sukan sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Aug 2026 05:52:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukan sekolah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan tahunan sekolah pupuk semangat kesukanan, perpaduan dan cungkil bakat murid https://sabahmedia.com/2026/08/06/sukan-tahunan-sekolah-pupuk-semangat-kesukanan-perpaduan-dan-cungkil-bakat-murid/ https://sabahmedia.com/2026/08/06/sukan-tahunan-sekolah-pupuk-semangat-kesukanan-perpaduan-dan-cungkil-bakat-murid/#respond Thu, 06 Aug 2026 05:52:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101056
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Penganjuran sukan tahunan sekolah bukan sekadar medan mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah menjadi platform penting untuk memupuk semangat kesukanan, perpaduan serta mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Sabah, Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, semangat kesukanan yang diterapkan melalui acara sukan mampu membentuk sahsiah murid selain mengukuhkan nilai kebersamaan dalam komuniti sekolah.

Beliau berkata, penglibatan ibu bapa dalam program sukan sekolah juga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan murid, sekali gus mewujudkan kerjasama erat antara keluarga dan pihak sekolah.

“Hari ini kita merasmikan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan. Antara elemen yang penting ialah melihat pelajar-pelajar bersukan dengan penuh semangat, di samping memupuk hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan pihak sekolah.

“Bagi saya, semangat kesukanan amat penting untuk memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan murid. Saya berharap pertandingan seperti ini menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus aktif dalam bidang sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sukan Olahraga Tahunan SK Sembulan, di Stadium Likas di sini pada Khamis.

Menurut beliau, penyertaan aktif dalam sukan mampu membina keyakinan diri, disiplin dan semangat berpasukan yang menjadi asas kepada pembentukan generasi berdaya saing.

Katanya, penganjuran sukan tahunan juga membuka ruang kepada murid yang berbakat untuk mengembangkan potensi mereka sehingga ke peringkat daerah dan negeri.

“Saya berharap ada dalam kalangan murid di sekolah ini yang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah, seterusnya negeri pada masa akan datang. 

“Program seperti ini menjadi landasan awal untuk mencungkil bakat dan melahirkan atlet muda yang berpotensi,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak, termasuk ibu bapa, guru dan komuniti setempat, agar terus memberikan sokongan terhadap aktiviti kokurikulum dan sukan demi melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kecergasan fizikal. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/06/sukan-tahunan-sekolah-pupuk-semangat-kesukanan-perpaduan-dan-cungkil-bakat-murid/feed/ 0 101056
Sukan medium terbaik bentuk murid seimbang dan berdaya saing https://sabahmedia.com/2026/05/11/sukan-medium-terbaik-bentuk-murid-seimbang-dan-berdaya-saing/ https://sabahmedia.com/2026/05/11/sukan-medium-terbaik-bentuk-murid-seimbang-dan-berdaya-saing/#respond Mon, 11 May 2026 04:04:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96491
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Aktiviti sukan di sekolah merupakan medium terbaik dalam membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, sekali gus melahirkan generasi berdisiplin, berdaya saing serta memiliki sahsiah terpuji.

Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, penglibatan aktif murid dalam sukan bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, malah membentuk ketahanan mental, semangat kesukanan dan daya kepimpinan.

“Melalui sukan, murid diasuh dengan nilai disiplin, tanggungjawab, ketekunan dan semangat untuk terus berusaha. 

“Ini amat penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan berdaya saing pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang  Kali Ke-35 di sini pada Ahad.

Arif berkata, pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga terus memainkan peranan signifikan dalam memastikan setiap murid mendapat peluang menyertai aktiviti sukan secara aktif.

Katanya, dasar tersebut bukan sahaja menghidupkan budaya sukan di sekolah, malah membantu mengeratkan hubungan antara warga sekolah dengan komuniti setempat.

“Pembangunan murid secara holistik melalui aktiviti kokurikulum seperti ini amat penting bagi memastikan mereka membesar sebagai individu yang sihat, cergas dan seimbang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kejohanan olahraga bukan sekadar medan pertandingan untuk merebut kemenangan, sebaliknya menjadi platform pendidikan yang mengajar murid tentang usaha, pengorbanan, perancangan dan ketabahan.

Aktiviti sukan juga, katanya, memainkan peranan besar dalam memupuk perpaduan, toleransi dan semangat kerjasama dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian, sama ada yang berjaya meraih kemenangan mahupun yang belum memperoleh tempat.

“Penyertaan itu sendiri sudah menunjukkan keberanian dan semangat yang tinggi. Teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/11/sukan-medium-terbaik-bentuk-murid-seimbang-dan-berdaya-saing/feed/ 0 96491
Sukan wadah bagi menyatupadukan semua lapisan masyarakat https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukan-wadah-bagi-menyatupadukan-semua-lapisan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukan-wadah-bagi-menyatupadukan-semua-lapisan-masyarakat/#respond Fri, 09 Aug 2024 07:50:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58771
Read Time:1 Minute, 51 Second

Penampang : Penganjuran sukan di peringkat sekolah mampu menjadi wadah bagi menyatukan semua lapisan masyarakat khususnya daripada kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mohammad Arif Sakaran berkata, aktiviti sukan juga menjadi penghubung negara Malaysia dengan negara luar.

“Justeru, saya menyeru kepada ibu bapa, marilah kita bersama-sama membantu dan menyokong pihak sekolah, menyokong bakat anak anak kita dengan bantuan tenaga, kepakaran, wang ringgit, dan buah fikiran.

