sukma sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Aug 2026 07:09:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukma sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA XXII : Pencak Silat sumbang pingat emas pertama Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-pencak-silat-sumbang-pingat-emas-pertama-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-pencak-silat-sumbang-pingat-emas-pertama-sabah/#respond Sun, 16 Aug 2026 07:09:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101708
Read Time:1 Minute, 51 Second

SHAH ALAM: Kem Pencak Silat Sabah menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen negeri pada hari ini selepas cemerlang dalam acara Silat Seni Regu Wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Pingat emas berkenaan diraih menerusi persembahan mantap trio Sabah yang dibarisi Manjaseerah Manuil, Sherlenna Abdullah dan Fiffy Ferlisa F. Rien yang berjaya menewaskan Johor dalam aksi akhir yang berlangsung sengit.

Trio Silat Seni Regu Wanita hadiahkan pingat emas untuk Sabah – Foto Ihsan MSN Sabah

Pasukan Sabah mencatatkan 9.920 mata untuk muncul juara, sekali gus mengatasi Johor yang mengumpul 9.905 mata. Jurang 0.015 mata itu sudah cukup untuk memastikan emas menjadi milik Sabah dan membuka tirai kejayaan kontinjen negeri pada hari pertandingan.

Kejayaan tersebut turut mengukuhkan reputasi Sabah sebagai antara kuasa pencak silat negara, khususnya dalam kategori seni yang memerlukan ketepatan, keserasian dan disiplin tinggi.

Sementara itu, Roslan Habil hampir menghadiahkan satu lagi pingat emas buat Sabah apabila mara ke final Silat Seni Solo Kreatif Lelaki. Namun, beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas tipis kepada wakil Wilayah Persekutuan.

Pemenangn pingat perak Silat Seni Solo Kreatif Roslan Habil – Foto Ihsan MSN Sabah

Roslan mencatatkan 9.895 mata berbanding 9.900 mata yang diraih lawannya, dengan perbezaan hanya 0.005 mata untuk menentukan pemenang.

Satu lagi pingat perak disumbangkan oleh Roslyana Rustam menerusi acara Silat Seni Tunggal Wanita. Roslyana mengumpul 9.890 mata untuk menduduki tempat kedua, manakala pingat emas dimenangi Izzah Najwa dari Selangor yang mencatatkan 9.920 mata.

Roslyana yang meraih pingat perak bagi Silat Seni Tunggal Wanita – Foto Ihsan MSN Sabah

Kem Pencak Silat Sabah turut menambah koleksi pingat menerusi acara Silat Seni Regu Lelaki apabila trio Muhammad Nazir, Mohammad Syafwan dan Muhamad Darmadiansyah meraih pingat gangsa selepas perjalanan mereka terhenti di peringkat separuh akhir semalam.

Secara keseluruhan, skuad Pencak Silat Sabah menamatkan saingan dengan kutipan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa, sekali gus memberikan sumbangan penting kepada kontinjen negeri dalam pemburuan pingat di SUKMA XXII Selangor 2026.

Kejayaan para atlet itu turut mencerminkan hasil kerja keras dan komitmen barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Mohd Aman Jinli dan Muhammad Haafiz Sadik dalam mempersiapkan pasukan menghadapi cabaran temasya dwitahunan berkenaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-pencak-silat-sumbang-pingat-emas-pertama-sabah/feed/ 0 101708
SUKMA 2026 : Sabah sasar 40 pingat emas https://sabahmedia.com/2026/03/31/sukma-2026-sabah-sasar-40-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/sukma-2026-sabah-sasar-40-pingat-emas/#respond Tue, 31 Mar 2026 10:39:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94062
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah mensasarkan 40 pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Selangor Ogos ini, melepasi rekod tertinggi sebelum ini sebanyak 33 pingat emas yang dicatatkan pada temasya sama di Ipoh, Perak.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, persiapan telah dilakukan sejak awal tahun ini dan beliau optimis sasaran tersebut boleh dicapai.

“Saya yakin pencapaian kita kali ini akan lebih baik daripada SUKMA sebelum ini. Saya juga telah diberi taklimat oleh pengurusan pasukan SUKMA Sabah yang diketuai oleh pengarah Majlis Sukan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas  mengahdiri Acara Pratonton Eksklusif projek Marché Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Nizam berkata, disiplin dan komitmen atlet adalah kunci untuk mencapai sasaran berkenaan.

