SUKAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Sep 2026 08:30:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SUKAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Para SUKMA : Anil yakin Sabah mampu realisasi sasaran 66 emas https://sabahmedia.com/2026/09/06/para-sukma-anil-yakin-sabah-mampu-realisasi-sasaran-66-emas/ https://sabahmedia.com/2026/09/06/para-sukma-anil-yakin-sabah-mampu-realisasi-sasaran-66-emas/#respond Sun, 06 Sep 2026 08:30:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102917
Read Time:1 Minute, 9 Second

SHAH ALAM : Prestasi positif yang ditunjukkan kontinjen Sabah pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor memberi keyakinan bahawa sasaran mengutip 66 pingat emas mampu direalisasikan pada temasya kali ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, Sabah berjaya mendahului kedudukan kutipan pingat selepas meraih lima emas; enam perak dan lima gangsa setakat jam 3 petang tadi.

Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan perkembangan positif kontinjen Sabah, terutama dari aspek pengurusan atlet serta persiapan menghadapi pertandingan.

Menurutnya, pemantauan yang dilakukan sejak awal pagi mendapati pengurusan atlet Sabah berjalan dengan teratur, manakala prestasi yang dipamerkan dalam acara olahraga turut berada pada tahap yang memuaskan.

“Saya lihat pencapaian dan pengurusan adik-adik kita, anak-anak muda ini begitu teratur dan saya tengok di olahraga pun cukup kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di Dewan MBSA Seksyen 19 di sini pada Ahad.

Anil berkata, perkembangan tersebut memberikan gambaran positif terhadap kemampuan atlet Sabah untuk meneruskan momentum dalam baki pertandingan.

Katanya, walaupun perjalanan temasya masih berbaki beberapa hari, pencapaian semasa mampu menjadi asas penting dalam usaha kontinjen mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Insya-Allah, target emas 66 pingat itu mudah-mudahan akan kita capailah pada Para SUKMA di Selangor tahun ini,” katanya.

Beliau turut menggesa agar momentum dan semangat yang ditunjukkan atlet Sabah ketika ini dikekalkan sehingga semua acara yang disertai selesai dipertandingkan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/06/para-sukma-anil-yakin-sabah-mampu-realisasi-sasaran-66-emas/feed/ 0 102917
SUKMA XXII: Sabah turun beraksi saingan peringkat kumpulan esok https://sabahmedia.com/2026/08/11/sukma-xxii-sabah-turun-beraksi-saingan-peringkat-kumpulan-esok/ https://sabahmedia.com/2026/08/11/sukma-xxii-sabah-turun-beraksi-saingan-peringkat-kumpulan-esok/#respond Tue, 11 Aug 2026 13:42:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101391
Read Time:1 Minute, 25 Second

SHAH ALAM: Kontinjen Sabah akan turun beraksi dalam beberapa saingan peringkat kumpulan untuk acara sukan berpasukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 di sini pada Rabu.

Antara acara yang dijangka menarik perhatian ialah bola keranjang 3×3, bola tampar pantai dan polo air yang menyaksikan atlet Sabah berdepan saingan sengit daripada kontinjen negeri lain.

Dalam acara bola keranjang 3×3 yang dijadual berlangsung di Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2, skuad wanita Sabah akan memulakan kempen peringkat Kumpulan B dengan menentang Melaka pada jam 9.20 pagi.

Pasukan itu kemudiannya dijadualkan berdepan Pulau Pinang pada jam 12.40 tengah hari sebelum melengkapkan aksi peringkat kumpulan menentang Pahang pada jam 3.20 petang.

Skuad lelaki Sabah turut menghadapi jadual mencabar apabila dijadualkan menentang Perak pada jam 2 petang, diikuti pertemuan dengan Johor pada jam 5 petang.

Sementara itu, acara bola tampar pantai turut menjadi antara medan yang menyaksikan wakil Sabah berusaha memburu kemenangan di Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA Seksyen 19, Shah Alam.

Dalam kategori lelaki, pasangan Sabah A, Mohamad Ardy Shamsuddin dan Kenner Palanius, akan membuka saingan Kumpulan F menentang Terengganu A pada jam 8.30 pagi.

