Sukan sea – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Dec 2025 08:17:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukan sea – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan SEA 2025: PM Anwar ucap selamat berjuang kepada kontinjen negara https://sabahmedia.com/2025/12/09/sukan-sea-2025-pm-anwar-ucap-selamat-berjuang-kepada-kontinjen-negara/ https://sabahmedia.com/2025/12/09/sukan-sea-2025-pm-anwar-ucap-selamat-berjuang-kepada-kontinjen-negara/#respond Tue, 09 Dec 2025 08:17:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87992
Read Time:34 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 yang bermula secara rasmi di Thailand, hari ini.

“Beraksilah dengan fokus, tenang dan penuh keyakinan. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi setiap langkah kalian,” katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.

Sukan SEA 2025 berlangsung mulai hari ini hingga 20 Dis manakala Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dijadual bermula dari 20 hingga 26 Jan depan.

Malaysia menghantar 1,142 atlet disertai 515 pegawai bagi Sukan SEA 2025, manakala APG 2025 melibatkan 236 atlet dan 117 pegawai.

Negara menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna, dengan beberapa acara sukan telah bermula sejak minggu ini. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/09/sukan-sea-2025-pm-anwar-ucap-selamat-berjuang-kepada-kontinjen-negara/feed/ 0 87992
Sabah tarik diri jadi penganjur bersama Sukan Sea 2027 https://sabahmedia.com/2024/10/22/sabah-tarik-diri-jadi-penganjur-bersama-sukan-sea-2027/ https://sabahmedia.com/2024/10/22/sabah-tarik-diri-jadi-penganjur-bersama-sukan-sea-2027/#respond Tue, 22 Oct 2024 07:43:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62561
Read Time:1 Minute, 6 Second


Kuala Lumpur : Sabah menarik diri daripada menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 berikutan kekurangan kemudahan yang bersesuaian.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Sabah sebelum ini bersetuju dengan peruntukan sebanyak RM100,528,975 bagi pengelolaan secara bersama.

“Susulan itu kementerian akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak swasta dan korporat bagi mendapatkan penajaan dalam bentuk wang tunai serta barangan.

“Penganjuran bagi temasya Sukan SEA 2027 ini sebenarnya akan ditanggung secara bersama oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan badan korporat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab  soalan Chow Kon Yeow (DAP-Batu Kawan), di Dewan Rakyat, semalam.

Hannah berkata, setakat ini komitmen daripada kerajaan negeri adalah sebanyak RM365 juta, dimana sebanyak RM350 juta  adalah daripada kerajaan Sarawak dan RM15 juta lagi daripada kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, kementerian sedang dalam proses menubuhkan Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat Sukan SEA 2027 melalui perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, pelbagai kementerian berkaitan dan kerajaan negeri.

“Anggaran kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta berbanding RM608,741,085 bagi penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

“Justeru, pihak kementerian berpandangan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 boleh dianjurkan dengan menggunakan pendekatan yang lebih berhemah, minimalis dan bersekala kecil.

“Kemudahan-kemudahan sedia ada sudah mencukupi untuk tujuan penganjuran dengan kos naik taraf yang lebih ekonomikal berbanding pembinaan tempat pertandingan yang baharu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/22/sabah-tarik-diri-jadi-penganjur-bersama-sukan-sea-2027/feed/ 0 62561
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah https://sabahmedia.com/2024/09/06/keputusan-sabah-tidak-jejas-persiapan-sukan-sea-2027-hannah/ https://sabahmedia.com/2024/09/06/keputusan-sabah-tidak-jejas-persiapan-sukan-sea-2027-hannah/#respond Fri, 06 Sep 2024 06:58:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60253
Read Time:1 Minute, 59 Second

BERNAMA

Paris: Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama temasya dwitahunan itu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Majlis Sukan Negara tetap meneruskan persiapan penganjuran apatah lagi mendapat komitmen tinggi dari Sarawak dan Pulau Pinang untuk menjadi hos bersama.

Hannah berkata beliau juga telah memberikan maklum balas dengan menyambut baik keputusan terbaharu Kabinet Sabah itu kelmarin.

“Kita hormati keputusan negeri Sabah (penganjuran Sukan SEA 2027)….MSN memang akan teruskan persiapan Sukan SEA 2027 kerana kita telah dapatkan kelulusan jemaah menteri,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perenang para negara Muhammad Nur Syaiful Zulkafli beraksi pada final acara 50 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Paris La Defense Arena di sini.

Nur Syaiful menduduki tempat ketujuh dengan catatan masa 34.34 saat (s) manakala perenang dari China mendominasi podium menerusi Guo Jincheng yang merekodkan 29.33s sekali gus memecahkan rekod dunianya sendiri iaitu 29.78s bagi membawa pulang emas.

