sukma – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Sep 2026 06:09:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png sukma – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 66 emas bukti komitmen kontinjen Para SUKMA Sabah https://sabahmedia.com/2026/09/10/66-emas-bukti-komitmen-kontinjen-para-sukma-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/09/10/66-emas-bukti-komitmen-kontinjen-para-sukma-sabah/#respond Thu, 10 Sep 2026 06:08:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103154
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kejayaan kontinjen Para SUKMA Sabah mencapai sasaran 66 pingat emas membuktikan komitmen tinggi atlet negeri itu untuk mengharumkan nama Sabah di pentas sukan kebangsaan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pencapaian tersebut amat membanggakan kerana sasaran yang ditetapkan akhirnya berjaya direalisasikan.

Menurutnya, kejayaan meraih emas ke-66 bukan sahaja menjadi pencapaian kepada atlet, malah menggambarkan hasil kerja keras secara kolektif membabitkan jurulatih, pegawai dan semua pihak yang terlibat dalam persiapan kontinjen.

“Alhamdulillah, emas ke-66! Tahniah kepada atlet Para SUKMA Sabah yang berjaya menghadiahkan pingat emas ke-66 buat kontinjen kita hari ini.

“Dengan kejayaan ini, sasaran 66 pingat emas Para SUKMA Sabah akhirnya berjaya kita capai,” katanya.

Nizam berkata, kejayaan itu wajar diberikan penghargaan kepada semua yang memainkan peranan dalam memastikan atlet Sabah mampu memberikan prestasi terbaik sepanjang temasya.

“Saya amat bangga dengan seluruh atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang bekerja keras di belakang tabir.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha dan pengorbanan kita bersama,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh atlet Sabah supaya tidak menjadikan pencapaian sasaran berkenaan sebagai noktah, sebaliknya meneruskan perjuangan untuk memberikan yang terbaik dalam baki pertandingan.

“Tahniah Kontinjen Para SUKMA Sabah! 66 emas sudah dalam genggaman. Syabas dan teruskan perjuangan!” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/10/66-emas-bukti-komitmen-kontinjen-para-sukma-sabah/feed/ 0 103154
Faizal, Fakrul teruskan momentum emas Sabah, sumbang emas ke-66 https://sabahmedia.com/2026/09/10/faizal-fakrul-teruskan-momentum-emas-sabah-sumbang-emas-ke-66/ https://sabahmedia.com/2026/09/10/faizal-fakrul-teruskan-momentum-emas-sabah-sumbang-emas-ke-66/#respond Thu, 10 Sep 2026 05:29:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103150
Read Time:48 Second

SHAH ALAM : Mohd Faizal Abdullah dan Mohd Fakrul Azam Roslen meneruskan kecemerlangan kontinjen Para Sabah apabila meraih pingat emas ke-66 negeri itu pada Para SUKMA 2026, hari ini.

Gandingan berkenaan muncul juara dalam acara 50m Round Compound Double PI 2 (L) bagi sukan Para Memanah selepas menampilkan persembahan mantap untuk menewaskan pasangan lawan.

Faizal dan Fakrul mencatat keputusan 149-142 dalam saingan tersebut, sekali gus memastikan satu lagi emas menjadi milik kontinjen Sabah.

Kemenangan itu turut menjadi antara detik penting buat Sabah apabila jumlah keseluruhan emas yang dikumpulkan kontinjen kini mencecah 66 pingat.

Pencapaian berkenaan sekali gus menyaksikan sasaran pingat yang ditetapkan Sabah berjaya dicapai, hasil sumbangan atlet daripada pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan.

Kejayaan Faizal dan Fakrul juga memperlihatkan kekuatan Sabah dalam acara memanah, selain membuktikan konsistensi atlet para negeri itu dalam menyumbang pingat emas.