Gandingan Sabah B yang dibarisi Saharil Salleh dan Nicky Liroy Ngau Apolius pula akan beraksi dalam Kumpulan A menentang Perak A pada jam 1.30 tengah hari.

Bagi kategori wanita, pasangan Sabah B, Jarinah Jumaani dan Cyla Dania Diwit, akan turun beraksi dalam Kumpulan C menentang Pulau Pinang B pada jam 3.30 petang.

Dalam acara polo air pula, skuad lelaki Sabah akan meneruskan cabaran dalam saingan Kumpulan B dengan menentang Wilayah Persekutuan pada jam 1.30 tengah hari.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Pusat Akuatik Darul Ehsan (PADE), Shah Alam. – SABAH MEDIA / FOTO MSN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/11/sukma-xxii-sabah-turun-beraksi-saingan-peringkat-kumpulan-esok/feed/ 0 101391
TTS juara keseluruhan Sukan KePKAS Ke-10 https://sabahmedia.com/2026/07/09/tts-juara-keseluruhan-sukan-kepkas-ke-10/ https://sabahmedia.com/2026/07/09/tts-juara-keseluruhan-sukan-kepkas-ke-10/#respond Thu, 09 Jul 2026 06:23:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99575
Read Time:2 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Taman-Taman Sabah (TTS) muncul juara keseluruhan Sukan Peringkat Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Kali Ke-10 Tahun 2026 di sini pada Rabu.

Kontinjen itu berjaya mencatat prestasi cemerlang dengan meraih 20 pingat emas daripada keseluruhan 25 pingat yang dimenangi sepanjang temasya sukan dwitahunan itu.

Keputusan rasmi itu diumumkan Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Josie Lai, pada Majlis Penutupan Sukan KePKAS Ke-10 yang berlangsung di Dewan Kebudayaan Penampang, di sini.

Sebanyak tujuh kontinjen mengambil bahagian dalam kejohanan yang mempertandingkan 14 acara sukan, terdiri daripada Taman-Taman Sabah (TTS), Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL), KePKAS, Jabatan Muzium Sabah (JMS) dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (JPAS).

Dalam ucapan penutupannya, Josie berkata kejayaan penganjuran sukan edisi kali ini membuktikan disiplin, komitmen tinggi dan semangat kerja berpasukan merupakan faktor utama yang mendorong kecemerlangan sesebuah kontinjen.

“Syabas kepada semua kontinjen yang telah mengambil bahagian. Kepada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara, pencapaian ini amat membanggakan.

“Namun kepada yang belum meraih kejayaan, jangan melihat keputusan hari ini sebagai satu kegagalan. Dalam sukan, pengalaman dan pengajaran merupakan kemenangan yang turut dikongsi bersama,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan itu bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan warga KePKAS.

Mengulas tema kejohanan tahun ini, “Harmoni, Integriti, Tumbuh Bersama Dalam Sukan”, beliau berkata nilai-nilai itu jelas dizahirkan melalui semangat kesukanan, saling menghormati dan kerjasama yang dipamerkan oleh semua kontinjen sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kita bukan sahaja menyaksikan persaingan yang sihat, tetapi juga melihat warga daripada pelbagai jabatan berinteraksi, berlatih dan bertanding sebagai satu keluarga besar KePKAS. Inilah matlamat sebenar penganjuran Sukan KePKAS,” katanya.

Berdasarkan keputusan rasmi, STB muncul naib juara dengan kutipan dua pingat emas, tujuh pingat perak dan lapan pingat gangsa, manakala LKNS menduduki tempat ketiga selepas meraih dua pingat emas, empat pingat perak dan lapan pingat gangsa.

JHL pula menduduki tempat keempat dengan 12 pingat, diikuti KePKAS di tempat kelima dengan tujuh pingat, JMS di tempat keenam dengan empat pingat dan JPAS di tempat ketujuh dengan dua pingat.