Rakan senegaranya Yuan Weiyi (30.80s) meraih perak dan Wang Lichao (31.23s) pula memperoleh gangsa.

Minggu lepas, Hannah memaklumkan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju untuk menjadi tuan rumah bersama-sama Kuala Lumpur bagi penganjuran Sukan SEA 2027 yang dianggarkan menelan kos RM700 juta.

Bagaimanapun, media semalam melaporkan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, mendedahkan kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan bagi penganjuran bersama Sukan SEA 2027 dan hari ini mereka memaklumkan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi hos bersama temasya itu.

Sementara itu, Hannah optimis sekiranya jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin menampilkan prestasi terbaiknya esok, Malaysia berpotensi untuk merangkul emas kedua di Paris.

Jaguh badminton para negara, Cheah Like Hou muncul atlet pertama Malaysia memenangi emas pada Paris 2024 dengan menumpaskan Suryo Nugroho, 21-13, 21-15 dalam perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, Isnin lepas.

Malaysia juga berjaya merangkul perak menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatatan intelektual) selain Eddy Bernard yang membawa pulang gangsa 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Sementara itu, dalam pertemuannya dengan atlet negara di perkampungan sukan, Hannah berkata 18 atlet yang membuat penampilan pertama di pentas Paralimpik rata-ratanya mahu dihantar lebih kerap ke kejohanan luar bagi memperoleh pengalaman.

Beliau juga sempat meninjau fasiliti disediakan Institut Sukan Negara selain penyediaan menu halal yang dihidangkan untuk atlet para negara.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/06/keputusan-sabah-tidak-jejas-persiapan-sukan-sea-2027-hannah/feed/ 0 60253
Kerajaan Sabah teliti, pertimbang semula cadangan jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 https://sabahmedia.com/2024/09/05/kerajaan-sabah-teliti-pertimbang-semula-cadangan-jadi-penganjur-bersama-sukan-sea-2027/ https://sabahmedia.com/2024/09/05/kerajaan-sabah-teliti-pertimbang-semula-cadangan-jadi-penganjur-bersama-sukan-sea-2027/#respond Thu, 05 Sep 2024 09:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60214
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan untuk menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, keputusan itu dibuat semalam secara sebulat suara oleh ahli- ahli mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, selepas meneliti dan menilai pelbagai aspek.

“Berkenaan dengan cadangan awal Sabah menjadi salah satu penganjur bersama Sukan SEA 2027, ia masih memerlukan persetujuan Jemaah Menteri.

“Semalam, kami telah bersetuju bahawa Sabah akan meneliti dan mempertimbangkan semula cadangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ellron berkata, kementeriannya juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia untuk mendapatkan perincian lanjut cadangan penganjuran bersama Sukan SEA 2027.

“Saya akan bertemu dengan Menteri KBS Malaysia secepat mungkin untuk membincangkan dan memperjelaskan perkara ini secara terperinci.

“Hasil perbincangan dan maklumat terperinci berkaitan penganjuran akan dibentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, Ellron berkata, kerajaan Sabah amat menyambut baik hasrat kerajaan persekutuan untuk menganjurkan temasya itu.

Katanya, Sabah akan memberikan sokongan penuh serta bekerjasama erat untuk memastikan kejayaan Sukan SEA 2027.

Semalam Menteri Kewangan Datuk Ser Masidi Manjun berkata, Kerajaan Sabah tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan membabitkan penganjuran bersama temasya Sukan SEA 2027.

Katanya, Kabinet negeri juga pada masa ini belum bersedia menjadi hos bersama berikutan kemudahan sukan yang tidak mencukupi.

“Mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tidak pernah membuat sebarang komitment kewangan bagi penganjuran Sukan SEA 2027. 

“Kerajaan Sabah juga belum bersedia menjadi ‘co-host’ kerana kemudahan-kemudahan sukan di Sabah masih perlu dipertingkatkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/05/kerajaan-sabah-teliti-pertimbang-semula-cadangan-jadi-penganjur-bersama-sukan-sea-2027/feed/ 0 60214
Sabah tidak pernah buat komitmen kewangan untuk Sukan SEA 2027 https://sabahmedia.com/2024/09/04/sabah-tidak-pernah-buat-komitmen-kewangan-untuk-sukan-sea-2027/ https://sabahmedia.com/2024/09/04/sabah-tidak-pernah-buat-komitmen-kewangan-untuk-sukan-sea-2027/#respond Wed, 04 Sep 2024 06:49:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60175
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah tidak pernah membuat sebarang komitmen kewangan membabitkan penganjuran bersama temasya Sukan SEA 2027.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kabinet negeri juga pada masa ini belum bersedia menjadi hos bersama berikutan kemudahan sukan yang tidak mencukupi.

“Mesyuarat Kabinet Kerajaan Sabah hari ini mengesahkan tidak pernah membuat sebarang komitment kewangan bagi penganjuran Sukan SEA 2027. 