Dengan saingan Para SUKMA 2026 masih berbaki, kontinjen Sabah kini mempunyai peluang untuk menambah koleksi pingat dan memperbaiki pencapaian keseluruhan sebelum temasya berakhir.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/10/faizal-fakrul-teruskan-momentum-emas-sabah-sumbang-emas-ke-66/feed/ 0 103150
Sabah akan laksana ‘post-mortem’ prestasi sukan selepas SUKMA https://sabahmedia.com/2026/08/25/sabah-akan-laksana-post-mortem-prestasi-sukan-selepas-sukma/ https://sabahmedia.com/2026/08/25/sabah-akan-laksana-post-mortem-prestasi-sukan-selepas-sukma/#respond Tue, 25 Aug 2026 01:22:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102213
Read Time:2 Minute, 0 Second

SHAH ALAM: Prestasi kontinjen Sabah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 akan melalui proses ‘post mortem’ bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi kejohanan akan datang.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penilaian itu penting bagi memastikan persiapan kontinjen negeri dapat diperkemaskan, khususnya menjelang SUKMA akan datang yang dijadualkan berlangsung di Kelantan dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurutnya, walaupun kontinjen Sabah tidak berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan, pencapaian pada temasya kali ini tetap menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian sebelum ini.

“Namun, apa pun, kita akan membuat ‘post-mortem’ terhadap pencapaian kontinjen Sabah di Kejohanan SUKMA.

“Insya-Allah kita akan memperbaiki di mana ada kelemahan dan kekurangan untuk kita menghadapi Sukan Malaysia yang akan diadakan dua tahun akan datang di negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Penutupan SUKMA XXII Selangor di Aneka Walk di sini pada Isnin.

Majlis penutupan disempurnakan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Nizam berkata, sasaran 40 pingat emas masih menjadi matlamat Sabah pada temasya SUKMA akan datang.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa penilaian menyeluruh terhadap prestasi kontinjen dapat membantu pihak berkaitan merangka strategi lebih berkesan bagi meningkatkan pencapaian Sabah.

Pada masa sama, Nizam menzahirkan penghargaan kepada seluruh kontinjen Sabah termasuk atlet, pengurusan, Majlis Sukan Negeri serta semua pihak yang terlibat dalam persiapan menghadapi SUKMA.

Katanya, terdapat beberapa acara sukan yang berjaya mencapai sasaran malah mencatat pencapaian lebih baik daripada yang ditetapkan, termasuk sepak takraw dan petanque.

“Walaupun ia tidak mencapai sasaran kita, saya ingin menyatakan rasa bangga saya kepada kesungguhan atlet-atlet Sabah.

“Ada sukan yang mencapai sasaran mereka, malah ada yang memberi yang lebih baik daripada sasaran seperti sepak takraw dan sukan petanque yang menunjukkan komitmen yang begitu jitu sehingga mereka mencapai kecemerlangan dengan pemungutan pingat yang melebihi daripada sasaran,” katanya.

Nizam berkata, pencapaian tersebut membuktikan masih terdapat potensi besar dalam kalangan atlet Sabah yang boleh dikembangkan melalui persiapan lebih terancang.

Beliau berharap hasil ‘post-mortem’ yang akan dijalankan dapat menjadi asas kepada usaha memperbaiki prestasi keseluruhan kontinjen Sabah serta merealisasikan sasaran 40 pingat emas pada SUKMA akan datang.

“Mudah-mudahan kita akan dapat mencapai sasaran kita untuk mendapat 40 pingat emas di kejohanan SUKMA yang akan datang, insya-Allah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/25/sabah-akan-laksana-post-mortem-prestasi-sukan-selepas-sukma/feed/ 0 102213
SUKMA XXII : Sabah lepasi kutipan pingat emas di Sarawak https://sabahmedia.com/2026/08/24/sukma-xxii-sabah-lepasi-kutipan-pingat-emas-di-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/08/24/sukma-xxii-sabah-lepasi-kutipan-pingat-emas-di-sarawak/#respond Sun, 23 Aug 2026 23:22:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102164
Read Time:2 Minute, 19 Second

SUBANG JAYA: Kontinjen Sabah mencipta sejarah baharu apabila berjaya meraih pingat emas ke-30 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, sekali gus mengatasi pencapaian 29 pingat emas yang dicatatkan pada SUKMA Sarawak 2024.

Pencapaian membanggakan itu hadir selepas Sabah menuai lima pingat emas, enam perak dan lapan gangsa pada hari kedua terakhir temasya pada Ahad.