Sepanjang kejohanan, TTS mendominasi beberapa acara utama apabila merangkul pingat emas dalam bola sepak, badminton, bola tampar, futsal lelaki, futsal wanita, sepak takraw, boling padang serta tarik tali lelaki dan wanita.

Dalam majlis sama, JHL Sabah diumumkan sebagai tuan rumah Sukan KePKAS Ke-11 yang dijadual berlangsung pada 2028.

Josie turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah selaku penganjur serta semua jawatankuasa pelaksana, pegawai teknikal, pengadil, urus setia dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan itu berlangsung lancar dan jayanya.

Beliau mengingatkan seluruh warga KePKAS supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika pulang ke destinasi masing-masing.

“Tiada kemenangan yang lebih bermakna selain dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat,” katanya. – FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/09/tts-juara-keseluruhan-sukan-kepkas-ke-10/feed/ 0 99575
Aktiviti sukan bentuk murid lebih berdisiplin dan berdaya saing https://sabahmedia.com/2026/05/20/aktiviti-sukan-bentuk-murid-lebih-berdisiplin-dan-berdaya-saing/ https://sabahmedia.com/2026/05/20/aktiviti-sukan-bentuk-murid-lebih-berdisiplin-dan-berdaya-saing/#respond Wed, 20 May 2026 11:26:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97044
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Penglibatan murid dalam aktiviti sukan sejak usia muda mampu membantu membentuk disiplin diri, meningkatkan keyakinan serta melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing pada masa depan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti Sekolah Sabah (PIBKS), Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, penganjuran sukan termasuk kejohanan bola sepak berupaya memberi peluang kepada murid untuk menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.

Beliau berkata, program seperti itu bukan sahaja memberi manfaat dari aspek kesihatan dan kecergasan, malah menjadi medium terbaik untuk membina sahsiah pelajar.

“Melalui kejohanan seperti ini, kita dapat melihat potensi dan bakat pelajar dalam bidang sukan. Ia juga menjadi platform untuk mereka mengembangkan kemahiran serta keyakinan diri sejak kecil.

“Selain itu, penglibatan dalam aktiviti sihat dapat membantu murid mengelakkan diri daripada gejala sosial kerana masa mereka diisi dengan perkara yang bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak 12 tahun ke bawah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Kinabalu peringkat OK9 Tanjung Aru di sini pada Rabu.

Arif berkata, sukan juga mampu mendidik murid supaya lebih berdisiplin, mematuhi peraturan serta belajar bekerjasama dalam satu pasukan.

Beliau berkata, sekolah perlu terus memberi galakan kepada murid untuk aktif dalam kokurikulum kerana pembangunan pelajar tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata.

Tambahnya, usaha memperkasakan bakat murid menerusi bidang sukan juga seiring dengan aspirasi pembangunan pendidikan negara dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.

“Kita mahu melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. Sebab itu program sukan seperti ini sangat penting untuk diteruskan,” katanya.

Kejohanan tersebut berlangsung meriah dengan penglibatan beberapa sekolah sekitar Zon OK9 Tanjung Aru serta mendapat sokongan daripada guru dan ibu bapa yang hadir memberi semangat kepada para peserta. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/20/aktiviti-sukan-bentuk-murid-lebih-berdisiplin-dan-berdaya-saing/feed/ 0 97044
Kerajaan Negeri alu-alukan lebih banyak inisiatif belia, sukan di Sabah https://sabahmedia.com/2026/05/08/kerajaan-negeri-alu-alukan-lebih-banyak-inisiatif-belia-sukan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/05/08/kerajaan-negeri-alu-alukan-lebih-banyak-inisiatif-belia-sukan-di-sabah/#respond Fri, 08 May 2026 04:33:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96337
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha berkenaan akan melengkapkan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan serta sektor sukan di Sabah.

“Sukan juga merupakan platform penting dalam memupuk perpaduan rakyat,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan, Dr Muhammed Taufiq Johari di Menara Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan serta Setiausaha Tetap kementerian, Datuk Mansur Asun.