 “Saya berharap semua peserta yang telah disenarai pendekkan terus gigih menjalani latihan dan memastikan tahap kecergasan mereka berada pada tahap terbaik.

“Dengan kesungguhan dan komitmen ini, apa yang kita harapkan akan tercapai. Sasaran 40 pingat emas ini dianggap optimis, memandangkan ia melebihi sasaran sebelumnya sebanyak tujuh pingat,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa sasaran ini telah lama dirancang, namun belum pernah dicapai.

“Sejak saya dilantik sebagai menteri, saya telah meminta komitmen daripada Majlis Sukan Negeri Sabah dan semua atlet serta persatuan sukan untuk berusaha lebih gigih. Mudah-mudahan, dengan usaha bersama, sasaran 40 pingat emas dapat direalisasikan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/sukma-2026-sabah-sasar-40-pingat-emas/feed/ 0 94062
SUKMA 2024 : Skuad bola sepak lelaki Sabah tewaskan Johor https://sabahmedia.com/2024/08/14/sukma-2024-skuad-bola-sepak-lelaki-sabah-tewaskan-johor/ https://sabahmedia.com/2024/08/14/sukma-2024-skuad-bola-sepak-lelaki-sabah-tewaskan-johor/#respond Wed, 14 Aug 2024 12:11:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59030
Read Time:1 Minute, 11 Second

Sibu : Pasukan bola sepak lelaki Sabah berjaya mencatat kemenangan pertama menewaskan Johor 2-1 di peringkat Kumpulan B di Stadium Zaidi Adruce di sini petang tadi.

Gol kemenangan Sabah dijaringkan ketua pasukan Jenalter Justin pada minit ke-18 dan ke-79. Manakala gol tunggal Johor dijaringkan Naim Zainudin pada minit ke-88.

Dalam aksi perlawanan itu, Johor berusaha mendapatkan kelebihan gol awal menerusi Abdul Raziq Abdul Rahman dan Alauddeen Alif Fua-ad.

Namun Johor dikejutkan dengan gol pertama Sabah pada minit ke-18 menerusi jaringan Jenalter dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga rehat separuh masa.

Tamat masa rehat, gawang Johor sekali lagi dibolosi Sabah pada minit ke-79 menerusi jaringan Jenalter namun Johor merapatkan jurang menerusi Naim pada minit ke-88

Keadaan ini menyaksikan Sabah dan Johor masing-masing mengumpul tiga mata dalam Kumpulan B.

Selepas ini, Sabah akan bertemu Terengganu pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B pada 16 Ogos ini dan memerlukan kemenangan bagi membolehkan skuad kendalian Jelius Ating itu berada ditangga pertama Kumpulan.

Sementara itu, bagi perlawanan melibatkan pasukan bola sepak wanita, Sabah sekadar mencatat keputusan seri 1-1 kepada Pahang yang berlangsung di Stadium Negeri Kuching.

Pasukan bola sepak wanita Sabah –

Gol Pahang dijaringkan Zerith Sofia pada minit ke-38 dan Sabah dijaringkan Rocilleyca Lole pada minit ke-90 perlawanan.

Pasukan bola sepak wanita akan meneruskan aksi peringkat Kumpulan bertemu tuan rumah Sarawak pada 18 Ogos ini. – SABAH MEDIA / FOTO JDT – KBS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/14/sukma-2024-skuad-bola-sepak-lelaki-sabah-tewaskan-johor/feed/ 0 59030
SUKMA 2024 : Pasukan bola sepak lelaki, wanita Sabah mulakan aksi petang ini https://sabahmedia.com/2024/08/14/sukma-2024-pasukan-bola-sepak-lelaki-wanita-sabah-mulakan-aksi-petang-ini/ https://sabahmedia.com/2024/08/14/sukma-2024-pasukan-bola-sepak-lelaki-wanita-sabah-mulakan-aksi-petang-ini/#respond Wed, 14 Aug 2024 03:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59013
Read Time:51 Second

Kuching : Pasukan bola sepak lelaki dan wanita Sabah akan memulakan aksi perlawanan peringkat kumpulan petang ini.

Bagi skuad lelaki, Sabah akan bertemu Johor pada peringkat kumpulan B di Stadium Zaidi Adruce pada jam 4 petang ini.

Pengendali pasukan Sabah, Jelius Ating ketika dihubungi berkata, para pemainnya telah bersedia untuk menghadapi saingan pada temasya kali ini.

“Kita juga memberikan mereka ceramah motivasi dan sentiasa memberi dorongan kepada mereka juga, semoga ini akan membantu mereka untuk memberikan prestasi terbaik dalam SUKMA.

