Sukan saga Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Dec 2023 22:57:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukan saga Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SAGA X : Pencak silat, karate dan olahraga tawar pingat emas terbesar hari ini https://sabahmedia.com/2023/12/21/saga-x-pencak-silat-karate-dan-olahraga-tawar-pingat-emas-terbesar-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2023/12/21/saga-x-pencak-silat-karate-dan-olahraga-tawar-pingat-emas-terbesar-hari-ini/#respond Wed, 20 Dec 2023 22:57:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46889
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 105 pingat emas ditawarkan hari ini iaitu jumlah terbesar dalam sehari Sukan Sabah (SAGA) ke-10 yang dijadualkan berakhir esok.

Antara acara yang menawarkan pingat terbesar hari ini adalah menerusi pencak silat iaitu sebanyak 23 pingat emas dan diikuti karate dengan 18 pingat emas serta olahraga menawarkan 16 pingat emas.

Acara karate menawarkan 18 pingat emas

Selain itu, turut menawarkan pingat emas terbesar ialah muay sebanyak 12 pingat emas; tinju (10 emas); memanah (5 emas); E-Sport dan golf masing-masing menawarkan empat pingat emas.

Bagi acara petanque pula menawarkan tiga pingat emas; bola keranjang, bola tampar, sepak takraw dan tenis masing-masing menawarkan dua pingat emas serta berbasikal dan bola jaring masing-masing menawarkan satu pingat emas.

SAGA ke-10 pada hari ini turut menawarkan sebanyak 105 pingat perak menerusi 15 acara yang diadakan dan 43 pingat gangsa menerusi 12 acara.

Sehingga jam 10 malam semalam, Kota Kinabalu terus mendahului carta pungutan pingat apabila bersama memperoleh 14 pingat emas; tujuh pingat perak dan 19 pingat gangsa menjadikan keseluruhan sebanyak 40 pingat emas.

Sandakan berada ditempat kedudukan apabila berjaya memperoleh sembilan pingat emas; enam perak dan 17 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32 pingat.

Mengikuti rapat Sandakan adalah Keningau yang memperoleh tujuh pingat emas; lima perak dan 20 gangsa menjadikan jumlah keseluhan 32 pingat setakat malam tadi. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/21/saga-x-pencak-silat-karate-dan-olahraga-tawar-pingat-emas-terbesar-hari-ini/feed/ 0 46889
RM27.13 juta diperuntukkan bagi pembangunan dan mengurus industri sukan tahun depan   https://sabahmedia.com/2023/12/17/rm27-13-juta-diperuntukkan-bagi-pembangunan-dan-mengurus-industri-sukan-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2023/12/17/rm27-13-juta-diperuntukkan-bagi-pembangunan-dan-mengurus-industri-sukan-tahun-depan/#respond Sat, 16 Dec 2023 22:48:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46639
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM27.13 juta bagi mengurus dan membangunkan industri sukan di negeri ini, pada tahun hadapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  peruntukan ini juga untuk memastikan lebih ramai lagi bakat-bakat muda dalam bidang sukan dilahirkan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan sukan di negeri ini.

“Saya meminta Kementerian Belia dan Sukan negeri untuk terus menggalakkan penglibatan rakyat khususnya bakat-bakat muda dalam bidang sukan bagi meningkatkan lagi mutu dan kecemerlangan bidang sukan di negeri ini.

“Adalah amat penting untuk kita melahirkan pelapis sebagai bakat baharu di semua peringkat sukan. Perancangan ini adalah sebagai satu komitmen perancangan jangka panjang untuk memenuhi bakat yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Hajiji berkata, Kerajaan komited untuk memajukan sukan di negeri ini dan ia terbukti dengan pembinaan serta penyediaan banyak prasarana kepada pengiat sukan. 

Katanya, usaha itu adalah seiring dengan visi Sabah untuk melahirkan atlet bertaraf dunia.

Beliau juga merakamkan tahniah kepada semua atlet Sabah yang telah mengharumkan nama negeri dan negara dalam beberapa acara sukan yang disertai di dalam serta luar negara.