Setakat jam 7 pagi pada Isnin, Sabah telah mengumpul keseluruhan 30 pingat emas, 27 perak dan 36 gangsa, sekali gus melepasi jumlah emas yang diraih dua tahun lalu di Sarawak yang menyaksikan kontinjen negeri membawa pulang 29 emas, 36 perak dan 55 gangsa.

Pada Isnin, beberapa acara masih berlangsung sebelum tirai SUKMA Selangor 2026 dilabuhkan secara rasmi pada hari ini, Sabah berpeluang menambah lagi koleksi pingat dan memperkukuhkan kedudukan dalam carta keseluruhan temasya.

Antara penyumbang utama kejayaan pada Ahad ialah skuad wushu yang menghadiahkan dua pingat emas menerusi atlet sanda, Amirah Sofea Azlan dan Fyenlly Himon di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Amirah menewaskan wakil Johor, See Ke Xin, 2-0 dalam final kategori wanita 45 hingga 48 kilogram, manakala Fyenlly menundukkan atlet Pulau Pinang, Terris Thaw Khai Zhe, 2-1 dalam kategori lelaki.

Satu lagi emas hadir menerusi pasukan karate wanita yang dibarisi Nur Allyssa Audrey Anthony Tinggi, Adeola Fay Robert dan Ameera Jintha Liew, dengan sokongan atlet simpanan Nur Radhiah Fathiah serta Chin Xue Yi.

Pasukan Sabah tidak berdepan masalah menewaskan Johor 2-0 dalam final kumite berpasukan wanita, dengan kemenangan Nur Allyssa dan Adeola sudah memadai untuk mengesahkan emas menjadi milik Sabah.

Skuad sepak takraw wanita pula terus membuktikan dominasi mereka apabila mempertahankan kejuaraan acara regu tiga pemain di Arena MBSJ, Puchong.

Kejayaan itu melengkapkan penguasaan penuh Sabah dalam semua acara wanita selepas turut memenangi emas dalam acara regu dua pemain, regu empat pemain dan berpasukan.

Dalam acara gimnastik artistik di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi, atlet muda berbakat Marvell Vincent Voo terus menyerlah apabila merangkul pingat emas dalam acara palang sejajar lelaki.

Kejayaan tersebut menambah koleksi peribadi Marvell selepas sebelum ini turut menyumbang satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa buat kontinjen Sabah.

Sementara itu, enam pingat perak berjaya diraih menerusi pasukan kumite lelaki karate, regu tiga pemain lelaki sepak takraw, Krystel Angel Jafili dalam acara muay thai wanita kategori 51 hingga 54 kilogram, Ed Ryan Jefferon dalam muay thai lelaki kategori sama, serta dua peninju Sabah iaitu Cliff Mijol dan Muhammad Rayyan Haykal.

Lapan pingat gangsa pula diperoleh menerusi Johanitasyah dalam acara tinju wanita, Mohd Khairul Ariffin dan Kerry Dryan Jafili dalam muay thai, tiga atlet wushu iaitu Rylan Tan Jin Yi, Dione Babyline Fely dan Brandon Eranel Soriano, selain pasukan ragbi wanita serta lawan pedang epee berpasukan lelaki.

Pencapaian melepasi angka 30 emas ini membuktikan peningkatan prestasi kontinjen Sabah yang tampil lebih mantap di Selangor berbanding edisi lalu. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/24/sukma-xxii-sabah-lepasi-kutipan-pingat-emas-di-sarawak/feed/ 0 102164
SUKMA XXII : Skuad wushu pertahan dua pingat emas acara Sanda https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-skuad-wushu-pertahan-dua-pingat-emas-acara-sanda/ https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-skuad-wushu-pertahan-dua-pingat-emas-acara-sanda/#respond Sun, 23 Aug 2026 10:32:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102146
Read Time:1 Minute, 27 Second

SHAH ALAM: Skuad wushu Sabah terus mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat emas menerusi acara Sanda pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada Ahad.

Pingat emas pertama disumbangkan oleh Amirah Sofea Azlan dalam kategori wanita 48 kilogram (lebih 45kg hingga 48kg) selepas menewaskan wakil Johor, See Ke Xin, dengan keputusan 2-0 pada perlawanan akhir.