“Bukan permainan yang mudah menentang Johor. Mereka mengalahkan juara bertahan pingat emas Terengganu dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B dengan kemenangan 1-0.  

“Kami juga tewas kepada Johor dalam liga (Piala Presiden) dan mereka menduduki tempat lebih tinggi daripada kami, tetapi ini adalah dua pertandingan yang berbeza, situasi atau suasana tidak sama, SUKMA diadakan ala karnival dan kami bermain di tempat yang sama,” katanya.

Sementara itu, bagi pasukan wanita, Sabah akan memulakan aksi peringkat kumpulan bertemu Padang di Stadium Negeri pada jam 4.15 petang ini. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/14/sukma-2024-pasukan-bola-sepak-lelaki-wanita-sabah-mulakan-aksi-petang-ini/feed/ 0 59013
SUKMA 2024 : Emas pertama dalam Wushu, Berbasikal bakal jadi rebutan esok https://sabahmedia.com/2024/08/13/sukma-2024-emas-pertama-dalam-wushu-berbasikal-bakal-jadi-rebutan-esok/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/sukma-2024-emas-pertama-dalam-wushu-berbasikal-bakal-jadi-rebutan-esok/#respond Tue, 13 Aug 2024 14:57:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58979
Read Time:1 Minute, 13 Second

Kuching : Sebanyak lapan pingat emas bakal dipertandingkan esok menerusi wushu dan berbasikal lebuh raya.

Kedua-dua sukan itu dijangka menjadi tumpuan utama apabila barisan atlet terbaik dari seluruh negara bakal bersaing untuk meraih emas berprestij.

Sejumlah enam pingat emas dalam disiplin taolu (rutin) menjadi rebutan esok bagi sukan wushu yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan, selain memerlukan kemahiran tinggi, ketepatan dan fokus mental luar biasa.

Bagi wushu, Sabah akan diwakili Sien Lee bagi acara Nanquan lelaki; Cassandra Wong Ya Li dan Isabelle Solibun menerusi acawa Tijijian wanita.

Selain itu, Sabah juga akan menurubkan Avey Avylla Laban menerusi acara Changqun wanita; Ericsson Bong Cheng Loong dan Sien Zhang Lee bagi acara sama katehpri lelaki dan semua atlet terlibat akan bertanding dalam disiplin taolu.

Gelanggang akan mula ‘dibuka’ seawal jam 9 pagi di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya Kuching dan akan turut mempertandingkan disiplin sanda (pertempuran) menerusi atlet Nur Syazrin Putra Jefri bagi kategori 70 kilogram bertemu wakil Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem bakal menjadi pentas utama acara berbasikal lebuh raya menerusi acara ujian masa lelaki dan wanita, dengan para pelumba dijangka dilepaskan pada 9 pagi.

Bagi acara berbasikal lebuh raya, Sabah akan diwakili Nur Dini Nazifa Ag Ali dan Nurwahidah Ozri menerusi Ujian Masa Perseorangan sejauh 29.9 kilometer.

Beberapa acara lain turut berlangsung esok antaranya Boling Padang; Kriket; Futsal; Bola Sepak Wanita; Bola Sepak Lelaki; Muay Thai; Sepak Takraw dan Softball. – SABAH MEDIA / FOTO MSN Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/sukma-2024-emas-pertama-dalam-wushu-berbasikal-bakal-jadi-rebutan-esok/feed/ 0 58979
SUKMA 2024 : Ganjaran wang tunai bakal menanti skuad bola sepak lelaki Sabah https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukma-2024-ganjaran-wang-tunai-bakal-menanti-skuad-bola-sepak-lelaki-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukma-2024-ganjaran-wang-tunai-bakal-menanti-skuad-bola-sepak-lelaki-sabah/#respond Fri, 09 Aug 2024 09:51:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58773
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Ganjaran wang tunai sehingga RM30,000 bakal menanti skuad bola sepak lelaki Sabah sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang akan membuka tirai 17 Ogos ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Dr Ruddy Awah selepas menghadiri Majlis Makan Malam pasukan Bola Sepak SUKMA lelaki di sini semalam.

Ruddy berkata, selain ganjaran bagi pingat emas, pihaknya juga akan turut memberikan insentif sekiranya pasukan Sabah berjaya meraih pingat perak atau pun gangsa. 

