sukan tradisi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Jun 2026 03:16:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukan tradisi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan tradisi Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/02/sukan-tradisi-kaamatan-2026-perkukuh-perpaduan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/02/sukan-tradisi-kaamatan-2026-perkukuh-perpaduan-rakyat-sabah/#respond Tue, 02 Jun 2026 03:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97628
Read Time:1 Minute, 16 Second

PENAMPANG : Penganjuran Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, penganjuran sukan tradisi itu selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”.

Menurut beliau, sambutan Pesta Kaamatan bukan sahaja meraikan budaya dan warisan masyarakat, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan kebudayaan serta agensi kerajaan.

“Kita meraikan Pesta Kaamatan tahun ini dalam suasana penuh harmoni dan perpaduan bersama rakyat, NGO, Kadazandusun Cultural Association (KDCA), serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan yang turut terlibat menjayakannya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Sukan Sabah (LSS), Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program yang menyatupadukan rakyat negeri ini.

“Program seperti inilah yang kita mahukan kerana ia mempunyai nilai perpaduan dan keharmonian. Apabila wujud keharmonian, kita dapat bekerjasama dengan lebih baik sekali gus memajukan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung di Dewan SMK Bahang, Penampang, di sini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melabuhkan tirainya dengan penyertaan kira-kira 500 peserta yang mengambil bahagian dalam 10 acara sukan tradisional yang dipertandingkan mengikut beberapa kategori.

Selain itu, Joachim turut menyaksikan perlawanan akhir acara tarik tali dan gusti lengan sebelum menyempurnakan majlis penutupan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam suasana yang meriah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/02/sukan-tradisi-kaamatan-2026-perkukuh-perpaduan-rakyat-sabah/feed/ 0 97628
500 peserta sertai sukan tradisi Kaamatan Sabah 2026 https://sabahmedia.com/2026/05/31/500-peserta-sertai-sukan-tradisi-kaamatan-sabah-2026/ https://sabahmedia.com/2026/05/31/500-peserta-sertai-sukan-tradisi-kaamatan-sabah-2026/#respond Sat, 30 May 2026 23:57:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97543
Read Time:2 Minute, 8 Second

PENAMPANG : Kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Sukan Tradisi sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026, sekali gus mencerminkan minat yang tinggi khususnya dalam kalangan generasi muda terhadap usaha memelihara dan menghayati warisan budaya negeri.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penyertaan memberangsangkan itu merupakan petanda positif bahawa masyarakat, terutama golongan belia, masih menghargai adat dan budaya yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

Beliau berkata, sebanyak 10 acara tradisional dipertandingkan sepanjang program yang berlangsung selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang.

“Dianggarkan kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam 10 acara tradisional yang dipertandingkan sepanjang program sukan tradisi ini.

“Antara acara yang dianjurkan ialah gusti lengan, membujak, menyumpit dan tarik tali yang mendapat penyertaan ramai peserta,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan berkenaan, pada Sabtu.

Menurut Nizam, sambutan yang diterima membuktikan usaha memartabatkan sukan tradisional masih relevan dan mampu menarik minat generasi muda untuk mengenali budaya serta identiti masyarakat Sabah.

Katanya, walaupun masyarakat kini hidup dalam era moden dan globalisasi, mereka tidak seharusnya melupakan asal-usul serta warisan budaya yang menjadi asas pembentukan jati diri.

“Ini adalah satu petanda yang baik dan menjadi contoh kepada generasi di luar sana supaya walaupun kita berada di mana-mana di dunia ini, janganlah kita melupai asal-usul serta adat budaya kita.

“Melalui program ini juga kita dapat mengekalkan warisan budaya menerusi aktiviti-aktiviti sukan yang diwarisi sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran sukan tradisi itu juga selari dengan aspirasi kementerian untuk memperkasakan belia Sabah agar terus menghargai dan memahami kepentingan budaya serta tradisi masyarakat setempat.

Menurutnya, budaya dan tradisi masyarakat Sabah merupakan aset berharga yang bukan sahaja membentuk identiti negeri, malah turut menjadi antara tarikan utama pelancongan.

“Budaya dan tradisi masyarakat Sabah merupakan aset penting yang bukan sahaja membentuk identiti negeri, malah menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

“Penyertaan memberangsangkan yang diterima membuktikan generasi muda masih berminat untuk mengenali serta menghayati adat dan budaya warisan nenek moyang mereka,” katanya.

Nizam berharap program seumpama itu dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan bagi memastikan nilai, budaya dan tradisi masyarakat Sabah terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang.

Program berkenaan dianjurkan oleh Lembaga Sukan Negeri Sabah dengan kerjasama Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Petronas dan SMK Bahang sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Seri Dr Anil Sandhu; Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Syed Ahmad Syed Abas; serta Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Mansur Asun.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/31/500-peserta-sertai-sukan-tradisi-kaamatan-sabah-2026/feed/ 0 97543
Usaha promosi sukan tradisi perlu diperkasa https://sabahmedia.com/2022/05/01/usaha-promosi-sukan-tradisi-perlu-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2022/05/01/usaha-promosi-sukan-tradisi-perlu-diperkasa/#respond Sun, 01 May 2022 09:20:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=15016
Read Time:1 Minute, 10 Second

KENINGAU: Usaha mempromosi sukan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) kepada umum perlu diperkasa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, agensi-agensi dalam Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta agensi yang terlibat haruslah mempergiat usaha dalam memperkenalkan sukan tradisi  menerusi kempen dan program yang berkaitan.

“Program sukan tradisi ini merupakan wadah terbaik untuk memperkenalkan sukan tradisi dan salah satu kaedah efektif untuk memperkanal keunikan sukan-sukan tradisi ini adalah melalui media sosial, memandangkan media sosial merupakan satu medium pantas dan meluas pada hari ini.

“Pertandingan sukan tradisi ini harus diteruskan malah perlu diadakan secara lebih meluas agar sukan tradisi ini dikenali ramai bukan sahaja diperingkat negeri malah di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pertandingan Sukan Tradisi Sempena Pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Pusat Kraftangan, Keningau di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS), Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi LSS, Janih Bangud dan wakil KDCA, Pengurus Besar LSS, Terrance Edward Pudin.

Ellron berkata, pihaknya rasa bersyukur apabila sukan tradisi itu diraikan secara fizikal selepas dua tahun diadakan secara hibrid ataupun secara pertunjukan maya.

Katanya, ianya juga turut dirasai oleh para pengunjung  seterusnya menyaksikan sendiri sukan-sukan tradisi dengan lebih dekat.

Pada majlis yang sama, Ellron turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sukan tradisi dalam acara menyumpit, membujak dan melastik serta pertandingan baju tradisi terbaik.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/05/01/usaha-promosi-sukan-tradisi-perlu-diperkasa/feed/ 0 15016