SUKMA 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Mar 2025 03:23:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png SUKMA 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA 2024 : Sabah sekadar raih 2 Perak dan 5 Gangsa hari ini https://sabahmedia.com/2024/08/21/sukma-2024-sabah-sekadar-raih-2-perak-dan-5-gangsa-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/21/sukma-2024-sabah-sekadar-raih-2-perak-dan-5-gangsa-hari-ini/#respond Wed, 21 Aug 2024 11:57:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59465
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kuching : Sabah tidak berjaya meraih sebarang pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak hari ini dan hanya meraih dua perak dan lima gangsa setakat jam 7.30 malam tadi.

Pingat perak Sabah berjaya diraih menerusi sukan angkat berat bagi acara Snatch-Clean & Jerk lelaki tidak melebih 73 kilogram yang diwakili Sharon Jastine Silas dengan jumlah mata 251.

Manakala satu lagi pingat perak dihadiahkan atlet olahraga bagi acara 400 meter lelaki yang diwakili Muhammad Khalil Helmi dengan catatan masa 48.05s.

Olahraga hari ini menghadiahkan tiga pingat gangsa menerusi acara lompat bergalah oleh Samantha Mae Godfrey Binting dan, Maryjane Juberin menerusi acara rejam lembing wanita dengan pungutan mata 39.01m.

Selain itu, atlet 3,000 meter lari berhalangan wanita Ledia Engku turut menghadiahkan gangsa buat Sabah.

Akuatik renang turut menghadiahkan dua gangsa menerusi acara 800 meter gaya bebas wanita yang diwakili Chu Xin Ying Chu.

Di arena sama, pasukan renang 4 x 100 meteri gaya bebas wanita Sabah yang diwakili Chu Xin Ying Chu; Laura Yen Yie Lee; Annabelle Frederic  dan Loe Yie Bing menghadiahkan gangsa kelima Sabah hari ini.

Sehingga jam 7.30 malam, Sabah menduduki tangga ketujuh dengan meraih 16 emas; 16 perak dan 35 gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KBS Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/21/sukma-2024-sabah-sekadar-raih-2-perak-dan-5-gangsa-hari-ini/feed/ 0 59465
SUKMA 2024: Xin Ying lakar sejarah raih emas pertama skuasy SUKMA untuk Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/18/sukma-2024-xin-ying-lakar-sejarah-raih-emas-pertama-skuasy-sukma-untuk-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/sukma-2024-xin-ying-lakar-sejarah-raih-emas-pertama-skuasy-sukma-untuk-sabah/#respond Sun, 18 Aug 2024 08:17:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59263
Read Time:1 Minute, 55 Second

Kuching : Atlet Skuasy, Yee Xin Ying muncul juara perseorangan skuasy wanita SUKMA Sarawak ke-21 sekaligus melakar sejarah sebagai pemain pertama  menang pingat emas bagi acara untuk Sabah dalam sejarah SUKMA.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Sarawak di sini pagi tadi menyaksikan Xin Ying merangkul emas dengan menewaskan pemain Kedah, K Sehveetrraa.

Kemenangan itu bagaimanapun diraih selepas pertarungan mendebarkan terutama apabila Xin Ying tewas dua set awal 9-11 dan 7-11. Xin Ying hanya menemui rentak terbaiknya untuk memenangi set ketiga 11-8 dan meneruskannya pada dua set berikutnya dengan kemenangan 11-7 dan 11-8 untuk keluar sebagai pemenang.

“Saya sangat gembira  dengan kemenangan ini. Bukan mudah tetapi sokongan padu jurulatih dan rakan sepasukan di luar gelanggang sangat membantu.

“Saya dapat motivasi setiap kali mendengar sorakan mereka dan ianya membantu saya mendapatkan semula rentak terbaik,” kata pemain berusia 18 tahun itu.

Katanya, kemenangan itu juga menebus kekalahan rakannya, Lai Wen Li pada SUKMA sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, saya gembira dengan prestasi saya setakat ini,” kata Xin Ying yang turut membuat kejutan mengalahkan juara kebangsaan dua kali dari Kedah, Aira Azman pada pusingan separuh akhir.

Ia juga pencapaian lebih baik Xin Ying selepas hanya menang gangsa acara berpasukan pada SUKMA 2018 dan  pingat perak acara beregu wanita ketika bergandingan dengan Wen Li pada SUKMA 2022.

