Sukarti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Jul 2024 08:57:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukarti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukarti kekal Pengerusi SPANS https://sabahmedia.com/2024/07/03/sukarti-kekal-pengerusi-spans/ https://sabahmedia.com/2024/07/03/sukarti-kekal-pengerusi-spans/#respond Wed, 03 Jul 2024 08:57:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56975
Read Time:41 Second

Kota Kinabalu: Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Mantan Pegawai Daerah, Datuk Stephen Laison Sondoh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, menggantikan Datuk Cladius Roman.

Daripada tujuh orang Ahli SPANS yang dilantik, dua adalah muka baharu iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun.

Lima Ahli SPANS yang dilantik semula ialah Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Bin Ali.

Mereka menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/03/sukarti-kekal-pengerusi-spans/feed/ 0 56975