sukau grs – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 18 Nov 2025 04:53:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukau grs – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Juhari perkukuh hubungan dengan penduduk Kampung Tidung https://sabahmedia.com/2025/11/18/juhari-perkukuh-hubungan-dengan-penduduk-kampung-tidung/ https://sabahmedia.com/2025/11/18/juhari-perkukuh-hubungan-dengan-penduduk-kampung-tidung/#respond Tue, 18 Nov 2025 04:53:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86256
Read Time:41 Second

SUKAU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Datuk Juhari Janan, terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat melalui pertemuan mesra bersama penduduk Kampung Tidung baru-baru ini.

Lawatan tersebut menjadi platform bagi beliau mendengar secara langsung aspirasi, keperluan, dan harapan rakyat di kawasan itu.

Juhari menekankan bahawa sokongan padu daripada setiap kampung merupakan asas penting bagi kestabilan politik negeri Sabah.

“Semoga sokongan akar umbi di setiap kampung terus kukuh. Kestabilan politik inilah yang akan menjamin kelangsungan kemajuan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Juhari juga menyeru para pengundi di DUN Sukau untuk terus memberikan sokongan kepada GRS, bagi memastikan pembangunan berterusan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk mendekati rakyat, mengukuhkan hubungan dengan masyarakat, dan menyalurkan aspirasi mereka terus ke pentadbiran negeri. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/18/juhari-perkukuh-hubungan-dengan-penduduk-kampung-tidung/feed/ 0 86256