Pemain kelahiran Sandakan yang kini menuntut di Cornell University  Amerika Syarikat (US) itu masih berpeluang menambahkan koleksi pingat di SUKMA ini menerusi acara beregu di mana dia bergandingan dengan Doyce Lee.

Menurutnya, selepas SUKMA ini, beliau akan kembali ke US namun masih ada tugas bersama Doyce dalam acara beregu.

“Kami akan cuba beri yang terbaik buru pingat emas kedua untuk Sabah,” katanya.

Sambil itu, Presiden Persatuan Skuasy Sabah, Datuk Charles O Pang juga teruja dengan sejarah baru skuasy Sabah dalam SUKMA yang dilakar Xin Ying itu.

“Berdasarkan rekod lalu melibatkan atlet kami yang menyerlah, pemain boleh berjaya dalam akademik dan sukan jika mereka fokus seperti yang dibuktikan Xin Ying dan Wen Li yang menunut di Ivy League Universities, US.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada jurulatih-jurulatih, pengurus pasukan dan para pemain atas kerja keras dan kerjasama mereka. Tidak lupa kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sabah dan juga ibubapa yang sentiasa memberi sokongan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KBS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/sukma-2024-xin-ying-lakar-sejarah-raih-emas-pertama-skuasy-sukma-untuk-sabah/feed/ 0 59263
SUKMA 2024 : Karate sumbang pingat emas tunggal Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/17/sukma-2024-karate-sumbang-pingat-emas-tunggal-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/17/sukma-2024-karate-sumbang-pingat-emas-tunggal-sabah/#respond Sat, 17 Aug 2024 12:33:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59229
Read Time:51 Second

Kuching : Atlet karate, Lovelly Anne Robberth berjaya menghadiahkan pingat emas kelima kepada Sabah menerusi sukan Karate Kata Individu Wanita yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri petang tadi.

Lovelly berjaya menewaskan atlet tuan rumah Nur Daniella Atika Shafi’e diperingkat akhir dengan pungutan mata 10-0.

Sebelum itu, Sabah turut berjaya memperoleh pingat emas keempat menerusi Sepak Takraw Wanita Berpasukan yang berlangsung semalam di Stadium Muhibbah Bintulu selepas menewaskan pasukan tuan rumah 3-0.

Sepak Takraw Wanita Berpasukan Sabah menghadiahkan pingat emas keempat untuk Sabah

Sukan Karate turut menghadiahkan pingat Perak hari ini menerusi atlet Adeola Fay Robert menerusi acara Kumite Individu wanita.

Tiga lagi pingat gangsa turut dihadiahkan kepada Sabah menerusi atlet Muhammad Akid Azlan (Kumite Individu Lelaki); Muhammad Syafieqrullah Halim (Kumite Individu Lelaki) dan Mohamad Haznil (Kata Individu Lelaki).

Sehingga jam 8.30 malam ini, Sabah telah memperoleh lima pingat emas; dua perak dan lapan gangsa dan berada ditangga keenam.

Esok beberapa lagi acara akan dipertandingkan di beberapa kluster pertandingan – SABAH MEDIA / FOTO KBS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/17/sukma-2024-karate-sumbang-pingat-emas-tunggal-sabah/feed/ 0 59229
SUKMA 2024 : Tiga atlet wushu Sabah hadiahkan pingat emas https://sabahmedia.com/2024/08/16/sukma-2024-tiga-atlet-wushu-sabah-hadiahkan-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2024/08/16/sukma-2024-tiga-atlet-wushu-sabah-hadiahkan-pingat-emas/#respond Fri, 16 Aug 2024 11:36:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59170
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kuching : Sabah berjaya meraih tiga pingat emas menerusi atlet wushu bagi acara Sanda masing-masing bagi kategori wanita dan lelaki yang berlangsung di Stadium Wushu di sini petang tadi.

Pingat itu dihadiahkan menerusi atlet Amirah Sofea Azlan bagi kategori wanita 48 kilogram; Dione Babyline Fely (wanita 52 kilogram) dan Fyenlly Himon (lelaki  52 kilogram).

Dione ketika ditemui mengakui rasa bersyukur dengan pencapaian yang dicapai selain tidak menyangka untuk meraih pingat emas pada temasya yang pertama kali disertainya.