Dalam pertemuan itu, Dr Muhammed memaklumkan kementeriannya telah mengenal pasti beberapa program pembangunan belia dan sukan yang akan dilaksanakan di Sabah.

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi besar dalam pembangunan pasaran khusus, terutama dalam sektor pelancongan sukan.

Selain itu, Dr Muhammed turut memuji komitmen Sabah yang menghantar kontinjen seramai 200 peserta bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara yang dijadual berlangsung di Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/08/kerajaan-negeri-alu-alukan-lebih-banyak-inisiatif-belia-sukan-di-sabah/feed/ 0 96337
Kerajaan Sabah salur RM3.1 juta geran tahunan, perkasa 51 persatuan sukan https://sabahmedia.com/2026/02/27/kerajaan-sabah-salur-rm3-1-juta-geran-tahunan-perkasa-51-persatuan-sukan/ https://sabahmedia.com/2026/02/27/kerajaan-sabah-salur-rm3-1-juta-geran-tahunan-perkasa-51-persatuan-sukan/#respond Fri, 27 Feb 2026 01:24:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92349
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM3.1 juta untuk diagihkan kepada 51 persatuan sukan negeri yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan sebagai geran tahunan bagi tahun 2026.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peruntukan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh pembangunan sukan di semua peringkat.

Beliau berkata, geran berkenaan akan disalurkan berdasarkan permohonan program yang dikemukakan persatuan dan tertakluk kepada Tatacara Penyaluran Geran Tahunan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan ketelusan serta integriti pengurusan dana.

“Selaku Menteri, saya menegaskan kepada semua persatuan sukan agar dapat menggunakan bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri ini untuk melaksanakan program pembangunan atlet secara efisien dan bertanggungjawab. 

” Jangan sesekali mensia-siakan jumlah peruntukan yang diberikan ini kerana wang yang dibelanjakan ini merupakan duit rakyat yang amat berharga.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua persatuan untuk merancang, meneliti dan melaksanakan program masing-masing dengan sepenuh komitmen. Saya mahu perbelanjaan yang telah dibuat ini dapat dikembalikan kepada kementerian ini dalam bentuk laporan yang sahih dan data yang boleh digunapakai untuk memajukan lagi mutu sukan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Skim Insentif Kemenangan Sukan Kebangsaan dan Antarabangsa 2025 dan Majlis Penyerahan Geran Persatuan Sukan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

Pada majlis sama, Nizam turut menyerahkan insentif kemenangan kepada atlet berjaya melibatkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM807,050.

Nizam berkata, insentif itu dipecahkan kepada dua pencapaian iaitu insentif kemenangan kebangsaan dan antarabangsa untuk sukan `able’ iaitu sebanyak RM269,850 dan insentif kemenangan untuk pencapaian atlet PARA iaitu sebanyak RM537,200.

Katanya, pemberian insentif kemenangan itu amat besar tetapi sangat berbaloi dibelanjakan oleh Kerajaan Sabah demi terus menarik minat dan penyertaan anak-anak muda Sabah, sejajar usaha Kerajaan untuk melahirkan ‘Atlet Bertaraf Dunia’.

“Dalam masa yang sama, kerajaan berharap penyertaan anak-anak muda dalam sukan juga dapat membina kehidupan mereka yang lebih berkualiti dan sihat. 

“Ini kerana, sukan mampu membina sasiah anak-anak muda yang kukuh termasuk disiplin, semangat juang, kerjasama, ketrampilan dan semangat patriotik kepada negara.

“Inilah sebenarnya yang diharapkan oleh Kerajaan, kerana atlet dan anak-anak muda kita pada hari ini merupakan generasi yang akan memacu masa depan negeri dan negara ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/27/kerajaan-sabah-salur-rm3-1-juta-geran-tahunan-perkasa-51-persatuan-sukan/feed/ 0 92349
Perkasa Padu FC juara karnival bola sepak 9 sebelah di Kapayan https://sabahmedia.com/2025/06/16/perkasa-padu-fc-juara-karnival-bola-sepak-9-sebelah-di-kapayan/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/perkasa-padu-fc-juara-karnival-bola-sepak-9-sebelah-di-kapayan/#respond Mon, 16 Jun 2025 02:15:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75630
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Perkasa Padu FC dari Kuala Penyu membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara Karnival Bolasepak 9 Sebelah yang berlangsung meriah di Padang Ganang, Kapayan, di sini pada Ahad.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Exco Pemuda UPKO Pusat itu menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan hebat dari pelbagai daerah, termasuk GMD FC dari Kota Kinabalu yang berjaya merangkul Naib Juara, manakala tempat Ketiga Bersama disandang oleh Magazou KDMR.

