turut gembira melihat tiga produk baharu jenama tempatan akan diperkenalkan dan enam memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dalam majlis ini, menunjukkan betapa pentingnya kerjasama strategik dalam mengembangkan industri sukan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/26/eis-2024-bantu-tingkat-industri-sukan-di-sabah/feed/ 0 62827
Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas https://sabahmedia.com/2024/05/18/sabah-luluskan-peruntukan-rm12-24-juta-naik-taraf-kemudahan-stadium-likas/ https://sabahmedia.com/2024/05/18/sabah-luluskan-peruntukan-rm12-24-juta-naik-taraf-kemudahan-stadium-likas/#respond Sat, 18 May 2024 02:22:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54573
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan sebanyak RM12.24 juta bagi menambah baik dan menaik taraf kemudahan sukan yang terdapat di Stadium Likas.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penambahbaikan itu adalah bagi tujuan penganjuran SEA Youth Athletics Championship yang Ke-16 2024.

“Sabah telah diberi kepercayaan bagi menganjurkan SEA Youth Athletics Championship ke 16 dan untuk tujuan itu Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM12.24 juta bagi menambah baik dan menaik taraf kemudahan yang terdapat di Stadium Likas.

“Pada mesyuarat jemaah Menteri lalu, saya telah membentang satu kertas kerja dan saya berterima kasih kepada Kerajaan yang meluluskan peruntukan bagi menaik taraf trek, dan kemudahan-kemudahan di stadium itu sendiri,” katanya.

Pengumuman Sabah sebagai tuan rumah penganjuran diumumkan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ellron berharap kerja-kerja menaik taraf Stadium Likas dapat dilaksanakan dengan cepat dan menepati syarat-syarat yang ditentukan oleh KOM dan World Athletics. 

Selain itu beliau turut menaruh keyakinan bahawa kerja-kerja menaik taraf Stadium Likas akan siap pada masa yang ditetapkan serta menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan sukan dunia.  

Kejohanan bertaraf  antarabangsa itu bakal disertai 11 buah negara serantau Asia Tenggara.

Antaranya  Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Brunei Darussalam, Filipina, Timor Leste dan Malaysia sebagai tuan rumah.

Seramai 500 sehingga 600 atlet dari negara-negara tersebut dijangka akan menyertai kejohanan itu nanti dan Malaysia dijangka akan menghantar seramai 100 atlet.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/18/sabah-luluskan-peruntukan-rm12-24-juta-naik-taraf-kemudahan-stadium-likas/feed/ 0 54573
SAGA X : Tenom tepati ramalan, raih ‘ibu segala pingat’ https://sabahmedia.com/2023/12/22/saga-x-tenom-tepati-ramalan-raih-ibu-segala-pingat/ https://sabahmedia.com/2023/12/22/saga-x-tenom-tepati-ramalan-raih-ibu-segala-pingat/#respond Fri, 22 Dec 2023 10:06:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46990
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak mewakili Tenom masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas pada perlawanan peringkat akhir yang berlangsung petang tadi.

Bagi kategori lelaki, pasukan Tenom berjaya menewaskan Telupid dengan jaringan 3-1 yang diadakan di Stadium Likas.

Ini menjadikan Telupid membawa pulang pingat perak dan tempat ketiga dimenangi Tuaran yang sebelum itu bertemu Tawau bagi penentuan tempat ketiga dan keempat semalam.

Manakala bagi kategori wanita, Tenom turut berjaya menewaskan Ranau dengan jaringan 5-1 yang berlangsung di Padang SAFA petang tadi.

Keputusan itu menjadikan Ranau membawa pulang pingat perak dan gangsa dimenangi pasukan Kota Kinabalu yang menewaskan Kota Belud dalam penentuan tempat ketiga dan keempat semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Tenom Datuk Peter Anthony merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pasukan yang berjaya mengungguli acara bola sepak pada SAGA tahun ini.

“Saya kepada pasukan Tenom kepada berjaya mendominasi acara bola sepak bagi lelaki dan wanita.  Saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada pasukan begitu juga kepada pengurus pasukan dan semua yang terlibat dalam kejayaan ini.