Amirah Sofea Azlan (kiri tiga) ketika menerima pingat emas – Foto KBS Sabah

“Ini SUKMA pertama saya dan saya bersyukur, tidak sangka saya boleh dapat emas.  Terima kasih kepada jurulatih yang kasih latihan saya.

“Coach Alex dan Coach Safuan.  Mereka yang banyak ajar saya tentang Sanda dari saya tidak tahu apa-apa sampai dapat ‘basic’ Sanda, sehinggalah saya boleh fight,”katanya.

Selain pingat emas, Sabah turut berjaya meraih pingat Perak menerusi atlet Wushu Ercisson Bong Cheng Loong dalam acara Toulu Gunshu Lelaki pagi tadi.

Ercisson Bong Cheng Loong – Foto KBS Sabah

Dua lagi pingat gangsa dihadiahkan menerusi atlet Tenpin Boling lelaki perseorangan, Emmanuel Fo dan pasukan berempat boling padang wanita.

Sehingga jam 7.30 malam ini, Sabah menduduki tangga ketujuh dengan pungutan tiga pingat emas; satu perak dan dua gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO LV-KBS Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/16/sukma-2024-tiga-atlet-wushu-sabah-hadiahkan-pingat-emas/feed/ 0 59170
SUKMA 2024 : Skuad Sepak Takraw Sabah sasar bawa pulang empat pingat emas https://sabahmedia.com/2024/08/11/sukma-2024-skuad-sepak-takraw-sabah-sasar-bawa-pulang-empat-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2024/08/11/sukma-2024-skuad-sepak-takraw-sabah-sasar-bawa-pulang-empat-pingat-emas/#respond Sun, 11 Aug 2024 07:35:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58864
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Skuad Sepak Takraw Sabah meletakkan sasaran untuk membawa pulang empat pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak menerusi kategori wanita.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (ASTAKA), Roslie Ibrahim berkata, pihaknya optimis untuk meletakkan sasaran itu berdasarkan keupayaan pasukan wanita yang turut disegani beberapa pasukan lain di Malaysia.

“Pada tahun ini kita melihat bahawa pasukan SUKMA kita ini terutama pasukan wanita memang antara pasukan yang amat disegani oleh pasukan-pasukan lain di seluruh Malaysia.

“Ini kerana pada sesi ini kita juga berusaha untuk mengekalkan pencapaian pingat emas yang kita menangi sebelum ini. Sasaran kita kali ini kita ingin membawa semua pingat emas untuk kategori ini ke negeri Sabah,” katanya.

Roslie berkata, ia menerusi empat kategori yang akan dipertandingkan bagi kategori wanita dan menjadi antara penyumbang pingar kepada Sabah sebelum ini.

Katanya, pihaknya turut optimis untuk skuad lelaki menyumbang pingat bagi kontinjen Sabah pada temasya kali ini.

“Untuk katgeori lelaki kita juga ada menghantar pasukan bagi menyertai semua kategoti dan harapan kita agar pasukan lelaki ini juga akan menyumbangkan pingat bagi kontinjen Sabah,” katanya.

Pasukan lelaki Sepak Takraw Sabah akan berlepas ke Bintulu hari ini dan wanita akan bertolak pada hari esok.

SUKMA Sarawak 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri serta mempertandingkan 37 jenis sukan- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/11/sukma-2024-skuad-sepak-takraw-sabah-sasar-bawa-pulang-empat-pingat-emas/feed/ 0 58864
SUKMA 2024 : Pencak Silat Sabah sasar bawa pulang lima pingat emas https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukma-2024-pencak-silat-sabah-sasar-bawa-pulang-lima-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukma-2024-pencak-silat-sabah-sasar-bawa-pulang-lima-pingat-emas/#respond Fri, 09 Aug 2024 07:02:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58768
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Lima pingat emas menjadi sasaran skuad pencak silat Sabah bagi menghadapi saingan di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan berlangsung bermula 17 hingga 24 Ogos ini.

Ketua Jurulatih Pencak Silat SUKMA Sabah Arif Mulis berkata, pihaknya optimis untuk meriah pingat yang disasarkan berdasarkan latihan dan persiapan yang dijalankan sebelum ini.