Sebagai juara, Perkasa Padu FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, diikuti GMD FC dengan RM1,000, sementara kedua-dua pasukan tempat ketiga masing-masing menerima RM500.

Karnival ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan yang sihat, malah berjaya menyatukan belia dari pelbagai latar belakang melalui semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pemuda UPKO Pusat Felix Joseph Saang.

Objektif utama karnival itu juga adalah untuk memperkasa penyertaan belia dalam sukan, serta mencungkil bakat-bakat muda khususnya dalam sukan bola sepak yang sentiasa menjadi sukan pilihan rakyat Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/perkasa-padu-fc-juara-karnival-bola-sepak-9-sebelah-di-kapayan/feed/ 0 75630
Naik taraf padang sekolah, galak sukan dan kecemerlangan pelajar https://sabahmedia.com/2025/04/26/naik-taraf-padang-sekolah-galak-sukan-dan-kecemerlangan-pelajar/ https://sabahmedia.com/2025/04/26/naik-taraf-padang-sekolah-galak-sukan-dan-kecemerlangan-pelajar/#respond Fri, 25 Apr 2025 23:54:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72689
Read Time:51 Second

Putatan : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau Penampang kini menikmati kemudahan padang baharu hasil penaiktarafan yang dibiayai menerusi peruntukan Parlimen Putatan.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kemudahan baharu itu dijangka akan dapat memberi manfaat kepada hampir 2,000 pelajar di sekolah berkenaan.

Katanya, padang itu merupakan padang kedua daripada tiga projek penaiktarafan padang sekolah di bawah peruntukan tersebut, selepas SMK Putatan.

Menurutnya, aebuah lagi padang mini di Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas dijangka siap hujung bulan ini.

“Jadi kita berharap dengan adanya padang yang berada dalam keadaan yang lebih selesa ini, ianya akan dapat membantu pelajar-pelajar sekolah ini untuk menjalani aktiviti kokurikulum mereka dan seterusnya melahirkan ahli-ahli sukan yang berprestasi baik dan juga cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Padang SMK Tansau di Putatan di sini semalam.

Dalam pada itu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri turut mengucapkan tahniah kepada sekolah tersebut atas pencapaian SPM 2024 yang membanggakan, dengan 12 pelajar memperoleh keputusan ‘straight A’ bagi 8 hingga 10 mata pelajaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/26/naik-taraf-padang-sekolah-galak-sukan-dan-kecemerlangan-pelajar/feed/ 0 72689
Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Kejohanan Olahraga Remaja SEA Bawah 18 Khamis ini https://sabahmedia.com/2024/11/26/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-kejohanan-olahraga-remaja-sea-bawah-18-khamis-ini/ https://sabahmedia.com/2024/11/26/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-kejohanan-olahraga-remaja-sea-bawah-18-khamis-ini/#respond Tue, 26 Nov 2024 01:12:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64421
Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Kejohanan Olahraga Remaja SEA Bawah 18 tahun Kota Kinabalu Sabah 2024 kali Ke-16 sehari tiga hari bermula Khamis ini di Stadium Likas.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah sudah bersedia bagi penganjuran kejohanan olahraga remaja Asia Tenggara itu dan bersedia menerima ketibaan kontinjen dari 11 buah negara.

“Jadi, kita mengharapkan negara-negara yang akan mengambil bahagian berpuas hati dengan persiapan venue kita, begitu juga dengan persiapan penginapan dan kenderaan telah dibuat dengan sebaik mungkin.

