Sukma wushu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 17 Aug 2024 01:57:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Sukma wushu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA 2024 : Kejayaan wushu semarak semangat pasukan lain raih pingat https://sabahmedia.com/2024/08/17/sukma-2024-kejayaan-wushu-semarak-semangat-pasukan-lain-raih-pingat/ https://sabahmedia.com/2024/08/17/sukma-2024-kejayaan-wushu-semarak-semangat-pasukan-lain-raih-pingat/#respond Sat, 17 Aug 2024 01:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59191
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kuching: Kejayaan skuad wushu Sabah menamatkan saingan dengan tiga emas dan satu perak disifatkan sebagai penyemarak semangat kepada pasukan lain bagi memburu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Ketua kontinjen Sabah, Datuk Mansur Asun berkata, pasukan wushu telah melaksanakan tugas dengan baik malahan melepasi satu emas yang disasarkan.

“Ini tentunya penyemarak semangat kepada pasukan lain dan saya harap petanda baik untuk Sabah mengutip lebih banyak pingat seterusnya merealisasikan buruan 40 pingat emas yang kita sasarkan,” katanya.

Pingat emas wushu dimenangi Amirah Sofea Azlan dalam acara sanda 45-48kg wanita, Dione (sanda 48-52kg wanita) dan Fyenlly Himon (sanda 48-52kg lelaki) manakala perak dimenangi Ericson Bong (toulu gunshu lelaki).

Semalam, Sabah turut meraih emas menerusi Sepak Takraw wanita berpasukan selain gangsa menerusi boling padang bagi pasukan berempat wanita yang dianggotai Adilah Juatine, Nur Zarifah Wajihah Zaidi, Nuremilda Jazeemi Jali dan Nurnajmi Jannah Jali.

Mereka menewaskan pasukan Kedah 10-7 pada penentuan pingat gangsa di Arena Boling Padang Petra Jaya, di sini.

Sehingga kini, Sabah telah memperoleh empat emas; satu perak dan dua gangsa.

Beberapa lagi pertandingan diteruskan hari ini sebelum upacara perasmian sukan dwi tahunan terbesar negara itu berlangsung pada sebelah malam di Stadium Sarawak, di sini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/17/sukma-2024-kejayaan-wushu-semarak-semangat-pasukan-lain-raih-pingat/feed/ 0 59191
SUKMA 2024 : Tiga atlet Wushu Sabah harapan hadiahkan pingat https://sabahmedia.com/2024/08/15/sukma-2024-tiga-atlet-wushu-sabah-harapan-hadiahkan-pingat/ https://sabahmedia.com/2024/08/15/sukma-2024-tiga-atlet-wushu-sabah-harapan-hadiahkan-pingat/#respond Thu, 15 Aug 2024 11:34:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59092
Read Time:1 Minute, 16 Second

Kuching : Tiga atlet wushu Sabah bakal menghadiahkan pingat sama ada emas atau perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak selepas mereka berjaya layak ke peringkat akhir dalam acara sanda esok.

Tiga atlet yang sudah menjanjikan pingat itu ialah Amirah Sofea Azlan, Dione Babyline Fely dan Fyenlly Himon.

Pengurus pasukan, Ronald James Tee Chee Xiang berkata, ia adalah pencapaiaan di luar jangka kerana sandaran utama hanya dua iaitu Amirah dan Fyenlly.

“Sekarang kita ada tiga finalis dalam acara sanda dan tentunya ini sangat menggembirakan. Sasaran pasukan sanda kita adalah tiga pingat dan ia sudah dicapai selepas tiga atlet ini berjaya ke separuh akhir untuk sah sudah ada pingat gangsa dalam genggaman.

“Sekarang harapan warna pingat meningkat selepas kemenangan di separuh akhir ini. Ia kini sama ada pingat emas atau perak, kami kini bertekad buru warna pingat yang lebih baik, kami akan cuba beri yang terbaik,” katanya.

Pertarungan separuh akhir hari ini menyaksikan Amirah mengalahkan Intan Nur Alysha Sauty (Terengganu) dalam  kategori 48kg wanita. Lawannya di final ialah peserta Selangor, Batrisya Izzati Mohd Nasir.

Dione pula menang ke atas Lim You Mei (Johor) kategori 52kg wanita untuk berhadapan seorang lagi peserta Selangor di final, Felicity Wong Xin Nee.

Sementara itu, Fyenlly menewaskan Muhd Baihaqi Himi Mohd  (Terengganu) kategori 52kg lelaki untuk membuat perhitungan terakhir di final menentang peserta tuan rumah Sarawak, Bong Shien Hiu.

Peringkat akhir akan dijadualkan berlangsung esok (16 Ogos) di venue sama di Stadium Wushu di sini.

Sehingga jam 7.30 malam ini, Sabah masih belum memperolehi sebarang pingat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/15/sukma-2024-tiga-atlet-wushu-sabah-harapan-hadiahkan-pingat/feed/ 0 59092