“Ini adalah agar pembangunan sukan di negeri Sabah khasnya akan lebih maju dan mampu melahirkan atlit-atlit gred A dengan pencapaian gred A tentunya,”‘ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Daerah Kota Kinabalu di sini semalam.

Arif berkata, para atlit yang bertanding juga diminta untuk terus melakukan sesuatu yang luar biasa untuk pencapaian individu. 

“Teruskan usaha, tingkatkan latihan agar kemenangan sentiasa menjadi buruan. Kepada yang tidak berjaya dan mungkin tidak begitu menyerlah pada sukan kali ini, jangan sesekali berputus asa.

“Bangkit untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada, yakin pada diri

jika orang lain mampu tentu saya juga mampu. Di saat anda gagal dalam sembilan kali percubaan, siapa tahu percubaan kali ke sepuluh itulah anda berjaya membuktikan bakat dan kebolehan.

“Saya pasti tiada usaha yang akan sia-sia dan atlit -atlit yang berada di hadapan saya ini, saya mengharapkan agar anda semua bakal mewakill negeri Sabah dalam apa juga sukan yang kalian ceburi kelak di arena yang lebih berprestij,” katanya. 

Sementara itu, Arif berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menjadi sebahagian daripada penggerak sukan di sekolah anak-anak.

“Sokonglah minat mereka, jangan disekat dengan kekangan – kekangan umpama sukan ini tidak penting dan tidak menjanjikan masa depan.

“Memanglah akademik menjadi penanda aras untuk kecemerlangan anak-anak kita, tetapi jangan dilupa bahawa sukan juga adalah penyumbang terbesar untuk kemenjadian anak-anak ini. 

“Dengan akademik yang mewakili kecerdasan minda ditambah dengan aktiviti sukan untuk kecergasan fizikal maka tidak hairanlah generasi yang terlahir kelak menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. 

“Saya menyeru kepada semua ibu bapa, melalui PIBG juga, pastikan aktiviti sukan ini sebagai aktiviti pilihan agar anak – anak kita seimbang dari segala sudut yang saya sebutkan tadi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukan-wadah-bagi-menyatupadukan-semua-lapisan-masyarakat/feed/ 0 58771
Kejohanan sukan sekolah bantu tingkat potensi, minat murid https://sabahmedia.com/2024/07/13/kejohanan-sukan-sekolah-bantu-tingkat-potensi-minat-murid/ https://sabahmedia.com/2024/07/13/kejohanan-sukan-sekolah-bantu-tingkat-potensi-minat-murid/#respond Sat, 13 Jul 2024 06:13:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57482
Read Time:1 Minute, 4 Second

Tuaran : Penganjuran kejohanan sukan diperingkat sekolah mampu membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

Focal Person Kebangsaan Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, bidang sukan juga merupakan antara platform terbaik bagi melahirkan murid yang cergas dari segi fizikal dan mental.

“Kejohanan ini tidak semata-mata untuk menentukan juara atau pemenang bagi setiap perlawanan, namun melalui kejohanan ini ia memberi pendidikan bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan dan pengorbanan.

“Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan perjuangan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa ke-28 di Komples Sukan Tuaran di sini hari ini.

Arif berkata, melalui program itu juga pihaknya percaya bakat murid akan dapat dikenal pasti dan memberi peluang untuk terus mengembangkan bakat ke tahap lebih optimum.

Selain itu katanya, kejohanan itu juga adalah landasan terbaik ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama tinggi.

“Matlamat akhir nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotic dan saling berkasih saying,” katanya.

Terdahulu, kejohanan itu adalah bagi mengukuhkan lagi perhubungan dan pergaulan dalam kalangan semua murid untuk gerak kerja yang diceburi.

Selain itu, kejohanan itu juga mampu melahirkan murid yang aktif dan berpotensi dalam bidang ko kurikulum. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/13/kejohanan-sukan-sekolah-bantu-tingkat-potensi-minat-murid/feed/ 0 57482
Kejohanan sukan semai minat bersukan di kalangan murid https://sabahmedia.com/2023/10/12/kejohanan-sukan-semai-minat-bersukan-di-kalangan-murid/ https://sabahmedia.com/2023/10/12/kejohanan-sukan-semai-minat-bersukan-di-kalangan-murid/#respond Thu, 12 Oct 2023 01:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43476
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Lebih 1,000 pengunjung terdiri dari ibu bapa, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1 di sini hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-41 semalam.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Likas itu disempurnakan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu Nordin Insan.

Antara acara akhir dipertandingkan 100 meter lelaki dan perempuan; 4 x 100 meter lelaki dan perempuan; acara perbarisan dan beberapa acara lain turut dipertandingkan.

Kejohanan olahraga yang diadakan itu adalah bagi memberi peluang murid-murid menyertai serta mempamerkan bakat serta kebolehan dalam bidang sukan olahraga (balapan dan padang), permainan dan sukaneka.

Acara yang diadakan juga adalah satu cara menyemai minat bersukan di kalangan murid-murid.

Guru besar SK Tanjung Aru 1 Maklin Daud berkata, kejohanan yang diadakan itu merupakan satu agenda besar dalam kalendar sekolah.

“Kepada semua murid yang terserah kecemerlangannya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggu bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

“Para ibu bapa juga diharap dapat terus memberikan sokongan kepada anak-anak untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan dalam bidang kokurikulum akan membanti pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis itu dan turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Aru 1 Idzwan Rafaie.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/12/kejohanan-sukan-semai-minat-bersukan-di-kalangan-murid/feed/ 0 43476