“Jadi dalam masa dua hingga tiga hari ini kita akan menjangkakan ketibaan 11 buah negara termasuk atlet kita daripada Semenanjung dan Sarawak.

“Ini termasuk negara Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, Myanmar, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Malaysia sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai sesi temu bual dalam rancangan Kami Bah Ini (KBI) di Studio TV RTM, di sini semalam.

Ellron berkata, melalui kejohanan itu ianya akan dapat mendedahkan atlet Sabah serta menggalakkan mereka untuk berlatih kerana mereka bukan sahaja bertanding di peringkat kampung atau peringkat daerah mahupun negeri tetapi mereka bertanding di peringkat antarabangsa.

“Kita harapkan peminat-peminat olahraga dan juga keluarga untuk datang beramai-ramai menyaksikan 

Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara ke-16 di Kompleks Sukan Likas terutama yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Kita tidak dapat menjangkakan kehadiran orang ramai tetapi penyertaan sebanyak 500 orang atlet dan difahamkan ahli keluarga mereka akan datang bersama yang mengambil peluang bercuti pada hujung tahun,” katanya 

Ellron berkata, melalui penganjuran kejohanan tersebut ia akan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Sabah yang menjadi tuan rumah terutama bagi membantu merancakkan ekonomi tempatan.

“Seperti yang saya katakan tadi dengan kehadiran atlet dan mungkin lebih daripada 100 orang pegawai daripada 11 buah negara ini juga akan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah.

“Harapan saya supaya kerajaan akan menganjurkan lebih banyak sukan bukan sahaja olahraga tetapi sukan-sukan yang lain di peringkat antarabangasa diadakan di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/26/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-kejohanan-olahraga-remaja-sea-bawah-18-khamis-ini/feed/ 0 64421
Liga Super : Sabah FC bermain tanpa tiga tonggak utama bertemu KDN FC https://sabahmedia.com/2024/11/03/liga-super-sabah-fc-bermain-tanpa-tiga-tonggak-utama-bertemu-kdn-fc/ https://sabahmedia.com/2024/11/03/liga-super-sabah-fc-bermain-tanpa-tiga-tonggak-utama-bertemu-kdn-fc/#respond Sat, 02 Nov 2024 21:54:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63196
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu :  Tiga tonggak utama Sabah FC berkemungkinan tidak diturunkan pada perlawanan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium Likas petang ini selepas dikenal pasti mengalami kecederaan.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, antara pemain yang masih cedera termasuk Saddil Ramdani, Kwang-min Ko dan Jafri Chew.

Katanya, setakat ini beliau tidak akan melakukan penggiliran pemain memandangkan perlawanan ini cukup penting bagi memastikan skuad Badak berada di kedudukan terbaik dalam carta Liga Super.

“Saya hanya akan membuat pertukaran pemain dan mengenal pasti beberapa pemain lain untuk mengambil alih posisi ditinggalkan pemain-pemain yang cedera ini.

“Kemungkinan besar beberapa pemain lain sudah bersiap sedia untuk  diturunkan bagi memastikan Sabah FC tidak kehilangan tiga mata berharga di Stadium Likas pada perlawanan esok,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kim Swee berkata dalam tiga perlawanan lalu, Sabah FC mendapat keputusan yang cukup positif dan ini bukan bermakna skuad badak harus mengambil mudah ketika melayan kunjungan Kelantan. 

“Kita tidak boleh leka walaupun bermain di tempat sendiri, Seperti  saya katakan sebelum ini kita (Sabah FC) harus kekal konsisten.

“Untuk kekal berada di tempat pertama, kedua dan ketiga merupakan idaman Sabah FC, tetapi kita harus kekal fokus dan paling penting adalah konsistensi pada petang esok (hari ini),” katanya.

Tambahnya, Sabah FC tidak ingin kekal berakhir pertengahan musim di tangga kedua ataupun ketiga  namun ingin mendapatkan kedudukan terbaik apabila di penghujung musim nanti. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/03/liga-super-sabah-fc-bermain-tanpa-tiga-tonggak-utama-bertemu-kdn-fc/feed/ 0 63196