“Setakat ini persiapan kami sudah berada di fasa akhir atau pecutan akhir.  Sekarang kami fokus kepada teknik, taktik dan strategi kami bagj menghadapi saingan di SUKMA nanti.

“Sudah tentu kami ingin memburu lima pingat emas pada SUKMA di Sarawak dimana kami mahu meraih pingat sama seperti mana yang telah kami lakukan di SUKMA Perak sebelum ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar para atlet akan dapat memberi persembahan yang terbaik sepanjang temasya itu berlangsung.

Dalam pada itu, Arif mengakui pasukan tuan rumah (Sarawak) menjadi antara saingan bagi merebut pingat pada temasya kali ini.

“Untuk pencak silat, saingan kita adalah tuan rumah namun pendapat saya, semua negeri juga akan memberi saingan berdasarkan persiapan yang mereka telah lakukan.

” Namun bagi Sabah, kita tetap memberi tentangan dan saingan bagi membolehkan kita membawa pulang lima pingat emas,” katanya. 

SUKMA Sarawak 2024 akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri serta mempertandingkan 37 jenis sukan- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukma-2024-pencak-silat-sabah-sasar-bawa-pulang-lima-pingat-emas/feed/ 0 58768
SUKMA 2024 : Sabah hantar 1,041 atlet dan pegawai, gugurkan penyertaan Catur https://sabahmedia.com/2024/07/25/sukma-2024-sabah-hantar-1041-atlet-dan-pegawai-gugurkan-penyertaan-catur/ https://sabahmedia.com/2024/07/25/sukma-2024-sabah-hantar-1041-atlet-dan-pegawai-gugurkan-penyertaan-catur/#respond Thu, 25 Jul 2024 06:31:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58008
Read Time:2 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah menggugurkan penyertaan pasukan Catur pada temasya SUKMA Sarawak Ogos ini berikutan masalah teknikal pendaftaran peserta oleh pihak persatuan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, berikutan itu, Sabah hanya akan menyertai 35 daripada jumlah keseluruhan 37 jenis sukan yang dipertandingkan.

Katanya, selain Catur, Sabah juga tidak menghantar wakil bagi sukan Kabaddi pada temasya berkenaan.

“Untuk makluman semua, selepas menilai secara teliti dan menyeluruh laporan penyediaan pasukan pada SUKMA kali ini, kontinjen Sabah akan menyertai 35 daripada jumlah keseluruhan 37 jenis sukan yang dipertandingkan, kecuali dua sukan iaitu Catur dan Kabaddi.

“Pengguguran penyertaan pasukan Catur adalag berikutan masalah teknikal pendaftaran peserta oleh pihak persatuan. Berhubung sukan Kabaddi pula, negeri Sabah masih belum mempunyai persatuan dan program pembangunan atlet untuk sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman penyertaan Kontinjen Sabah pada temasya SUKMA ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung bermula 13 Ogos ini.

Hadir sama pada sidang media itu Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Mansur Asun yang juga `Chief De’ Mission’ Sabah.

Ellron berkata,  cabaran kontinjen Sabah akan diperkuatkan seramai 713 orang atlet iaitu terdiri daripada 373 atlet lelaki dan 340 atlet wanita. 

Katanya, kontinjen Sabah akan diiringi oleh seramai 235 orang pegawai sukan termasuk pengurus pasukan, jurulatih selain 93 pegawai sokongan termasuk pasukan perubatan, melibatkan jumlah keseluruhan 1,041 orang atlet dan pegawai.

“Mengambil kira kos perjalanan yang lebih murah berbanding penyertaan kita setiap kali SUKMA diadakan di Semenanjung Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah menggunakan segala kelebihan yang ada untuk memberikan peluang seluas-luasnya kepada semua persatuan yang layak, bertandingg ke negeri jiran kita.

“Tahun ini, Sabah akan bertarung dalam 408 acara dari jumlah keseluruhan 488 acara yang dipertandingkan melibatkan penyertaan 84 peratus. Dari jumlah 408 acara itu, atlet Sabah akan menyertai 197 acara kategori lelaki, 178 acara kategori wanita dan 33 acara kategori campuran.