“Saya juga sangat berbesar hati kerana berpeluang bersama dengan atlet dan penggiat sukan pada malam ini (semalam).

“Saya dimaklumkan SAGA kali ini disertai hampir 7,000 pengiat sukan termasuk atlet dan pegawai. Ini adalah satu jumlah yang amat besar dan ini jelas menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang cemerlang kepada pengiat sukan untuk menjayakan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan memastikan Sukan Sabah ini terus diperkasa.

“Ini termasuklah dengan membuat penambahbaikan dalam semua aspek agar terus relevan sebagai platform untuk mencungkil bakat dan melahirkan atlet berpotensi yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta semua atlet agar tidak leka atau mudah berpuas hati, dengan kejayaan yang diperolehi.

“Sebaliknya semangat yang membara harus kita teruskan. Kita perlu terus bangkit kerana Kerajaan Negeri juga akan menghantar atlet untuk menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada bulan Ogos 2024,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/17/rm27-13-juta-diperuntukkan-bagi-pembangunan-dan-mengurus-industri-sukan-tahun-depan/feed/ 0 46639
SAGA X : Membakut beri tumpuan beberapa acara utama https://sabahmedia.com/2023/12/15/saga-x-membakut-beri-tumpuan-beberapa-acara-utama/ https://sabahmedia.com/2023/12/15/saga-x-membakut-beri-tumpuan-beberapa-acara-utama/#respond Fri, 15 Dec 2023 09:28:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46602
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen mewakili Membakut yang julung kali menyertai temasya Sukan Sabah (SAGA) pada tahun ini akan memberi tumpuan kepada beberapa acara utama.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, daerah yang baru dinaik taraf sebagai daerah penuh itu akan menghantar seramai 198 peserta termasuk pengurus pasukan.

“Hari ini saya meraikan ketua pasukan daripada daerah Membakut yang julung kalinya mewakili daerah baharu yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dan DUN Bongawan.

“Beberapa acara akan kita jadikan tumpuan, antaranya Silat, Petanque, Olahraga, Bola Tampar, Badminton dan beberapa lagi acara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis meraikan ketua-ketua pasukan Kontinjen Membakut yang akan menyertai SAGA ke-10 di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Membakut merangkap Ketua Kontinjen Ibrahin Terki.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya berharap penyertaan daerah itu ke SAGA ke-10 dapat membawa nama Membakut ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, temasya itu juga diharap dapat menaikkan imej Membakut selain mengeratkan serta memperkenalkan daerah itu dengan pasukan lain.

“Bagi saya apa yang penting menerusi SAGA ini ianya akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pasukan seluruh daerah disamping kami dapat belajar sebanyak pengalaman dari daerah lain yang mengikuti dalam SAGA ini.

“Pada SAGA kali ini, kita juga akan memberi insentif kemenangan kepada atlet yang berjaya meraih pingat iaitu pingat emas sebanyak RM1,000; Perak (RM500) dan Gangsa RM300.  Manakala bagi berkumpulan, kita akan bincang berdasarkan kesesuaian,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, kontinjen Membakut mensasarkan akan dapat meraih 10 pingat emas menerusi beberapa acara wajib dan pilihan.

“Kira sasar 10 emas dan untuk sukan utama kita sasar dapat meraih pingat menerusi Silat; Petanque; Bola Sepak dan Basikal,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/15/saga-x-membakut-beri-tumpuan-beberapa-acara-utama/feed/ 0 46602
DUN Sabah : 22 jenis sukan dipertandingkan pada SAGA ke-10 https://sabahmedia.com/2023/11/29/dun-sabah-22-jenis-sukan-dipertandingkan-pada-saga-ke-10/ https://sabahmedia.com/2023/11/29/dun-sabah-22-jenis-sukan-dipertandingkan-pada-saga-ke-10/#respond Wed, 29 Nov 2023 10:15:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45868
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 22 jenis sukan akan dipertandingkan pada temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan berlangsung selama tujuh hari bermula 16 Disember depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, temasya sukan terbesar Sabah itu akan diadakan di empat buah daerah iaitu Kota Kinabalu; Ranau; Tuaran dan Keningau.

