sukau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 12 Jan 2026 02:58:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isu sampah boleh jejaskan reputasi Sukau sebagai rizab biosfera UNESCO https://sabahmedia.com/2026/01/12/isu-sampah-boleh-jejaskan-reputasi-sukau-sebagai-rizab-biosfera-unesco/ https://sabahmedia.com/2026/01/12/isu-sampah-boleh-jejaskan-reputasi-sukau-sebagai-rizab-biosfera-unesco/#respond Mon, 12 Jan 2026 02:58:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89562
Read Time:1 Minute, 16 Second

KINABATANGAN : Isu pengurusan sampah di kawasan pelancongan khususnya di Sukau, perlu ditangani dengan segera dan lebih tersusun bagi mengelakkan kesan buruk terhadap alam sekitar serta reputasi destinasi eko-pelancongan bertaraf antarabangsa itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, masalah lambakan sisa pepejal di kawasan pelancongan bukan sahaja mencemarkan imej Sukau, malah berpotensi menjejaskan habitat hidupan liar, kualiti air Sungai Kinabatangan dan pengalaman pelancong.

Beliau berkata, sebagai kawasan yang kini diiktiraf sebagai Rizab Biosfera UNESCO, Sukau tidak boleh berkompromi dalam aspek kebersihan dan pengurusan sisa pepejal.

“Sekiranya isu ini tidak ditangani secara serius, ia boleh menjejaskan reputasi Sukau sebagai Rizab Biosfera UNESCO serta keyakinan pelancong, khususnya pelancong antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Taklimat Bersama Pengusaha Industri Pelancongan di Sukau Kinabatangan bagi mendengar pandangan, cadangan dan keperluan pemain industri berkaitan pembangunan pelancongan mampan.

Jafry berkata, antara cadangan yang dibincangkan ialah pembinaan rumah sampah sebagai langkah awal ke arah sistem pengurusan sisa yang lebih sistematik, efisien dan mesra alam.

“Kementerian akan meneliti cadangan ini secara terperinci bersama pihak berkuasa tempatan, agensi berkaitan serta komuniti setempat bagi memastikan penyelesaian yang praktikal dan mampan dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kementeriannya sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar pandangan pemain industri dan penduduk setempat, sambil menekankan bahawa penyelesaian terbaik perlu datang dari lapangan, bukan semata-mata melalui perbincangan di peringkat pengurusan.

Menurutnya, kerajaan negeri komited untuk memastikan Sukau terus berkembang sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang bersih, terurus dan memberi manfaat langsung kepada rakyat setempat.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/12/isu-sampah-boleh-jejaskan-reputasi-sukau-sebagai-rizab-biosfera-unesco/feed/ 0 89562
Semangat penyatuan tunjang kestabilan dan kemajuan Sabah  https://sabahmedia.com/2025/11/23/semangat-penyatuan-tunjang-kestabilan-dan-kemajuan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/23/semangat-penyatuan-tunjang-kestabilan-dan-kemajuan-sabah/#respond Sun, 23 Nov 2025 05:12:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86782
Read Time:1 Minute, 9 Second

KINABATANGAN : Semangat penyatuan dan kerjasama erat menjadi teras utama dalam perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan kestabilan politik dan kelangsungan kemajuan negeri ini.

Mesej ini ditekankan dalam Ceramah Perdana GRS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau yang berlangsung dengan meriah di Sentosa Jaya, Sabtu.

Program tersebut menandakan kemuncak kempen bagi menarik sokongan pengundi sebelum hari pengundian.

Ceramah tersebut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah, yang juga merupakan Calon GRS untuk kawasan DUN Kuamut. 

Beliau hadir bersama-sama dengan ketua-ketua Bahagian Gagasan Rakyat  mencerminkan sokongan padu dari akar umbi.

Dalam ucapan , Juhari menekankan kepentingan memupuk semangat penyatuan dan budaya saling bantu-membantu dalam kalangan rakyat. 