“Meskipun kita lihat pada awal perlawanan yang begitu sengit dimana babak awal jaringan dari Telupid namun hasil kerjasama kombinasi semua akhirnya kita berjaya menjuarai perlawanan akhir SAGA tahun ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/22/saga-x-tenom-tepati-ramalan-raih-ibu-segala-pingat/feed/ 0 46990
SAGA X : Empat lagi rekod baharu dicipta dalam acara olahraga https://sabahmedia.com/2023/12/21/saga-x-empat-lagi-rekod-baharu-dicipta-dalam-acara-olahraga/ https://sabahmedia.com/2023/12/21/saga-x-empat-lagi-rekod-baharu-dicipta-dalam-acara-olahraga/#respond Thu, 21 Dec 2023 06:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46903
Read Time:2 Minute, 31 Second

Tuaran : Empat rekod baharu berjaya dicipta dalam acara olahraga temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran di sini pagi tadi.

Antara rekod yang berjaya dicipta adalah menerusi acara 1,500 meter Lelaki dan Wanita; 400 meter Lelaki dan Lontar Peluru Lelaki.

Bagi acara 1,500 meter Lelaki, pingat emas berjaya dimenangi atlet Lahad Datu Nikos Tai Ler Onn yang berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan catatan masa 4:17.12s seterusnya meleburkan rekod yang dicipta Romieo Gomboh dari Kota Kinabalu iaitu dengan catatan masa 4:17.70s pada SAGA 2019.

Pingat perak bagi acara itu telah dimenangi Muhammad Naque Misnan dari Putatan dengan catatan masa 4:26.86s dan gangsa dimenangi atlet Beaufort Mohammad Ahsan Atta Ur Rahman dengan catatan masa 4:28.41s.

Acara sama bagi kategori Wanita, pingat emas berjaya dimenangi Hizillawanty Jamain yang mewakili Keningau dengan catatan masa 4:59.81s seterusnya meleburkan rekod yang sebelum ini dicipta atlet Pitas Marlin Hing William pada SAGA 2017 dengan catatan masa 5:10.59s.

Pemenang pingat perak bagi acara 1,500 meter wanita berjaya menangi Nur denisha Shazliatie Abdullah mewakili Kalabakan dengan catatan masa 5:27.57s dan gangsa dimenangi Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus yang mewakili Kota Kinabalu dengan catatan masa 5:35.24s.

Atlet Kuala Penyu Muhammad Khalil Helmi yang berjaya cipta rekod 400 meter lelaki

Sementara itu, bagi acara 400 meter Lelaki, atlet mewakili Kuala Penyu, Muhammad Khalil Helmi berjaya meraih pingat emas seterusnya memecahkan rekod kejohanan bagi acara itu dengan catatan masa 48.70s.

Rekod yang dicipta Khalil itu sekaligus berjaya meleburkan rekod yang dicipta Anchois Aron dari Keningau pada SAGA 2011 dengan catatan masa 49.58s.

Pingat perak bagi acara sama berjaya dimenangi Aubrey Aron dari Keningau dengan catatan masa 50.94s dan gangsa dimenangi atlet mewakili Kalabakan Muhammad Firdaus Darus Salam dengan catatan masa 51.06s.

Satu lagi acara yang berjaya mencipta rekod baharu adalah menerusi acara Lontar Peluru yang dimenangi atlet Kunak Pang Hong Seng.

Hong Seng berjaya mencatat lontaran sejauh 13.55 meter sekaligus meleburkan rekod yang dicipta Mirach Han dari Tawau pada SAGA 2010 dengan catatan jarak sejauh 13.35m

Pingat perak bagi acara itu dimenangi Nathaniel Majid dengan lontaran sejauh 13.40m seterusnya mengalahkan rekod lama kejohanan.

Manakala pingat gangsa bagi acara itu berjaya dimenangi atlet mewakili Keningau Victer Ben Salleh @ Bindik dengan lontaran sejauh 11.55m

Selain itu, turut berlangsung acara olahraga pagi tadi ialah Lompat Kijang yang dimenangi Mark Paladius (Tambunan) dengan jarak 13.91m membolehkan beliau meraih pingat emas; Eljoe Gotuoh (Tuaran) pingat perak dengan jarak 13.73m dan gangsa dimenangi atlet Tongod Cisse Paul dengan jarak 13.64m

Turut berlangsung pagi tadi adalah acara 400 meter Wanita yang dimenangi atlet Sipitang Priscellona Grace Kifli @ Hailary (emas); atlet Keningau Siti Nur Nadiah Mohammad Din (perak) dan atlet Tuaran Joeiviviean Jamson (gangsa).