Aksi mantap yang dipamerkan Amirah sepanjang pertandingan membolehkan beliau menguasai pertarungan dan muncul juara kategori tersebut sekali gus menghadiahkan emas berharga buat Sabah.

Sementara itu, Sabah turut menambah satu lagi pingat emas menerusi kategori lelaki 52 kilogram (lebih 48kg hingga 52kg) apabila Fyenlly Himon berjaya menewaskan wakil Pulau Pinang, Terris Thaw Khai Zhe, dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit.

Kejayaan kedua-dua atlet itu membuktikan kekuatan skuad wushu Sabah dalam acara Sanda serta hasil persiapan rapi yang dilakukan menjelang temasya SUKMA kali ini.

Sementara itu, Amirah berkata, kejayaan meraih pingat emas itu amat bermakna buat dirinya, keluarga dan Sabah, terutama selepas mendapat sokongan berterusan daripada ibu bapanya sepanjang menjalani latihan.

“Alhamdulillah, hari ini saya dapat pingat emas. Terima kasih kepada keluarga, mak ayah yang tidak pernah berhenti menyokong saya dan latihan saya. Kemenangan ini untuk keluarga saya, Sabah dan diri saya sendiri,” katanya.

Amirah turut menyifatkan kejayaan di SUKMA Selangor 2026 sebagai emas keduanya dalam temasya tersebut selepas sebelum ini turut memenangi pingat emas pada SUKMA Sarawak dalam acara Sanda wanita bawah 48 kilogram.

Mengulas perlawanan akhir, Amirah berkata beliau memasuki gelanggang dengan keyakinan untuk meraih kemenangan, malah menyasarkan kemenangan menerusi KO, namun pertarungan berakhir selepas dua pusingan.

“Saya memang yakin untuk menang, malah menyasarkan kemenangan KO, tetapi saya dapat habiskan dua pusingan. Apa pun, saya tetap bersyukur dengan keputusan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-skuad-wushu-pertahan-dua-pingat-emas-acara-sanda/feed/ 0 102146
SUKMA XXII : Dua emas cetus kebangkitan skuad karate Sabah https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-dua-emas-cetus-kebangkitan-skuad-karate-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-dua-emas-cetus-kebangkitan-skuad-karate-sabah/#respond Sun, 23 Aug 2026 02:42:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102125
Read Time:1 Minute, 4 Second

SUBANG JAYA: Dua emas yang disumbangkan Aedola Fay Robert dan Mohamad Haznil Henry menjadi pencetus kebangkitan skuad karate Sabah pada hari kedua saingan SUKMA Selangor 2026 di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.

Aedola tampil cemerlang apabila menjuarai acara kumite wanita bawah 61 kilogram (kg), manakala Haznil menambah satu lagi emas buat kontinjen Sabah menerusi acara kata individu lelaki.

Kejayaan itu turut dilengkapkan dengan dua pingat gangsa menerusi Nur Radhiah Fathiah dalam kumite wanita bawah 55kg dan Ivy Olivera Donny bagi acara kata individu wanita.

Empat pingat yang diraih pada Sabtu menyaksikan Sabah memperbaiki kutipan hari pertama yang menyaksikan skuad karate membawa pulang dua perak dan dua gangsa.

Secara keseluruhan, karate Sabah kini mengumpul dua emas, dua perak dan empat gangsa, dengan beberapa acara masih berlangsung sebelum saingan berakhir hari ini.

Pada hari pertama, Allyssa Audrey Anthony Tinggi terlebih dahulu membuka akaun perak Sabah selepas mara ke final kumite wanita bawah 68kg sebelum tewas tipis 0-1 kepada Mirza Athirah Sahira dari Terengganu.

Jericho Jones Jason Jr Jiliko kemudian menambah satu lagi perak menerusi kumite lelaki 60kg selepas tewas 0-1 kepada Patrick Jayaraj dari Perak dalam aksi final.