“SAGA edisi ke-10 pada kali ini melibatkan seramai 3,110 orang atlet dan pegawai di daerah Kota Kinabalu, 1,298 orang di daerah Tuaran dan 794 orang di daerah Penampang.

“Selain itu seramai 988 orang akan terlibat di daerah Putatan, 235 orang di daerah Ranau, 140 orang di daerah Keningau dan selebihnya 394 orang merupakan pegawai urus setia yang akan bertungkus-lumus memastikan temasya tahun ini berlangsung dengan lancar dan sukses,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ellron berkata, sebanyak 182 pingat Emas, 182 pingat Perak dan 262 pingat Gangsa akan menjadi rebutan, di mana 103 acara ditawarkan dalam kategori Lelaki, 75 acara untuk kategori Wanita dan empat acara untuk kategori Campuran.

Katanya, SAGA merupakan platform kepada ahli-ahli sukan atau atlet daripada 28 daerah di seluruh negeri Sabah, bertanding sebelum dikenalpasti dan dipilih mewakili negeri ini untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak yang akan berlangsung Ogos tahun depan.

“Kontinjen SUKMA Sabah mempunyai hasrat yang amat tinggi untuk memenangi lebih banyak pingat emas pada SUKMA 2024 Sarawak.

“Lembaga Sukan, agensi di bawah Kementerian saya juga berperanan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bawah 12 Tahun. Pada  tahun  2024, program pembangunan bola sepak bawah 12 tahun akan dilaksanakan di beberapa daerah di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/29/dun-sabah-22-jenis-sukan-dipertandingkan-pada-saga-ke-10/feed/ 0 45868
SAGA 2023 : 3,328 atlet sertai pusingan kelayakan berpasukan di enam zon https://sabahmedia.com/2023/09/03/saga-2023-3328-atlet-sertai-pusingan-kelayakan-berpasukan-di-enam-zon/ https://sabahmedia.com/2023/09/03/saga-2023-3328-atlet-sertai-pusingan-kelayakan-berpasukan-di-enam-zon/#respond Sun, 03 Sep 2023 05:57:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41207
Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Seramai 3,328 atlet di enam zon seluruh Sabah telah menyertai Pusingan Kelayakan Berpasukan Sukan Sabah (SAGA) 2023 yang berakhir pada Jumaat lalu.

Jumlah itu melibatkan seramai 643 peserta di Zon Pantai Barat Selatan, 496 peserta di Zon Sandakan, 777 peserta di Zon Tawau, 626 peserta di Zon Pantai Barat Utara, 506 peserta di Zon Pedalaman Atas dan 280 peserta di Zon Pedalaman Bawah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, pusingan kelayakan kali ini melibatkan enam jenis sukan berpasukan iaitu bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, hoki dan juga sepak takraw.

Katanya, pasukan-pasukan yang layak akan bertanding di temasya sebenar SAGA X Kota Kinabalu 2023 pada 16 hingga 22 Disember depan.

“Bagi pihak kementerian, saya berharap pasukan-pasukan yang layak akan meneruskan latihan dan menggandakan kekuatan kerana di SAGA sebenar nanti, pertandingan yang bakal diharungi pastinya jauh lebih sengit umpama ‘bertemu buku dengan ruas’.

“Apa yang lebih penting, melalui SAGA ini kita dapat mengenalpasti lebih ramai bakat atau potensi juara yang akan mewakili Sabah bertanding di peringat lebih tinggi lagi khususnya di Sukan Malaysia atau SUKMA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau sesi pertandingan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas di sini.

Tambahnya, pihak kementerian turut berpuas hati dengan persiapan dan penganjuran pusingan kelayakan kali ini yang berlangsung selama lima hari bermula 28 Ogos lalu.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS); Datuk Mansur Asun, Timbalan Setiausaha Tetap KBSS; Charles William Dabbi, Pengurus Besar, Lembaga Sukan Sabah (LSS); Terrace Pudin dan Pengarah, Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah); Mohd. Asneh Mohd. Noor.