“Kerajaan Sabah juga belum bersedia menjadi ‘co-host’ kerana kemudahan-kemudahan sukan di Sabah masih perlu dipertingkatkan,” katanya dalam ciapan X di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah telah menghantar beberapa cadangan acara sukan yang sesuai untuk dipertandingkan di negeri ini bagi menjayakan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2027.

Katanya, Sabah sebelum ini telah dipelawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persekutuan melalui  Majlis Sukan Negara (MSN) untuk turut serta menjayakan temasya berkenaan.

“Kita (Sabah) sudah dipelawa KBS Persekutuan melalui MSN dan kita juga telah menghantar beberapa cadangan kita, tetapi kita perlu berbincang dengan Kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dalam kenyataan minggu lalu mengumumkan Malaysia menerima tawaran menganjurkan Sukan SEA 2027, dengan Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju menjadi hos bersama dengan Kuala Lumpur.

Menteri KBS Malaysia Hannah Yeoh dilaporkan berkata KBS menolak tawaran beberapa negeri lain untuk menjadi hos bersama temasya itu kerana mereka tidak bersetuju menanggung kos penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Katanya kos keseluruhan dianggarkan mencecah RM700 juta, berdasarkan kos Sukan SEA 2017 dan Sarawak bersetuju menampung 50 peratus daripada kos itu, manakala Sabah RM100 juta dan Pulau Pinang RM15 juta. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/04/sabah-tidak-pernah-buat-komitmen-kewangan-untuk-sukan-sea-2027/feed/ 0 60175
Malaysia setuju jadi tuan rumah Sukan Sea 2027 https://sabahmedia.com/2024/08/29/malaysia-setuju-jadi-tuan-rumah-sukan-sea-2027/ https://sabahmedia.com/2024/08/29/malaysia-setuju-jadi-tuan-rumah-sukan-sea-2027/#respond Thu, 29 Aug 2024 01:13:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59838
Read Time:58 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan keputusan Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.

“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sudah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur.

“Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang berjaya mengendalikan penganjuran temasya berakhir pada 24 Ogos lalu dengan jayanya,” menurut kenyataan itu lagi.

Kali terakhir temasya dwitahunan itu berlangsung di Malaysia adalah pada 2017.

Sebagai rekod, edisi 2017 menyaksikan Malaysia menamatkan kempen sebagai juara keseluruhan selepas memenangi 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa.

Termasuk edisi 2027, Malaysia menjadi tuan rumah dalam tujuh edisi selepas 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan juga 2017.

Bagi edisi ke-33 yang akan berlangsung pada Disember tahun depan, Thailand akan menjadi tuan rumah dengan tiga lokasi menjadi venue pertandingan iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/29/malaysia-setuju-jadi-tuan-rumah-sukan-sea-2027/feed/ 0 59838
Cadangan acara sukan sesuai dipertandingkan di Sabah sudah dikemukakan – Ellron https://sabahmedia.com/2024/07/26/cadangan-acara-sukan-sesuai-dipertandingkan-di-sabah-sudah-dikemukakan-ellron/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/cadangan-acara-sukan-sesuai-dipertandingkan-di-sabah-sudah-dikemukakan-ellron/#respond Thu, 25 Jul 2024 16:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58038
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Sabah telah menghantar beberapa cadangan acara sukan yang sesuai untuk dipertandingkan di negeri ini bagi menjayakan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 nanti.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah sebelum ini telah dipelawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persekutuan melalui  Majlis Sukan Negara (MSN) untuk turut serta menjayakan temasya berkenaan.

“Kita (Sabah) sudah dipelawa KBS Persekutuan melalui MSN dan kita juga telah menghantar beberapa cadangan kita, tetapi kita perlu berbincang dengan Kerajaan negeri.

“Kita nampak dia cerah sebab penganjur bersama itu walaupun di Malaysia tapi sebilangan besar daripada sukan akan berlangsung di Sarawak, ia termasuklah cadangan perasmian pembukaan rasmi itu sendiri pada 2027.

“Cadangan-cadangan acara sukan juga telah kita hantar tetapi kita belum mendapat jawapan daripada KBS dan juga MSN persekutuan. Kita perlu jadi penganjur bersama Sukan SEA kerana ia bagus untuk negeri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman penyertaan Kontinjen Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak di sini semalam.

Sebelum ini Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, Sabah menjadi negeri terbaharu memberi maklum balas kepada MSN berhubung pelawaan untuk turut serta menjayakan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 nanti.

Katanya, setakat ini sudah ada tiga negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang yang memberikan respons, manakala beberapa negeri belum memberikan kata putus. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/cadangan-acara-sukan-sesuai-dipertandingkan-di-sabah-sudah-dikemukakan-ellron/feed/ 0 58038