Sementara itu, Jude Joseph Johannes menyumbang gangsa dalam kumite lelaki bawah 75kg selepas menewaskan wakil Brunei Darussalam 7-0 dalam pertarungan penentuan tempat ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-dua-emas-cetus-kebangkitan-skuad-karate-sabah/feed/ 0 102125
SUKMA XXII : Sabah sasar lapan pingat emas hari ini https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-sabah-sasar-lapan-pingat-emas-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-sabah-sasar-lapan-pingat-emas-hari-ini/#respond Sun, 23 Aug 2026 01:05:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102119
Read Time:1 Minute, 33 Second

SHAH ALAM: Kontinjen Sabah meletakkan sasaran untuk meraih lapan lagi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor hari ini sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu dalam carta pungutan pingat keseluruhan.

Lapan pingat emas berpotensi disumbangkan menerusi beberapa acara yang masih berlangsung termasuk akuatik renang, muaythai, sepak takraw, tinju, wushu, e-sukan dan lawn bowls.

Prospek utama emas Sabah hadir menerusi perenang Chu Xin Ying dalam acara 1,500 meter gaya bebas wanita yang dijadual berlangsung pada sebelah petang.

Selain itu, skuad muaythai turut membawa harapan besar apabila tiga atlet Sabah berjaya mara ke peringkat akhir. 

Mereka ialah Eva Anatasia Warren bagi kategori 45-48 kilogram wanita, Krystel Angel Jafili (51-54kg wanita) dan Ed Ryan Jefferson (51-54kg lelaki).

Dalam acara sepak takraw, pasukan regu wanita Sabah turut berpeluang menghadiahkan pingat emas selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan berpotensi beraksi di final sekiranya melepasi halangan lawan.

Acara tinju pula menyaksikan dua petinju Sabah mara ke pentas akhir iaitu Muhammad Rayyan Haykal bagi kategori middleweight lelaki 71-75 kilogram dan Cluff Mijol dalam kategori light weight lelaki 57-60 kilogram.

Sabah turut menaruh harapan kepada dua atlet wushu, Amirah Sofea Azlan dalam kategori 48 kilogram wanita dan Fyennly Himon bagi kategori 52 kilogram lelaki yang dijadual beraksi dalam perlawanan akhir pada sebelah petang.

Dalam sukan e-sukan, Mohamad Nurwansyah Erwan menjadi sandaran Sabah dalam acara Street Fighter Lelaki yang turut menawarkan peluang untuk menambah koleksi emas kontinjen.

Sementara itu, pasangan lawn bowls Sabah, Adilah Justine dan Nuremilda Jazelime Binti Jalit, masih meneruskan cabaran dalam acara pairs wanita dan berpeluang menghadiahkan pingat berharga kepada negeri itu.

Setakat Sabtu, Sabah telah mengumpul 25  pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan 72 pingat yang diraih sepanjang temasya berlangsung.

Kontinjen Sabah optimis mampu menambah koleksi emas dan menamatkan saingan SUKMA Selangor 2026 dengan pencapaian membanggakan.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/23/sukma-xxii-sabah-sasar-lapan-pingat-emas-hari-ini/feed/ 0 102119
SUKMA XXII : Marvell lengkapkan tiga koleksi pingat https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-marvell-lengkapkan-tiga-koleksi-pingat/ https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-marvell-lengkapkan-tiga-koleksi-pingat/#respond Sat, 22 Aug 2026 11:37:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102114
Read Time:1 Minute, 32 Second

SUBANG JAYA: Gimnas kebangsaan Sabah, Marvell Vincent Voo, melengkapkan koleksi tiga pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor selepas menyumbangkan emas, perak dan gangsa dalam saingan gimnastik artistik.

Atlet berusia 18 tahun dari Tamparuli itu mencipta kemuncak kejohanan apabila meraih pingat emas dalam acara Floor Exercise lelaki pada hari kedua terakhir pertandingan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi.

Marvell mengumpul 13.050 mata, jumlah yang sama dengan wakil Kelantan, Nor Adam Haziq, namun berjaya menduduki kedudukan teratas untuk membawa pulang emas.

Pingat gangsa acara itu menjadi milik wakil Pulau Pinang, Chew You Wei, yang mencatat 12.475 mata.

Tidak berhenti di situ, Marvell turut meraih pingat perak dalam acara Pommel Horse dengan catatan 11.775 mata.

Emas acara berkenaan dimenangi gimnas Pulau Pinang, Anson Tan, yang mengumpul 12.225 mata, manakala Mann Chong Ming dari Selangor meraih gangsa dengan 11.575 mata.