Fairuz berkata, penganjuran SAGA dilihat menepati keperluan pembangunan sukan negeri ini. 

Katanya, walaupun Kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah kewangan yang agak besar, tetapi hasilnya amat berbaloi dengan kemunculan ramai atlet-atlet ternama seperti Rayzam Shah Wan Sofian, Andre Anura Anuar, Mohd Eizlan Dahalan dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Mansur ditemui semasa meninjau sesi pertandingan sepak takraw di Dewan Sri Putatan, merakamkan terima kasih kepada semua kakitangan MSN Sabah yang telah bertungkus-lumus dan menunjukkan komitmen tinggi di dalam melaksanakan tugas pemantauan sepanjang pusingan kelayakan itu berlangsung.

“Terima kasih juga kepada semua pegawai pertandingan yang terlibat, para pengadil, pegawai dari persatuan, pegawai dari Pejabat Daerah, pegawai kesihatan, Polis, RELA, ibu bapa dan ahli keluarga atlet yang datang menyokong, serta juga para penaja dan rakan-rakan media,” kata beliau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/03/saga-2023-3328-atlet-sertai-pusingan-kelayakan-berpasukan-di-enam-zon/feed/ 0 41207
Acara e-Sport diteruskan pada kejohanan SAGA X 2023 https://sabahmedia.com/2023/03/21/acara-e-sport-diteruskan-pada-kejohanan-saga-x-2023/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/acara-e-sport-diteruskan-pada-kejohanan-saga-x-2023/#respond Tue, 21 Mar 2023 05:52:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31204
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Acara bagi sukan elektronik atau e-Sport bakal diteruskan lagi pertandingannya pada kejohanan Sukan Sabah (SAGA) bagi edisi ke-10 yang akan diadakan selama tujuh hari bermula 16 Disember depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, daerah Kota Kinabalu bakal menjadi hos penganjur kejohanan selepas Keningau berjaya menjadi hos penganjuran bagi edisi ke-Sembilan pada tahun 2019.

Katanya, daerah Kota Kinabalu merupakan hos penganjur pada tahun 2021 namun tertangguh kerana penularan wabak COVlD-19.

“Acara sukan e-Sport yang dipertandingkan bagi edisi ini adalah Mobile Legend,PES 2022 dan TEKKEN 7 selain ianya akan dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita.

“Pada kejohanan SAGA di Keningau, dua jenis sukan e-Sport diadakan sebagai pertunjukan sahaja iaitu MOBILE LEGENDS : BANG BANG dan DOTA 2,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk SAGA X Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ellron berkata, meskipun sukan itu merupakan industri sukan yang masih baharu dalam negara namun ia berkembang dengan begitu pesat seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Katanya, selain menjana pendapatan dan meningkatkan kemahiran, sukan e-Sport mampu memupuk budaya semangat berpasukan yang sihat di kalangan penggiat sukan ini.

“Antara objektif penganjuran sukan e-Sport adalah bagi menjadi medium bagi mempromosi sukan elektronik kepada para belia negeri Sabah.

“Selain itu ianya sebagai pendedahan dan persiapan penganjuran sukan elektronik di temasya SAGA tahun ini serta dapat membentuk hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama yang baik antara pasukan, pemain, penaja dan pemimpin setempat.

“Sukan elektronik ini juga dapat menyediakan platform kepada penggiat sukan untuk mengembangkan minat dan kemahiran dalam sukan e-sport selain memupuk semangat dan budaya berpasukan yang sihat di kalangan belia khususnya penggiat sukan ini,” katanya.

Tambahnya, penganjuran sukan itu juga dilihat dapat mencungkil bakat baharu yang berpotensi dalam industri sukan elektronik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/acara-e-sport-diteruskan-pada-kejohanan-saga-x-2023/feed/ 0 31204