“Dari jumlah 713 orang atlet ini juga, seramai 390 atlet melibatkan 204 atlet lelaki dan 186 atlet wanita atau mewakili 55 peratus atlet yang terpilih merupakan atlet-atlet yang berjaya dilahirkan melalui penganjuran Sukan Sabah atau SAGA pada tahun 2023 di Kota Kinabalu.,” katanya.

Tambahnya, purata itu meningkat sebanyak 16 peratus berbanding semasa Sabah menyertai SUKMA 2022 di mana dari jumlah 466 orang atlet yang mewakili Sabah ketika itu, seramai 182 atlet dilahirkan melalui penganjuran Sukan Sabah 2019 di Keningau, iaitu hanya 39 peratus sahaja.

“Sebagaimana penyertaan di SUKMA-SUKMA sebelum ini, sasaran Sabah masih menumpukan usaha untuk merealisasikan impian memenangi 40 pingat emas.

“Rekod terbaik penyertaan Sabah ialah semasa SUKMA Ke-19 di Perak pada tahun 2018 di mana atlet-atlet Sabah berjaya membawa pulang 33 pingat emas, 27 pingat perak dan 46 pingat gangsa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/25/sukma-2024-sabah-hantar-1041-atlet-dan-pegawai-gugurkan-penyertaan-catur/feed/ 0 58008
Pasukan Memanah KK diharap dipanggil untuk bentuk skuad memanah SUKMA 2024 – Ram Singh https://sabahmedia.com/2023/12/27/pasukan-memanah-kk-diharap-dipanggil-untuk-bentuk-skuad-memanah-sukma-2024-ram-singh/ https://sabahmedia.com/2023/12/27/pasukan-memanah-kk-diharap-dipanggil-untuk-bentuk-skuad-memanah-sukma-2024-ram-singh/#respond Wed, 27 Dec 2023 03:22:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47192
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) Datuk Ram Singh berharap pasukan PMDKK yang memenangi pingat dan pencapaiannya yang baik pada Sukan Sabah X 2023 (SAGA X 2023) baru-baru ini dipanggil untuk membentuk skuad memanah Sukan Malaysia 2024 (SUKMA 2024).

Ram Singh berkata, Kejohanan Memanah yang baru tamat bagi SAGA X 2023 berlangsung di Kompleks Sukan Ranau bermula16 hingga 21 Disember 2023 telah disertai oleh 17 Daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Tawau, Tuaran, Tongod, Semporna, Kota Marudu, Kunak, Sipitang, Putatan, Kalabakan, Lahad Datu, Penampang, Kota Belud, Keningau, Papar dan Pitas.

“Kejohanan ini menyaksikan pasukan memanah Daerah Kota Kinabalu johan keseluruhan sekali gus misi dicapai dengan memperolehi tujuh pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa.

“Saya gembira dengan keputusan itu kerana majoriti pemenang pingat adalah dari Daerah Kota Kinabalu dan berharap mereka semua akan dipanggil untuk membentuk skuad memanah SUKMA 2024,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru, beliau turut memaklumkan akan mengarahkan jawatankuasanya untuk menganjurkan program latihan bagi meningkatkan kemahiran dan ketahanan pemanah tersebut sebelum kejohanan memanah sebenar.

Katanya, terdapat keperluan untuk meningkatkan kedudukan pingat dan mengembalikan kegemilangan lalu di mana pasukan memanah negeri menyumbang rekod enam pingat emas. SUKMA 2022 terakhir di Nilai. Sabah berjaya memperoleh satu pingat emas dan dua pingat gangsa.

Dalam pada itu, Ram Singh turut mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pengurusan untuk Kota Kinabalu SAGA X 2023 ini yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Shiu Vay Leung, penasihat, ibu bapa, pendamping dan semua jurulatih yang telah bekerja keras untuk mencapai tugasan ini.

“Saya berharap mereka akan terus membimbing pemanah berpotensi ini sehingga SUKMA 2024 Sarawak berakhir. Hanya pengurusan yang kuat dan komited akan menjana kejayaan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas segala bantuan, pembiayaan dan sokongan yang diberikan kepada pasukan memanah Daerah Kota Kinabalu dan juga Persatuan Memanah Negeri Sabah atas kejohanan yang dianjurkan di Kompleks Sukan Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/27/pasukan-memanah-kk-diharap-dipanggil-untuk-bentuk-skuad-memanah-sukma-2024-ram-singh/feed/ 0 47192