Beliau menegaskan bahawa pendekatan ini penting bagi menghadapi sebarang cabaran dan memastikan pembangunan yang mampan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Dengan hanya tinggal satu minggu lagi sebelum hari penentuan, GRS menyeru kepada semua rakyat di kawasan Kinabatangan untuk terus memberikan mandat yang kukuh kepada gabungan itu.

“Sokongan berterusan anda amat bermakna. Kestabilan politik yang kita kecapi ini adalah kunci kepada segala rancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan untuk memacu Sabah ke arah kemakmuran yang lebih besar,” kata Masiung.

GRS yakin bahawa dengan pendekatan bersatu padu dan sokongan rakyat, hala tuju pembangunan negeri Sabah akan terus terpelihara dan dipercepatkan untuk kebaikan generasi masa kini dan akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/23/semangat-penyatuan-tunjang-kestabilan-dan-kemajuan-sabah/feed/ 0 86782
PRU Sabah : Jelajah GRS di Sukau dapat sambutan hangat, sokongan semakin meningkat https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-jelajah-grs-di-sukau-dapat-sambutan-hangat-sokongan-semakin-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-jelajah-grs-di-sukau-dapat-sambutan-hangat-sokongan-semakin-meningkat/#respond Sat, 22 Nov 2025 04:58:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86677
Read Time:47 Second

SUKAU : Program jelajah kempen Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Juhari Janan, terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila kehadirannya di Kampung Sri Ganda disambut meriah oleh penduduk setempat, termasuk komuniti kepulauan dan persisiran.

Program ceramah berkelompok yang berlangsung pada malam tersebut menyaksikan kehadiran pengundi dalam jumlah besar, mencerminkan sokongan yang semakin meningkat kepada calon berkenaan.

Dalam ucapannya, Juhari merayu agar pengundi memberikan mandat yang jelas kepada beliau bagi membolehkannya melaksanakan agenda pembangunan menyeluruh yang dirancang untuk manfaat semua penduduk Sukau.

“Banyak perancangan sudah kita susun untuk kawasan Sukau, termasuk Kampung Sri Ganda.

“Dengan mandat rakyat, kita dapat merealisasikan pembangunan ini demi kesejahteraan bersama,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas sambutan dan sokongan penduduk yang dilihat semakin kukuh, sambil menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan keperluan rakyat di kawasan itu.

Kempen calon GRS itu akan diteruskan dengan siri jelajah seterusnya, termasuk pertemuan bersama komuniti di beberapa lokasi lain dalam kawasan Sukau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/22/pru-sabah-jelajah-grs-di-sukau-dapat-sambutan-hangat-sokongan-semakin-meningkat/feed/ 0 86677
Calon GRS Sukau terima sokongan padu belia https://sabahmedia.com/2025/11/21/calon-grs-sukau-terima-sokongan-padu-belia/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/calon-grs-sukau-terima-sokongan-padu-belia/#respond Fri, 21 Nov 2025 00:32:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86561
Read Time:34 Second

SUKAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.59 Sukau, Datuk Juhari Janan, terus memacu semangat barisan kerja dan penyokongnya.

Lawatan Juhari ke Markas Pilihan Raya GRS di Kampung Paris 2 disambut meriah oleh para penyokong, khususnya golongan belia dari Kampung Paris dan kawasan sekitarnya.

Anak muda menunjukkan komitmen tinggi untuk membantu kempen Juhari, demi memastikan kemenangan calon GRS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah kali ini.

Kehadiran dan sokongan padu golongan belia dianggap sebagai suntikan semangat penting untuk calon dalam memacu kempennya di kawasan Sukau.

Penyertaan aktif golongan belia menjadi petanda positif bagi momentum kempen GRS di Sukau, sekaligus mencerminkan keyakinan generasi baharu terhadap kepimpinan Juhari.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/calon-grs-sukau-terima-sokongan-padu-belia/feed/ 0 86561
Sokongan berterusan penting bagi teruskan agenda pembangunan Sukau https://sabahmedia.com/2025/11/17/sokongan-berterusan-penting-bagi-teruskan-agenda-pembangunan-sukau/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/sokongan-berterusan-penting-bagi-teruskan-agenda-pembangunan-sukau/#respond Mon, 17 Nov 2025 02:13:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86090
Read Time:45 Second

SUKAU: Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Juhari Janan berkata, sokongan berterusan kepada GRS merupakan kunci bagi memastikan kawasan itu terus menikmati limpahan pembangunan.