Pingat ketiga Marvell hadir menerusi acara berpasukan lelaki, apabila dia bersama rakan sepasukan Sabah meraih gangsa pada Khamis.

Kejayaan tiga pingat itu sekali gus menjadikan Marvell antara penyumbang utama kepada kempen Sabah dalam gimnastik artistik, selain membantu kontinjen negeri itu mencapai sasaran satu pingat emas yang ditetapkan bagi acara berkenaan.

Ketua jurulatih Sabah, Liew Tong Ee, menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan dan berkata pihaknya masih mempunyai peluang untuk menambah koleksi pingat pada hari terakhir pertandingan.

“Kami amat gembira kerana berjaya memenangi pingat emas dan mencapai sasaran kami pada Sukma kali ini.

“Pertandingan akan memasuki hari terakhir esok (Ahad) dan masih ada satu lagi peluang untuk kami memenangi pingat,” katanya.

Selain Marvell, anggota pasukan Sabah dalam acara berpasukan lelaki ialah Addison Chang Sui Xin, Benny Angelloti Luise, Evan Emmanuel Walter, Leevan Savahi Moosom dan Lucas Immanuel Rijoh.

Dengan tiga pingat sudah berada dalam genggamannya, Marvell kini menjadi antara sandaran utama Sabah untuk menutup kempen gimnastik artistik Sukma dengan pencapaian lebih cemerlang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-marvell-lengkapkan-tiga-koleksi-pingat/feed/ 0 102114
SUKMA XXII : Kem pelayaran Sabah tepati sasaran, bawa pulang dua pingat emas https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-kem-pelayaran-sabah-tepati-sasaran-bawa-pulang-dua-pingat-emas/ https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-kem-pelayaran-sabah-tepati-sasaran-bawa-pulang-dua-pingat-emas/#respond Sat, 22 Aug 2026 11:01:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102110
Read Time:2 Minute, 21 Second

SUBANG JAYA: Pasukan pelayaran Sabah menepati sasaran apabila berjaya membawa pulang dua pingat emas dan tiga pingat gangsa pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berakhir hari ini.

Presiden Persatuan Pelayaran Sabah Zainal Madi, berkata kejayaan itu membuktikan sasaran yang ditetapkan sebelum temasya berjaya direalisasikan hasil komitmen tinggi atlet, jurulatih dan seluruh pengurusan pasukan.

“Alhamdulillah, sasaran kami tercapai dengan dua pingat emas untuk menghadiahkan kejayaan kepada negeri Sabah.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian semua atlet yang telah memberikan persembahan terbaik serta menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang saingan,” katanya ketika dihubungi.

Dua pingat emas Sabah disumbangkan oleh Muhammad Aiman Aqeel Mohd Firdaus dalam kelas lelaki ILCA 4 dan Nor Hafizanah Zailan dalam kelas wanita ILCA 4.

Aiman Aqeel mempamerkan prestasi cemerlang untuk mengungguli saingan ILCA 4 lelaki, manakala Nor Hafizanah turut tampil konsisten bagi memastikan emas dalam acara ILCA 4 wanita menjadi milik Sabah.

Selain dua emas, pasukan pelayaran Sabah turut membawa pulang tiga pingat gangsa menerusi Mohammad Syahieradham Raiman dalam kelas lelaki ILCA 6, gandingan Danyal Marczqui Rahmat Haron Muzaffar dan Muhammad Yusri Syahrizan dalam kelas lelaki International 420, serta gandingan Bibi Qeesha Mohd Faizal dan Natasha Wong See Kei dalam kelas wanita International 420.

Zainal berkata, pencapaian tersebut amat bermakna kerana ia bukan sahaja memenuhi sasaran kontinjen, malah mengesahkan potensi besar atlet pelayaran Sabah untuk bersaing di pentas kebangsaan.

“Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Mereka telah mengharumkan nama Sabah menerusi disiplin, ketekunan dan semangat juang yang tinggi di laut.

“Kejayaan ini juga menunjukkan bahawa program pembangunan pelayaran di Sabah berada pada landasan yang baik,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan tersebut tidak mungkin dicapai tanpa sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, khususnya Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah), barisan jurulatih dan pegawai kontinjen serta ibu bapa para atlet.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KBSS dan MSN Sabah atas sokongan yang diberikan, selain jurulatih, pegawai kontinjen dan ibu bapa yang sentiasa berada di belakang para atlet.