“Seperti mana yang saya nyatakan dalam amanat saya kepada mereka, saya menjanjikan apabila mereka membawa balik pingat emas pada SUKMA di Sarawak pada kali ini, saya sendiri akan mengeluarkan dana peribadi saya, atas kegembiraan saya, kesyukuran saya kepada mereka, saya akan bagi RM30,000 apabila mendapat emas.

“Dan sekiranya mereka mendapat pingat Perak, kita akan bagi RM20,000 dan jika mendapat gangsa juga kita bagi RM10,000. Malahan ketibaan mereka memang kita sambut,” katanya.

Ruddy yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, Sabah akan berusaha untuk memenangi pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Katanya, pihaknya akan memastikan pasukan Sabah melakukan yang terbaik dengan menggunakan khidmat sebahagian besar pemain daripada pemain Sabah FC III.

Beliau juga yakin bahawa jurulatih pasukan, Jelius Ating dan penolong-penolong jurulatih mampu menggalas tugas yang diamanahkan dan seterusnya mengatur strategi pasukan menghadapi temasya sukan itu.

“Saya yakin dan percaya dengan ketua jurulatih yang berpengalaman, sudah pasti akan dapat membuat percaturan terhadap para pemain untuk mempastikan bahawa sekurang-kurangnya Sabah akan membawa pulang pingat pada temasya SUKMA yang berlangsung di Sarawak pada kali ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/sukma-2024-ganjaran-wang-tunai-bakal-menanti-skuad-bola-sepak-lelaki-sabah/feed/ 0 58773
SUKMA 2024 : Sabah yakin mampu raih sasaran pingat https://sabahmedia.com/2024/07/01/sukma-2024-sabah-yakin-mampu-raih-sasaran-pingat/ https://sabahmedia.com/2024/07/01/sukma-2024-sabah-yakin-mampu-raih-sasaran-pingat/#respond Mon, 01 Jul 2024 01:56:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56807
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Atlet Sabah yang sudah tersenarai bagi mewakili negeri ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak Ogos depan diharap meneruskan latihan dengan penuh disiplin.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pihaknya turut berharap agar sasaran 40 pingat emas pada temasya itu dapat dicapai dengan komitmen yang diberikan oleh atlet.

“Kita harap atlet yang sudah tersenarai mewakili Sabah ini dapat meneruskan latihan mereka dengan gigih dan penuh disiplin.

“Mudah-mudahan bukan sahaja kita akan dapat melihat sasaran itu dapat dicapai, tapi mungkin satu-satu kejutan daripada mana-mana acara juga dapat dicatat pada temasya itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Sukan Perpaduan 2024 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dan KBS Sabah di Kompleks Sukan Likas, di sini semalam.

Ellron berkata, Sabah kekal menyasarkan untuk mengutip sekurang-kurangnya 40 pingat emas pada SUKMA kali ini.

“Setakat ini, atlet yang kita latih ada 1,000 lebih tapi kita akan buat pemilihan dan jumlah dijangka akan turun ke 700 lebih.

“Persiapan memang sudah mula dari tahun lalu lagi dan mudah-mudahan sasaran itu dapat dicapai. Antara acara yang kita sasarkan emas adalah acara renang dan kombat seperti taekwondo, karate dan lain-lain,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/01/sukma-2024-sabah-yakin-mampu-raih-sasaran-pingat/feed/ 0 56807
SUKMA 2024 : Sabah sasar kutip lebih 40 pingat emas https://sabahmedia.com/2024/06/04/sukma-2024-sabah-sasar-kutip-lebih-40-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/sukma-2024-sabah-sasar-kutip-lebih-40-pingat-emas/#respond Tue, 04 Jun 2024 04:18:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55475
Read Time:37 Second

Putatan : Sabah menyasakan untuk mengutip 44 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak Ogos depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, semua atlet, jurulatih dan pegawai terlibat kini giat menjalankan persiapan bagi mencapai sasaran tersbeut.

“Persiapan yang dijalankan para atlet kita berjalan lancar dan latihan yang diperlukan juga sudah lama dijalankan.

“Jadi saya berharap agar sasaran ini akan dapat kita capai iaitu lebih dari 40 pingat emas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui merasmikan majlis pertemuan semula dan mesyuarat agung alumni bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas di sini semalam.

Ellron berkata demikian bagi mengulas mengenai persiapan kontinjen Sabah yang akan bertanding pada SUKMA ke-21 di Sarawak Ogos depan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/sukma-2024-sabah-sasar-kutip-lebih-40-pingat-emas/feed/ 0 55475