Berucap pada pertemuan bersama penyokong setempat di Kampung Litang  di sini pada Ahad, Juhari melihat semangat para penyokong GRS di kampung tersebut tetap utuh dan bersemangat tinggi meskipun diadakan lewat malam.

Kehadiran penyokong daripada dua parti komponen GRS, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), membuktikan perpaduan dan komitmen mereka untuk memperkukuh barisan gabungan.

“Sokongan padu anda kunci untuk kita melestarikan agenda pembangunan di Sukau. Hanya dengan mandat yang kukuh, GRS dapat merancang dan melaksanakan lebih banyak projek untuk memajukan infrastruktur, ekonomi dan kebajikan rakyat di sini,” kata Juhari.

Kunjungan ini bukan sekadar temu mesra, tetapi merupakan pengukuhan komitmen bersama antara calon dan pengundi untuk memastikan kelangsungan transformasi dan kemajuan di kawasan Sukau. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/sokongan-berterusan-penting-bagi-teruskan-agenda-pembangunan-sukau/feed/ 0 86090
GRS mampu tawan kerusi DUN Sukau https://sabahmedia.com/2025/11/15/grs-mampu-tawan-kerusi-dun-sukau/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/grs-mampu-tawan-kerusi-dun-sukau/#respond Sat, 15 Nov 2025 14:44:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85983
Read Time:1 Minute, 22 Second

KINABATANGAN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau mampu ditawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN) pada 29 November ini kerana komitmen berterusan GRS menyelesaikan isu rakyat.

Calon GRS, Datuk Juhari Janan berkata, beliau yakin keputusan PRN nanti berpihak kepada GRS di kerusi itu juga disebabkan pengundi semakin matang dalam menilai calon yang benar-benar bekerja dan dekat dengan mereka.

Katanya, setiap calon mempunyai strategi dan usaha masing-masing untuk menawan hati rakyat, namun faktor utama kemenangan tetap bergantung kepada rekod kehadiran, kerja di lapangan dan keprihatinan terhadap isu setempat.

“Rakyat akan memilih siapa yang selalu turun padang, ambil tahu keadaan masyarakat dan peduli nasib rakyat.

“Mereka tidak melihat janji semata-mata, tetapi siapa yang benar-benar bekerja,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini, hari ini.

Juhari berkata, kawasan Sukau selama ini memiliki cabaran tersendiri, namun GRS telah menunjukkan komitmen berterusan dalam menangani keperluan rakyat, termasuk isu asas seperti air bersih, jalan raya dan kemudahan ekonomi.

Jelasnya lagi, setiap parti pasti berusaha memenangi kerusi tersebut, namun GRS sudah mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan sokongan rakyat di Sukau terus kekal.

“Kami di Sukau ada strategi kami sendiri untuk menawan hati rakyat. Bukan sekadar manifesto, tetapi perancangan kerja yang sudah berjalan,” katanya.

Pada PRN17, Juhari akan dicabar Datuk Jafry Ariffin dari Barisan Nasional (BN), Pengiran Petra Pengiran Asri dari Perikatan Nasional (PN), Azahari Rangon (WARISAN), Roslan Madali dari Parti Impian Sabah (PIS) dan Afiq Anwari Zulkifli dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Nordin Damit dari Perjuangan Rakyat (PR).