“Sokongan mereka amat penting dalam memastikan atlet dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada pertandingan,” katanya.

Menurutnya, kejayaan di SUKMA XXII Selangor 2026 perlu dijadikan sebagai pencetus semangat untuk melahirkan lebih ramai atlet pelayaran berkualiti dari Sabah pada masa akan datang.

“Kejayaan ini bukanlah penamat, sebaliknya satu permulaan untuk kita menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Kita mahu melihat lebih ramai atlet muda Sabah diketengahkan dan diberikan peluang untuk berkembang sehingga mampu mewakili negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Zainal berharap momentum positif yang dicapai pada SUKMA kali ini dapat diteruskan menerusi program pembangunan bakat yang lebih tersusun, termasuk pendedahan pertandingan dan latihan berterusan bagi memastikan atlet pelayaran Sabah terus kompetitif.

“Kita akan terus bekerja keras. Sasaran selepas ini adalah untuk meningkatkan lagi prestasi, memperkukuh pembangunan atlet muda dan memastikan Sabah terus menjadi antara kuasa utama dalam sukan pelayaran negara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-kem-pelayaran-sabah-tepati-sasaran-bawa-pulang-dua-pingat-emas/feed/ 0 102110
SUKMA XXII : Sabah sasar sekurang-kurangnya lima lagi pingat emas hari ini https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-sabah-sasar-sekurang-kurangnya-lima-lagi-pingat-emas-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-sabah-sasar-sekurang-kurangnya-lima-lagi-pingat-emas-hari-ini/#respond Sat, 22 Aug 2026 00:03:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102057
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah meletakkan sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya lima lagi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung hari ini.

Sebanyak tujuh peluang pingat emas menjadi sandaran kontinjen itu menerusi sukan karate-do, memanah dan pelayaran.

Bagaimanapun, dua dari pingat emas itu telah berjaya diraih semalam menerusi acara pelayaran.

Karate-do menjadi penyumbang prospek emas terbesar apabila empat atlet Sabah berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC).

Antara atlet yang menjadi harapan ialah Mohamad Hazni Henry dalam acara individu kata, manakala tiga lagi atlet iaitu Ivy Olivera Donny, Adeola Fay Robert dan Nur Radhifah Fathiah Razmi akan beraksi dalam kategori masing-masing bagi memburu kilauan emas.

Selain itu, skuad memanah Sabah turut berpeluang menambah koleksi emas menerusi acara Recurve Elimination Round Berpasukan yang berlangsung di Stadium INSPEN, Bangi.

Pasukan yang dibarisi Aedan Chaw Zheng Zhe, Evan Rich Chong Qi Wei, Quik Chern Xin dan Aedan Chaw Zheng Zhe dijadualkan beraksi pada sebelah petang dan berpotensi menghadiahkan satu lagi pingat emas buat Sabah sekiranya mara ke peringkat akhir.

Sementara itu, sukan tinju turut berpeluang menyumbang pingat menerusi dua petinju yang berjaya melangkah ke peringkat akhir di Dewan Tuan Abdullah Mohamad Salleh.

Arthur Ayyavu Annaraj akan beraksi dalam kategori Featherweight 54 hingga 57 kilogram lelaki, manakala Abraam Doozafil Rycarl Kunon bakal turun dalam kategori Light Welterweight 60 hingga 63.5 kilogram lelaki.

Bagaimanapun, kedua-dua petinju Sabah dijamin sekurang-kurangnya pingat perak selepas berjaya mara ke final dan hanya selangkah lagi untuk menukar warna pingat kepada emas.

Secara keseluruhan, sebanyak 63 pingat emas, 63 perak dan 80 gangsa dipertandingkan pada hari ini, dengan Sabah berharap dapat menutup kempen kali ini dengan pencapaian cemerlang serta memperkukuhkan kedudukan dalam carta pungutan pingat keseluruhan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/22/sukma-xxii-sabah-sasar-sekurang-kurangnya-lima-lagi-pingat-emas-hari-ini/feed/ 0 102057