sukma sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 29 Oct 2024 11:07:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukma sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA 2024 : Pasukan Sepak Takraw penerima insentif kemenangan tertinggi https://sabahmedia.com/2024/10/29/sukma-2024-pasukan-sepak-takraw-penerima-insentif-kemenangan-tertinggi/ https://sabahmedia.com/2024/10/29/sukma-2024-pasukan-sepak-takraw-penerima-insentif-kemenangan-tertinggi/#respond Tue, 29 Oct 2024 09:51:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62999
Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pasukan Sepak Takraw Sabah yang menyumbang lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak Ogos lalu menerima insentif kemenangan tertinggi berjumlah RM141,600.

Penyampaian insentif kemenangan itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini petang tadi.

Pada temasya itu, pasukan sepak takraw wanita Sabah mencatat kejayaan cemerlang apabila menyapu bersih kesemua empat pingat emas yang dipertandingkan dalam kategori wanita.

Mereka berjaya menguasai semua acara, termasuk berpasukan wanita, beregu wanita, quadrant wanita dan regu wanita.

Selain kejayaan itu, pasukan beregu lelaki Sabah juga menghadiahkan satu emas buat pasukan Sepak Takraw Sabah.

Selain pasukan Sepak Takraw, turut menerima insentif kemenangan adalah pasukan Olahraga berjumlah RM97,000 dan menjadi penyumbang medal terbanyak dengan jumlah keseluruhan medal sebanyak 20 pingat  iaitu satu emas, enam perak dan 13 gangsa.

Pasukan Muaythai yang mencipta kejutan pada temasya itu turut menerima insentif kemenangan berjumlah RM83,900 apabila menyumbang lima emas, tiga perak dan dua gangsa.

Sementara itu, pasukan pelayaran menjadi penerima keempat insentif kemenangan tertinggi berjumlah RM77,500; pasukan pencak silat RM73,500; pasukan Karate RM61,500 dan pasukan Wushu RM46,500.

Turut menerima insentif kemenangan adalah pasukan Lawn Bowls berjumlah RM43,000; Renang (RM39,500); Tinju (RM39,000); Bola Sepak (RM39, 000); Petanque (RM31, 000) dan Angkat Berat (RM27, 000).

Selain itu, turut menerima pasukan Gimnastik berjumlah RM25,000; Skuasy (RM19,500); Tenpin Boling (RM16,500); Berbasikal (RM14,000); Taekwando (RM13,000) ; Silambam (RM10,500); Memanah (RM9,000); Judo (RM9,000) dan Menembak berjumlah RM7,000.

Jumlah keseluruhan insentif kemenangan bagi atlet yang bertanding pada temasya SUKMA ke-21 di Sarawak adalah sebanyak RM923,500. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/29/sukma-2024-pasukan-sepak-takraw-penerima-insentif-kemenangan-tertinggi/feed/ 0 62999
SUKMA 2024 : Sabah sasar kedudukan ketiga terbaik https://sabahmedia.com/2024/06/30/sukma-2024-sabah-sasar-kedudukan-ketiga-terbaik/ https://sabahmedia.com/2024/06/30/sukma-2024-sabah-sasar-kedudukan-ketiga-terbaik/#respond Sat, 29 Jun 2024 16:08:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56740
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen Sabah menyasarkan untuk menduduki kedudukan ketiga terbaik keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung mulai 17 hingga 24 Ogos depan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, kontinjen Sabah masih menetapkan sasaran untuk mengutip 40 pingat emas pada temasya edisi ke-21 itu.

“Harapan kita untuk SUKMA kali ini, semua atlet dan juga pasukan dapat bersaing dengan bersungguh-sungguh.

“Apa yang paling penting, seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini, kita akan menghantar pasukan terkuat untuk memenangi atau membuat kejutan di SUKMA Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan ke kem latihan pasukan Futsal SUKMA Sabah di di sini.

Fairuz berkata, kontinjen Sabah dijangka memberikan saingan sengit kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

Berdasarkan rekod, kontinjen Sabah menduduki tempat keenam keseluruhan dengan meraih 30 emas, 29 perak dan 39 gangsa pada temasya SUKMA 2022 di Johor.

SUKMA ke-21 Sarawak 2024, ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara dan menghimpunkan 12,619 atlet serta pegawai. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/30/sukma-2024-sabah-sasar-kedudukan-ketiga-terbaik/feed/ 0 56740