Sukma sabah sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Jul 2024 06:44:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukma sabah sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA 2024 : Pasukan e-Sports Sabah sasar bawa pulang satu pingat emas https://sabahmedia.com/2024/07/27/sukma-2024-pasukan-e-sports-sabah-sasar-bawa-pulang-satu-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2024/07/27/sukma-2024-pasukan-e-sports-sabah-sasar-bawa-pulang-satu-pingat-emas/#respond Sat, 27 Jul 2024 06:44:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58140
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Sukan Elektronik (e-Sports) Sabah yang akan mewakili negeri ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak bulan depan menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas.

Pengurus e-Sports SUKMA Sabah Mohd Sofi Hizar Usrah berkata, pasukan yang diwakili 12 pemain itu merupakan yang pertama kali dalam sejarah menyertai temasya itu di Kuching yang akan bermula 17 Ogos ini.

“Pada hari ini kita melancarkan pasukan e-Sports yang akan mewakili Sabah ke SUKMA di Kuching Sarawak buat pertama kalinya bagi edisi kali ini.

Pengurus e-Sports SUKMA Sabah Mohd Sofi Hizar Usrah

“Seramai 26 atlet dan pegawai akan terlibat pada temasya kali ini yang mana seramai 12 pemain akan menggalas tugas untuk membawa balik pingat untuk Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kontinjen e-Sports Sabah ke SUKMA Sarawak 2024 di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sabah Chucky Cheoh.

Sofi Hizar berkata, atlet yang mewakili Sabah itu akan bertanding dalam beberapa acara antaranya Mobile Legend Bang Bang; Tekken 8; e-Foot dan e-Racing.

“Selain satu pingat emas, kita juga menyasarkan untuk membawa pulang tiga perak dan dua gangsa menjadikan keseluruhan tujuh pingat termasuk emas.

“Dari segi latihan, kita telah menjalankan pelbagai latihan insentif dengan jurulatih dan pengurus berpengalaman. Kita harap Sabah akan dapat mengukir kejayaan di SUKMA pada tahun ini, ” katanya. 

Sementara itu, salah seorang atlet bagi acara Mobile Legends Mohammad Irwandy Lim,20, mengakui tidak gentar untuk mewakili Sabah ke SUKMA Ogos ini.

Katanya yang pernah mewakili Malaysia ke Sukan Sea di Kemboja pada 2023 itu sebelum ini juga pernah menyertai beberapa ‘Tournament’ besar dalam acara e-Sports.

Mohammad Irwandy Lim

“Sejujurnya dari saya, benda ini tidak juga tekanan sebab sebelum ini kami sudah pernah bermain di Tournament lebih besar diluar sana. Jadi bagi pendapat saya sendiri, saya main kurang tekanan.

“Persiapan kami buat masa ini bagi saya masi kurang lagi jadi nanti dalam seminggu sebelum SUKMA bermula, kami akan betul-betul ‘All-Out’ untuk memberilan prestasi yang baik semasa bermain di SUKMA nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/27/sukma-2024-pasukan-e-sports-sabah-sasar-bawa-pulang-satu-pingat-emas/feed/ 0 58140
Sabah hantar kontinjen terkuat sertai SUKMA di Sarawak https://sabahmedia.com/2024/06/20/sabah-hantar-kontinjen-terkuat-sertai-sukma-di-sarawak/ https://sabahmedia.com/2024/06/20/sabah-hantar-kontinjen-terkuat-sertai-sukma-di-sarawak/#respond Thu, 20 Jun 2024 09:31:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56290
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Sabah akan menghantar kontinjen terkuat bagi menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI yang akan berlangsung di Sarawak Ogos ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah juga akan memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

“Saya yakin penganjuran SUKMA dan Para SUKMA pada kali ini berjalan dengan baik dan Sarawak mampu melakukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak yang diketuai Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Abdul Karim turut memberi taklimat persiapan Sarawak selain menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak pada Ogos dan Para SUKMA yang akan diadakan sebulan kemudian.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr.Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Datuk Mansur Asun.

Sementara Abdul Karim berkata, SUKMA XXI Sarawak kini berbaki 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan temasya itu akan diadakan di sembilan bahagian negeri Sarawak.

Katanya, Sabah merupakan negeri terakhir yang dikunjungi oleh Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Abdul Karim terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menterinya, DatukĀ  Rosey Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Ker, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick dan Pengara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Semawi Mohamad. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/20/sabah-hantar-kontinjen-terkuat-sertai-sukma-di-sarawak/feed/ 0 56290