Satu lagi acara diadakan pagi tadi adalah Rejam Lembing Wanita yang dimenangi atlet Keningau Maryjane Juberin (emas); Connila Baniau (perak) dari Ranau dan atlet Lahad Datu Asprillia Johnny (gangsa). – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/21/saga-x-empat-lagi-rekod-baharu-dicipta-dalam-acara-olahraga/feed/ 0 46903
SAGA X : Kota Kinabalu mengorak langkah dahului pungutan pingat https://sabahmedia.com/2023/12/19/saga-x-kota-kinabalu-mengorak-langkah-dahului-pungutan-pingat/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/saga-x-kota-kinabalu-mengorak-langkah-dahului-pungutan-pingat/#respond Tue, 19 Dec 2023 14:59:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46813
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kota Kinabalu terus mengorak langkah apabila mendahului carta pungutan pingat dalam usaha mempertahankan gelaran juara Sukan Saga (SAGA) ke-10 sehingga jam 9.30 malam tadi.

Hari ini, Kota Kinabalu berjaya meraih pingat emas menerusi acara Petanque Double masing-masing bagi kategori Lelaki dan Wanita.

Pingat emas Petanque Double Wanita itu hadir menerusi gandingan adik beradik, Nur Shaqina Sari dan Nur Shaqila Sari selepas mengalahkan pasangan Keningau dengan pungutan mata 10-6, manakala pasukan Ranau berada di tangga ketiga.

Bagi emas kategori double lelaki, ianya hadir menerusi Muhammad Fazli Alishanor dan Mohammad Syafiq Izzudin Mohammad Ali selepas menewaskan Pitas 13-1 pada perlawanan akhir, manakala gangsa dimenangi Lahad Datu.

Pemenang pingat kategori double lelaki bergambar kenangan.

Selain itu, Kota Kinabalu turut menambah pingat emas menerusi acara 800 meter yang diwakil Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus dengan catatan masa 2:33.08s.

Kota Kinabalu sehingga kini berjaya meraih 10 pingat emas; empat perak dan lapan gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat sebanyak 22 pingat.

Mengejar rapat dibelakang Kota Kinabalu adalah kontinjen Sandakan yang berjaya mengutip lapan emas; tiga perak dan tujuh gangsa.

Antara emas yang berjaya diraih Sandakan adalah menerusi acara 4×100 meter yang diwakili Kuartet Dexter Palmin; Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf; Muhammad Isyhan Thomas dan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie.

Sementara itu, sebanyak 21 pingat emas ditawarkan menerusi tujuh acara yang akan berlangsung esok antaranya Badminton; Berbasikal; Memanah; Olahraga; Petanque; Ragbi dan Wushu.

Selain itu, sebanyak 21 pingat perak turut ditawarkan menerusi tujuh acara yang berlangsung esok antaranya Badminton; Berbasikal; Memanah; Olahraga; Petanque; Ragbi; dan Wushu.

Bagi pingat gangsa, sebanyak 75 pingat ditawarkan menerusi 10 acara yang akan dipertandingkan esok. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/saga-x-kota-kinabalu-mengorak-langkah-dahului-pungutan-pingat/feed/ 0 46813
SAGA X : Ping Pong tawar pingat emas esok https://sabahmedia.com/2023/12/14/saga-x-ping-pong-tawar-pingat-emas-esok/ https://sabahmedia.com/2023/12/14/saga-x-ping-pong-tawar-pingat-emas-esok/#respond Thu, 14 Dec 2023 07:55:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46530
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Lima pingat emas akan ditawarkan esok menerusi acara Ping Pong berpasukan, bergu dan bergu campuran pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 2023.

Kategori berpasukan dan bergu ianya melibatkan masing-masing bagi kategori Lelaki dan Perempuan.

Manakala bagi bergu campuran, ianya hanya ditawarkan satu emas.

Acara Ping Pong membuka tirai temasya pada hari ini yang berlangsung di Dewan Maksak Likas selain turut diadakan acara Hoki yang diadakan di Stadium Hoki Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, acara Boling Padang akan mula dipertandingkan esok bertempat di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Keningau.

SAGA edisi ke-10 akan membuka tirai secara rasmi Sabtu ini dan mempertaruhkan sebanyak 182 pingat emas melibatkan 103 acara.

Sukan dwitahunan itu akan dihoskan oleh daerah Kota Kinabalu selama seminggu dan perasmikan temasya akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Sabtu di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Seramai 6,784 orang atlet dan pegawai terlibat pada Sukan Sabah kali ini yang mempertandingkan 22 jenis sukan antaranya olahraga, badminton, bola sepak, sepak takraw dan juga pertambahan acara e-sport selari dengan perkembangan sukan ini.