Penyandang kerusi itu adalah Jafry yang memenangi kerusi pada PRN16 dengan majoriti 2,129 undi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/grs-mampu-tawan-kerusi-dun-sukau/feed/ 0 85983
GRS terus kukuh di Sukau, ahli UMNO Muming pilih Gagasan Rakyat https://sabahmedia.com/2025/10/31/grs-terus-kukuh-di-sukau-ahli-umno-muming-pilih-gagasan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/grs-terus-kukuh-di-sukau-ahli-umno-muming-pilih-gagasan-rakyat/#respond Fri, 31 Oct 2025 07:27:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84566
Read Time:1 Minute, 4 Second

SUKAU: Gelombang perubahan politik di kawasan Sukau semakin kukuh dengan penyertaan tujuh ahli Parti UMNO Cawangan Muming ke dalam Parti Gabungan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau, di sini baru-baru ini.

Kemasukkan ahli secara beramai-ramai itu disambut secara rasmi oleh Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau Datuk Juhari Janan dalam satu majlis sederhana di Pejabat Bahagian Gagasan Rakyat Sukau.

Penyertaan tersebut dilihat sebagai satu petanda positif dan manifestasi keyakinan rakyat terhadap wawasan serta kemampuan GRS.

Dalam ucapan alu-aluannya, Juhari menyatakan keyakinan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan wadah politik yang tepat untuk terus membela nasib rakyat dan membangunkan kawasan Sukau ke arah masa depan yang lebih makmur.

“Penyertaan ikhlas ahli-ahli dari UMNO Muming ini membuktikan bahawa gelombang perubahan yang kita rasakan ini adalah nyata dan disokong oleh rakyat. Rakyat kini semakin yakin dan melihat GRS sebagai wadah sebenar untuk memperjuangkan hak serta membawa pembangunan yang diidamkan,” katanya.

Beliau menegaskan, perpindahan ini bukan sekadar tentang bilangan ahli, tetapi merupakan cerminan suara hati rakyat yang mahukan perpaduan dan perjuangan yang tulus.

“Inilah suara rakyat. Inilah semangat perjuangan GRS yang kita sanjung bersama. Sukau Bangkit!” tegasnya sekali lagi.

Peristiwa ini dijangka akan mengukuhkan kedudukan GRS di kawasan Sukau dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyertaan dari akar umbi dalam masa terdekat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/grs-terus-kukuh-di-sukau-ahli-umno-muming-pilih-gagasan-rakyat/feed/ 0 84566
Gagasan Rakyat Sukau sinari dua kampung dengan lampu solar, ringankan beban penduduk https://sabahmedia.com/2025/10/24/gagasan-rakyat-sukau-sinari-dua-kampung-dengan-lampu-solar-ringankan-beban-penduduk/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/gagasan-rakyat-sukau-sinari-dua-kampung-dengan-lampu-solar-ringankan-beban-penduduk/#respond Fri, 24 Oct 2025 06:54:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84031
Read Time:1 Minute, 36 Second

SUKAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau meneruskan usaha membantu masyarakat luar bandar dengan menyerahkan sumbangan lampu solar kepada penduduk Kampung Tundun Bohangin dan Kampung Abai.

Program yang diketuai Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Datuk Juhari Janan itu bukan sekadar melibatkan pemberian peralatan fizikal, tetapi turut mencerminkan komitmen mendalam parti terhadap kesejahteraan dan keperluan asas rakyat di kawasan berkenaan.

Menurut Juhari, pemasangan lampu solar di kedua-dua kampung tersebut diharap dapat memberi manfaat segera kepada penduduk.

“Sebelum ini, kekurangan pencahayaan awam menyukarkan pergerakan penduduk pada waktu malam, terutama kanak-kanak yang belajar dan warga emas.

“Dengan adanya lampu tenaga mesra alam ini, kami yakin ia akan memudahkan urusan harian, meningkatkan keselamatan serta membuka lebih banyak ruang untuk aktiviti komuniti pada waktu malam,” katanya pada majlis penyerahan simbolik sumbangan itu.

Beliau menambah, inisiatif berkenaan selari dengan visi Gagasan Rakyat untuk membangunkan Sabah yang mampan dan saksama, bermula dari akar umbi.

Selain lampu solar, Gagasan Rakyat Sukau turut mengagihkan sumbangan hamper kepada penduduk Kampung Mumiang sebagai tanda keprihatinan dan usaha meringankan beban masyarakat setempat.