Selain Kota Kinabalu, SAGA ke-10 turut diadakan di lima daerah lain seperti Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau dan Keningau mengikut kesesuaian acara sukan yang terbabit. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/14/saga-x-ping-pong-tawar-pingat-emas-esok/feed/ 0 46530
SAGA X : Putatan sasar kutip lebih lima pingat emas https://sabahmedia.com/2023/12/13/saga-x-putatan-sasar-kutip-lebih-lima-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/saga-x-putatan-sasar-kutip-lebih-lima-pingat-emas/#respond Tue, 12 Dec 2023 23:34:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46439
Read Time:1 Minute, 26 Second

Putatan : Kontinjen daerah Putatan mensasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya lebih lima pingat emas pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan membuka tirai secara rasmi bermula Sabtu ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya juga optimis daerah itu akan mampu meraih pingat dalam beberapa acara pilihan utama yang menjadi kegemaran.

“Pada 2019, saya difahamkan Putatan hanya dapat empat pingat emas selain Perak dan Gangsa.  Jadi pada kali ini kita mensasarkan pencapaian pingat emas lebih daripada lima.

“Ada beberapa acara yang boleh dikatakan Putatan ada acara ‘favourite’ seperti Pencak Silat; Petanque; Bola Keranjang; Memanah dan juga Hoki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Khas dan Simbolik Penyerahan Bendera Kontinjen SAGA Putatan sempena SAGA X di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berharap para atlet akan dapat mempamerkan semangat sukan yang tinggi selain disiplin yang baik serta kerja berpasukan sepanjang SAGA berlangsung.

“Pada majlis ini, kita telah mengumumkan sedikit insentif kepada mereka agar dapat memberi prestasi yang lebih baik daripada tahun 201.  Semoga mereka dapat mencapai keputusam yang baik pada SAGA kali ini.

“Insentif ini kita akan berikan selepas tamat SAGA dan sudah tentu ia adalah sebagai insentif dan apresiasi kita terhadap kejayaan mereka,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 22 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya kali ini dan Putatan terpilih jadi tuan rumah bagi sukan Pencak Silat dan Badminton.

Seramai 293 orang peserta akan mewakili kontinjen Putatan dengan penyertaan sukan sebanyak 16 jenis sukan yang disertai.

Khamis ini, sebanyak dua acara awal akan membuka tirai SAGA X iaitu melibatkan acara Ping Pong dan Hoki.

Acara perasmian akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sabtu ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/saga-x-putatan-sasar-kutip-lebih-lima-pingat-emas/feed/ 0 46439
Sukan Sabah : KK manfaat kelebihan bermain di laman sendiri https://sabahmedia.com/2023/12/06/sukan-sabah-kk-manfaat-kelebihan-bermain-di-laman-sendiri/ https://sabahmedia.com/2023/12/06/sukan-sabah-kk-manfaat-kelebihan-bermain-di-laman-sendiri/#respond Wed, 06 Dec 2023 08:47:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46130
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kelebihan bermain di laman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan mewakili Kota Kinabalu dalam acara bola sepak Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan bermula 16 Disember ini.

Pengurus pasukan lelaki Kota Kinabalu, Lokman Sunggim berkata, kelebihan itu akan digunakan sebaiknya apabila mereka akan bermain di padang SUKMA di sini.

Katanya, pemain-pemain seharusnya mempergunakan peluang yang ada itu untuk kelebihan mereka selain menunjukkan prestasi permainan yang terbaik.

“Kelebihan beraksi di halaman sendiri ini sepatutnya mereka tidak persia-siakan di samping membuktikan usaha dan kesungguhan untuk memburu pingat,” katanya ketika ditemui di sini.

Lokman yakin pemain-pemain mampu beraksi dengan baik memandangkan mereka semakin menunjukkan peningkatan terutama dalam aspek kombinasi dan persefahaman yang ditampilkan dalam permainan.

“Kita hanya mempunyai masa lebih seminggu dalam mempertingkatkan tahap kecergasan dan diharapkan semua pemain terlibat mempergunakan peluang yang ada itu,” katanya.

Berada dalam Kumpulan A, Kota Kinabalu akan memulakan cabaran awalnya menentang pasukan Penampang di padang SUKMA A pada 16 Disember ini jam 4 petang.

Pada 17 Disember, Kota Kinabalu akan berhadapan pasukan Telupid di venue yang sama jam 8 pagi.

Perlawanan terakhir Kota Kinabalu dalam perlawanan peringkat kumpulan akan bertemu pasukan Tuaran di padang SUKMA A pada 18 Disember jam 8 pagi.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 20 Disember ini manakala perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Likas pada 22 Disember ini jam 4 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/06/sukan-sabah-kk-manfaat-kelebihan-bermain-di-laman-sendiri/feed/ 0 46130