Wakil penduduk Kampung Tundun Bohangin menyifatkan sumbangan tersebut sebagai “sinar harian” yang amat dinanti-nantikan.

“Kami amat berterima kasih kepada Gagasan Rakyat Sukau dan Dato’ Juhari. Sumbangan ini benar-benar bermakna dan memberi impak langsung kepada kualiti hidup kami. Kampung kini lebih terang dan selamat,” katanya.

Kejayaan program itu diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif seumpamanya di kawasan lain dalam Bahagian Sukau.

Menurut Juhari, Gagasan Rakyat Sukau akan terus mendampingi rakyat dan melaksanakan program yang menyentuh keperluan sebenar masyarakat, selari dengan tema ‘Prihatin Untuk Rakyat’.

“Ini baru permulaan. Komitmen kami adalah untuk memastikan tiada seorang pun dalam komuniti ini yang ketinggalan. Kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi membawa lebih banyak pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dengan terlaksananya program ini, Gagasan Rakyat Sukau membuktikan bahawa keprihatinan dan tindakan tulus mampu menyinari kehidupan masyarakat luar bandar serta mengukuhkan hubungan akar umbi dengan rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/gagasan-rakyat-sukau-sinari-dua-kampung-dengan-lampu-solar-ringankan-beban-penduduk/feed/ 0 84031
PRN17 : Gagasan Rakyat Sukau kekal bersatu dan utuh https://sabahmedia.com/2025/10/10/prn17-gagasan-rakyat-sukau-kekal-bersatu-dan-utuh/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/prn17-gagasan-rakyat-sukau-kekal-bersatu-dan-utuh/#respond Fri, 10 Oct 2025 08:05:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82915
Read Time:1 Minute, 26 Second

SUKAU : Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau menegaskan kekuatan dan persiapan jentera parti di kawasan itu kekal utuh serta tidak terjejas dengan tindakan Datuk Saddi Abdul Rahman dan beberapa penyokongnya yang keluar daripada parti tersebut baru-baru ini.

Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Bahagian Sukau Badrul Hisham Juhari berkata, pihaknya menerima keputusan itu dengan terbuka dan menyifatkannya sebagai satu langkah yang mendedahkan pendirian sebenar pihak berkenaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“Kami melihat tindakan ini sebagai satu keputusan tepat kerana ia membuktikan siapa mereka sebelum PRN bermula.

“Mereka selama ini hanya berselindung di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sambil menikmati jawatan dan kedudukan dalam GLC serta agensi daerah,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Beliau menegaskan, walaupun pemergian beberapa individu tersebut dianggap mengejutkan sesetengah pihak, ia tidak memberi kesan besar kepada persiapan jentera GRS Sukau yang kini semakin kukuh di bawah pimpinan Ketua Bahagian, Datuk Juhari Janan.

Badrul turut mendakwa bahawa sepanjang tempoh memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Saddi didakwa kurang menunjukkan komitmen terhadap perjuangan parti di peringkat akar umbi, selain lebih gemar bergerak secara individu dalam isu-isu setempat seperti pembangunan Pekan Baharu Sukau.

“Rakyat sudah muak dengan siri lompatan politik yang sama. Kami percaya pengundi di Sukau kini lebih matang dan tidak mudah terpedaya dengan permainan politik kepentingan peribadi,” katanya.

Sementara itu, Badrul berkata, Pemuda Gagasan Rakyat Sukau kini dalam keadaan siap siaga menghadapi PRN Sabah yang bakal diumumkan kelak, dengan tumpuan penuh untuk menawan kerusi DUN Sukau bagi GRS.

“Kami akan berdiri teguh di belakang Datuk Juhari Janan sebagai calon tunggal GRS di Sukau.

“Inilah masa untuk kita pertahankan rumah sendiri dan pastikan kerusi ini kekal milik GRS,” tegasnya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/prn17-gagasan-rakyat-sukau-kekal-bersatu-dan-utuh/feed/ 0 82915